Anda di halaman 1dari 6

DRAF GARIS PANDUAN PENULISAN AMALAN TERBAIK

PENGINTERGRASIAN PERSEKITARAN MAYA


Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak akan mengadakan Program Perkongsian Amalan
Terbaik Pengintergrasian Persekitaran Maya Negeri Perak Tahun 2014. Sehubungan dengan itu
BTPN Perak mempelawa semua warga pendidikan Negeri Perak untuk menghantar hasil
penulisan berdasarkan syarat-syarat berikut:
1.

Hasil penulisan mestilah ditulis dalam Bahasa Melayu dan panjangnya sekitar 1000
hingga 5000 patah perkataan (4-6 halaman kertas A4). Bagi rencana amalan terbaik
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris hendaklah ditulis dalam Bahasa
Inggeris.

2.

Rencana boleh dihasilkan secara individu atau berkumpulan tidak melebihi empat (4)
orang sekumpulan.

3.

Rencana mestilah hasil karya asli penulis, tidak diciplak, diubah suai, diterjemah atau
pernah tersiar di mana-mana penerbitan sama ada dalam bentuk cetakan atau
elektronik.

4.

Tidak menyentuh perkara-perkara yang dianggap sensitif atau yang boleh menyinggung
perasaan mana-mana kumpulan kaum, agama, kepercayaan atau budaya di Malaysia.

5.

BTPN Perak berhak untuk menerbitkan rencana yang terpilih, membuat penyuntingan
atau pindaan yang difikirkan perlu ke atas rencana yang berkenaan.

6.

Rencana yang dihantar kepada BTPN Perak tidak boleh dihantar kepada penerbit atau
pihak lain.

7.

Gambar, gambar rajah, foto dan sebagainya yang digunakan dalam penulisan rencana,
hendaklah dinyatakan sumber rujukannya. (Sebaik-baiknya dilukis atau gambar foto
diambil sendiri).

8.

Karya hendaklah bertaip (komputer) menggunakan huruf jenis ARIAL bersaiz 12, jarak
antara baris ialah satu setengah langkau (1.5 spacing) dan margin 1.5 inci.

9.

Penulisan hendaklah dihantar dalam format fail .doc atau .docx kepada:
naza.btpnprk@moe.gov.my

10.

Tarikh akhir penghantaran rencana ialah pada 20 September 2014.

11.

Hanya rencana yang mencapai tahap penilaian akan diterbitkan.

12.

Penulis rencana akan menerima sijil penghargaan.

13.

Maklumat lanjut sila hubungi :


Encik Nazarkhan bin Abdullah
Pegawai Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perak

No. Telefon : 05 - 292 4955 (samb. 115) / 013 - 442 5553


KONSEP PENDOKUMENTASIAN AMALAN TERBAIK
PENGINTEGRASIAN PERSEKITARAN MAYA
TUJUAN
1.

Kertas ini bertujuan menerangkan konsep pendokumentasian amalan terbaik


pengintegrasian persekitaran maya dalam pengurusan dan pentadbiran serta
pengajaran dan pembelajaran.

LATAR BELAKANG
2.

Pendokumentasian amalan terbaik pengintegrasian persekitaran maya adalah


merangkumi amalan Pengurusan dan Pentadbiran oleh pentadbir sekolah merangkumi
bidang-bidang seperti bidang pengurusan sekolah, hal ehwal murid, kokurikulum dan
koakademik.

3.

Pendokumentasian amalan terbaik pengintegrasian persekitaran maya ini juga


merangkumi amalan Pembelajaran dan Pengajaran oleh guru merangkumi bidangbidang seperti bidang bahasa, Sains dan Matematik, ICT, pengkomputeran,
kemanusiaan, teknik dan vokasional.

OBJEKTIF
4.

Pendokumensian pengintegrasian persekitaran maya ini bertujuan untuk


membudayakan kaedah pembelajaran abad ke 21 di sekolah-sekolah yang meliputi
konsep :
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.

Pembelajaran di mana-mana dan pada bila-bila masa


Penglibatan guru, pelajar dan ibu bapa
Komunikasi dalam masa sebenar (real-time)
Perkongsian kandungan dan sumber pengajaran dan pembelajaran
Penghasilan kandungan yang menggalakan penglibatan pelajar
Menggalakkan kreativiti dan inovasi di dalam bilik darjah

5.

Mengumpulkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman bentuk penulisan untuk


dikongsi dan dijadikan rujukan untuk meningkatkan kompetensi penggunaan dan
pengintegrasian sumber pendidikan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.

6.

Menyebarkan pendokumentasian penulisan amalan terbaik boleh meningkatkan


penggunaan dan pengintegrasian dan pengintegrasian persekitaran maya secara
meluas dalam pendidikan.

ASAS PERTIMBANGAN
7.

BTPN Perak sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan. Dapatan


pemantauan yang dijalankan oleh BTPN Perak menunjukkan warga pendidikan Negeri
Perak mempunyai kreativiti tersendiri dalam pengurusan dan pentadbiran serta proses
pengajaran dan pembelajaran. Justeru terdapat amalan terbaik yang terhasil daripada
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru-guru.

8.

Pendokumentasian amalan terbaik ini dapat dijadikan bahan rujukan dan panduan oleh
semua guru-guru bagi membantu mereka sama ada dengan mengaplikasi amalan yang
sama atau memperoleh idea bagi merancang dan melaksanakan aktiviti pengintegrasian
persekitaran maya.

CADANGAN PELAKSANAAN
9.

Pendokumentasian amalan terbaik akan dihasilkan dalam dua bentuk iaitu cetakan dan
rakaman video yang akan diedarkan ke semua sekolah Negeri Perak.

KESIMPULAN
10.

Pendokumentasian amalan terbaik ini merupakan satu wadah bagi warga pendidikan
seluruh Negeri Perak untuk membuat rujukan dan membantu mereka merancang dan
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan mengintegrasikan persekitaran
maya.

11.

Pendokumentasian ini dapat menarik minat warga pendidikan Negeri Perak untuk turut
berkongsi amalan pengintegrasian mereka yang memberi kesan positif terhadap
pengurusan dan pentadbiran serta proses pengajaran dan pembelajaran.

FORMAT PENULISAN
1.0

JUDUL
PENGURUSAN PAPAN NOTIS ONE STOP CENTER SMK GERIK

2.0

NAMA PENULIS
PN. NARIZAH BINTI MOHD ROZALI

3.0

NAMA SEKOLAH
SMK GERIK, JALAN KUALA KENDERONG, 33300 GERIK, PERAK

4.0

ABSTRAK

Pembudayaan penggunaan Papan Notis One stop center SMK Gerik di wujudkan
bertujuan bagi memudahkan pengurusan sekolah. Ia adalah perkara paling asas yang
diwujudkan dalam mentransformasikan budaya ICT di sekolah. Dashboard ini di bangunkan
menggunakan elemen site yang sedia ada pada frog vle. Ia menjadi tempat di mana kesemua
maklumat dan bahan yang perlu dikongsikan dengan semua guru dimuat naik dan disimpan
pada satu tempat. Selain itu, ia juga menjadi tempat di mana segala takwim aktiviti tahunan
bagi setiap unit di paparkan seperti Takwim HEM, Takwim Kokurikulum, dan juga Takwim
Pendidikan Khas. Bagi memudahkan sebaran maklumat, satu kolum Notis panggilan
mesyuarat dan juga taklimat dari para pentadbir juga disediakan disini bagi memudahkan guru
membuat rujukan. Satu lagi fungsi yang diletakkan pada papan notis ini ialah Booking Calendar.
Ia digunakan oleh guru untuk melakukan tempahan bilik-bilik khas dan juga makmal.
Penggunaan Papan Notis one stop center ini sebenarnya masih dalam fasa percubaan dan
masih perlu ditambahbaik dari masa ke masa. Kesimpulannya, Papan Notis One Stop Center
ini diharap dapat membantu melancarkan sebaran maklumat dan pentadbiran di sekolah ini
pada masa akan datang.
5.0

ISU/ CABARAN/ REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU


Isu proses penyampaian kepada pelanggan

Penyebaran maklumat adalah satu


Permasalah timbul apabila kaedah penyebaran bahan dan maklumat kepada semua guru
kurang jelas dan agak lambat. Kadang-kadang pertindihan arahan yang disampaikan melalui
komunikasi mulut ke mulut menyebabkan berlaku kekeliruan dengan arahan yang sebenar.
Dengan menggunakan Papan Notis ini, pentadbir perlu mengemaskini notis yang telah di
keluarkan berdasarkan perkara tersebut. Ini dapat mengelakkan berlakunya pertindihan arahan.
6.

KAEDAH/ APLIKASI/ PERISIAN/ PLATFORM YANG DIGUNAKAN


Nyatakan kaedah, aplikasi dalam talian, perisian, platform atau media yang digunakan.

7.

OBJEKTIF
Tuliskan objektif aktiviti dilakukan.

8.

SASARAN
Sasaran amalan terbaik

9.

TINDAKAN
Tindakan yang dilakukan untuk memastikan aktiviti berjaya dilaksanakan.

10.

KOS (JIKA ADA)


Kos untuk melaksanakan aktiviti.

11.

IMPAK (KEJAYAAN)
Kesan dan kejayaan yang diperolehi hasil daripada pelaksanaan aktiviti yang dirancang.

12.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Syor untuk meningkatkan lagi kesan positif pelaksanaan aktiviti.

13.

RUJUKAN
Senarai rujukan seperti dari buku teks, jurnal, bahan penyelidikan, laman web, akhbar
dan artikel.

14.

LAMPIRAN
- Tangkapan skrin (screen shot) paparan VLE
- Gambar-gambar aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
BORANG PENYERTAAN

1.

JUDUL RENCANA

2.

BUTIRAN DIRI PENULIS

i.

Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Gred DG
No. Telefon Bimbit

:
:
:
:

ii.

Nama Penuh
No. No. Kad Pengenalan
Gred DG
No. Telefon Bimbit

:
:
:
:

iii.

Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Gred DG
No. Telefon Bimbit

:
:
:
:

iv.

Nama Penuh
No. Kad Pengenalan
Gred DG
No. Telefon Bimbit

:
:
:
:

v.

Nama Sekolah

vi.

Alamat Sekolah

3.

vii.

No. Telefon Sekolah

viii.

E-Mel (Ketua Kumpulan)

PENGAKUAN PENULIS
Dengan ini saya/ kami mengaku bahawa :
i.

Semua butiran yang diberikan di atas adalah benar.

ii.

Rencana yang dihantar adalah hasil saya sendiri, dan belum pernah disiarkan di
mana-mana media penerbitan. Saya juga bersetuju mematuhi semua syarat
yang dikenakan serta menerima segala keputusan pihak BTPN Perak
berhubungan penerbitan rencana saya/ kami.

Anda mungkin juga menyukai