Anda di halaman 1dari 9

Perbandingan Kosmologi Tamadun Cina dan Tamadun

Melayu Berdasarkan Mitos dan Falsafah: Tumpuan kepada


Aspek Hubungan Manusia dengan Alam Semesta
Ho Kee Chye
Abstrak
Kertas kerja ini ingin membincangkan hubungan manusia dan alam semesta tamadun
Cina dan tamadun Melayu melalui perspektif mitologi dan falsafah. Melalui mitos-mitos
yang ditemurunkan sejak zaman kuno, kita dapat membuat penelitian tentang cara
penduduk tamadun Cina dan Melayu menjelaskan kewujudan alam universal, manusia
serta segala fenomena alam semulajadi yang telah berlaku. Mitos-mitos tersebut
walaupun penuh dengan unsur-unsur khayalan dan mistik, tetapi ia dapat memberikan
kita suatu gambaran tentang pandangan asas manusia primitif serta perhubungan dan
kedudukan manusia dengan alam semulajadi. Selepas perbincangan asas kosmologi yang
berdasarkan mitos-mitos tertentu, kertas kerja ini cuba membuat penelitian ringkas ke
atas hubungan manusia dengan alam semesta dalam konteks falsafah, yang juga
merupakan pengalihan kosmologi asas tamadun Cina dan Melayu dari peringkat primitif
kepada peringkat yang lebih kompleks dan rasional.

Biodata
Ho Kee Chye, penyelidik dan pensyarah dari Pusat Pengajian Etnik Malaysia, Kolej New
Era. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Peradaban) , Universiti
Malaya pada tahun 2008 dan Sarjana Muda Sastera (Pengajian Asia Timur), Universiti
Malaya pada tahun 2000. Minat penyelidikan beliau termasuk bidang pengajian
peradaban Asia Timur, pengajian zaman pendudukan Jepun di Malaya dan pengajian
etnik Cina di Malaysia.

Perbandingan Kosmologi Tamadun Cina dan Tamadun


Melayu Berdasarkan Mitos dan Falsafah: Tumpuan kepada
Aspek Hubungan Manusia dengan Alam Semesta
Ho Kee Chye

1. Pendahuluan
Kehidupan manusia tidak dapat terpisah daripada alam semesta, namun cara manusia
memandang dan melayani alam semesta telah melahirkan nilai serta kebudayaan tamadun
masing-masing. Hakikatnya, kosmologi sesebuah tamadun adalah berbeza, dan nilai-nilai
atau ideologi-ideologi ketamadunan yang dipegang oleh tiap-tiap tamadun juga adalah
berlainan. Oleh itu, Kertas kerja ini cuba membincangkan kosmologi tamadun Cina dan
Melayu dari dua perspektif, iaitu dari perspektif mitologi dan falsafah, dengan merujuk
kepada hubungan manusia dengan alam semesta kedua-dua tamadun ini.
Setiap tamadun mempunyai mitos masing-masing. Mengikut definisi Kamus Dewan,
mitos ialah cerita zaman dahulu yang dianggap benar, terutamanya yang mengandungi
unsur-unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal kewujudan sesuatu suku
bangsa, kejadian-kejadian alam dan sebagainya (2007: 1037).
Mitos merupakan warisan kerohanian yang berharga dari sudut sastera dan budaya.
Kebanyakan mitos ditemurunkan secara naratif dari satu generasi ke generasi yang lain.
Mitos telah memperlihatkan daya kreativiti nenek moyang manusia yang penuh imaginasi,
romatik dan mistik. Walaupun kandungan mitos tidak mudah dipercayai, namun ia telah
memanifestasikan semangat dan pandangan dunia yang paling asas bagi sesebuah bangsa
atau tamadun. Oleh yang demikian, mitos dapat dikatakan melambangkan semangat atau
jiwa sesebuah tamadun dalam usaha mengenali dunia yang mereka tinggal dan
kesungguhan mereka menyelesaikan masalah dunia yang tertimbul. (TaoYang & Zhong
Xiu, 1990: i)
Dalam usahan mengenali dunia, kerangka pemikiran atau sistem kepercayaan yang
asas akan terwujud. Hal sedemikian menunjukkan sesebuah tamadun sedang mengalami
peralihan dari suatu peringkat yang primitif kepada peringkat yang lebih rasional. Ini
adalah kerana kerangka pemikiran atau sistem kepercayaan tersebut akan menggariskan
asas nilai dan estetika indvidu kepada asas masyarakat dan kemajuan sosial. (Hairudin
Harun, 2001: 4). Sistem pemikiran sedemikian menjelaskan dan mendefinasikan tentang
hubungan manusia dengan alam, hubungan manusia dengan manusia, manusia dengan
Tuhan telah dilanjutkan sehingga munculnya ilmu falsafah yang lebih sistematik dan
rasional. Oleh yang demikian, , proses pada peringkat ini menjadi lebih kerap dan lebih
mendalam. Dalam prosese peralihan tersebut, kelihatan juga kemasukan pengaruh asing
seperti budaya dan fikiran daripada tamadun lain telah menjadikan kosmologi sesebuah
tamadun lebih komplek dan berwarna-warni.

2. Mitos Tentang Penciptaan Alam Semesta dan Kewujudan Manusia


Tao Yang & Zhong Xiu telah membuat koleksi mitos Cina (lebih daripada 200 buah
cerita) dan membahagikannya kepada 12 kategori yang merangkumi mitos penciptaan
universal, mitos asal usul manusia, mitos wira, mitos raja dan sebagainya. (1990: 6-11)
Koleksi mitos yang serba banyak ini telah menunjukkan kekayaan dan kepelbagaian
tamadun Cina.
Abdul Rahman Abdullah berpendapat bahawa mitos merupakan salah satu corak
sastera rakyat atau sastera naratif yang tertua, dan merupakan juga sumber terpenting
dalam kajian tentang kosmologi Melayu. (1999: 11) Beliau telah mengemukakan
beberapa buah contoh mitos di Nusantara untuk menunjukkan kosmologi Melayu Asli
yang bersifat dualisme. (1999: 11-15)
Oleh yang demikian, perbincangan selanjutnya akan tertumpu kepada mitos
penciptaan alam semesta atau universal dan mitos kewujudan manusia di tamadun Cina
dan tamadun Melayu.
2.1 Penciptaan Alam Semesta / Universal
Alam semesta, atau dikenali sebagai universal, merupakan suatu bidang yang luas
dan jauh daripada pengetahuan manusia kuno, bahkan manusia kini. Kekurangan
pengetahuan sains dan teknologi mengakibatkan manusia menggunakan ilmu yang sedia
ada dan terhad untuk menjelaskan fenomena atau kejadian alam yang telah berlaku di
sekelilingnya. Untuk memunasabahkan penjelasan mereka, maka peminjaman
unsur-unsur ghaib merupakan satu cara penyelesaian yang paling sesuai. Berikut
merupakan beberapa contoh mitos tamadun Cina dan Melayu tentang penciptaan
universal.
(i) Tamadun Cina
Di China, dipercayai bahawa dunia pada asalnya adalah berbentuk telur. Di dalam
telur tersebut hanyalah segala campur-campuran dan kekaburan. Seorang tokoh yang
bernama Pan-gu telah dilahirkan di antaranya. Pan-gu telah memecahkan kerangka telur
mengakibatkan bahagian kerangka atas berkembang menjadi langit dan bahagian
kerangka bawah telah menjadi bumi. Campuran yang terang dan ringan di dalam telur
telah berkembang menjadi udara dan awam, manakala campuran yang berat jatuh ke
bawah menjadi tanah. Pecahan-pecahan kerangka telur yang tercampur dengan campuran
berat bertukar menjadi batu-batuan, manakala pecahan yang tercampur dengan campuran
ringan bertukar menjadi bintang. Dua pecahan kerangkan telur yang besar pula bertukar
menjadi matahari dan bulan. Sejak itu, terwujudnya langit dan bumi, pagi dan malam.
Selepas Pan-gu mati, badannya bertukar menjadi gunung Kunlun dan rohnya menjadi
dewa petir. (TaoYang & Zhong Xiu, 1990:1)
Terdapat juga cerita yang mengatakan bahawa selepas Pan-gu mati, matanya bertukar
menjadi matahari dan bulan; rambut dan jangutnya bertukar menjadi bintang; nafas dari

mulutnya menjadi angin dan awan; bunyinya menjadi petir, darahnya menjadi sungai dan
sebagainya. Roh dan semangat Pan-gu pula melahirkan manusia serta segala haiwan,
burung dan serangga di dunia. Dengan itu, maka wujudnya dunia sekarang. (TaoYang &
Zhong Xiu, 1990: 8-10)
(ii) Tamadun Melayu
Sekiranya ditinjau dari pandangan orang asli atau penduduk asli di kepulauan Tanah
Melayu, kita dapat meneliti sedikit sebanyak tentang asas kosmologi Tamadun Melayu.
Misalya menerusi mitos orang Iban, mereka percaya dunia dan manusia sekarang
adalah dicipta oleh dua ekor burung dewa yang bernama Ara dan Irik. Pada masa dahulu,
berlaku kebanjiran yang besar di alam dunia, Ara dan Irik telah mengeluarkan dua bentuk
pepejal telur dari kebanjiran tersebut dan menukarkan mereka kepada langit dan tanah.
Ara dan Irk kemudiannya menciptakan gunung,-ganang, sawah padi, sungai dan tanah
pamah. (Ling Ching Ching, 2005: 117-118)
Selain daripada mitos tersebut di atas, terdapat versi lain yang popular di kalangan
orang Iban. Orang Iban juga percayai bahawa dunia ini dicipta oleh Raja Entala dan
isterinya. Mereka menggunakan kotoran badan mereka untuk menciptakan langit dan
bumi. Disebabkan bumi lebih besar daripada langit, Raja Entala terpaksa memanpatnya
menyesuaikan langit. Akibatnya, wujudlah gunung, bukit, lembah, sungai dan pamah.
Kemudian tertumbuhnya paku pakis, pokok, bunga dan rumput. (Ling Ching Ching, 2005:
118)
Bagi orang semai pula, mereka percaya bahawa dunia ini dicipta oleh Tak Pedn dan
Enku. Dunia terdiri daripada tujuh lapisan bumi dan tujuh lapisan langit yang
masing-masing ditinggal oleh mahluk sakti yang baik dan jahat.
Begitu juga di Indonesia, misalnya di daerah Batak Toba terdapat mitos yang
mengisahkan penciptaan bumi, matahari bulan dan manusia oleh Raja Odap-Odap dan
Boru Deak Parujar. Di daerah Sikka pula terdapat mitos yang mengkaitkan perkahwinan
Lero Wulang dan Niang Tana dengan kelahiran dunia kini. (Abdul Rahman Abdullah,
1999: 12-13).
Dalam al-Quran telah mengisahkan bahawa Allah menggunakan 6 hari untuk
mencipta dunia, seperti yang berikut:
Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang menciptakan langit dan bumi
dalam enam masa lalu Ia bersemayam di atas Arasy; Ia melindungi malam dengan
siang yang mengiringinya dengan deras dan matahari dan bulan serta bintang-bintang,
tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan
menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci Allah yang
mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (al-Qural, 7: 54)

2.2 Mitos Tentang Kewujudan Manusia


Mitos penciptaan universal biasanya akan disambung atau diteruskan oleh mitos
kewujudan manusia. Kesinambungan ini memperlihatkan pandangan manusia zaman
kuno menganggap bahawa manusia adalah dilahirkan kemudian selepas dunia tercipta.
Alam semesta telah mengurniakan nyawa kepada manusia serta semua mahluk di dunia,
dan membekalkan mereka segala keperluan demi kehidupan.
Oleh yang demikian, manusia primitif percaya bahawa alam semesta mempunyai
kuasa ghaib atau semangat yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka. Kepercayaan
ini melahirkan fahaman animisme dan dinamisme, iaitu kepercayaan terhadap jiwa, roh
atau semangat yang boleh memepengaruhi kehidupan manusia. (Abdul Rahman
Abdullah,1999: 14).
(i) Tamadun Cina
Selain memberi penjelasan terhadap punca kewujudan alam semesta serta fenomena
alam semulajadi, mitos tamadun Cina turut membekalkan penjelasan terhadap kewujudan
manusia di dunia. Terdapat banyak mitos yang mencerita tentang kewujudan manusia.
Kandungan mitos tersebut juga adalah berbeza-beza mengikut bangsa masing-masing.
Namun di antaranya, mitos yang paling popular ditemurunkan adalah mitos Nwa
mencipta manusia. Nwa dikatakan ialah seorang dewi berbadan ular tetapi berkepala
manusia. Selepas Pan-gu mencipta dunia, Nwa merasakan masih terdapat kekurangan di
dalam dunia tersebut. Oleh itu, Nwa menggunakan tanah liat dari Sungai Kuning untuk
mencipta patung manusia. Dengan bantuan kuasa saktinya, Nwa berjaya mengibaskan
mereka kepada manusia yang hidup. (TaoYang & Zhong Xiu, 1990: 30, 126-130;
Wikipedia, 2009a, 2009b)
(ii) Tamadun Melayu
Merujuk kepada contoh mitos orang Iban, terdapat beberapa versi tentang kewujudan
manusia. orang Iban percaya bahawa burung dewa Ara dan Irik telah mencipta dua orang
manusia (lelaki dan perempuan) daripada tanah liat. Oleh itu, kedua-dua orang manusia
tersebut ialah nenek moyang manusia. Selain itu, juga dipercayai bahawa manusia adalah
dicipta oleh Raja Entala dan isterinya. Selepas mencipta dunia, Raja Entala dan isterinya
ingin mencipta manusia supaya menguasai dunia tersebut, maka mereka menggunakan
pokok pisang sebagai bentuk manusia, dan bendalir pokok pala yang berwarna merah
sebagai darah manusia. (Ling Ching Ching, 2005: 118)
Kaum Dayak pula percaya bahawa nenek moyang manusia wujud daripada mulut
burung enggang. Burung enggang adalah jelmaan dewa Mahadallah dan isterinya dewi
Putir yang dipercaya menciptakan dunia sekarang. (Ling Ching Ching, 2005: 119-120)
Selain itu, Bagi orang Dusun, mereka percayai bahawa manusia adalah dicipta oleh
Kinaringan dan Munsumundok. (Yap Beng Liang, 1985: 79)

Dalam Hikayat Hang Tuah pula, pernah mengisahkan tentang kemunculan manusia
(puteri yang cantik) akibat kemuntahan seekor lembu putih. (Azmi Rahman, 2008)
Melihat dari kanca Islam, menurut Hikayat Nur Muhammad, manusia adalah dicipta
daripada peluh burung merak. Burung merak tersebut dibentuk daripada pancaran cahaya
jed putih. Allah mencipta sebatang pokok dan meletakkan burung merak di atas pokok.
Burung merak memuji Allah selama tujuh puluh ribu tahun. Selepas itu, Allah meletakan
cermin di hadapannya lalu burung merak merasa malu dan mula berpeluh. Peluhnya
bertukar menjadi jiwa rasul, khalifah dan segala benda di alam semesta. (Mohd. Nor bin
Ngah, 1985: 9-10)
3. Manusia dan Alam Semesta dalam Konteks Falsafah
Berdasarkan contoh-contoh mitos yang berkaitan dengan kewujudan alam semesta
dan manusia, boleh diperhatikan bahawa mitos-mitos asas kosmologi di tamadun Cina
dan tamadun Melayu mempunyai banyak persamaan. Dalam kepercayaan kedua-dua
tamadun ini, unsur-unsur dualisme dapat diperhatikan di mana dunia / universal biasanya
dicipta oleh dewa-dewi yang merupakan suami isteri; keadaan geografi alam seperti
langit dengan bumi; manusia dicipta pada mulanya ialah dua orang, iaitu lelaki dan
perempuan dan sebagainya. Selain itu, mitos tentang kewujudan manusia juga saling
berkait dengan sumber bumi (tanah liat), atau berasal daripada haiwan, tumbuhan dan
sebagainya.
Pemilikan kosmologi asas sedemikian juga mendorong tamadun Cina bahkan
tamadun Melayu bersifat animisme. Kedua-dua tamadun ini pada primitifnya percaya
kepada semangat ghaib atau kuasa luar biasa yang dapat menentukan kebaikan atau
keburukan kehidupan mereka. Oleh yang demikian, untuk mendapat berkat daripada
kuasa alam semesta, upacara-upacara penyembahan dan pengorbanan telah diadakan.
Semangat kepecayaan primitif sedemikian telah melahirkan pantang larang bagi
manusia kedua-dua tamadun supaya dapat hidup menjauhi segala malapetaka,
berharmoni dan mengamati alam semesta yang dipercayai sebagai satu entiti yang mistik
tetapi mulia. Segala aktiviti dan interaksi dengan alam semesta telah mendorong mereka
membina budaya, sastera, teknologi dan falsafah pemikiranan mereka. Tambahan lagi
pengaruhan budaya atau agama dari luar seperti Hindu-Buddha, Islam turut memberi
suntikan, terutamanya kepada tamadun Melayu untuk membangunkan kosmologi mereka.
Di sini, kertas kerja ini cuba mengemukakan beberapa konsep falsafah / keagamaan
secara ringkas, yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan alam semesta:
Konsep Taiji
Dalam tamadun Cina, unsur-unsur dualisme tersebut telah melahirkan konsep Taiji.
Taiji bererti sesuatu yang bersifat universal, dan digunakan untuk menjelaskan perubahan
dunia serta segala kewujudan benda di alam dunia. Taiji adalah prinsip dan displin
kepada semua benda di alam dunia ini, dan selalu berada dalam keadaan bertentangan,

iaitu Ying (negatif) dan Yang (positif). Maka segala fenomena dan benda adalah saling
kait mengait dan saling tentang menentang, seperti wujudnya kelahiran tentunya ada
kematian. Ini merupakan tatatertib pengedaran alam semesta. Taiji telah memberi
pengaruhan yang dalam kepda aliran falsafah Konfusianisme dan Daoisme di Cina.
Konsep Tian Ren He Yi
Ahli falsafah Cina, Zhang Dainian berpendapat bahawa Tian Ren He Yi merupakan
salah satu daripada asas kepada budaya tamadun Cina. (2004: 211-222) Oleh itu, konsep
penyatuan manusia dengan alam semesta merupakan satu aspek yang amat penting dalam
aliran-aliran falsafah Cina.
Istilah Tian di sini merujuk kepada alam semesta, universal, langit, syugar atau
Tuhan. Oleh itu, untuk menyatukan manusia atau diri sendiri dengan alam semesta,
manusia perlu memupuk dirinya sehingga ke suatu tahap tertentu. Atas konsep ini, aliran
Daoisme telah melanjutkan makna Tian Ren He Yi kepada sesuatu skop yang lebih luas,
iaitu membincangkan tentang sifat semulajadi manusia. Daoisme berpendapat bahawa
Tian adalah sesuatu yang semulajadi, begitu juga dengan Ren (manusia):
Given man, and you have Heaven; given Heaven, and you still have Heaven
(Zhuang zi, 2009a: The Tree on the Mountain)
Heaven, Earth, and I were produced together, and all things and I are one
(Zhuang zi, 2009b: The Adjustment of Controversies)
Konfusianisme pula merupakan aliran falsafah yang praktikal. Bagi Konfusianisme,
Tian merupakan ketinggian etika dan akhlak dalam universal. Oleh itu,
pengikut-pengikut Konfusianisme harus memupuk sifat semulajadi mereka supaya tidak
dipengaruhi oleh pelbagai nafsu. Dengan hanya memerlihara hati / sifat semulajadi,
manusia boleh mencapai ke tahap Tian Ren He Yi yang merupakan ukuran ketinggian
nilai akhlak sesebuah tamadun atau individu.
Dunia Kehidupan dan Akhirat
Selepas kedatangan tamadun Islam di Nusantara pada abad ke-13, kosmologi
tamadun Melayu telah mengalami perubahan. Kenyataan sedekian disetujui oleh Syed
Muhamad Naguib Al-Attas (1972) yang berpendapat bahawa kedatangan Islam telah
memberi pengaruhan ke atas sistem dan cara hidup orang Melayu yang sebelum itu
menganuti animisme dan Hindu-Buddha. Maka kosmologi tamadun Melayu turut
mengalami perkembang ke tahap yang lebih beradab. Kini, tujuan manusia dicipta bukan
tanpanya makna, tetap adalah disebabkan oleh Allah ingin manusia mengenali-Nya.
(Mohd. Nor bin Ngah, 1985:19)
Dalam pandangan Islam, Allah membahagikan alam universal kepada dunia
kehidupan dan akhirat. Kedua-dua dunia ini adalah penting bagi seseorang muslim kerana
segala perbuatannya di dunia kini akan berdampak di dalam akhirat. Kehidupan akhirat
dipentingkan dalam Islam dan kita dapat menelitinya melalui ayat-ayat al-Quran seperti

yang berikut:
... Kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang
yang terpedaya. (al-Quran, 3: 185)
...Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan, dan sesungguhnya
hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal. (al-Quran, 40: 39)
Oleh itu, kehidupan seseorang di akhirat amat bergantung kepada cara dia hidup di
dunia kini. Maka, seseorang perlu menjaga kelakuan dan bertanggungjawab ke atas
tindakannya. Ini termasuklah tidak merosakkan sumber alam dunia. Al-Quran
mencatatkan bahawa:
Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang ia telah usahakan...
(al-Quran, 14: 51)
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu
akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan
bahagianmu dari dunia; dan berbuat baiklah sebagaimana Allah berbuat baik
kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan.
(al-Quran, 28: 77)
5. Kesimpulan
Kertas kerja ini hanya sempat membuat perbandingan dan penganalisaan yang
ringkas terhadap kosmologi tamadun Cina dan Melayu. Walau bagaimanapun,
berdasarkan perbincangan di atas, didapati bahawa manusia pada zaman kuno telah
bersungguh-sungguh untuk mengenali dunia yang mereka tinggal. Mereka terpaksa
menggunakan imaginasi dan unsur-unsur mistik untuk mengisahkan kejadian dan
kewujudan yang berlaku di sekitar mereka. Dengan itu, wujudnya mitos-mitos yang dapat
membayangkan kosmologi asas mereka. Di tamadun Cina dan Melayu, kosmologi asas
yang berdasarkan mitos-mitos bukan sahaja memperlihatkan banyak persamaan, tetapi
juga cara kedua-dua tamadun tersebut berinteraksi dengan alam semesta secara harmoni.
Hal sedemikian dapat diteliti melalui konsep-konsep falsafah yang menegaskan
fahaman-fahaman seperti keseimbangan universal dan keharmonian dengan alam
semulajadi.

Rujukan:
al-Quranl, Terjemahan Al-Quran dalam Bahasa Melayu. http://www.iiu.edu.my/deed/
quran/malay.
Abdul Rahman Abdullah (1999). Falsafah alam semesta di nusantara. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributiors Sdn Bhd.

Azmi Rahman (2008). Logik Melayu: suatu pertimbangan. http://www.esasterawan.net/


esasterawan/1_karya.asp?uid=170&ID=3307.
Hairudin Harun (2001). Kosmologi Melayu dalam era teknologi maklumat. Kuala
Lumpur: Dewan bahasa Dan Pustaka.
Kamus Dewan (Edisi Keempat) (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ling Ching Ching (2005). Shalaoyue yiban zu de minsu, shuochang yishu ji qi huazu wenhua
secai (A study of Sarawak Iban folk culture, performance arts and the nuance of
Chinese Culture within Iban traditions). Sarawak: Sarawak Chinese Cultural
Association.
Mohd. Nor bin Ngah (1985). Islamic world-view of Man, society and nature. In Mohd.
Taib Osman (ed) (1985). Malaysian world-view. Singapore: Institute of Southeast
Asian Studies.
Syed Muhamad Naguib Al-Attas (1972). Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu.

Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.


Tao Yang & Zhong Xiu (2008). Zhongguo shenhua (Mitos China). Beijing: Shangwu
yinshu guan.
Wikipedia (2009a). Nuwa. http://id.wikipedia.org/wiki/Nuwa. Dicapai pada 25 April
2009.
Wikipedia (2009b). Nwa. http://zh.wikipedia.org/wiki/%E5%A5%B3%E5%A8%B2.
Dicapai pada 25 April 2009.
Yap Beng Liang (1985). The traditional world-views of the indeneous peoples of Sabah.
In Mohd. Taib Osman (ed) (1985). Malaysian world-view. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Zhang Dainian (2004). Wenhua
Chubanshe.

yu

jiazhi (Budaya dan nilai). Beijing: Xinhua

Zhuangzi (2009a). The tree on the mountain. In Donald Sturgeon (ed.). Chinese Text
Projec. http://chinese.dsturgeon.net/text.pl?node=2712&if=en.
Zhuangzi (2009b). The adjustment of controversies. In Donald Sturgeon (ed.).
Chinese Text Projec. http://chinese.dsturgeon.net/text.pl?node=2712&if=en.

Anda mungkin juga menyukai