Anda di halaman 1dari 6

1.

Hasilkan sebuah esei tentang aplikasi matematik dalam kegiatan budaya masyarakat
Malaysia secara terperinci. Cuba ketengahkan aspek matematik yang terlibat dalam kegiatan
budaya tersebut secara terperinci.
PENGENALAN
Matematik amat penting dalam kehidupan seharian sejak sekian lamanya tanpa manusia
sedari. Manusia berfikir, mengira dan menganalisis setiap pemasalahan dalam kehidupan
harian mereka. Pengkajian sejarah membuktikan bahawa, Matematik telah digunakan oleh
manusia sejak dari sebelum masihi hingga ke zaman kini. Ini dibuktikan dengan penemuanpenemuan monumen dan artifak oleh ahli arkeologi. Di Malaysia, terdapat pelbagai budaya
yang sudah pasti budaya tersebut melibatkan konsep Matematik. Antaranya ialah anyaman kraf
tangan tikar mengkuang.
Anyaman merupakan salah satu aktiviti kraf tangan yang telah diamalkan oleh
masyarakat negara ini sejak dahulu lagi. Lazimnya anyaman ini hanya menggunakan tumbuhan
semulajadi. Ini disebabkan mereka hanya terdedah pada tumbuhan yang berada di persekitaran
sahaja. Antara tumbuhan yang digunakan dalam anyaman ialah mengkuang. Mengkuang
termasuk dalam jenis pandan. Tumbuhan ini hidup dengan subur di kawasan yang berair tawar.
Lazimnya mengkuang hidup di kawasan paya, hutan bakau dan kawasan sawah padi yang
berair.
Kebanyakan masyarakat Melayu membezakan antara pandan dan mengkuang
berdasarkan kawasan yang ditumbuhinya.Perbezaannya dapat dilihat dari segi fizikal. Pokok
mengkuang lebih tinggi daripada pokok pandan, tetapi mengkuang mempunyai sedikit dahan
bercabang berbanding pohon pandan. Pandan mempunyai rimbunan daun yang lebat, rendah
dan rendang. Ukuran daun mengkuang pula lebih panjang antara 1 hingga 2 meter berbanding
kepanjangan daun pandan yang hanya sekitar 1 hingga 1.5 meter sahaja.

Rajah 1 : Pohon mengkuang


1

ALAT-ALAT UNTUK PROSES ANYAMAN


Alat-alat yang dimaksudkan ialah peralatan untuk mengolah bahan anyaman. Antaranya
i) Parang
ii) Pisau lipat
iii) Jangka
iv) Peraut
v) Bahan pencelup

PROSES MENGANYAM MENGKUANG


Proses penyediaan bahan asas seperti daun mengkuang dimulakan dengan kerja-kerja
menetak daun pohon hingga ke peringkat menganyam. Oleh itu terdapat beberapa cara untuk
melakukan proses anyaman. Pemilihan dan pemotongan daun mesti dilakukan dengan teliti.
Daun yang dipilih mestilah tidak terlalu tua atau muda, sekurang-kurangnya berusia kurang dua
tahun. Daun dipotong di bahagian pangkalnya sehelai demi sehelai. Waktu yang sesuai untuk
mengambil daun ialah waktu pagi atau petang bagi mengelakkan daun cepat layu. Daun ini
kemudiannya disusun berlapis-lapis, antara tiga hingga lima helai dan dipotong dibahagian
pangkal dan hujung daun. Selepas itu duri di bahagian tulang belakang daun dibuang.

Rajah 2 : Proses memotong daun mengkuang

Setalah proses memotong , daun mengkuang tersebut perlu melalui proses melayur. Daun
dilayur di atas bara api sehingga menjadi kekuning-kuningan. Proses ini dilakukan supaya daun
menjadi lembut dan lebih tahan lama. Daun yang lembut akan memudahkan proses menjangka.
Rajah 3 : Proses melayur

Daun mengkuang yang telah dilayur dibahagi pada beberapa pita-pita atau bilah-bilah
untuk dijadikan bahan anyaman dengan menggunakan alat yang khusus. Alat ini berlubang dan
terdapat logam yang berfungsi sebagai pisau yang dikenali sebagai jangka.Jangka dibentuk
seperti sikat. Jangka juga dikenali sebagai kikir kayu bermata tajam dan digunakan untuk
proses menjangka iaitu membelah daun menjadi helaian halus. Umumnya jangka berukuran 19
cm panjang dan 4 cm lebar. Mata jangka diperbuat daripada besi atau dawai kasar yang telah
ditajamkan pada bahagian hujungnya. Jumlah mata jangka ditentukan oleh jarak atau lebar
daun yang perlu dikoyakkan. Misalnya ukuran helaian daun yang ingin dikoyakkan adalah
selebar 1 cm atau yang paling halus ialah 0.25 cm. Daun yang dijangka dibiarkan selama
sejam.

Rajah 4 : Jangka

Rajah 5 : Cara menggunakan jangka

Setelah proses menjadikan daun mengkuang tersebut seperti pita-pita, peraut pula digunakan
untuk melembutkan helaian daun yang telah dijangka tadi. Peraut diperbuat dari buluh dan
ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar. Proses meraut
dilakukan berulangkali supaya bilah atau helaian daun tidak bergulung. Peraut juga digunakan
sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu
dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan
Rajah 6 : Peraut

Rajah 7 : Cara menggunakan Peraut

Selepas diraut, bilah-bilah daun tersebut diikat atau ditongkolkan untuk direndam di dalam
tempayan yang mengandungi air biasa selama dua malam. Air mesti ditukar sebanyak dua kali
sehari. Bilah-bilah mengkuang direndam untuk melenturkan warna asalnya ( hijau ). Ikatan
tongkol ini kemudian dibuka untuk dicuci dan dijemur. Setelah kering, proses mewarnakan daun
pula dilakukan. Ada dua cara mewarna iaitu warna tradisi dan warna moden.
Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan ( vegetable dye)
seperti kunyit, buah kesumba india dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah :
a) Kuning kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih.
b) Merah buah kesumba india ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih. Untuk
warna yang lebih terang, dicampur dengan kapur sireh.
c) Biru kehitaman daun mengkudu digunakan dengan proses yang sama.

Pewarnaan secara moden pula menggunakan pencelup dyestuff serta beberapa


bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk.
Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang
digunakan. Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan
pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah mengkuang yang telah
ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan
bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol mengkuang dicelup selama
antara 15 hingga 20 minit. Dijemur sekali lagi hingga kering, setelah itu bermulalah proses
menganyam untuk dijadikan tikar.
Dalam proses menganyam inilah akan didapati pola geometri iaitu corak teselasi.
Teselasi adalah bentuk-bentuk yang berulang. Contoh corak teselasi pada tikar mengkuang
adalah :

Corak Tapak Catur

Corak Tapak Harimau

Corak Ragi Beras Patah

Corak Kelerai

KESIMPULAN
Corak pada tikar mengkuang lebih menekankan kepada penggunaan susunan warna pada
sesuatu anyaman biasa. Warna-warna penting dalam menentukan corak. Corak dijalin secara
selang-seli hingga meninggalkan kesan geometri asli. Namanya akan berbeza jika dianyam
dalam bentuk , ukuran dan susunan yang berlainan. Tikar hanya datar dengan sifat dua
dimensi, terdapat juga rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman biasanya
digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan
keperluan hidup dan kegunaan seharian. Rupa geometri ialah rupa yang mempunyai sudut
seperti bulat, tiga segi , empat segi dan lain-lain rupa yang bersudut, bentuk-bentuk ini terdapat
juga dalam corak tikar mengkuang. Selain corak, orang-orang dahulu sudah tahu penggunaan
masa yang sesuai dari proses mengambil mengkuang sehinggalah proses merendam dan
mewarna. Sukatan yang betul pada jangka akan menghasilkan bilah-bilah mengkuang yang
sama besar. Begitulah kebijakkan orang-orang terdahulu dalam proses kehidupan mereka yang
sebenarnya sudah terlalu terdedah dengan Matematik tanpa mereka sedari.
Peranan Matematik sudah cukup jelas ialah untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi dalam kehidupan seharian. Masalah-masalah yang timbul ini mungkin sukar untuk
diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai pengetahuan cetek dalam bidang Matematik.
Sebagai contoh, sekiranya peniaga dan pembeli tidak tahu untuk membuat pengiraan semasa
jual beli sedang berlangsung, maka ini akan menyukarkan kedua-dua belah pihak untuk
berurusan. Bidang Matematik bukan sahaja dilihat dalam urusan jual beli, malah ianya juga
dapat dilihat semasa ingin memasak. Tanpa pengetahuan Matematik, sudah pasti kita tidak
akan tahu mengambil sukatan yang betul untuk menjadikan masakan itu lazat ataupun tidak.
Oleh itu, betapa pentingnya Matematik dalam kehidupan seharian kerana kita pasti akan
menggunakannya untuk membuat keputusan dalam banyak perkara.