Anda di halaman 1dari 24

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

IN0VASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

NAMA INOVASI : PERMAINAN MUZIK BERBICARA

PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI


Inovasi ini berteraskan konsep main yang diperkenalkan oleh Sigmund Freud.
Penerapan konsep main sambil belajar ini telah dipraktikkan sejak baru-baru ini.
Namun begitu, saya mempraktikkan konsep ini untuk mengatasi beberapa masalah
iaitu :
1. Penglibatan murid dalam P&P agak pasif
2. Peluang untuk murid menjawab pertanyaan guru agak bias kerana asyik orang
yang sama mengangkat tangan untuk menjawab setiap pertanyaan.
3. P&P bosan kerana tiada keseronokan.
Pada praktikum 1, saya telah memperkenalkan bekas pusaka yang menggunakan
botol sebagai medium menggantikan kotak beracun. Walaupun idea ini amat menarik
dan mendapat sambutan tetapi inovasi perlu dilakukan agar idea ini dapat dipraktikkan
dengan lebih efisen.
Pada praktikum 2, Kitar semula adalah satu aspek kreatif yang dapat menjana
pemikiran murid. Oleh itu saya mendapat idea menggunakan penapis udara kereta
sebagai medium permainan saya pada praktikum kali ini.
Konsepnya ialah sama dengan konsep music box . Pada semester 3, saya
merangka satu kaedah cabut nombor tetapi dendanya ditayangkan atau terletak pada
sekeping kertas yang dapat dilihat oleh murid-murid.

111

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

Nombor cabutan akan dimasukkan kedalam sebuah bekas tetapi cabutan pertama akan
dicabut guru untuk pemilihan senarai hukuman.

Idea bekas pusaka


(praktikum 1)

PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


Murid-murid amat seronok bermain permainan tersebut disamping mencapai
objektif

P&P yang dirangka. Terdapat murid yang tidak puas hati kerana tempoh

permainan sekejap.
Inovasi ini amat berkesan dan murid berasa amat teruja setiap kali bermain
permainan ini dan permainan ini dapat membantu guru mencapai objektif secara tidak
langsung. Murid juga tertanya-tanya bahan yang saya gunakan dan terkejut apabila
menyangka ianya bahan terbuang.
Yang lebih memeranjatkan ialah permainan ini boleh merentas mata pelajaran
dan bukan hanya sekadar mata pelajaran muzik dan alat bantu mengajar ini mesra
alam, selamat dan yang penting ialah ia mampu menarik minat murid dari pelbagai
aras.

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

Nama Inovasi

: Who wants to be a Star?

Penerangan dan perincian tentang inovasi

Peneguhan positif dan negatif merupakan cara memotivasikan murid-murid


untuk melaksanakan tugas-tugas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di blik
darjah. Ia juga digunakan untuk mendisiplinkan para murid supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Guru-guru perlulah menggunakan kedua-dua peneguhan positif dan negatif
secara berkesan seperti yang dicadangkan oleh Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan
positif dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk mencapai matlamat.
Sementara, peneguhan negatif pula dapat membantu guru mengelakkan gangguan
tingkah laku murid yang boleh menghindari kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran.

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


Pada praktikum kali ini, saya menyediakan replika bintang yang akan dibagi
kepada setiap kumpulan mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan iaitu
kumpulan yang berjaya menyelesaikan kerja dengan cepat dan betul semua akan diberi
1 atau 2 bintang untuk kumpulan yang memberi kerjasama yang erat dan mempunyai
sahsiah yang terpuji. Saya akan menarik 1 bintang bagi kumpulan yang tidak memberi
kerjasama dan berbuat bising. Jika kumpulan tersebut tiada lagi duit, kumpulan tersebut
dikira berhutang dengan saya. Buku hutang akan saya sediakan. Kumpulan yang
mengumpul paling banyak bintang akan diberi saguhati pada akhir praktikum.

Penilaian keberkesanan inovasi


Saya melihat motivasi ekstrinsik murid makin meningkat. Walau bagaimanapun,
dalam jangka masa yang panjang, jika motivasi enstrinsik dilihat dapat bertukar kepada

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


motivasi instrinsik, maka pengimplementasi sistem token ekonomi ini dikurangkan
sedikit demi sedikit.

IN0VASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

NAMA INOVASI: Aktifkan Diri mu


PENERANGAN DAN PERINCIAN TENTANG INOVASI
Inovasi ini berteraskan Menurut Teori Rational Emotive Theraphy;RET ( Albert Ellis :
1979)
A: Activating Event (Perkara yang berlaku)
B: Belief System (Sistem Kepercayaan)
C: Consequence (Akibat)
D: Dispute (Sangkal)
E: Effect ( hasil) ; kesan baru
Dari teori ini saya dapat mengatasi beberapa masalah seperti :
1. Saya dapat menarik minat murid dalam focus kepada aktiviti
2. Peluang untuk murid menjawab pertanyaan guru tidak bias kerana sistem
cabutan diterapkan.
3. P&P yang bosan menjadi seronok kerana murid aktif.
4. Murid dan guru menjadi erat kerana guru bersikap bias budaya dapat disangkal
sama sekali.
5. P&P dapat dilakukan dengan baik disamping budaya murid bersedia dapat
diterapkan.
Saya akan membahagikan murid kepada 4 mengikut warna dan setiap murid dalam
kumpulan akan memakai tag nama dan akan memakai tag tersebut setiap kali kelas
diadakan. Nombor tag tidak boleh ditukar.
Saya akan menyediakan senarai semak dan saya akan aktifkan mereka dengan
memanggil nama dan kumpulan mereka. Setiap kerjasama akan mendapat markah

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


untuk kumpulan.kumpulan terbaik akan diberikan ganjaran apabila mengumpul 3
bintang kumpulan.

Penilaian keberkesanan inovasi


Inovasi ini amat berkesan dalam dalam pengajaran dan pembelajaran saya.
Penggunaan tanda nombor bukan sahaja untuk aktiviti kumpulan tetapi saya gunakan
juga dalam pemilihan untuk penutup dan rumusan setiap kali pengajaran. Saya juga
mengaplikasikan kaedah ini dalam mata pelajaran minor iaitu bahasa inggeris dan

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


kemahiran hidup. Saya dapat melihat murid sentiasa bekerjasama dan sentiasa
bersedia untuk menyelesaikan tugasan yang diberi. Saya berharap murid-murid ini lebih
berkeyakinan dan meningkatkan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain
malah dapat menghasilkan sesuatu yang baik atas kerjasama ini.

TEORI PERIBADI/SENDIRI

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


Nama Teori: The Wizard Musician
PENERANGAN TEORI
Teori peribadi saya adalah gabungan beberapa teori seperti:
1. Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan
menggerakkan individu supaya melakukan sesuatu aktiviti yang membawa faedah
kepadanya. Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian,
insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif
bagi mendorongkan pelajar belajar. Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada
seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu
meningkat. Peneguhan adalah suatu motivasi ekstrinsik yang boleh memberi kesan
kepada tingkahlaku seseorang pelajar.
Menurut Kazdin(1984), peneguhan lebih berkesan sekiranya diberikan dengan
kerap pada peringkat pembelajaran baru. Oleh itu, semasa pelajar mula mempelajari
sesuatu tugasan yang baru, mereka sebaik-baiknya diberikan pujian dan sokongan
dengan kerap. Hukuman ataupun deraan adalah suatu bentuk peneguhan negatif dan
ia sebaik-baiknya tidak diberikan.

2. Teori Pengasingan
Murid yang bermasalah akan diasingkan dari kumpulan atau kelas agar murid
tersebut tidak berupaya mengganggu rakan mahupun proses P&P. Kelazimannya,
murid yang diasingkan adalah murid yang tidak mengikut arahan,melanggar disiplin,
mengganggu ketenteraman murid lain dan menjejaskan P&P.

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

TEORI The Wizard Musician


Saya akhirnya mencipta teori dimana pengasingan murid dapat dijalankan
dengan menggunakan peneguhan positif iaitu murid yang tidak dapat dikawal akan
diasingkan dan akan duduk ditempat khas dan dijadikan The wizard Musician.

SUDUT PERSPEKTIF MURID:

Murid merasa segan


Murid akan menunjukkan reaksi ingin melakukan aktiviti dari duduk sebagai

Wizard.
Murid merasa bangga menjadi Wizard.

PENEROKAAN TERHADAP KEPERCAYAAN DIRI DALAM KONTEKS


PENGALAMAN PERIBADI

Pada mulanya, saya merasakan murid akan bangga dan akan berasa ingin
menjadi Wizard lagi kerana peneguhan positif berlaku.

BERDASARKAN KEPERCAYAAN DIRI:

Setiap orang ingin menjadi wizard kerana akan dihormati.


PENEROKAAN NILAI YANG BERCANGGAH DENGAN NILAI YANG DIPEGANG:

Reverse psikologi berlaku iaitu murid tidak mahu menjadi raja kerana berasa
disisih.

PANDANGAN DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH:

Murid-murid lebih suka bermain permainan dalam P&P berbanding menjadi


wizard dalam kelas yang tidak membuat apa-apa pun.

PENGAPLIKASIAN PENGALAMAN DALAM BILIK DARJAH:

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

Murid yang menjadi wizard untuk pertama kali pada mulanya amat gembira
tetapi apabila satu masa berlalu. Reaksi muka murid tersebut berubah kerana
reverse psikologi berlaku iaitu dia merasakan pangkat tidak bermakna tanpa
kawan untuk berkongsi kegembiraan.Kemudian, murid tersebut meminta izin
guru untuk mengikuti P&P dan pada mulanya saya menolak. Kemudian ,murid
tersebut berkata dia berjanji akan berkelakuan baik dan saya izinkan.

Insiden ini berlaku dalam setiap kelas yang saya ajar pada minggu kedua
semasa saya mengaplikasikan teori ini.

MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG TIMBUL:

Isu yang timbul ialah tercetusnya reverse psiologi dimana murid lebih rasa
tersisih walaupun dipuji atau diberi ganjaran.

PENAMBAHBAIKAN:

Perlu menekankan aspek reverse psikologi.


Kostum raja perlu dipertingkatkan.
Berikan keistimewaan kepada wizard.

PERUBAHAN SIKAP GURU:

Guru lebih peka akan perwatakan murid.


Guru perlu lebih bijak mengawal situasi kelas.
Timbul kesedaran dalam membentuk sahsiah murid.
Guru perlu bersikapseperti pendidik bukan sekadar pengajar.

KESIMPULAN:

Guru perlu sedar akan penggunaan psikologi dalam pendidikan . Jangan terlalu
menggunakan konsep denda atau hukuman kerana akan meninggalkan kesan

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


negative terutamanya pada mentality murid di masa akan datang. Oleh itu, teori
Wizard dapat membuktikan bahawa pendekatan psikologi adalah baik dan
berkesan.

TEORI PERIBADI/SENDIRI

NAMA TEORI: EFFECTORISME


PENERANGAN TEORI
Teori peribadi saya adalah gabungan beberapa teori seperti:

1. Teori Gelombang Bunyi


Asas-asas gelombang bunyi, bagaimana ianya dihasilkan dan bagaimana ia
bergerak melalui medium tersebut perlu diketahui bagi memahami mekanik
ultrasonik.Bunyi ialah pergerakkan vibrasi melalui apa-apa sahaja medium iaitu
pepejal,cecair dan gas.Penghasilan gelombang bunyi berlaku apabila bunyi kerap kali
dihasilkan melalui medium konduktor bunyi contohnya ialah penghasilan gelombang
bunyi oleh gelombang radio.Udara yang berada d idepan akan dimampatkan dan

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


ditekankan menjadi gelombang bunyi yang akan hilang ke udara.Terdapat juga
gelombang bunyi yang terhasil akibat keadaan yang mengejutkan. Contohnya guru
yang terhasil akibat keadaan apabila kilat berlaku.

2. Terapi Realiti
Merupakan satu bentuk terapi yang agak baru dalam dunia kaunseling. Ianya
telah diasaskan oleh William Glasser iaitu seorang psikologis dari California pada tahun
1965 ekoran daripada ketidaksetujuan Glasser terhadap teori psikoanalitik.
Kottler dan Brown menyatakan bahawa terapi realiti merupakan suatu pendekatan
mengajar yang menekankan kepada penyelesaian masalah, tanggungjawab peribadi
dan keperluan untuk menangani atau mengatasi keperluan realiti seseorang individu.
Menurutnya lagi terapi realiti adalah berdasarkan kepada assumsi atau andaian
bahawa setiap individu perlu untuk membina identiti sama ada berjaya atau gagal.
John J. Pietrofesa (1984), berpendapat bahawa terapi realiti berasaskan kepada
andaian terhadap sesuatu tingkah laku sama ada menolong atau menghalang untuk
memenuhi keperluan asas manusia. Keperluan tersebut merupakan keperluan untuk
disayangi dan menyayangi orang lain dan keperluan merasa dihargai dan menghargai
orang lain. Tingkah laku yang dapat dipenuhi dikatakan bertanggungjawab dan yang
gagal adalah sebaliknya. Tingkah laku yang tidak bertanggungjawab akan membina
identiti gagal dan seterusnya akan menghadapi kegagalan. Maka kaunselor adalah
membina identiti individu itu ke arah kejayaan.

TEORI EFFECTORISME
Saya akhirnya mencipta teori dimana kesan bunyi dapat menjadi penghubung
dalam merealisasikan terapi reality seperti membukaminda murid akan hal-hal yang
berlaku disekeliling mereka.
SUDUT PERSPEKTIF MURID:

Murid menghargai kehidupan.


Murid akan menunjukkan reaksi saying akan kehidupan.

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

Murid merasa rendah diri.

PENEROKAAN TERHADAP KEPERCAYAAN DIRI DALAM KONTEKS


PENGALAMAN PERIBADI:

Pada mulanya, saya merasakan murid akan bersyukur atas apa yang ada
kerana peneguhan positif berlaku semasa proses effectorisme berlaku.

BERDASARKAN KEPERCAYAAN DIRI:

PENEROKAAN NILAI YANG BERCANGGAH DENGAN NILAI YANG DIPEGANG:

Murid merasakan bunyi menyampaikan perasaan atau murid.

PANDANGAN DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH:

Setiap orang ingin disayangi.

Murid-murid lebih suka peka dan focus apabila ada kesan bunyi.

PENGAPLIKASIAN PENGALAMAN DALAM BILIK DARJAH:

Murid dapat merasakan suasana seperti semasa bercerita ,kesan bunyi


digunakan supaya murid dapat merasa mud cerita tersebut dan ada yang
menangis apabila sesi renungan memainkan lagu sedih sebagai kesan bunyi.

MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG TIMBUL:

Isu yang timbul ialah murid terlalu bergantung pada kesan bunyi untuk merasai
suasana.

PENAMBAHBAIKAN:

Perlu menekankan aspek psikologi


Kesan bunyi perlu dipertingkatkan

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

PERUBAHAN SIKAP GURU:

Guru lebih peka akan perwatakan murid


Guru perlu lebih bijak mengawal situasi kelas
Timbul kesedaran dalam membentuk sahsiah murid
Guru perlu bersikapseperti pendidik bukan sekadar pengajar

KESIMPULAN:

Bunyi adalah sesuatu yang indah dan unik.Ia boleh menarik perhatian dan boleh
memusnahkan minat. Ia bergantung pada pengguna kesan bunyi itu.

TEORI PERIBADI/SENDIRI

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

NAMA TEORI: Star Collector


PENERANGAN TEORI
Teori peribadi saya adalah gabungan dua teori iaitu:
1.Teori Peneguhan - Teori pelaziman Operan Skinner
Peneguhan positif dan negatif merupakan cara memotivasikan murid-murid
untuk melaksanakan tugas-tugas dalam proses pengajaran dan pembelajaran di blik
darjah. Ia juga digunakan untuk mendisiplinkan para murid supaya proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.
Guru-guru perlulah menggunakan kedua-dua peneguhan positif dan negatif
secara berkesan seperti yang dicadangkan oleh Teori Peneguhan Skinner. Peneguhan
positif dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk mencapai matlamat.
Sementara, peneguhan negatif pula dapat membantu guru mengelakkan gangguan
tingkah laku murid yang boleh menghindari kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.Teori Motivasi Pencapaian Atkinson
Atkinson (1965) mengemukakan Teori Motivasi Pencapaian yang beliau
rumuskan dalam beberapa aspeks yang utama iaitu pertama ialah, individu mempunyai
minat mengejar kejayaan sama ada terhadap perkara benda, ataupun orang lain.
Kedua ialah apabila mereka menghadapi situasi mengejar sesuatu, terdapat dua jenis
motivasi yang saling bertentang akan timbul pada masa yang sama iaitu mengejar
kejayaan dan mengelak kegagalan.

TEORI Star collector

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


Saya akhirnya mencipta teori dimana motivasi pencapaian murid untuk mengejar
kejayaan dan mengelak kegagalan dengan menggunakan peneguhan positif iaitu
murid-murid berlumba-lumba mengumpul bintang yang saya berikan untuk bergelar
star collector kerana sudah naluri manusia ingin akan kepuasan dalam mencapai
tahap penghargaan kendiri untuk menyempurnakan diri dan menangani kekurangan.

SUDUT PERSPEKTIF MURID:

Murid merasa teruja untuk bergelar kumpulan terbaik.


Murid akan berlumba-lumba untuk menyiapkan kerja kumpulan dengan cepat

dan betul.
Murid akan cuba sedaya upaya menjaga kelakuan dan sahsiah untuk mengelak
duit kumpulan hilang diambil guru yang bertindak sebagai penguatkuasa bintang.

PENEROKAAN TERHADAP KEPERCAYAAN DIRI DALAM KONTEKS


PENGALAMAN PERIBADI:

BERDASARKAN KEPERCAYAAN DIRI:

Setiap orang ingin berasa megah dan dihormati.

PENEROKAAN NILAI YANG DIPEGANG:

Saya merasakan murid begitu teruja mengumpul bintang untuk berjaya.

Bintang yang dikumpul sedikit demi sedikit akhirnya menjadi bukit.

PANDANGAN DALAM MEMAHAMI TINGKAH LAKU DALAM BILIK DARJAH:

Murid-murid lebih suka bermain permainan dalam P&P dan adanya aplikasi

seperti kehidupan sebenar.


Murid suka bermain dengan bintang kerana ganjaran kepada pemenang.

PENGAPLIKASIAN PENGALAMAN DALAM BILIK DARJAH:

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


Saya menyediakan kad bintang yang akan dibahagi kepada setiap kumpulan
mengikut syarat dan kriteria yang telah ditetapkan iaitu kumpulan yang berjaya
menyelesaikan kerja dengan cepat dan betul semua akan diberi 2 bintang untuk
kumpulan yang memberi kerjasama yang erat dan mempunyai sahsiah yang
terpuji. Saya akan menarik 1 bintang bagi kumpulan yang tidak memberi
kerjasama dan berbuat bising. Jika kumpulan tersebut tiada lagi bintang,
kumpulan tersebut dikira berhutang dengan saya. Buku hutang akan saya
sediakan. Kumpulan yang mengumpul paling banyak bintang akan diberi
saguhati pada akhir praktikum. Tabung bintang yang dibuat daripada bekas
biskut raya amat disukai oleh murid.
Di samping itu, untuk menjaga segala alatan saya, saya membuat kontrak
penjanjian dengan murid. Sesiapa yang merosakkan tabung saya, maka setiap
ahli kumpulan perlu membayar pada saya 1 bintang. Maka wujudlah peneguhan
positif dan negatif dalam inovasi saya ini. Selain itu, saya melihat guru-guru
selalu mengaplikasikan sistem token jadi saya telah mengubah dengan membuat
inovasi pemberian bintang. Saya selalu memberitahu murid bahawa ilmu ibarat
bintang. Lebih banyak ilmu kita ada, lebih banyak hasil bintang yang kita
perolehi. Murid tidak nampak jika hanya belajar untuk berjaya mendapat A, tetapi
jika guru memberitahu bahawa jika belajar hingga berjaya akan menggapai
bintang yang tinggi maka murid nampak mengapa mereka perlu belajar.

MASALAH/ISU/PERISTIWA YANG TIMBUL:

Murid-murid tidak dibenarkan melihat atau mengira bintang mereka sehingga


habis atau tamat untuk tidak menjatuhkan semangat mereka serta memberi
kejutan kepada hujung pengajaran atau semester.

PENAMBAHBAIKAN:

Perlu menekankan kepada aktiviti kumpulan yang aktif dan timbulkan semangat

kerjasama.
Bintang dipelbagaikan warnanya untuk menarik minat murid.
Carta bintang ditayangkan untuk mengingatkan murid setiap hari.

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

PERUBAHAN SIKAP GURU:

Guru lebih peka akan perwatakan murid


Guru perlu lebih bijak mengawal situasi kelas
Timbul kesedaran dalam membentuk sahsiah murid
Guru perlu bersikap seperti pendidik bukan sekadar pengajar

KESIMPULAN:

Melalui model dan teori ini saya dapati, semangat belajar dalam kelas agak
meningkat. Dan semangat bekerja dalam kumpulan juga telah mula menjadi

dengan adanya kerjasama dan reinforcement itu tadi.


Kumpulan murid yang bising itu tadi sudah mula menunjukkan sikap aktif
menjawab soalan yang ditanya semasa P&P, malah bukan sekadar murid yang
bising, tetapi murid yang pasif juga turut menunjukkan minat terhadap P&P
kerana mereka bersaing secara sihat untuk memperoleh ganjaran yang direbut
oleh semua murid.

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

Nama Inovasi

: Who wants to be a Star?

Penerangan dan perincian tentang


inovasi

Peneguhan positif dan negatif merupakan cara memotivasikan muridmurid untuk melaksanakan tugas-tugas dalam proses pengajaran

dan

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


pembelajaran di blik darjah. Ia juga digunakan untuk mendisiplinkan para murid

supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar.


Guru-guru perlulah menggunakan kedua-dua peneguhan positif dan
negatif secara berkesan seperti yang dicadangkan oleh Teori Peneguhan
Skinner. Peneguhan positif dapat memberi galakan kepada murid-murid untuk
mencapai matlamat.

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

Nama Inovasi

: Sistem Traffic Light

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

Penerangan dan perincian tentang inovasi

Merupakan satu sistem untuk mengawal disiplin di dalam bilik darjah. Guru akan
menjelaskan peraturan penggunaan sistem ini sebelum memulakan sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga jenis warna dalam sistem traffic light ini.
Warna Hijau menunjukkan bahawa murid-murid boleh melibatkan diri secara aktif
untuk menghasilkan sesuatu tugas atau kerja kumpulan dengan berkesan. Manakala,
warna kuning pula, murid-murid diber peluang unruk bersuara tapi tertakluk kepada
peraturan-peraturan yang dipaparkan oleh guru. Akhirnya ialah warna merah. Apabila
guru menunjukkan tanda anak panah pada warna merah murid-murid perlu memberi
sepenuh perhatian terhadap guru. Murid juga tidak dibenarkan untuk bercakap sewaktu
anak panah menunjukkan warna merah.
Jika murid-murid mengikut peraturan guru, mereka akan diberi token iaitu
bintang atau pun sampel duit yang disediakan oleh guru. Bagi pelajar yang telah
berjaya mengumpul sepuluh bintang atau sampleh duit akan diberi hadiah yang
menarik. Inovasi sistem traffic light ini memang membantu guru dalam mengawal kelas
secara bersistematik dan mudah.

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan

INOVASI PEDAGOGI YANG DIHASILKAN SENDIRI

Nama Inovasi

: Sistem Bank

ATM
Kumpulan
Bill Gates

PRAKTIKUM 3 Ramana Devi Ananthan


Penerangan dan perincian tentang inovasi
Sistem bank merupakan satu kaedah menggunakan peneguhan positif dan juga
negatif. Sistem ini digunakan untuk meningkatkan penglibatan murid terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran sekaligus mengawal tingkah laku murid yang tidak
diingini semasa melakukan aktiviti kumpulan mahupun tugasan individu.
Guru akan menyediakan sampel duit seperti di atas kepada murid-murid yang
berjaya menunjukkan tingkah laku yang diarahkan oleh guru pada setiap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tambahan lagi, gru juga akan memberi
sampel duit ini kepada mereka yang berjaya membuat sesuatu tugas dengan
sepenuhnya dengan kemas dan teratur.
Guru akan mengira sampel duit yang terkumpul dalam tabung ATM pada akhir
sesi praktikum ini. Tiga kumpulan pertama yang berjaya mengumpul duit yang berjaya
akan diberi hadiah yang menarik. Manakala, pada mereka yang tidak berjaya
mengumpul duit akan dimotivasikan supaya berusaha secara berterusan demi
mencapai kejayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pada masa yang sama, guru juga akan memberi denda kepada murid yang
melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Misalnya guru akan merampas satu kertas
duit daripada mereka yang tidak mendengar arahan guru semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran diadakan. Dengan ini guru dapat berjaya mengawal perlakuan murid
sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran sedang diadakan.

Anda mungkin juga menyukai