Anda di halaman 1dari 1

Setiap orang mungkin mempunyai perancangan tersendiri apabila tibanya musim

cutisekolah. Begitu juga dengan keluarga saya. aku mengisi masa yang mungkin akan
terluangdengan perkara perkara berfaedah yang barangkali boleh menambah
pengetahuan.
Cuti selama enam minggu sememangnya amat lama. jadi, waktu cuti itu tidak
akanku bazirkan dengan perkara perkara yang tidak berfaedah. Pada minggu pertama,
ayah bercadang untuk pulang ke rumah datuk yang terletak di Kuala Terengganu.
Sewaktu beradadi sana, ilham datang menyelam minda apabila mataku tertumpu pada
desiran pantai biar pun air dianggap pasang. Di sana juga, aku membantu datuk
bercucuk tanam di kebun yang berhampiran dengan rumah. Waktu itu, aku dapat
menimba banyak pengetahuan denganhanya bercucuk tanam.
Setelah hampir 2 minggu meluangkan masa di Kuala Terengganu, aku sekeluarga
menetap diPerak untuk tujuan pergi melancong. Banding Island Resort menjadi tempat
kami sekeluarga bermalam. Destinasi pertama kami ialah melihat pelbagai jenis haiwan
iaitu di Zoo Taiping.Diriku tetap tidak jemu memandang permandangan sekeliling
meskipun sudah berulang kalitiba di situ. Tempat terakhir yang menjadi banyak
pengalaman untukku ialah setibanya aku dikota Tampan.pengetahuan sejarahku makin
meluas dengan maklumat yang diperoleh dikawasan yang mengumpul segala sejarah
itu.
Cutiku menjadi lebih bermakna apabila aku terlibat dengan Kem Motivasi yang
didaftar oleh ayahku. Banyak pengalaman yang diperolehi. Antaranya dapat
memantapkan lagi jati diriserta mampu membangkitkan semangat supaya lebih efektif
dan sistematik dalammelaksanakan kehidupan seharian. Selain itu, potensi dalam
diriku dapat dipertingkatkan .
Perasaan bosan tidak menyelubungi diriku meskipun telah pulang dari Perak.
Akumenghabiskan masa cutiku di rumah datuk dan nenek sebelah ibu di Alor Star. Aku,
kakakkudan sepupuku meluangkan masa dengan memancing. Kadangkala, kami
membaca noveluntuk mengisi masa lapang. Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik
untuk anaknya. Olehsebab itu, ayah dan ibu membawa saya, kakak dan adik adik
menghabiskan masa di pameran buku. Pelbagai jenis buku di pamerkan di situ.
Antaranya, komik, islamic, remaja dan kanakkanak.
Minggu terakhir bagiku amat sibuk. Segala peralatan sekolah diurus dengan baik
sekali. Ayah dan ibu membawa saya, kakak dan adik adik ke pusat membeli belah untuk
membuat persiapan ke sekolah. Segala peralatan sekolah dibeli dengan lengkap.
Antaranya seperti, alat tulis, kotak pensel, beg sekolah, kasut sekolah, dan baju sekolah.
Aku berasa sangat gembira kerana semua yang diperlukan akhirnya lengkap.

Anda mungkin juga menyukai