Anda di halaman 1dari 5

ANSWER KEY

1. C
2. D
3. A
4. D
5. B
6. B
7. C
8. A
9. A
10. D

ANSWER SCHEME

1. Nyatakan jenis tendangan dalam sukan bola sepak mengikut pernyataan yang diberikan.
PERNYATAAN
Dilakukan apabila membuat hantaran
dekat dan untuk menjaringkan gol.
Dilakukan ketika membuat hantaran
jauh,

tendangan

bebas,

JENIS TENDANGAN
Tendangan Leret (1 markah)

tendangan

sudut, mengeluarkan bola dari kawasan

Tendangan Lambung (1 markah)

1old an semasa menjaringkan gol.


Dilakukan untuk mengeluarkan bola

Tendangan Voli (1 markah)

dan menjaringkan gol.


( 3 markah )
2.

Ketika sedang mandi-manda di tepi pantai, tiba-tiba seorang kawan anda lemas. Kawan
anda tersebut telah berjaya diselamatkan dan pertolongan cemas telah diberikan.
Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan beberapa cara ketika melakukan pertolongan
cemas dengan menggunakan teknik D.R.A.B.C . (5 markah)
i. Danger (bahaya)
Sebelum memulakan usaha bantuan mula, pastikan diri kita, mangsa dan orang lain
yang berada di tempat kejadian selamat daripada punca yang membahayakan. (1
markah)

ii.

Kenal pasti bilangan orang memerlukan bantuan kecemasan. (1 markah)


Teruskan usaha menyelamat apabila persekitaran telah dipastikan selamat. (1 markah)
Response (gerak badan)
Pastikan mangsa dalam keadaan sedar dengan menggongcangkan badannya dengan
lembut sambil bertanyakan soalan seperti siapa nama kamu? atau kamu berada di

mana?. (1 markah)
Jika mangsa sedar, teruskan pemeriksaan bagi memastikan tidak terdapat sebarang
kecederaan yang lain seperti luka atau patah. (1markah)
Sekirannya mangsa tidak sedar, alihkan kedudukannya secara menyisi bagi
membantu membuka ruang pernafasannya. (1 markah)
iii. Airways (saluran pernafasan)
Pastikan saluran pernafasan mangsa terbuka dan tiada objek yang menghalang
pernafasan, seperti lidah atau sisa makanan. (1 markah)
Jika ada objek yang menghalang pernafasannya, keluarkan objek tersebut agar
mangsa boleh bernafas semula. Selapas itu, buka saluran pernafasan mangsa dengan
cara berikut : (1 markah)
Letakkan sebelah tangan di atas dahi mangsa.
Sokong dagu mangsa dengan tangan sebelah lagi.
Perlahan-lahan dongakkan kepala mangsa ke belakang dan buka mulut
mangsa.
iv. Breathing (bernafas)
Pastikan mangsa bernafas dengan cara yang berikut : (1 markah)
Lihat pergerakan naik turun dadanya.
Dengar bunyi semasa mangsa bernafas.
Dekatkan pipi ke mulut dan hidung mangsa untuk merasa haba panas
yang keluar dari mulut dan hidungnya.
Sekiranya mangsa bernafas dengan baik, pastikan kedudukannya stabil. (1 markah)
v. Circulation (peredaran darah)
Periksa denyutan nadi mangsa di bahagian leher. (arteri karotid) (1 markah)
Jika nadinya berdenyut, teruskan proses bantuan pernafasan dengan kadar satu

hembusan setiap lima saat (12 kali hembusan seminit) (1 markah)


Jika mangsa tidak bernafas, berikan bantuan pernafasan, (resusitasi) seperti yang

berikut : (1 markah)
Dongakkan kepala mangsa ke atas.
Picit hidung mangsa dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Buka mulut mangsa lalu lekapkan mulut kita ke mulut mangsa.

Berikan dua hembusan nafas ke dalam mulut mangsa. Pastikan sama ada
mangsa boleh bernafas semula dengan berpandukan kaedah breathing

(bernafas).
Periksa semula denyutan nadi mangsa seperti langkah (1). Jika nadinya berdenyut
danmangsa bernafas, pastikan kedudukannya stabil. Bantuan pernafasan perlu
dilakukan sehingga mangsa boleh bernafas semula atau sehingga pasukan
paramedik tiba. (1 markah)

Setiap jawapan yang relevan akan diterima.


1 tahap hanya 1 isi sahaja
5 isi, 5 markah

3. Nyatakan perbezaan (1) dan persamaan (1) kekuatan otot dan daya tahan otot.

Kekuatan otot
Kemampuan otot melakukan aktiviti untuk mengatsi rintangan dengan
menggunakan daya yang maksimum. (1 markah)
Aktiviti dilakukan seberapa banyak ulangan yang boleh dalam jangka masa yang
tertentu. (1 markah)
Melibatkan aktiviti yang sama seperti bangkit tubi tetapi cara melaksanakan

berlainan dengan daya tahan otot (1 markah)


Daya tahan otot
Kemampuan otot melakukan aktiviti dalam jangka masa yang lama. (1 markah)
Aktiviti dilakukan seberapa banyak ulangan yang boleh secara berterusan. (1
markah)
Melibatkan aktiviti yang sama seperti bangkit tubi tetapi cara perlaksanaanya
berbeza dengan kekuatan otot. (1 markah)

Semua jawapan yang relevan akan diterima.


1 persamaan, 1 markah
1 perbezaan, 1 markah

4. Adakah pengambilan supplement tambahan dapat meningkatkan mutu permainan


seseorang atlet? Jelaskan jawapan anda. (4 markah)

Ya, kerana :

Dapat meningkatkan tenaga kepada atlet untuk beraksi dalam tempoh masa yang
lama. (1 markah)
Mengekalkan kekuatan atlet pada tahap maksimum. (1 markah)
Mempercepatkan penyingkiran toksin dalam badan kerana toksin mampu
menjejaskan daya penyerapan dalam sel badan. (1 markah)
Dapat mengurangkan tekanan atlet ketika beraksi kerana tekanan ketika bermain
di hadapan penonton yang ramai, tekanan daripada jurulatih, tekanan daripada
rakan sepasukan bukan mudah untuk mengatasi perkara ini bagi mana-mana atlet.

(1 markah)
Mengurangkan kehilangan bendalir di dalam badan para atlet. (1 markah)
Tidak, kerana:
Bergantung kepada bakat dan kemahiran yang dimiliki oleh setiap atlet. (1
markah)
Boleh menyebabkan kekejangan otot atlet ketika bermain kerana sesetengah
bekalan makanan tambahan atau supplement akan menarik kandungan air dalam
tubuh badan atlet. (1 markah)
Dehidrasi atau kehilangan bendalir di dalam badan ( 1 markah)
Pengambilan supplement secara berlebihan kepada para atlet akan memberikan
kesan sampingan seperti pengambilan vitamin c melebihi 1 g per day akan
menyebabkan masalah pencernaan dan batu ginjal (1 markah)

Semua jawapan yang relevan diterima.


4 isi, 4 markah.

5. Rancangkan (3) hidangan makanan yang lengkap untuk sarapan pagi kepada golongan
remaja.

Bijirin
Roti bakar
Oat
Susu
Telur separuh masak
Kismis
Semua jawapan yang relevan akan diterima
3 isi, 3 markah.

Anda mungkin juga menyukai