Anda di halaman 1dari 13

SULIT

BAHAGIAN A : SOALAN OBJEKTIF


(30 Markah)

Arahan : Bahagian ini mengandungi 30 soalan objektif. Setiap soalan diikuti dengan
empat pilihan jawapan atau pelengkap. Pilih satu jawapan yang terbaik bagi setiap
soalan.

1. Manakah antara tempat-tempat berikut akan digemari oleh lalat?


A bilik air yang bersih
B tempat buang sampah
C lantai yang selalu dicuci
D almari lauk yang bertutup

2. Manakah antara bahan-bahan berikut yang tidak dapat dikitar semula?


A minyak
B kertas
C kaca
D tin

3. Pilih penyataan yang benar tentang kesan pencemaran alam sekitar


I. jerebu
II. hujan asid
III. kesan rumah hijau
IV. penipisan lapisan ozon

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

SULIT

4. Apakah kesan pembakaran terbuka terhadap alam sekitar?


A kawasan sekitar menjadi bersih
B udara di kawasan sekitar tercemar
C pihak bomba datang memadam kebakaran
D orang ramai berkumpul di tempat pembakaran

5. Antara berikut penyataan manakah yang tidak benar tentang penjagaan alam
sekitar?
A bahan-bahan terbuang boleh boleh digunakan semula
B projek mengitar semula bahan terbuang adalah satu pembaziran
C penggunaan sumber alam secara sederhana adalah amalan yang baik
D kita harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam memelihara dan
memulihara alam sekitar

6. Antara yang berikut, yang manakah bukan usaha kerajaan bagi mengatasi
masalah pencemaran alam?
A mengadakan tunjuk perasaan
B menguatkuasakan undang-undang
C memberi ceramah tentang alam sekitar
D menganjurkan kempen kesedaran alam sekitar

SULIT

7. Pilih penyataan yang benar tentang cara mengatasi masalah pencemaran alam
I. pembakaran secara terbuka
II. membuang sisa toksid ke dalam laut
III. tidak membuang sampah-sarap ke dalam sungai
IV. menanam semula pokok selepas aktiviti penebangan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

8. Berikut adalah benar mengenai nilai kejujuran, kecuali


A bertanggungjawab terhadap sebarang tugas yangdiberikan
B bercakap benar
C tidak mengharapkan balasan apabila melakukanseseuatu
D merungut apabila disuruh melakukan sesuatu tugas

9. Pilih pernyataaan yang menunjukkan tindakan yang betul


A Mencaci orang lain kerana anda tidak menyukai mereka
B Menyiasat dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan
C Bersangka buruk dengan orang yang baru dikenali
D Menyimpan dendam terhadap orang yangmembuli kita

10. Apakah contoh amalan bersederhana dalam berbelanja?


A Tidak makan terlalu banyak
B Tidak meninggikan suara ketika bercakap
C Berbelanja mengikut kemampuan
D Belajar dengan bersungguh-sungguh

SULIT

11. Orang yang terlibat dalam penyelewengan kuasa dan wang melakukan
__________________ di sisi undang-undang.
A kebaikan
B kebetulan
C permainan
D kesalahan

12. Seseorang itu ______________________ yang telah diberikan kepadanya.


A tidak perlu jujur dalam banyak perkara
B perlu bersikap amanah dan ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab
C boleh menyelewengkan wang syarikat
D kuasa yang diberi perlu digunakan dengan sewenang-wenangnya

13. Kita perlu prihatin terhadap orang yang _____________________ .


A menghidap penyakit kronik
B menjadi buruan polis
C selalu menganiayai orang lain
D tidak berperikemanusiaan

14. Mangsa bencana alam dan ___________________ perlu dibantu oleh semua
pihak.
A perkhemahan
B perkelehan
C peperangan
D kesunyian

SULIT

15. Apabila kita diberi teguran oleh rakan atau guru, kita haruslah ______________ .
A menerima dengan hati terbuka
B menangis dan bersedih
C bergaduh dengan orang yang
D mengutuk dan mencacimenegur kita

16. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan prinsip Rukun Negara yang
ketiga?
A Kedaulatan Undang-undang
B Kepercayaan kepada Tuhan
C Kesopanan dan kesusilaan
D Keluruhan Perlembagaan
17. Negara yang memberikan kebebasan kepada rakyatnya untuk bersuara adalah
Negara yang mengamalkan pemerintahan __________________________ .
A demokrasi
B kuku besi
C monarki
D anarki
18. Salman menyumbangkan derma kepada Tabung Anak-anak Yatim kerana
bersimpati dengan nasib yang dilalui oleh mereka.
Berdasarkan pernyataa, apakah nilai yang ditunjukkan oleh Salman?
A Baik hati
B Keamanan dan keharmonian
C Peka terhadap isu-isu sosial
D Kepercayaan kepada Tuhan

SULIT

19. Nilai kendiri yang positif haruslah dipupuk dan diamalkan ___________ .
A kadang kala
B bermusim
C setiap masa
D mengikut minat

20. Mengapa kita perlu menjaga kesihatan diri kita ?


A kerana mahu kaya
C kerana suka-suka
B takut dimarahi ibu bapa
D sebagai tanda mensyukuri nikmat Tuhan

21. Jasa para perajurit Negara perlu dikenang kerana ______________.


A jasa mereka amat besar
B jasa mereka perlu dibalas
C jasa mereka perlu dibayar
D mereka telah meninggal dunia

22. Antara berikut, yang manakah bukan masalah gejala sosial yang melanda
Negara kita?
A Vandalisme
B Gengsterisme
C Meniru
D Buli

23. Apakah nilai-nilai yang perlu ada pada seorang ketua pengawas?
i Bertanggungjawab
ii Bangga diri
iii Berdikari
iv Adil
A
B
C
D

i dan ii
ii dan iv
i, ii, dan iii
i, iii dan iv

SULIT

24. Bersimpati terhadap orang yang ditimpa kesusahan merupakan nilai ________ .
A Murah
B Belas Kasihan
C Bertimbang rasa
D Saling memahami

Soalan 26 hingga soalan 30


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Emaran Azimin ialah anak seorang jutawan yang terkenal dan dihormati.
Kehidupannya dilimpahi kemewahan. Pada setiap hari, dia akan membawa wang
yang banyak ke sekolah. Namun begitu, dia akan berbelanja dengan cermat. Dia
tidak suka membazir. Lebihan wangnya pula akan disimpan di dalam tabung.
Pakaiannya juga tidak menunjukkan perbezaan dengan murid-murid lain. Dia juga
berkawan semua orang tanpa mengira agama, bangsa dan darjat. Tutur katanya
juga sangat sopan. Banyak orang suka berkawan dengan Erwan Azimin kerana dia
tidak sombong.

26. Siapakah Emran Azimin?


A Seorang jutawan
B Seorang yang rajin
C Anak seorang miskin
D Anak jutawan

27. Emran Azimin hidup secara sederhana dalam __________


A Pelajaran
B Pekerjaan
C kehidupan
D Persahabatan

SULIT

28. Bagaimanakah tutur kata Emran Azimin?


A Dia suka bercakap dengan kasar
B Dia suka bercakap sopan
C Dia suka bercakap dengan manja
D Dia suka bercakap lambat

29. Apakah sikap Emran Azimin yang perlu dicontohi?


A

Sikap kedekut

Sikap suka membazir

Sikap suka berjimat cermat

Sikap suka membuang masa

30. Mengapakah banyak orang suka berkawan dengan Emran Azimin?


A Dia tidak suka membazir
B Dia tidak sombong
C Dia kedekut
D Dia kaya

SULIT

BAHAGIAN B : SOALAN STRUKTUR


(20 markah)
Arahan : Bahagian ini mengandungi 4 soalan subjektif. Jawab semua soalan berikut
pada tempat yang disediakan.

A. Fahami slogan di bawah dan jawab soalan-soalan berikut.

Perpaduan kaum
Keharmonian kaum
Kemakmuran negara

1. Nyatakan tiga cara masyarakat di Malaysia yang berbilang kaum mengekalkan


keharmonian hidup.

a. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(3 markah)

10

SULIT

2. Apakah kesannya jika masyarakat hanya mementingkan diri dan mengabaikan


perpaduan kaum? Berikan tiga kesan
a. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
b. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
c. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(3 markah)
B. Tulis SETUJU atau TIDAK SETUJU pada tingkah laku yang berkaitan dengan
amalan prinsip-prinsip Rukun Negara.
1
.

Fakhri tidak mahu melibatkan diri denga aktiviti


perbarisan sempena Hari Kebangsaan kerana tidak
mahu menggangu pelajaranya.

2
.

Semua murid dikehendaki untuk berdiri tegak


semasa lagu Negaraku dimainkan.

3
.

Kita tidak perlu menghormati dan mematuhi


undang-undang semasa berada di rumah.

4
.

Kumari hanya berkawan dengan rakan yang


sebangsa dengannya sahaja.

(4 markah)

11

SULIT

C. Berikan satu contoh perlakuan murid yang mengamalkan nilai yang berikut:
BIL.
1.

NILAI
Bercakap
benar

CONTOH PERLAKUAN
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

2.

Murah hati

______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

3.

Bermuafakat

______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________

4.

Toleransi

______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
______________________________________________
(4 markah)

12

SULIT

D. Perhatikan situasi dibawah dengan teliti. Sila jawab soalan dibawah dengan betul

1.

Rakan kamu telah meminjam basikal kamu untuk ke


sekolah pada waktu petang. Apabila dia
memulangkan kembali basikal itu, kamu dapati tayar
basikal telah pancit. Apakah tindakan yang akan
kamu lakukan?
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________

2.

Semasa berada di pusat sumber, kamu terlihat


seorang murid membelek-belek sebuah buku
dengan tingkahlaku yang pelik dan mencurigakan.
Apakah yang perlu kamu lakukan?
__________________________________________
__________________________________________
__________________________________________
_________________________________________
__________________________________________

(4 Markah)

13

SULIT

KERTAS SOALAN TAMAT. SELAMAT MENJAWAB

14

Anda mungkin juga menyukai