Anda di halaman 1dari 7

KERBAU BALAR

Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna


kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh
kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau
oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama
dan tidur sekandang.
"Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu.

Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu


disisihkan. Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu
mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan
dihantar dan akan dipakaikan gelang merah.
Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat
orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala
dan kaki kerbau bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu
tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi. Ketika kerbau-kerbau
lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke
hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih.
Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya
menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR

Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat


bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie
pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering

mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap


menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya
menurut segala kata-kata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe
dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka
terserempak dengan seekor singa.
Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat
idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di
hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi
berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa.
Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan
keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat
itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas
kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan
garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan
kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di
dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa

terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua


sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia


bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka
menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain
sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi
cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celahcelah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil
amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan
mereka tanpa belas kasihan.
Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit,
Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok
dapat mempermain-mainkan rakan-rakanya. Ikan-ikan kecil itu
mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah
Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin
mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor
jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran
jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu.
Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celah-celah batu. Tony tidak

menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba


mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana
ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!
jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat
melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Anda mungkin juga menyukai