Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU ETIKA MEJA MAKAN

PISMP PENDIDIKAN KHAS AMBILAN JANUARI 2013


AJK PERALATAN

NAMA TEMPAT: DEWAN SRIKANDI


TARIKH: 13 FEBRUARI 2014

SEBELUM BIG
Pada semester kali ini, kami unit PISMP Pendidikan Khas dan Bahasa Inggeris (tesel)
ambilan Januari 2013 telah bersepakat untuk melaksanakan seminar etika meja makan yang
bertempat di Dewan Srikandi (DSK). Ketua bagi ajk peralatan telah membuat pembahagian
tugas kepada anak-anak buahnya supaya tidak berlaku sebarang masalah dan tidak ada
yang terkecuali daripada melaksanakan tugas masing-masing. Kami selaku ajk peralatan
telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakan peralatan pada hari seminar tersebut
seperti air mineral, troli untuk mengangkut pinggan mangkuk dan sebagainya bagi
memastikan seminar berjalan dengan lancar. Sepanjang melaksanakan tugas, tidak berlaku
sebarang kesulitan kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli ajk dan peranan pihak
pengurusan stor pusat telah banyak memberi kemudahan dan meringankan kerja-kerja kami.
Semua ahli ajk kami memberikan kerjasama yang baik bak kata pepatah yang berat sama
dipikul, yang ringan sama dijinjing .

SEMASA BIG
Semasa seminar berlangsung, peralatan seperti pembesar suara, kerusi dan komputer
riba dalam keadaan yang baik. Seminar dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang
masalah. AJK peralatan bekerjasama dengan AJK persediaan tempat untuk memastikan
peralatan-peralatan yang digunakan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, AJK
peralatan turut mengedarkan air dan makanan kepada peserta seminar. Seterusnya, kerusi
dan meja disusun dengan sistematik supaya semua yang hadir selesa dan mudah untuk
bergerak.

SELEPAS BIG
Selepas tamat seminar, kami mengembalikan semula peralatan yang dipinjam daripada
Stor Pusat iaitu troli. Air mineral yang kami ambil telah kami agihkan kepada setiap peserta
seminar. Selain itu, kami dan ahli jawatankuasa yang lain juga bersama-sama mengemas
dewan iaitu dengan menyusun meja dan kerusi serta memastikan dewan dalam keadaan
bersih.

Disediakan oleh :
1) Noranida bt Ropotoh
2) Noor Shahira bt Mohd Rozi
3) Nor Amalina bt Abdul Karim
4) Nuraliaa bt Amir
5) Rashidah bt Abd Wahid
6) Siti Norhana bt Kadir

Anda mungkin juga menyukai