Anda di halaman 1dari 2

Ada apa dengan letak jawatan?

Apabila disebut tentang letak jawatan, kebanyakan masyarakat akan segera


mempunyai tanggapan bahawa seseorang itu berhenti daripada jawatan yang
disandang oleh individu secara sukarela. Perletakan jawatan adalah
perbuatan rasmi menyerah atau berjenti daripada jawatan ataupun
kedudukan seseorang.
Perletakan jawatan boleh berlaku apabila seseorang yang memegang
jawatan yang diperoleh melalui pilihanraya ataupun ditaklifkan untuk memikul
jawatan yang dipegang. Namun, ianya tidak dinamakan sebagai perletakan
jawatan apabila seseorang itu dipecat ataupun bersara. Terdapat banyak jenis
dan sebab seseorang meletakkan jawatan mereka.
Perletakan jawatan dilakukan sebagai keputusan peribadi untuk keluar
daripada kedudukan walaupun tekanan di luar yang wujud akibat banyak
faktor dan kes. Misalnya, Richard Nixon meletakkan jawatan Presiden
Amerika berikutan skandal Watergate, ketika beliau hampir pasti akan dicabar
oleh Kongres. Demi mengelakkan skandal tersebut berpanjangan, Richard
Nixon memilih untuk meletakkan jawatannya daripada jawatan tertinggi di
Amerika tersebut.
Perletakan jawatan juga digunakan dalam memberikan tekanan politik kepada
pemimpin tertinggi sesebuah negara. Pada tahun 2003, sepuluh pegawai
kabinet di Filipina telah meletak jawatan beramai-ramai bagi mendesak dan
memberi tekanan kepada Presiden Gloria Macapagal Aroyo untuk meletak
jawatan sebagai presiden Filipina yang tercalit akibat daripada skandal
rasuah.
Bertitik tolak dari situ, perletakan jawatan boleh digunakan untuk menutup
mulut pengkritik. Pada tahun 2008, Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad
Badawi, meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO
dengan tujuan untuk mendiamkan pengkritiknya iaitu mantan perdana
menteri, Tun Dr Mahathir walaupun berhasrat untuk meneruskan
pemerintahan untuk penggal yang berikutnya.
Di samping itu, ada juga pemimpin yang melakukan perletakan jawatan akibat
daripada rasa tanggungjawab dan bersalah akibat kesilapan ataupun insiden
yang berlaku. Di Korea Selatan pada tahun 2014, insiden kapal MV Sewol
yang mengorbankan 304 jiwa telah menyebabkan Perdana Menteri Jung
Hong Won meletak jawatannya sebagai tanda tanggungjawab terhadap
insiden tersebut. Perletakan jawatan tersebut adalah disebabkan rasa
bersalah dan tanggungjawab diatas insiden yang telah berlaku.
Terkini, di Britain, Ed Milliband mengumumkan untuk meletakkan jawatannya
sebagai Presiden Parti Buruh akibat kekalahannya dalam Pilihanraya Umum
yang baru sahaja diadakan. Ianya adalah mengikut jejak Perdana Menteri
Gordon Brown yang meletak jawatan parti tersebut sebelum ini akibat tewas
pilihanraya kepada Perdana Menteri David Cameron daripada Parti
Konservatif. Perletakan jawatan ini adalah akibat daripada seseorang

pemimpin itu gagal mendapat kejayaan yang ingin dicapai oleh sesebuah
organisasi atau parti politik.
Ada apa dengan Malaysia?
Di Malaysia, kita telah berhadapan dengan banyak skandal yang berlaku di
negara ini seperti skandal National Feedlot Coorporation (NFC), Skandal
Scorpene, Skandal Altantuya, Skandal 1MDB dan Tabung Haji. Ironinya tiada
pimpinan atasan yang mahu meletakkan jawatannya walaupun terpalit
dengan skandal ini. Yang kedengaran hanyalah menteri wanita yang
meletakkan jawatan akibat asakan daripada dalaman dan luaran partinya
sendiri.
Daripada pelbagai skandal yang wujud, tiada pula menteri kabinet yang
meletakkan jawatan beramai-ramai seperti yang berlaku di Filipina sebagai
tanda protes dan tidak rela skandal yang dilakukan secara berterusan.
Sepertinya mereka ini merelakan negara ini diperkosa oleh pemimpin korupsi
yang dipenuhi skandal.
Tidak seperti John Mayor yang meletakkan jawatan di Perdana Menteri di
Britain demi menutup mulut pengkritiknya, tiada pula pemimpin utama yang
dikritik oleh parti lawan dan ahli partinya sendiri ingin meletak jawatan.
Mereka lebih mempertahankan diri dan skandal yang mereka lakukan
tersebut. Lebih menarik, alasan yang diberikan ialah mendapat sokongan
mandat daripada rakyat walaupun cuma 47%.
Apakah pemimpin kita tidak mahu menanggung rasa bersalah dan
tanggungjawabnya terhadap rakyat dan negara ini? Setelah insiden MH370,
MH17 dan pelbagai insiden yang berlaku, tiada pemimpin pun yang
mengumumkan untuk meletakkan jawatan sebagai tanda tanggungjawab
mereka seperti mana negara Korea dan Jepun yang terus meletak jawatan
sebagai tanda tanggungjawab dan bersalah mereka.
Sememangnya dengan meletak jawatan, masalah dan skandal ini akan terus
dapat diselesaikan. Namun ianya sekurang-kurangnya dapat meredakan
serba sedikit kegelisahan dan kemarahan rakyat terhadap sesuatu perkara.
Atau apakah pemimpin berkenaan rela untuk dipaksa meletakkan jawatan
dengan dipecat oleh rakyat melalui pilihanraya?

Anda mungkin juga menyukai