Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

: Ke 3

Minggu Praktikum

: Ketiga

Tarikh Peristiwa/Kejadian

: 12 Febuari 2014

Tajuk Jurnal

: Murid Lewat Turun Ke Gelanggang

1. Masalah / Peristiwa
Hari ini (12 febuari 2014) saya telah menjalankan sesi Pengajaran dan
Pembelajaran bagi kelas 4 Intan. Saya dapati bahawa murid telah terlewat 15 minit
untuk turun ke gelanggang bagi Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani.

2. Analisis
Masalah ini terjadi adalah kerana murid tahun 4 Intan hanya menunggu di dalam
kelas untuk menunggu arahan sama ada mereka harus turun ke gelanggang untuk
matapelajaran Pendidikan jasmani ataupun terus berada di dalam kelas. Mengikut
maklumat yang diperolehi daripada guru pendidikan jasmani 4 Intan sebelum ini,
budaya dan mentaliti murid murid tahun 4 Intan ini adalah mereka tidak akan
bergerak atau mengambil insientif sendiri sekiranya mereka tidak mendapat
sebarang arahan.

3. Cadangan Tindakan Susulan


Saya akan memberikan arahan yang khusus kepada kelas 4 Intan supaya turun
ke gelanggang setiap kali masa matapelajaran Pendidikan Jasmani tidak kira apa

keadaan sama ada cuaca baik ataupun hujan.


Saya akan pergi ke kelas 4 Intan 5 minit sebelum bermula masa matapelajaran
pendidikan jasmani untuk mengambil murid-murid 4 Intan untuk turun ke padang.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan


Saya akan cuba untuk mengatasi masalah ini serta merta iaitu pada sesi pengajaran
dan pembelajaran yang seterusnya.

Ketepatan waktu sesi pengajaran dan

pembelajaran amat penting untuk memastikan kelancaran pengajaran sekaligus


dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Pensyarah


Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :