Anda di halaman 1dari 1

Tujuh belas tahun rindu tersemat,

Di pantai tempat berjumpa;


Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru janganlah dilupa.
Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Satu dua tiga empat,
Lepas Darab kita bahagi,
Cikgu senyum tak kira tempat,
Tapi susah nak tengok gigi.
Ke hulu membuat pagar
Jangan terpotong batang durian
Cari guru tempat belajar
Supaya jangan sesal kemudian
Peliharakan Kaki Semasa Berjalan,
Peliharakan Lidah Semasa Berkata;
Sabda Nabi Dijadikan Panduan,
Tuntutlah Ilmu Hingga Ke China.

Anda mungkin juga menyukai