Anda di halaman 1dari 5

1.

PENDAHULUAN
Kursus Artis Desktop Publishing Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional Shah Alam (SMPKV) terdiri daripada murid-murid bermasalah
pendengaran dan pembelajaran dari seluruh Malaysia. Kursus Artis Desktop
Publishing mula ditawarkan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam sejak tahun 2005. Bermula 2012, kursus Pereka Grafik tahap 2 telah
dimulakan.
Kebolehan pelajar memanipulasikan dan menggunakan komputer untuk
menghasilkan tugasan mereka dalam bidang grafik telah menaikkan potensi
pelajar setanding dengan pelajar normal menghasilkan karyanya. Justeru itu,
kursus Artis Desktop Publishing Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
Shah Alam bercadang mengadakan lawatan sambil belajar ke Giga Wise
Network (M) Sdn Bhd bagi menambah pengetahuan dan pendedahan kepada
murid-murid kursus ini mengenai dunia kerjaya pereka grafik dan percetakan
sebagai panduan dan motivasi. Di samping itu murid-murid juga akan
didedahkan dengan proses menyiapkan sesuatu rekabentuk sehingga ke proses
percetakan.Murid perlu diperluaskan dengan pengamatan proses reproduksi dari
segi proses rekebentuk , penghasilan produk dan percetakan. Murid juga akan
diberikan pendedahan dengan perisisan komputer dan alat percetakan terkini.

2.0

RASIONAL
Program lawatan ini dapat memberi perluasan pengetahuan mengenai
reproduksi grafik yng dihasilkan di syarikat percetakan seperti banner,t-shirt dan
yang berkaitan dengannya. Di samping itu , murid dapat mengetahui sistem
pengurusan kerja dalam bidang percetakan.

3.0

OBJEKTIF
Selepas menamatkan lawatan diharapkan pelajar dapat:-

4.0

3.1
3.2
3.3

Memperluaskan pengetahuan dalam reproduksi grafik.


Mengetahui proses-proses percetakan di kilang.
Meningkatkan kreativiti dengan melihat sistem pengurusan rekabentuk di

3.4

Giga Wise Network (M) Sdn Bhd


Memupuk minat terhadap dunia rekagrafik dan percetakan.

KUMPULAN SASARAN
Murid tingkatan 4 Artis Desktop Publishing dan 5 Pereka Grafik .

5.0

TARIKH PELAKSANAAN
5.1
Pelaksanaan
Tarikh : 23 April 2013
Hari
: Selasa
Masa : 2.30 petang 5.30 petang
5.2

Penyertaan
Jumlah murid : 21 orang
Jumlah Guru : 7 orang

5.3

Atucara Program

Selasa, 23 April 2013

Masa

Aktiviti

2.30 Petang

Berkumpul di hadapan surau SMPKVSA

3.45 Petang

Bertolak ke Giga Wise Network (M) Sdn Bhd, Shah


Alam.

4.00 Petang

Atur cara di Giga Wise Network (M) Sdn Bhd

4.15 petang

Aktiviti

Tayangan slide
Eksplorasi ke unit rekabentuk dan percetakan.
Melihat proses merekabentuk sehingga proses

percetakan.
Sesi fotografi
Penilaian

Bertolak pulang ke sekolah


5.30 petang

6.0

JAWATANKUASA
6.1

Jawatankuasa Induk

Pengerusi

: Puan Loo Huck Huang (Pengetua)

Naib Pengerusi

: Dr.Hj. Hamdi bin Ishak

Penyelaras

: Pn. Nor Azura binti Abdul Aziz

Setiausaha

: Cik Nurdiyana binti Mat Nang

6.2

Jawatankuasa Pelaksana

AJK Biro Lawatan

: Cik Nurul Izani Ainun binti Zaini


: En. Abu Talib bin Md Top

AJK Keselamatan dan disiplin

: En. Cha Try a/l Bun Dit

AJK Biro Dokumentasi

: Pn. Nor Azura binti Abdul Aziz


: Pn.Nor Suraida bt Awang

AJK Biro Penilaian

7.0

: En. Sazali bin Mohd Karli

PENUTUP
Adalah diharapkan hasil daripada lawatan ini murid-murid dapat memperluaskan
pengetahuan dalam reproduksi grafik. Program ini juga akan memberi pendedahan awal
kepada pelajar kepada kerjaya pereka grafik selepas menamatkan pembelajaran di
dalam kursus Artis Desktop Publishing di Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Vokasional Shah Alam. Melalui program yang dijalankan ini juga, diharapkan muridmurid dapat mengetahui proses awal

dalam merekabentuk penghasilan produk

sehingga kepada proses mencetak. Seterusnya dapat memupuk minat pelajar agar
menjadi seorang yang berfikiran kreatif, kritis dan menepati masa dalam menyiapkan
tugasan.

Disediakan oleh:

(NURUL IZANI AINUN BINTI AHMAD ZAINI)

AJK Biro Lawatan ,


Kursus Artis Desktop Publishing,
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam.

Disahkan oleh :

(LOO HUCK HUANG)


Pengetua,
Sekolah Menengah Pendidikan Vokasional Shah Alam.

Anda mungkin juga menyukai