Anda di halaman 1dari 6

RESEPI SAJIAN SET BERPANTANG

Ikan Selar Panggang


Garam, halia, kunyit kan ikan selar. Balut dgn daun pisang atau daun kunyit, panggang.
Halia Muda Goreng
Halia muda dihiris nipis2, digoreng (deep fry) dlm minyak panas sehingga garing. Simpan dlm
bekas kedap udara.

Sup Sayur Campur


Bahan2: Cauliflower, carrot, brocolli, halia, ayam.. (grinded pepper-optional)
Tak perlu tumis bawang putih, rebus semuanya.. hehe.. Make sure brocolli di masukkan paling
akhir takmau overcooked.
Ayam Panggang
Bahan2: Ayam (seeloknya bahagian yg tak byk lemak), {halia, kunyit segar, bawang merah &
putih, lada hitam- ditumbuk}
Cara: Perap ayam bersama bahan yg ditumbuk, bersama garam secukup rasa. Perap pada
waktu pagi, panggang waktu tghhari. (boleh juga digoreng dgn minyak yg sedikit)
Kerabu Ulam
Bahan2: Ulaman spt pegaga, serai kayu (daun salam), mengkudu dan daun cekur, {lada hitam,

bwg merah, isi ikan selar panggang-ditumbuk bersama sehingga lumat}


Cara: Hiris nipis2 (jika suka) daun2 ulam (boleh campur jika suka), gaul bersama bahan yg
ditumbuk. Jgn lupa garam secukup rasa. Boleh dibuat stok dan disimpan dlm peti ais. Masa nak
makan, gaul dgn nasi panas
Sup (ayam atau ikan haruan)
Bahan2: Ayam atau ikan haruan (mana2 je), halia- dipotong, lada hitam-ditumbuk.
Cara: Rebus sekaligus bahan2 di atas. Hidang bersama nasi. Halia yg dipotong mesti makan.
Ikan Pindang
BAHAN-BAHANNYA:
ikan parang
2 biji bawang merah (tumbuk)
2 biji bawang putih (tumbuk)
2 cm halia (tumbuk)
1.5 cm kunyit (tumbuk... nak pakai serbuk pun ok)
asam jawa
air suling
10 biji cili padi*
2 helai daun kunyit (potong 5 dan dibuang tulangnya)
garam secukup rasa
*orang tak pantang boleh boh cilipadi, orang yg berpantang jangan boh eh
CARA-CARANYA:
1) Tumis bahan yang ditumbuk tadi sampai naik bau...
2) Masukkan asam jawa ngan air suling tadi
3) Bila air dah didih, masukkan ikan dan garam
4) Bila dah nak masak, masukkan cili padi dan daun kunyit
Ikan Goreng Halia Muda
parang atau ikan tenggiri - sekeping atau ikut suka
Halia muda - agak2
Bawang besar di mayang
Ikan digoreng garing
Halia muda di hiris
Bawang besar di mayang
Tumbuk halia muda dan bawang besar
Agak2 dah hancur (jangan lumat sangat)
Tumbukkan ikan goreng tadi (agak2 hancur)

Ikan bilis masak lemak lada hitam


Ikan bilis (agak2 banyaknya)
1 mangkuk santan kelapa (yang pekat)
2-3 ulas bawang kecil
1/2 inci kunyit hidup
lada hitam

Tumbuk kunyit, bawang merah dan lada hitam


Bahan yang ditumbuk, dimasukkan dalam santan
Jerang atas api, dan kacau selalu - kalau tak nanti naik minyak(macam kita buat masak lemak cili
padi)
Agak2 dah mendidih, masukkan ikan bilis
Tunggu sampai masak

Ikan Haruan Goreng Rempah


1 ekor ikan haruan (sedang besar)
2" halia
2 ulas bawang merah
40 biji lada hitam di tumbuk (2 sudu Besar sos lada hitam Chef Wan atau muslim Best)
2 sudu rempah ikan
air asam jawa/garam secukup rasa
1. Ikan disiang dan dipotong dadu lbih kurang 2"
2. Gaulkan bersama garam dan kunyit serbuk - perapkan 15 minit
3. Goreng ikan hingga kekuningan / garing ( angkat tos minyak)
4. Tumis bawang (tumbuk) dan halia (ketuk-ketuk)
5. Masukkan rempah dan lada hitam - biar naik minyak
6. Setelah itu masukkan ikan dan air asam jawa dan garam
* Biasanya dalam pantang kita digalakkan makan dengan nasi yang panas dan minuman yang
sesuai ialah air akar kayu. Tidak digalakkan minum air masak terlalu banyak.
Sup Kurma Merah (Cina)
100 gm ayam / 50 gm ikan bilis
20 gm kacang hitam
20 gm kurma merah
Rebus kesemua bahan tersebut hingga empuk dan sesuai dimakan semasa masih panas.
Sup Lobak Putih
1/2 batang lobak putih (dikerat setebal 1/2 cm)
Sedikit daun kucai
Garam secukup rasa
Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan bahan2 tersebut, jangan terlalu lama. Sedia
untuk dihidangkan.
Ikan Bilis Berkunyit
5 cm kunyit
1 genggam ikan bilis
2 camca teh lada hitam
Tumbukkan kesemua bahan tersebut (jangan terlalu lumat). Siap untuk dimakan bersama ulamulamam seperti ulam pegaga dan daun selom
Pindang Ikan Haruan/ Tenggiri

Ikan Haruan @ Tenggiri


Lada hitam 20 biji
Halia 1 inci @ lebih
Kunyit Hidup 1 inci @ lebih
Bawang Putih 2 ulas
Asam Keping 2 keping
Airgaram secukup rasa
Lada hitam ditumbuk halus. Halia, Kunyit Hidup & Bawang Putih boleh ditumbuk atau dihiris nipis.
Masukkan Ikan dipotong ikut suka. Basuh bersih dan masukkan ke dalamperiuk. Isi air, agakagak menutupi ikan. Masukkan lada hitam, halia, kunyit, asam keping, garam & bawang putih tadi
kedalam periuk yang sama. Masakkan sehingga kuahnya pekat. Makan dengan nasi panas.
Kalau kita hiris bahan-2 tadi. Kita boleh makannya sekali. Mak saya kata, halia dan lada hitam
memanaskan badan. Asam dan kunyit pula mengecutkan luka dalaman. Dan ikan haruan pula
bagus untuk pulihkan luka.
Ayam Halia Kukus
Isi ayam tanpa lemak (lebih elok ayam kampung)
4 ulas bawang putih
2 inci halia
3 ulas bawang merah
Lada hitam yang ditumbuk/ lada sulah
Garam
sedikit serbuk perasa (kalau mahu)
1 sudu besar minyak bijan
Sediakan periuk kukus, masak air dahulu. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan halia.
Perapkan ayam tadi dengan bahan tumbuk, lada hitam, garam dan serbuk perasa. Bubuh minyak
bijan dan gaul rata. Akhir sekali kukus sehingga ayam masak. Elok dimakan ketika panas.
Ayam/Ikan Panggang
Bahan perapnya saya suka campur halia, bawang putih, lada hitam, serbuk kari, dan garam
Kerabu Pegaga bunga kantan
Bahan bahan
1 cekak pegaga - dipotong kecil
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3 sudu kelapa parut digoreng sehingga perang tanpa minyak
1 sudu kecil lada hitam
1 biji cili merah - hiris halus
2 ulas bawang merah dimayang halus
2 biji limau kasturi - diambil jusnya, kulitnya dihiris halus
segenggam ikan bilis - goreng tanpa minyak
Caranya:
1. Tumbuk lada hitam, ikan bilis, kelapa goreng dan sedikit garam. Jangan terlalu halus.
"2. Campurkan bahan yang ditumbuk bersama pegaga, kulit limau, jus limau,
bunga kantan dan juga cili merah."
3. Gaul rata dan hidangkan.
Kerabu Kurau Kering
Bahan bahan

5 keping ikan kurau kering


1 sudu kecil lada hitam kisar
2 helai daun cekur (dimayang)
2 sudu besar cuka
Caranya
1. Bersihkan ikan kurau, goreng dgn minyak seminimum mungkin hingga masak
2. kecaikan isi ikan tadi dan tumbuk.
3. Satukan dengan semua bahan yg lain, gaul rata.
4. Hidangkan dgn nasi panas.
Ikan Bilis & Lempoyang
Bahan-bahan
Ikan bilis,
isi lempoyang,
lada hitam,
air perahan limau
Caranya
"Lada hitam dan ikan bilis digoreng tanpa minyak hingga kering.
Tumbuk hingga lumat. Campurkan isi lempoyang yang telah dibersihkan
dan tumbuk jangan sampai terlalu lumat. Campurkan sedikit cuka atau
air perahan limau untuk melembabkannya. Makan bersama nasi panas.
Amat sesuai untuk wanita selepas bersalin. "
Rendang Jantung Pisang (Banyakkan susu)
Bahan-bahan
Jantung pisang / Pegaga
Daun Kunyit
Halia
Santan pekat
Ikan Tenggiri
Lada hitam
Cili Kering (buang biji)
Bawang Merah/putih
Asam Keping
Caranya
Masak rendang seperti biasa, Apabila kuah semakin kering, masukkan ikan tenggiri
Makan dgn nasi panas.

Ikan Bilis Salai


basuh bilis bersih2...pastu panaskan kuali tanpa minyak tau....salai sampai kering and taburkan
lada hitam yg dah ditumbuk halus...

TIPS SAJIAN SET BERPANTANG

DONTS
Elakkan daripada makanan sejuk seperti pucuk ubi, kekacang,
pucuk paku, kangkung, timun dan sebagainya. Hindari juga
makanan tajam dan berbisa, ikan masin. Air Teh!
Dilarang mengamal atau memakan ikan masin kerana boleh
mengakibatkan darah nifas cepat kering & berbau busuk serta
melemahkan daya ketahanan fizikal & mental
Dilarang mkn ikan yg boleh menyebabkan kegatalan tempat sulit & kulit
seperti ikan kembung, ikan tamban,cencaru,tongkol & makanan laut.

DOS
Diigalakkan
memakan
ulam
seperti
pucuk
peraga,
mengkudu,ulam raja & ulam2 yg lain. sayur-sayuran yg
disyorkan selain ulam seperti sawi,lobak merah,asparagus,brokoli,
tomato,salad,cili merah/hijau,ubi kentang & bawang2.
Makan buah2an semasa seperti epal merah (bkn masam),
buah kurma,tin,zaitun,delima,blackcurrant(air-ribena),limau manis (kecuali
limau bali), buah peach & anggur (tidak digalakkan ibu2 yg lemah bhg
dada & paru2, masalah bronkitis krn boleh menyebabkan batuk)
Tips memasak ikan
"Makan nasi dgn ikan bakar kosong, kadang2 ikan bilis goreng tanpa
minyak, lada hitam tumbuk tak tinggal, sayur lobak putih masak air, elok
untuk banyakkan air susu. semua kukus je, ikan bilis goreng tanpa
minyak, ikan haruan buat sup. Elakkan ayam jika boleh."
Makan ikan segar & dijauhi makan ikan berbisa seperti bawal
hitam,terubuk, ikan berduri,ikan pari. ini boleh menyebabkan bisa-bisa
batu merian(uterus) yg masih lemah & keadaan luka.
Amalkan makan ikan haruan masak kunyit ngan air asam pekat-pekat
campur lada hitam

Anda mungkin juga menyukai