Anda di halaman 1dari 12

SULIT

PEJABAT PELAJARAN
DAERAH HILIR PERAK

AGREASIF KE ARAH A REALITI (AKAR)


UJIAN KHAS UPSR 2014

BAHASA MELAYU PEMAHAMAN (SJKC/SJKT) 021/031

50 minit

Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU


1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.
2. Jawab semua soalan.
3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu
sahaja jawapan yang paling sesuai. Pilih jawapan itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu
dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian,
hitamkan jawapan yang baru.

Kertas soalan ini mengandungi hanya 12 halaman bercetak.

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT

021/031

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.
1.

______________ berkenan untuk merasmikan Pesta Citrawarna di Stadium Bukit Jalil,


kata pegawai istana.
A
B
C
D

2.

Beta
Patik
Hamba
Baginda

Semalam ____________ gembira ke rumah nenek, kata kembar seiras itu kepada rakan
mereka.
A
B
C
D

kita
saya
kami
kalian

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3.

Kami diminta oleh guru Pendidikan Jasmani ________ tangan semasa latihan senaman
itu.
A
B
C
D

mendepakan
menjulurkan
mengangkat
menghulurkan

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
4.

Armin berasa ___________ apabila berada di tempat yang tinggi.


A
B
C
D

5.

gayat
gerun
gelisah
sayu

________ minggu lalu, saya sekeluarga bercuti ________ Pulau Langkawi selama tiga
hari.
A
B
C
D

6.

021/031

Di ... dari
Pada ... di
Sejak ... ke
Dari ... hingga

Ibu memerah tuala dan pakaian yang basah itu ________ menyidainya di ampaian
sebelum pergi ke pasar.
A
B
C
D

lalu
kerana
sambil
malahan

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7.

Perajurit yang gagah berani itu telah _______________ sewaktu mempertahankan tanah
airnya.
A
B
C
D

pengorbanan
berkorban
terkorban
dikorban

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT

021/031

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8.

Chai Zhi Leong sedang _____________ air soya ke dalam gelas sambil diperhatikan oleh
ibunya.
A
menuang
B
menyimbah
C
merenjis
D
menjirus

9.

Pada setiap pagi, ayah akan makan telur masak___________.


A
B
C
D

10.

Encik Ahmad ___________ melawat jirannya di hospital.


A
B
C
D

11.

12.

sesetengah
sebahagian
separuh
seluruh

dapat
boleh
hendak
harus

Faruk menyelak muka surat buku sehelai __________ sehelai.


A

demi

B
C
D

bagi
pada
dari

Muka Pak Ayob ___________akibat disengat lebah ketika membersihkan dusunnya.


A
B
C
D

pucat- lesi
calar-balar
herot-berot
bengkak-bengkil

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
13.

021/031

Beg yang berat itu tidak ____________ oleh abang.


A
B
C
D

diangkat
terangkat
berangkat
mengangkat

Soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

14.

Johan sedang memaku ______________ tingkap rumahnya.


A
B
C
D

15.

Adam mengambil __________ isi ikan merah yang dimasak oleh ibunya.
A
B
C
D

16.

kekisi
kekuda
tetupai
jejari

segenggam
sekepal
secubit
secalit

Omar menggunakan wang diberikan oleh ayahnya __________membeli sebuah kamus.


A
B
C
D

untuk
agar
lalu
demi

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
17.

6
Faridah membaca ___________ pantun dengan suara yang kuat.
A
B
C
D

18.

hujung
celah
bawah
dasar

Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.
Pilih perkataan seerti bagi mekar
A
B
C
D

20.

seuntai
sebaris
sepatah
serangkap

Pelbagai hidupan laut yang cantik terdapat di ____________ laut.


A
B
C
D

19.

021/031

layu
hidup
kuncup
kembang

Susu pekat itu sangat manis.


Pilih perkataan berlawan bagi pekat
A
B
C
D

lembik
beku
likat
cair

Soalan 21 dan 22
Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
21.

I
II
III
IV

Buah rambutan itu sangat manis.


Senyuman Aminah begitu manis sekali.
Anak perempuan tidak manis dipandang orang jika lewat malam baru pulang
ke rumah.
Air laut rasanya manis.
A
B
C
D

I,II dan III


I,II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
22.

I
II
III
IV

7
Pegawai yang makan suap itu telah ditangkap.
Perjalanan kami tadi makan masa selama setengah jam.
Letupan bom itu telah makan beberapa buah bangunan.
Kemalangan itu berpunca daripada brek keretanya yang tidak makan.
A
B
C
D

23.

I,II dan III


I, II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV

Pilih jawapan yang paling sesuai bagi ayat tanya yang diberi.
Siapakah yang membuat gasing ini?
A
B
C
D

24.

021/031

Gasing ini belum dibuat lagi.


Gasing ini akan dipamerkan di galeri seni.
Lelaki tua itulah yang membuat gasing ini.
Lelaki tua itu akan membuat gasing ini.

Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka ialah galah panjang.
A
B
C
D

Siapakah permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka?


Apakah permainan tradisional yang paling digemari oleh mereka?
Mengapakah permainan tradisional yang digemari oleh mereka?
Bagaimanakah permainan tradisional yang digemari oleh mereka?

Soalan 25 dan 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
25.

Vitamin C dalam buah limau baik untuk kesihatan.


A
B
C
D

Kesihatan yang baik terdapat dalam Vitamin C buah limau.


Buah limau mengandungi Vitamin C yang baik untuk kesihatan.
Buah limau yang sihat mengandungi Vitamin C.
Kesihatan buah limau ialah Vitamin C.

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
26.

021/031

Zainab, ambilkan saya pinggan itu,kata Wati.


A
B
C
D

Zainab menyuruh Wati mengambil pinggan itu untuknya.


Pinggan itu diambil oleh Wati dan diberikan kepada Zainab.
Zainab diminta oleh Wati supaya meletakkan pinggan yang diberinya itu.
Wati meminta Zainab mengambil pinggan itu untuknya.

Soalan 27 dan 28
Pilih ayat yang betul.
27.

A
B
C
D

Para-para peserta dikehendaki mendaftarkan diri pada hari Ahad depan.


Azmi mencatat segala barang-barang yang hendak dibeli.
Dahanum sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas kebakaran itu .
Berbagai jenis makanan dijual di gerai itu .

28.

I
II
III
IV

Mereka saling bantu-membantu ketika bergotong-royong.


Mereka bertolak-tolakan ketika peraduan itu diadakan.
Mereka patut saling hormat menghormati jiran tetangga.
Mereka saling memandang ketika bertemu di dewan.
A
B
C
D

II dan IIII sahaja


II dan IVsahaja
I ,II dan III sahaja
I, II, III, dan IV

Soalan 29 dan 30
Isi tempat kosong dengan peribahasa yang sesuai.
29.

Sikap Mona _________________________dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang guru


beri tentu susah untuk mencapai kejayaan.
A
B
C
D

30.

bagai anjing dengn kucing


bagai menatang minyak yang penuh
bagai melepaskan batok di tangga
bagai dakwat dengan kertas

Semua murid __________________ untuk mendengar taklimat Program Hari


Kokurikulum yang akan diadakan di Hutan Lipur Ulu Licin, Beruas pada minggu
depan.
A
ambil hati
B
ambil berat
C
pasang badan
D
pasang telinga

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT

021/031

Soalan 31 hingga soalan 35


Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.
KERACUNAN MAKANAN
PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung
Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai
Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku
pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas
pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.

Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin
sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan
muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius. Pihak sekolah
telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang keracunan makanan untuk
mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan aktiviti jualan makanan pada
hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah dimaklumkan tentang kejadian ini.

Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital
Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak
stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai
Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan. Wakil Pusat
Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan. Kantin sekolah
diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk membersihkan kawasan
kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin sekolah hanya akan dibuka
sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap kebersihan kantin tersebut.

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
31.

10

Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?


A
B
C
D

32

8
10
12
20

Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?


A
B
C
D

35

Sakit perut
Muntah-muntah
Sakit perut yang serius
Sakit perut dan muntah-muntah

Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan


makanan?
A
B
C
D

34

Kuih yang dijual


Nasi lemak yang dijual
Makanan yang dijual
Minuman yang dijual

Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan


makanan?
A
B
C
D

33

021/031

Pejabat Pelajaran Daerah Manjung


Pusat Kesihatan Pantai Remis
Guru yang bertugas
Guru Besar

Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________


A
B
C
D

Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk


dirawat.
Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.
Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.
Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan.

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT

11

021/031

Soalan 36 hingga soalan 40


Baca dan fahami petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan di bawah ini.
Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum bermaksud aktiviti
yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan menyertainya. Ada tiga jenis
aktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit beruniform.

Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak faedah.


Antaranya, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, melalui pengakap
murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan sebagainya. Seterusnya
kegiatan ini dapat mengelakkan diri murid-murid daripada membuang masa dengan kerja-kerja
yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul dengan budak-budak nakal
dan sebagainya.

Tidak ketinggalan juga semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh


berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat
mengeratkan tali persahabatan.Di samping itu murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan
bagi unit-unit yang disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon
memasuki sekolah berasrama atau universiti. Itulah antara faedah murid-murid menyertai
kegiatan kokurikulum. Oleh itu, murid-murid digalakkan menyertainya.

36.

Apakah kegiatan yang diwajibkan di sekolah-sekolah?


A
B
C
D

Pengakap
Kurikulum
Permainan
Kokurikulum

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

SULIT
37.

12

Perkataan mengeratkan dalam petikan di atas bermaksud


A
B
C
D

38

Supaya murid-murid disayangi guru-guru


Supaya prestasi pelajaran tidak merosot
Supaya terhindar daripada perlakuan negatif
Supaya senang memasuki sekolah berasrama

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terbahagi kepada _________


A
B
C
D

40

mengikatkan
meningkatkan
mengukuhkan
mendekatkan

Mengapakah murid-murid tidak digalakkan mensia-siakan masa?


A
B
C
D

39

021/031

tiga jenis.
empat jenis.
lima jenis.
enam jenis.

Pilih pernyataan yang tidak benar.


A
B
C
D

Aktiviti kokurikulum dimestikan kepada semua murid.


Melalui permainan murid-murid dapat bergaduh sesama sendiri.
Aktiviti pengakap dapat melatih murid-murid hidup berdikari.
Sijil kokurikulum berguna apabila memohon memasuki sekolah
berasrama.

KERTAS SOALAN TAMAT

021/031 2014 Hak Cipta Unit Pengurusan Akademik


Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak

[Lihat halaman sebelah]


SULIT

Anda mungkin juga menyukai