Anda di halaman 1dari 11

DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU

DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAZIM


SAMAN PEMULA NO. 24M-380-12/2012
Dalam Perkara Akta
Anak, 1952 (Akta 157)

Pengangkatan

Dan
Dalam Perkara AHMAD FAIZAL BIN
ABDULLAH seorang kanak-kanak lelaki
Dan

1.

KAMARUL ZAMAN BIN ZOLKEFELI


[No. K/P: 810326-01-5195]

2.

RUBIYANI DWI LESTARI


[No. Pasport: A0432372]

PEMOHON-PEMOHON
Dan

1.
2.
3.

KAMALIAH BINTI MD ALI


OSMAN BIN YACKOB
TUAN PEGAWAI PENDAFTARAN NEGARA
RESPONDEN-RESPONDEN

DI HADAPAN
YA TUAN GUNALAN A/L MUNIANDY
PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI

ALASAN PENGHAKIMAN

[1]
Ini merupakan satu permohonan oleh Pemohon-Pemohon untuk
membatalkan satu Sijil Daftar Anak Angkat yang telah didaftarkan pada
19.10.2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang,
Johor (JPNPG) atas permohonan Responden-Responden Pertama dan
Kedua terhadap seorang kanak-kanak lelaki bernama Ahmad Faizal.
Pemohon-Pemohon juga memohon supaya hak penjagaan ke atas Ahmad
Faizal diberikan kepada mereka.

[2]
Responden-Responden
telah
membuat
permohonan
pengangkatan untuk kanak-kanak tersebut pada 19.12.2011 dan
permohonan telah diluluskan dan pengangkutan didaftarkan oleh Pendaftar
Anakangkat pada tarikh yang sama. Sejak dari tarikh itu, Ahmad Faizal
berada dalam jagaan, tanggungjawab dan kawalan RespondenResponden serta tinggal bersama mereka.

[3]
Pemohon Kedua adalah ibu kandung kepada kanak-kanak
tersebut manakala Pemohon Pertama adalah suami kepada Pemohon
Kedua. Melalui afidavit sokongan mereka mendakwa bahawa Ahmad
Faizal telah diambil daripada mereka secara tidak sah dan tanpa izin
mereka sedangkan pada sepanjang masa material Ahmad Faizal di bawah
jagaan dan tinggal bersama mereka. Juga didakwa bahawa RespondenResponden telah membuat sijil anak angkat tanpa pengetahuan mereka.
Mengikut keterangan affidavit mereka, Responden Pertama telah pada
15.11.2012 mengambil Ahmad Faizal daripada Pemohon Kedua, iaitu, ibu
kandungnya, dengan alasan untuk pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat
untuk urusan surat beranak tapi sehingga 19.11.2012 tidak kembalikan
kanak-kanak tersebut kepada Pemohon Kedua. Seterusnya, bahawa
urusan surat beranak itu adalah satu penipuan sebab sebenarnya
Responden Pertama telah membuat permohonan pengangkatan kanakkanak dengan alasan Pemohon Kedua telah pulang ke Indonesia. Pada
19.11.2012, Pemohon Kedua telah pergi ke rumah Responden-Responden
untuk mengambil balik Ahmad Faizal tapi tidak dibenarkan oleh Responden
Pertama yang dikatakan telah menyembunyikannya. Pemohon-Pemohon
dikatakan telah menyara, mendidik dan mengasuh kanak-kanak tersebut
sejak kelahirannya.

Isu-Isu Yang Berbangkit:


[4]

1. Samada pendaftaran pengangkatan yang dibuat di Pejabat


Pendaftaran Negara Cawangan Pasir Gudang pada 19.12.2012
adalah sah dan berkuatkuasa atau tidak sah dan terbatal?
2. Samada permohonan perndaftaran kanak-kanak oleh
Responden-Responden dibuat secara penipuan dan harus
dibatalkan oleh Mahkamah?

Pendapat Mahkamah:
[5]
Perkara pertama yang perlu perhatian adalah bahawa
permohonan ini dibuat di bawah Akta Pengangkatan Anak, 1952 (Akta 257)
sedangkan pendaftaran kanak-kanak dalam kes ini dibuat di bawah Akta
Pendaftaran Pengangkatan, 1952 (Akta 253). Pendaftaran di bawah Akta
257 tidak berkaitan sama sekali dengan asas permohonan sekarang
kerana proses pendaftaran Ahmad Faizal dilakukan di bawah seksyen 6,
Akta 253. Prosedur pengangkatan kanak-kanak di bawah kedua-dua Akta
ini adalah sangat berbeza. Perbezaannya diterangkan dengan jelas dalam
kes Mahkamah Persekutuan Sean OCasey Patterson v. Chan Hoong Poh
& Ors [2011] 3 CLJ 722 di mana James Foong, HMP menyatakan:
Both Acts were enacted in the same year and both relate to the
adoption of a child. Generally, adoption made under Act 257 is
referred to as the court adoption whilst one under Act 253 is
considered as a registrar adoption. This means an adoption
under Act 257 must be made through a court process while an
order for the registration of an adoption under Act 253 is made by
the Registrar of Adoption (see s.6(2) Act 253)
the other major difference between the two methods of adoption
is that Act 253 caters for a de facto adoption whilst an adoption
order made under Act 257 includes adoption dejure. Thus, an
application for adoption under Act 257 is more demanding and
aside from other requirements, a notification to the Social Welfare
Department of State is required before an adoption order can be
made. This is not required under Act 253.
3

[6]
Perbezaan yang ketara adalah bahawa untuk sesuatu
permohonan di bawah Akta 253, pendaftaran pengangkatan kanak-kanak
boleh didaftarkan oleh Pendaftar Anakangkat manakala dibawah Akta 257
permohonan tersebut mesti melalui proses Mahkamah setelah notis
diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan hanya Mahkamah
berkuasa mengeluarkan perintah pengangkatan. Maka, permohonan
sekarang yang berasaskan Akta 257 adalah terkhilaf dan cacat. Justeru
itu, permohonan ini boleh dibatalkan atas alasan kecacatan ini sahaja atau
in limine.
Namun demikian, saya telah pertimbangkan merit
permohonan ini dari segi fakta dan undang-undang.

[7]
Hakikatnya adalah bahawa pada 19.12.2011 RespondenResponden
telah
membuat
permohonan
untuk
mendaftarkan
pengangkatan kanak-kanak tersebut di JPNPG di bawah Akta 253.
Permohonan itu telah diluluskan oleh Pendaftar Anakangkat dan Salinan
Yang DiPerakui Bagi Catatan Dalam Daftar dikeluarkan pada hari yang
sama. Catatat tersebut menandakan pendaftaran pengangkatan secara
resmi di bawah Akta 253. Maksudnya, pada 19.12.2011 RespondenResponden telah menjadi ibu-bapa angkat yang sah kepada Ahmad Faizal.
Pemohon-Pemohon mempertikaikan kesahihan pendaftaran pengangkatan
ini oleh JPNPG atas alasan Responden Pertama telah mengambil Ahmad
Faizal tanpa izin dan pengetahuan Pemohon Kedua sebagai ibu kandung
untuk tujuan permohonan tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku pada
15.11.2012 bila mana Responden Pertama dikatakan telah mengambil
Ahmad Faizal dari Pemohon Kedua secara penipuan seperti yang
disebutkan sebelum ini dan langsung tidak kembalikannya. Akibatnya
Pemohon Kedua telah membuat laporan polis pada 19.11.2012.

[8]
Tohmahan atas terhadap Responden Pertama merupakan asas
atau tunggak fakta untuk mengenepikan pendaftaran pengangkatan ini.
Persoalan yang timbul adalah samada tohmahan tersebut boleh dianggap
sebagai credible dan berkemungkinan benar? Perlu diberi perhatian
bahawa pada 19.12.2011 lagi Responden-Responden telah menjadi ibu
bapa angkat yang sah kepada Ahmad Faizal dan telah didaftarkan
sebegitu oleh JPNPG. Ekoran dari itu, hak jagaan dan kawalan ke atas
kanak-kanak ini telah diserah kepada Responden-Responden menerusi
proses undang-undang. Oleh itu, soal Responden-Responden mengambil
Ahmad Faizal dari jagaan Pemohon Kedua secara tidak sah pada
4

15.11.2012, iaitu hampir setahun kemudian langsung tidak timbul. Begitu


juga, soal kembalikannya kepada Pemohon-Pemohon yang ketika itu
bukan penjaga sah kepada kanak-kanak. Dengan itu, kejadian yang
dikatakan berlaku pada 15.11.2012 dan 19.11.2012 seperti ditohmahkan
jelas tidak credible dan tidak berkemungkinan benar berdasarkan fakta
pendaftaran pengangkatan pada 19.12.2011.

[9]
Seterusnya,
Pemohon-Pemohon
mendakwa
perlanggaran
seksyen 6 Akta 253 oleh Responden-Responden dalam permohonan
pendaftaran anak angkat sekarang. Ini adalah atas dua alasan. Pertama,
bahawa Ahmad Faizal tidak pernah berada di bawah jagaan, ditanggung
dan diberi pendidikan oleh Pemohon selama dua tahun berturut sebelum
tarikh permohonan untuk pendaftaran seperti kehendak seksyen 6 untuk
pengangkatan de facto.
Kedua, bahawa Pemohon-Pemohon sebagai
penjaga dan ibu kandung kanak-kanak tidak pernah hadir di Pejabat
JPNPG untuk memberi persetujuan kepada permohonan itu sewaktu
pendaftaran. Mengikut keterangan Pemohon-Pemohon, sepanjang masa
sejak lahir sehingga prosiding permohonan tersebut di JPNPG pada
19.12.2011 Ahmad Faizal berada dalam jagaan dan tinggal bersama
mereka.

[10]
Jelas dari alasan-alasan atas berkenaan dengan perlanggaran
seksyen 6, Akta 253, bahawa perkara-perkara yang dibangkitkan adalah
perkara-perkara fakta. Isu-isu fakta yang berhubungkait dengan samada
syarat-syarat di bawah seksyen 6, Akta 253 telah dipatuhi oleh PemohonPemohon adalah dalam bidangkuasa Pendaftar Anakangkat untuk meneliti
dan memutuskan.
Seksyen ini memberi kuasa budibicara kepada
Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu pengangkatan jika beliau
berpuashati atas keterangan Pemohon bahawa pengangkatan kanakkanak berkenaan telah sebenarnya berlaku. Pendaftar juga mempunyai
kuasa budibicara mengecualikan persetujuan oleh ibu bapa atau penjaga
jika berpuashati ini adalah adil dan saksama. Sesuatu pendaftaran yang
didaftarkan secara sempurna dengan mematuhi kehendak-kehendak
seksyen 6, Akta 253 yang ditetapkan adalah sah di sisi undang-undang
melainkan jika diketepikan atas alasan yang credible. Seperti yang
dinyatakan oleh James Foong, HMP dalam kes Sean OCasey Patterson
(supra):
5

There must be a distinction between the rights of the adoptive


parents over the child in an adoption registered under Act 253 and
the validity of the adoption itself. It is certainly unacceptable to
rule that just because the adoptive parents under this Act have
only custodial, care, maintenance and educational rights over the
child, the adoption is invalid by the appearance of a natural parent
who demands it so. In our view, the adoption remains valid. It
was properly registered after due process in accordance with the
law. Unless it is set aside, and there is no creditable ground to do
so here, it remains good in law.
Dalam kes yang sama juga diputuskan bahawa tiada sebab untuk
Mahkamah mengganggu apa yang diputuskan di bawah kuasa budibicara
Pendaftar menurut kehendak undang-undang.

[11]

Seksyen 6, Akta 253 memperuntukkan seperti berikut:


Registration of de facto adoptions
6. (1) Where at the date when application for registration is
made any child under the age of eighteen years who has never
been married is in the custody of, and is being brought up,
maintained and educated by any person, or by two spouses jointly,
as his, her or their own child under any de facto adoption, and has
for a period of not less than two years continuously and
immediately before the date of such application been in such
custody and has been so brought up, maintained and educated,
the Registrar may, upon the application, in the form in the First
Schedule, of such person or spouses, register the adoption if
(a)

such person or spouses and the child shall appear


before the Registrar and shall produce to the
Registrar such evidence either oral or documentary
as may satisfy the Registrar that such adoption took
place;

(b)

the parents or one of the parents, or, if both the


parents are dead or if neither of the parents is within
Peninsular Malaysia, any guardian of the child shall
6

appear before the Registrar and express consent to


the adoption:
Provided that if the Registrar is satisfied that
in all the circumstances of the case it is just and
equitable and for the welfare of the child he may
dispense with the consent of any parent or
custodian who shall have signified his consent by
statutory declaration; ..

[12]
Dapat diperhatikan bahawa seksyen 6(1) Akta 253 menetapkan
prosedur yang khusus untuk permohonan yang dibuat kepada Pendaftar
untuk pendaftaran pengangkatan.
Pemohon, diantara lain, perlu
mengemukakan bukti yang mencukupi dan menjalani sessi temuduga oleh
Pendaftar sebelum beliau membuat keputusan samada untuk
membenarkan sesuatu permohonan itu. Hanya selepas beliau berpuashati
bahawa semua kriteria dipenuhi dan semua kehendak seksyen 6 dipatuhi
beliau boleh melaksanakan kuasa budibicara yang ditetapkan untuk
mendaftarkan pengangkatan tersebut.
Keputusan yang dibuat oleh
Pendaftar dalam kes ini atas kuasa budibicara beliau setelah mematuhi
prosedur undang-undang yang diperuntukkan seharusnya tidak boleh
diketepikan tanpa alasan yang kukuh dan credible. Tanpa alasan
sebegini, kesahihan pengangkatan yang telah didaftarkan oleh Pendaftar
tidak boleh dipertikaikan. Harus dinyatakan bahawa Pendaftar mempunyai
budibicara untuk menolak satu permohonan untuk pengangkatan
didaftarkan jika beliau tidak berpuashati dengan kebenaran mana-mana
kenyataan yang buat [Seksyen 10(1), Akta 253]. Maksudnya, dalam kes
sekarang, beliau puashati dengan kebenaran keterangan yang
dikemukakan oleh Pemohon-Pemohon.

[13]
Pemohon-pemohon juga membangkitkan isu kebajikan kanakkanak yang dikatakan lebih terjamin di bawah Pemohon-Pemohon
memandangkan Pemohon Kedua adalah ibu kandung kanak-kanak. Pihak
Responden hujahkan bahawa tuntutan ibu kandung atas alasan kebajikan
kanak-kanak tidak boleh dengan sendirinya atau secara otomatis
membatalkan sesuatu pengangkatan yang didaftarkan secara sempurna
menerusi proses undang-undang. Atas isu kebajikan, atau welfare kanakkanak Pemohon-Pemohon berlandaskan Guardianship of Infants Act,
7

1961, khasnya, seksyen 3 Akta ini. Rujukan, antara lain, dibuat kepada
kes Tan Siew Kee v. Chua Ah Boey [1985] 1 LNS 77 yang menjelaskan:
The expression welfare under Section 3 of the Guardianship of
Infants Act 1961 is to be taken in its widest sense. It means the
general well-being of the child and all aspects of his upbringing,
religious, moral as well as physical. His happiness, comfort and
security also go to make up his well-being. A loving parent with a
stable home is conducive to the attainment of such well-being. It
is not to be measured in monetary terms..
Rujukan juga dibuat kepada kes Ngang Nguk Moi v. Chan Ai Choo [2008] 6
CLJ 140 yang memutuskan, antara lain,
in relation to this appeal, with particular reference to section 13
of the Guardianship of Infants Act 1961, before a court orders that
an infant be returned to the lawful guardian, certain prerequisites
must be satisfied first, inter alia, that:
i.

the respondent is the lawful guardian of the infant in the


context of the Act; and

ii.

that the infant was removed from the respondent..

[14]
Hujahan pihak Pemohon berkenaan Akta atas adalah, pada
pandangan saya, satu kekeliruan kerana isu dalam permohonan sekarang
bukan guardianship kanak-kanak dimana kebajikan kanak-kanak adalah
faktor utama sekali tapi samada daftaran pengangkatan kanak-kanak di
bawah Akta 253 adalah sah dan teratur atau harus diketepikan atas alasan
kecacatan. Soal siapakah lawful guardian kanak-kanak tidak berbangkit
pada peringkat sekarang sebab melalui pendaftaran pengangkatan di
bawah Akta 253, jika didapati sah, dengan sendirinya hak jagaan kepada
Responden-Responden direstui. Dalam kes Sean OCasey Patterson
(supra) juga diputuskan seperti berikut:
According to Halsburys Laws of Malaysia, Vol. 8 para
140.073; The Registration of Adoptions Act 1952 does not provide
for any form of legal status to the adopted child. It merely provides
for registration of the de facto adoption and recognises indirectly
8

the right to custody of the adopted child and the continuing


responsibilities of the adoptive parents to maintain and educate
the adopted child
.This view is shared by the Court of Appeal in this instant case
when they said: Act 253 merely lends legal recognition to the de
facto status of the adoptive parent having custody and being
responsible for the care, maintenance and welfare of the adopted
child.
[15]
Jika pun faktor welfare seperti yang ditakrifkan dalam Akta atas
harus diambil kira bersama dengan hak kepada guardianship kanakkanak dalam memutuskan permohonan sekarang, beban pembuktian
adalah dipikul oleh Pemohon-Pemohon untuk membuktikan bahawa
kebajikan Ahmad Faizal diabaikan dan terjejas di bawah jagaan
Responden-Responden.
Dalam hal ini, Pemohon-Pemohon hanya
membangkitkan beberapa kejadian yang dikatakan menunjukkan bahawa
kebajikan Ahmad Faizal terjejas di bawah penjagaan RespondenResponden. Yang utama adalah kejadian kanak-kanak ini terjatuh masa
bermain-main dan mendapat sedikit luka di muka dan mulut. PemohonPemohon gagal menunjukkan luka ini adalah sesuatu luarbiasa dan serius
sehingga memerlukan rawatan di hospital yang dikatakan gagal diuruskan
oleh Responden-Responden. Kejadian ini nampaknya diperbesarkan
tanpa asas keterangan yang kukuh dengan laporan polis dibuat oleh
Pemohon Kedua. Seterusnya, dikatakan bahawa Ahmad Faizal terpaksa
berjalan jauh ke sekolah di kawasan semak-samun pada usia yang muda.
Responden-Responden menafikan perkara ini dan mengatakan bahawa
pada setiap hari Ahmad Faizal dihantar ke sekolah dengan kereta oleh
Responden-Responden.

[16]
Pada pendapat saya, keterangan Pemohon-Pemohon hanya
setakat menimbulkan syak-wasangka dan tidak terjumlah kepada
pembuktian tohmahan-tohmahan tersebut. Undang-undang adalah jelas
bahawa pihak yang membuat sesuatu pengataan bahawa suatu fakta
wujud memikul beban untuk membuktikannya. [Seksyen 103, Akta
Keterangan, 1950].
Walau apa pun, pihak Pemohon telah gagal
membuktikan dengan secukupnya bahawa Responden-Responden
sebagai ibu bapa angkat telah mengabaikan kebajikan Ahmad Faizal dan
9

gagal melaksanakan tanggungjawab mereka ke atasnya. Faktor kebajikan


yang dibangkitkan oleh Pemohon-Pemohon tidak mencukupi untuk
mencabar kesahihan keputusan Pendaftar untuk mendaftarkan
pengangkatan yang dipohon.

Kesimpulan
[17]
Prinsip undang-undang adalah mantap bahawa Mahkamah tidak
akan mengganggu atau mengenepikan sesuatu perintah atau keputusan
mana-mana pegawai atau badan pentadbiran yang melaksanakan
kuasanya dengan sempurna di bawah undang-undang melainkan jika
terdapat kekhilafan serious dari segi prosedur atau undang-undang. Pihak
Pemohon telah gagal menunjukkan bahawa Pendaftar Anak Angkat telah
melakukan sebarang kekhilafan seperti yang dimaksudkan dalam proses
membuat keputusannya untuk membenarkan pendaftaran pengangkatan.
Merit keputusan tersebut atas hal-hal fakta bukanlah satu perkara untuk
disemak atau dipersoalkan oleh Mahkamah. Berdasarkan faktor-faktor dan
isu-isu yang telah dibincangkan, saya mendapati bahawa alasan-alasan
yang dikemukakan oleh Pemohon-Pemohon untuk mengenepikan dan
membatalkan keputusan Pendaftar Anakangkat yang dibuat dengan
mematuhi prosedur undang-undang yang betul dan atas kuasa budibicara
yang diperuntukkan tidak bermerit dan tidak berasas. Dengan demikian,
saya telah menolak permohonan ini dengan kos RM2,000.00.

Bertarikh: 31 Julai 2013.

( GUNALAN A/L MUNIANDY )


Pesuruhjaya Kehakiman
Mahkamah Tinggi
Johor Bahru.

10

Bagi pihak Pemohon-Pemohon

En. Mohd Hanis Ismail


Tetuan Mohd Amin, Ng &
Associates
Peguambela dan Peguamcara
Johor Bahru.

Bagi pihak Responden Pertama


dan Kedua

En. Mohd Nur Farhan bin Mohd


Mahpot
Tetuan Lokman Hanida & Azizah
Peguambela dan Peguamcara
Johor Bahru.

11

Anda mungkin juga menyukai