Anda di halaman 1dari 8

Kedudukan Malaysia sebagai

Pengerusi ASEAN pada tahun


2015 bukanlah suatu yang
mudah kerana banyak cabaran
akan dihadapi. Namun begitu,
kedudukan ini membawa
manfaat ke atas negara.
Bincangkan

Tema : isu antarabangsa


Format : 3+2 / 2+3
Kehendak soalan : cabaran + manfaat

Cabaran
1. Menterjemah aspirasi Komuniti Ekonomi ASEAN
(AEC) menjelang akhir tahun 2015.
matlamat AEC - menyatukan ASEAN di bawah satu
bumbung ekonomi melalui pengurangan tarif,
liberalisasi dan penghapusan kekangan dalam
melaksanakan aktiviti ekonomi di antara negara ahli.
Walaupun sebahagian besar dasar untuk melaksanakan
AEC telah dicapai oleh semua negara, tetapi baki
keputusan yang belum dimuktamadkan seperti mobiliti
pekerja di antara negara memerlukan pengerusi yang
tegas dan cekal.
Isu ini ditakrifkan sebagai salah satu kayu pengukur
kejayaan AEC dan yang paling rumit untuk dipersetujui
kerana perbezaan ketara status ekonomi negara ahli.

2. Pertindihan sempadan maritim Laut China Selatan yang


melibatkan Kepulauan Spratly dan Paracel.
-Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia terlibat secara langsung
dalam pertindihan tersebut.
-Jika tuntutan tersebut hanya melibatkan ahli ASEAN, seperti di
antara Malaysia dan Vietnam yang mensabitkan kepulauan Spratly,
isu ini sebenarnya tidaklah begitu kritikal.
-Masalah di Laut China Selatan menjadi begitu mendesak.
Sebab : Negara China turut menuntut hampir 80 peratus dari
keseluruhan perairan itu.
-Senario penglibatan China terpaksa dihadapi oleh keempat-empat
ahli ASEAN dan Malaysia umpamanya yang melibatkan Beting
Serupai yang jaraknya dari Bintulu hanya 80 km sementara jarak
terdekat daratan China iaitu Hainan pula 1,800 km dituntut oleh
Beijing.

3. Kegagalan Perjanjian Am tentang Tarif


dan Perdagangan (GATT)
Rundingan Pusingan Uruguay bertujuan
utk halangan perdagangan antara ngr
maju dan ngr membangun.
ASEAN menghadapi sekatan dan tarif yg
berterusan oleh negara maju.
Cabaran mendapatkan pasaran baharu yg
lebih kompetitif.

4. Dasar Perlindungan yang diamalkan oleh


negara maju
Dasar perlindungan berkenaan menyekat
persaingan terbuka barangan dari negara
membangun termasuk ASEAN.
Galakan pasaran ke nagara maju yg tidak
berlaku akan merendahkan penerimaan oleh ngr
lain kerana ukuran standard penerimaan yg
diletakkan pd penerimaan ngr maju.
Situasi ini mewujudkan cabaran kpd ngr ASEAN
utk mendapatkan pasaran yg lebih luas di ngr
maju.

Manfaat
1. Perkembangan ekonomi
BIMP-EAGA menjanjikan perancangan pembukaan
Taman Halal di Kluster Industri Minyak Sawit Lahad Datu
(POIC Lahad Datu), Sabah bagi meneroka potensi
penghasilan produk makanan dan penjagaan diri
berasaskan minyak sawit, selain produk berasaskan ikan
dan marin.
Taman seluas 40 hektar itu akan membuka peluang
kepada perusahaan kecil dan sederhana, sekali gus
menjadikan Lahad Datu sebagai pusat pertumbuhan
ekonomi di Sabah. Difahamkan, POIC Lahad Datu
sudah memperoleh Sijil Halmas daripada Perbadanan
Pembangunan Halal Malaysia, satu-satunya di Sabah.

2. Pembangunan sosioekonomi
pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dapat menambah
baik sistem pengangkutan darat menjadi lebih cekap,
terutama dalam menghubungkan bandar utama di
Sarawak, sekali gus mengintegrasikan kegiatan
pelaburan dan mempercepatkan pertumbuhan
sosioekonomi di setiap bahagian di negeri ini.
Lebuh raya itu dipercayai mewujudkan rangkaian jalan
raya menghubungkan Sarawak, Brunei, Sabah dan
Kalimantan, Indonesia bagi meningkatkan kerjasama
serantau BIMP-EAGA, khususnya dalam pelaburan,
perniagaan dan pelancongan.