Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
AGAMA BUDDHA
Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang
paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan
disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan
Rumah rahib atau disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib
dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat,
termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian
adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghafal
segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya ,
iaitu disiplin atau peraturan.
Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh
penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka
mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan
disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh
pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan)
dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan
dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin
Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.
AGAMA HINDU
Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke
dunia ini. Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang
tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial
masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi.
Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala
ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama
ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna.
Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak,
sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak
mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk
memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila
guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan
pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.
AGAMA SIKH
Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan
manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru
dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah
pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian
10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind
Singh.
Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat sikh
kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan
jalan yang benar kepada murid muridnya. Mereka juga mempunyai budi
pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka
akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang
dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan
kebanaran.
AGAMA KRISTIAN
Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang
tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan
seorang guru yang agung. Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar
tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi
nasihat kepada anak anak muridnya supaya mereka dapat melakukan
perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam
Alkitab atau Bible.
Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anakanak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi
ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini
membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat
melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang
berguna kepada bangsa dan agama. Tuhan lebih mengetahui tujuan dan
usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya
dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas kebaikan kita
tersebut.
PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH
Essensialisme
Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938). Antara pendidik yang
tergolong dalam mazhab ini ialah :
1. Thomas Briggs.
2. Frederick Breed.
3. Isaac L. Kandel.
Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang
berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilainilai tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman(1958) ahli- ahli
essensialisme meletakkan guru di tengah- tengah(pusat) alam pendidikan.
Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu
guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga seharusnya mencerminkan
kebaikan sesuatu masyarakat.
Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu
pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar
mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus.(James B. Conant