Anda di halaman 1dari 2
MALAYSIA EDUCATION PROMOTION CENTRE (MEPC) CONSULATE GENERAL OF MALAYSIA Rujukan kami kP(PPP)HCMC/02/09 (52) Tarikh 11Jun 2014 Semua Naib Canselor Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Semua Rektor Institusi Pengajian Tinggi Awan (IPTA) Semua Ketua Eksekutif Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Ybhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, JEMPUTAN UNTUK MENYERTAI PROGRAM PROMOS! PENDIDIKAN MALAYSIA 2014 : ‘EDUCATION MALAYSIA EXPOSITION’ - HO CHI MINH CITY, VIETNAM Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan kepada pihak = Ybhg. §= Tan_— Sri, Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan bahawa pejabat Education Malaysia Ho Chi Minh City (EM HCMC) dengan kerjasama Rexpocentral Sdn Bhd. akan mengadakan satu program promosi pendidikan Malaysia di Ho Chi Minh City, Vietnam. Butiran adalah seperti berikut Program : “Education Malaysia Exposition 2014” Tarikh :-—-23hb~24hb Ogos 2014 ( Sabtu & Ahad ) Masa : 12:00 tgh - 5:00 ptg Tempat : New World Hotel, Ho Chi Minh City 3. Sepertimana pihak Ybhg. Tan Sri, Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan_ sedia maklum, hasil daripada pameran yang sama yang telah diadakan pada tahun 2013 di Ho Chi Minh City, Vietnam, ianya telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk tempatan yang terdiri daripada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru. Mengikut kajian, statistik bilangan pelajar Vietnam yang belajar di Malaysia juga telah meningkat 4, Untuk makluman pihak Ybhg. Tan Sri, Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, pameran yang akan diadakan ini adalah terbuka kepada orang awam dan siri promosi secara ekstensif akan dijalankan bagi memaklumkan kepada pihak awam mengenai pameran ini. Menurut pengalaman EM HCMC melalui kejayaan pameran yang lepas, pelajar Vietnam mempunyai minat yang amat tinggi untuk melanjutkan pengajian ke Malaysia memandangkan negara kita mempunyai kemudahan infrastruktur yang setanding dengan negara lain selain turut mempunyai pengiktirafan setanding dengan nama besar yang lain serta jarak perjalanan yang tidak terlalu jauh antara Vietnam dan juga Malaysia. Selain itu, masyarakat Vietnam juga melihat Malaysia sebagai salah sebuah negara yang turut menawarkan pendidikan berkualiti di samping yuran pengajian yang mampu dibiayai oleh pelajar antarabangsa. Sehubungan itu, EM HCMC merasakan aktiviti mempromosikan pendidikan Malaysia turut perlu diadakan di Vietnam dan EM HCMC juga dengan ini sangat berbesar hati menjemput institusi Ybhg. Tan Sri/Datuk/Dato’ /Datin/Tuan/Puan, untuk menyertai program ini. 5. Bagi sebarang pertanyaan lanjut silalah hubungi syarikat penyelaras program jaitu Puan Farah (013 398 6002), Cik Eyra Zuhairah (019 316 6001), atau 03 6142 6001. Adalah diharapkan usaha yang berterusan dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan akan dapat merealisasikan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. Diharapkan juga kemasukan pelajar dari Vietnam ke institusi Yohg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, akan dapat dipertingkatkan, Segala kerjasama, pertimbangan, sokongan yang berterusan serta maklumbalas yang positif amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, (HELMY BIN SULAIMAN) Pengarah, Pejabat Education Malaysia Ho Chi Minh City, Vietnam.

Anda mungkin juga menyukai