Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
Artikel yang dipilih untuk diulas ialah Film Business in Malaysia: Challenges and Opportunities
merupakan hasil tulisan Herwina Rosman bersama Zarith Delaila Abdul Aziz yang dipetik dari jurnal
International journal of Humanities and social science volume 2. no.12 isu jun 2012. Artikel ini
membincangkan tentang cabaran dan peluang yang dihadapi oleh industri filem negara serta peranan penting
kerajaan dalam pembangunan industri filem termasuk membangunkan industri animasi. Tujuan kajian ini
adalah untuk mendapatkan pemahaman tentang cabaran yang dihadapi dalam usaha untuk
membangunkan industri filem Malaysia. Kejayaan dalam membangunkan industri filem akan
memberi banyak manfaat seperti pembangunan ekonomi dan peluang pekerjaan.
Pembangunan Sektor Animasi Di Malaysia: Pendidikan Dan Latihan Animasi Di Institusi
Pengajian Tinggi Awam merupakan artikel yang dipilih untuk dibincangkan. Artikel ini adalah hasil
karangan daripada daripada Fadli Abdullah dan Md Sidin Ahmad Ishak yang dipetik dari Jurnal pengajian
media Malaysia jilid12, volume 12, no 2, 2010, muka surat 69-82. Artikel ini membincangkan tentang
pembangunan sektor animasi di Malaysia terutama dalam membangunkan sumber manusia.
Kajian dilakukan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) keatas sturuktur pendidikan dan
latihan yang ditawarkan serta isu-isu yang timbul oleh graduan animasi tempatan tentang sumbangan
mereka terhadap industri animasi dan multimedia di Malaysia.
Kedua-dua artikel ini dipilih untuk memenuhi tugasan yang bertajuk inisiatif dan polisi kerajaan dalam
memajukan industri animasi di Malaysia. Dalam kedua-dua artikel ini, penulis ada menyebut
tentang kepentingan industri animasi kepada ekonomi negara. Selain itu, kedua-dua artikel ini
juga penulis ada menyatakan peranan kerajaan untuk membantu serta menyokong industri
industri seni kreatif termasuklah sektor animasi. Bantuan atau inisiatif kerajaan bermula dari
pembangunan sumber manusia, produksi filem, bantuan kewangan dan bantuan bukan
kewangan. Oleh itu, dapat dilihat bahawa peri penting sektor animasi untuk dibangunkan.
1

2.0 RINGKASAN ARTIKEL 1


Menurut penulis, kajian pembangunan dan penyelidikan (R&D) yang dilakukan keatas
industri kreatif seperti industri filem animasi telah menunjukan kemajuan yang besar
terutama dalam aspek perdagangan dunia. Mengikut UNCTAD (2008) pasaran filem global
yang didominasi oleh Amerika syarikat, dianggarkan bernilai 60 juta dolar setahun. Hal ini
sekaligus telah mempengaruhi peningkatan trend pengeluaran dan pengedaran produk filem
diseluruh dunia. Sesungguhnya, menyedari kepentingan industri filem tersebut, banyak
negara-negara membangun telah memberi maklum balas dengan membangunkan industri
filem tempatan melalui penggubalan pelan strategik. Selain Amerika Syarikat, industri filem
turut memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara-negara lain seperti Korea Selatan,
Argentina, Brazil dan Mexico.
Penulis menyatakan bahawa, kesan dominasi filem oleh Amerika syarikat telah menarik
minat para sarjana untuk membuat kajian terhadap kesan-kesan globalisasi industri filem.
Hasil kajian telah mewujudkan teori cultural imperialism. Teori ini telah menimbulkan
perdebatan dikalangan orang-orang industri dimana kesan dominasi dan globalisasi filem
barat telah memberi cabaran kepada industri filem tempatan khususnya kepada negara kurang
maju. Tiga bidang utama yang memberikan cabaran kepada filem Malaysia industri ialah
pertama, keupayaan untuk menghasilkan produk filem yang dapat mencapai standard
antarabangsa, kedua, keupayaan untuk bersaing dengan negara-negara lain sebagai lokasi
yang menarik dan ketiga kemampuan untuk membangunkan industri sektor animasi.
Mengikut penulis, kaedah kajian yang digunakan merupakan kaedah tepat kerana ia dapat
meningkatkan pemahaman tentang fenomena kajian iaitu pendekatan kualitatif. Data
dikumpulkan melalui temubual dan juga mengunakan sumber sekunder. Temubual dilakukan
dari beberapa panel utama seperti agensi kerajaan (FINAS) dan wakil-wakil daripada
2

syarikat-syarikat produksi enam filem. Setiap temubual berlangsung selama dua hingga tiga
jam. Dokumen sekunder juga digunakan oleh penulis sebagai sumber bukti tambahan dan
sokongan semasa proses analisis data. Hal ini dapat meningkatkan kualiti penyelidikan
kualitatif agar kesahihan lebih tepat. Data daripada temu bual telah dicatat dan kandungan
dianalisis untuk menyerlahkan tajuk kajian.
Menurut penulis, kerajaan mula menyedari kepentingan industri filem tempatan pada tahun
1970 dengan penubuhan FINAS (Perbadanan Kemajuan Filem Negara) iaitu agensi kerajaan
yang bertanggungjawab untuk pembangunan industri (Ahmad, 2000). Kerajaan melalui
FINAS telah mengenal pasti komponen-komponen penting dalam industri filem untuk diberi
penekanan dan dikembangkan seperti produksi filem, sektor animasi dan lokasi
pengambaraan filem. Dalam bidang penerbitan filem, untuk menghasilkan lebih banyak
filem-filem yang berkualiti yang boleh dipasarkan di peringkat antarabangsa kerajaan telah
menyediakan bantuan kewangan dan bukan kewangan, yang termasuk subsidi, pemberian,
latihan berkaitan filem dan kursus kepada produksi tempatan. Kerajaan melalui MDeC
(Perbadanan Pembangunan Malaysia), MIMOS (Malaysia Institute of Microelectronic dan
MOSTI secara aktif memberi bantuan kepada produksi baru dalam pembangunan filem
animasi.
Penulis melalui kajiannya telah mendapati bahawa terdapat beberapa cabaran utama yang
dihadapi oleh industri filem Malaysia seperti pasaran domestik yang kecil. Hanya 5.29 juta
pada tahun 2008 daripada jumlah penduduk seramai kira-kira 28 juta penonton filem
tempatan. Industri filem di Malaysia adalah industri yang kecil dari segi kuantiti filem yang
dihasilkan setiap tahun dan ia juga tidak menyumbangkan

peratusan besar kepada

ekonomi. Pada masa ini, pengeluaran tahunan drama tempatan dan terbitan bersiri berjumlah
kira-kira 300-400 program. Selain itu, cabaran globalisasi seperti persaingan filem tempatan

dengan filem asing. Dengan komitmen terhadap dasar pasaran terbuka Malaysia, globasasi
serta Akta Penapisan Filem, filem dari mana-mana negara adalah bebas untuk memasuki
pasaran Malaysia. Hal ini menyebabkan persaingan ini berlaku. Filem asing adalah bebas
untuk memasuki pasaran tempatan di bawah syarat minimum iaitu filem luar perlu melalui
Lembaga Penapisan Filem Malaysia yang merupakan pihak berkuasa Kerajaan yang yang
bertanggungjawab untuk memberikan status kepada filem itu untuk tatapan umum, dan setiap
filem perlu memberikan sari kata dalam Bahasa Malaysia.
Antara peluang yang dapat dilihat akibat globalisasi dan dasar keterbukaan pasaran filem
negara, Filem animasi dilihat sebagai produk global dan mudah menarik minat penontonnya.
Dengan kejayaan filem animasi tempatan Geng Pengembaraan telah membentuk satu
fenomena baharu dalam industri filem tempatan. Selain itu, peluang pekerjaan turut terbuka
kepada pengiat seni negara kerana hasil keuntungan yang diperoleh dari kejayaan filem
animasi keluaran tempatan. Namun begitu untuk bersaing di sektor animasi bermakna
bahawa industri ini sedang bersaing dengan gergasi besar dunia seperti Pixar dan Disney. Ini
merupakan satu cabaran bagi industri yang agak kecil. Oleh itu, sokongan kerajaan amat
perlu, kepada produksi-produksi tempatan agar dapat terus bertahan dalam industri animasi
dan menghasilkan produk filem yang bermutu tinggi. Tambahan lagi, peluang yang dapat
dilihat dalam perkembagan industri filem ialah kemasukan pelaburan dari luar negara (FDI)
di Malaysia. Untuk menjimatkan kos pengeluaran produksi asing, mereka memilih negara
yang berpotesi sebagai lokasi pengambaraan dan tenaga buruh yang murah untuk
menghasilkan filem mereka. Malaysia perlu mempunyai kelebihan daya saing dalam bersaing
dengan negara-negara lain untuk projek filem asing. Ini bukan mudah, kerana kerajaan perlu
menggubal dasar dan menyediakan struktur insentif yang menarik kepada pengeluar asing.

2.1 RINGKASAN ARTIKEL 2


Menurut penulis, salah satu kemahiran yang perlu ada bagi memenuhi sesuatu tuntutan pekerjaan ialah
kemahiran pembangunan sumber manusia. Menurut Werner & DeSimone (2009: 4) pembangunan sumber
manusia sebagai a set of systematic and planned activities designed by anorganization to provide
its members with the opportunities to learn necessary skills to meet current and future job demands.
Oleh yang demikian, proses pembangunan sumber manusia perlu dilakukan melalui pendidikan iaitu
melalui pembelajaran mengikut pengkhususan yang sesuai supaya kemahiran yang diperolehi dapat
memenuhi keperluan pekerjaan.
Seterusnya, bidang animasi diterangkan secara umum oleh penulis. Animasi secaraamnya bermaksud imej
atau gambar yang disusun satu persatu-persatu dan kemudiannya digerakkan secara pantas untuk
menghasilkan pergerakan yang menarik. Seiring dengan kepesatan teknologi pada masa ini memberi impak
yang besar terhadap pembangunan animasi kerana telah membawa dunia animasi ke dalam ruang digital di
mana penghasilannya lebih pantas dan berkualiti berbanding pada masa dahulu yang memerlukan karakter
dilukis satu persatu dan memakan masa agak yang lama. Menurut penulis, terdapat tiga peringkat yang
penting sebelum sesebuah animasi di tayangkan iaitu prapoduksi, produksi dan pascaproduksi.
Penulis menyatakan bahawa peringkat pertama iaitu praproduksi iaitu proses pengeluaran idea yang
melibatkan konsep, penceritaan, watak, jalan cerita dan sebarang perkara yang diperlukan untuk membina
sebuah cerita yang menarik.. Peringkat kedua adalah produksi yang bermaksud cara pelaksanaan terhadap
idea yang telah dirancang sebelum ini. Proses ini memakan masa yang agak lama dan memerlukan tenaga
kerja yang paling banyak. Hal yang demikian menjadikan proses ini adalah proses yang paling penting kerana
banyak kemahiran yang perlu digunakan seperti 2D digital, 3D digital dan penggunaan teknologi CGI.
Manakala proses yang ketiga adalah pascaproduksi di mana ia melibatkan proses penyuntingan seperti bunyi
audio bagi menyempurnakan sesebuah animasi yang dibuat. Proses ini juga memerlukan kemahiran yang
tinggi dalam penggunaan teknologi terutamanya dalam proses penyuntingan

Selain itu, penulis turut menceritakan tentang keadaan animasi di negara kita. Pandangan penulis mengenai
industri animasi di Malaysia yang mana ia masih jauh ketinggalan dalam penghasilan animasi yang berkualiti
tinggi jika dibandingkan dengan negara seperti Jepun, China dan Amerika Syarikat. Oleh yang demikian,
kerajaan telah menyediakan beberapa inisiatif seperti mewujudkan organisasi yang akan memantau syarikatsyarikat animasi dan memberikan bantuan terumatamanya bantuan kewangan. Sebagai contoh, industri
kandungan multimedia kreatif (MSC) terdapat lebih kurang 200 buah syarikat animasi yang berada dalam
pantauannya.Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) juga antara organisasi yang membantu industri
animasi Malaysia berkembang pesat sehingga ke peringkat global. Hasil terbaik yang dapat dilihat daripada
bantuan MSC dan MdeC adalah Filem animasi Geng: Pengembaraan Bermula yang memberi pulangan
kutipan sebanyak RM6.3 juta.
Dalam kajian ini penulis telah telah memilih kaedah meta-analisis sebagai metodologi kajian. Dalam
kajian ini, penulis melihat terhadap kursus-kursus animasi yang ditawarkan di IPTA di Malaysia beserta
dengan hal-hal yang timbul di kalangan para graduan animasi ini. Dua aspek utama analisis kajian ini iaitu
tahap kursus yang meliputi tahap praproduksi ,tahap produksi, tahap pascaproduksi serta lain-lain dan bentuk
kursus yang meliputi berbentuk teoretikal dan berbentuk teknikal.
Hasil dapatan kajian penulis menunjukkan bahawa hanya Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti
Malaysia Sarawak (UNIMAS) menawarkan sarjana muda pengkhususan dalam bidang animasi dan
sebanyak 16 buah universiti yang menawarkan komponen kursus berbeza-beza berkaitan animasi. Statistik
menunjukan Universiti Sains Malaysia (USM) peratusan tertinggi komponen animasi iaitu sebanyak 50%
diikuti Universiti Putera Malaysia (UPM) sebanyak 22.7%, kemudian Universiti Perguruan Sultan Idris
(UPSI) sebanyak 20% dan Universiti Utara Malaysia (UUM) sebanyak 18.9%. Tahap praproduksi dan
produksi lebih banyak ditawarkan di UiTM manakala UNIMAS pula lebih banyak menawarkan kursus yang
berkaitan dengan produksi. Secara umumnya, kursus bersifat teknikal lebih banyak ditawarkan berbanding
kursus bersifat teoritikal di mana-mana IPTA yang ada menawarkan kursus animasi. Hal ini kerana,
kemahiran teknikal lebih banyak digunapakai semasa proses pembinaan sebuah siri atau filem animasi.
6

Antara isu yang dibincangkan oleh penulis dalam artikel ini adalah berkaitan dengan tahap kualiti animasi
tempatan berbanding dengan animasi yang dihasilkan oleh Negara ASEAN lain seperti Filipina, Thailand,
Vietnam dan Indonesia. Selain itu, isu graduan yang kurang berkemahiran dalam menghasilkan produk
animasi yang hebat turut dipersoalkan dengan melihat sturuktur pendidikan animasi yang dipelajari di IPT.
Kurang kemahiran ini dikaitkan dengan kurangnya pengetahuan asas graduan tentang tiga peringkat penting
pembikinan animasi seperti teknik penceritaan, sinematografi, lakonan dan penyuntingan. Orang-orang yang
terlibat dalam industri animasi banyak mengatakan bahawa graduan yang dihasilkan kurang mahir
menggunakan perisian yang digunakan dan kursus-kursus yang diajar pula bercampur aduk dan tiada
pengkhususan. Hal yang demikian memaksa syarikat-syarikat animasi mengeluarkan wang mereka sendiri
untuk melatih graduan-graduan ini. Penulis juga ada menyatakan bahawa agak sukar untuk memenuhi
keperluan industri kerana setiap syarikat didalam industri ini mempunyai cara yang berbeza dalam beroperasi.
Menurut penulis, adalah perlu untuk menekankan pengajaran berbentuk kemahiran asas di setiap IPT agar
pelajar dapat menyesuaikan diri apabila bekerja kelak. Pengkhususan terhadap kursus animasi tetap penting
dan ia perlu dilaksanakan diperingkat vokasional. Hal ini kerana, pembelajaran diperingkat institusi pengajian
tinggi adalah berbeza yang menekankan aspek kebolehan menyelesaikan masalah dan melibatkan aspek
akademik dan ilmiah. Dengan ini penulis dapat disimpulkan bahawa pembelajaran bagi bidang animasi
bukan mudah kerana terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dan ia juga akan mengambil masa yang
agak lama. Menurut Furniss (2008) mempelajari asas kemahiran sesi memberikan banyak kelebihan
berbanding dengan mempelajari kemahiran teknologi baru kerana ia menyediakan pengetahuan jangka
panjang yang sangat bersesuaian dalam pelbagai konteks.

3.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulan, kedua-dua artikel dipilih untuk diulas adalah untuk memenuhi tugasan
yang bertajuk inisiatif dan polisi kerajaan dalam memajukan industri animasi di Malaysia.
Artikel pertama iaitu kajian yang dijalankan oleh Herwina Rosman bersama Zarith Delaila Abdul
Aziz berkaitan dengan cabaran dan peluang industri filem di Malaysia. Manakala artikel kedua iaitu kajian
yang dijalankan oleh Fadli Abdullah dan Md Sidin Ahmad Ishak ini berkaitan dengan pembangunan sumber
manusia dalam industri animasi di Malaysia dan beberapa isu berkaitan graduan animasi. Kedua-dua artikel
yang diulas ini berkaitan dengan industri animasi negara.
Di sebalik kejayaan industri seni kreatif seperti filem, industri animasi pastinya terdapat
bantuan dan sokongan daripada pihak kerajaan. Dalam kes industri filem Malaysia, diakui
bahawa pasaran tempatan adalah kecil. Oleh itu, ia merupakan cabaran yang perlu
ditempuh. Sebaliknya, industri ini perlu meneroka dan bersaing agar ia mempunyai daya
saing. Salah satu industri seni kretif yang melihatkan perkembangan ialah sektor animasi.
Terdapat syarikat produksi swasta pertama yang menghasilkan animasi 3-D dan sangat
berjaya dalam pasaran tempatan. Produk mereka kemudian telah dipasarkan di peringkat
antarabangsa. Dalam perkembangan semasa, siri animasi mereka kini boleh diperolehi di
ASTRO Disney Channel. Ini membuktikan bahawa produksi tempatan sebenarnya mampu
mengembangkan produk filem mereka sendiri. Hal ini juga disokong oleh badan
bertangungjawab di bawah kerajaan seperti MDEC, FINAS, MIMOS.
Tambahan lagi, bagi mamajukan industri seni kreatif seperti industri animasi pembangunan sumber manusia
dilihat memainkan peranan penting. Pembangunan sumber manusia ini dikaji secara mendalam kursus serta
kemahiran yang ada pada pelajar-pelajar IPT yang diajar di universiti. Tiga peringkat pengahasilan animasi
harus dikuasi oleh pelajar atau orang penting industri agar dapat menghasilkan filem, drama animasi yang
berkualiti setanding dengan negara maju.

Anda mungkin juga menyukai