Anda di halaman 1dari 50

ISLAM DALAM TAMADUN

MELAYU
DISEDIAKAN OLEH:
NUR HAHANI BINTI HANAFI
NUR HIDAYAH BINTI ABU HASSAN
NURULAINI BINTI KUSMANIIRAT

PENSYARAH PEMBIMBING:
PN. SHABIBAH SYAUFIT AFFANDI

OPSYEN:
IP1F – PENDIDIKAN KHAS
PERANAN TAMADUN MELAYU DALAM
PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
1) Sejarah dan asas sistem pemerintahan
2) Agama Islam dan adat istiadat Melayu
3) Sistem perundangan tradisional
4) Kewarganegaraan, semangat dan jati diri
kebangsaan
5) Kedudukan istimewa orang Melayu dan
Bumiputera
SEJARAH DAN ASAS SISTEM PEMERINTAHAN
• Kewujudan Malaysia sebagai sebuah negara
bangsa merupakan lanjutan daripada
kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu lebih awal
• Kerajaan-kerajaan Melayu tersebut merupakan
kesinambungan daripada beberapa buah
kerajaan atau pusat tamadun Melayu yang
pernah wujud di alam Melayu seperti Srivijaya,
Temasik, Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan
Johor Riau-Lingga
AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU

• Menjadi salah satu struktur terpenting


kemelayuan dalam tamadun Malaysia
• Merupakan struktur yang saling melengkapi
dan berintegrasi ke dalam wadah kemelayuan
• Islam menjadi teras bagi identiti Melayu
• Di peringkat kebangsaan,agama Islam telah
dijadikan sebagai agama bagi Persekutuan
Malaysia
SISTEM PERUNDANGAN TRADISIONAL

• Malaysia merupakan sebuah negara merdeka


yang terdiri di atas tunggak rukun negara
• Berdasarkan sejarah, negeri-negeri Melayu
mempunyai kanun perundangan yang berasaskan
adat Melayu dan hukum syariah (undang-undang
Islam). Contohnya:
1. Melaka: Hukum Kanun Melaka, Undang-
Undang Laut Melaka
2. Johor: Undang-undang Johor, Undang-Undang
tubuh negeri Johor 1895
3. Pahang: Undang-Undang Pahang
4. Kedah: Undang-Undang Kedah
5. Perak: Undang-Undang 99 perak dan
Undang-Undang Keturunan daripada
keturunan negeri Perak
6. Terengganu: Perlembagaan Negeri
Terengganu 1911
7. Negeri Sembilan: Di Sungai Ujong, Rembau,
Johol dan Jelebu
KEWARGANEGARAAN, SEMANGAT DAN JATI DIRI KEBANGSAAN

• Kekuatan pegangan Islam dalam tamadun


Melayu banyak memberi sumbangan kepada
cendikiawan dalam memperjuangkan hak
orang Melayu dan kebebasan Tanah Melayu
daripada belenggu penjajahan.
• Di bawah pemerintahan British semangat
kebangsaan untuk berjuang mempertahan
dan membebaskan Tanah Melayu telah
bermula seawal 1900 dengan diketuai oleh
beberapa pemikir dan cerdik pandai.
• Mereka ini telah menggunakan bahasa Melayu
sebagai wahana dalam menyampaikan buah
fikiran dalam beberapa majalah.
• Hasil daripada gerakan kesedaran cintakan
tanah air melalui semangat agama ini,
golongan cendikiawan yang menanam
kecintaan kepada tanah air digelar refomis
manakala kaum muda digelar golongan islah
• Penentangan golongan cendikiawan yang
berlatarkan pendidikan agama Islam
bergabung dengan cendikiawan berkelulusan
pengajian Melayu terhadap cadangan British
Military Administration (BMA) untuk
membentuk Malayan Union amat jelas lagi
menampakkan peranan agama Islam dan
kemelayuan dalam menanam jati diri dan
semangat kebangsaan dalam kalangan bangsa
Melayu dalam mempertahankan ketuanan
Melayu di Tanah Melayu
• Peranan agama Islam dapat menyelamatkan
bangsa Melayu daripada terpengaruh dengan
fahaman Komunis apabila ianya cuba
disebarkan dalam kalangan masyarakat
tempatan
• Hasil daripada kegigihan pemikiran dan
pejuang Melayu dalam mengekalkan identiti
Melayu dalam negara Malaysia dapat dilihat
daripada beberapa dasar yang telah digubal
dan dibentuk dari semasa ke semasa.
• Contohnya Akta Pendidikan (1961) telah
menjadi Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta
Bahasa Kebangsaan (1967) dan Dasar
Kebudayaan Kebangsaan Dan Rukun Negara
(1971) telah memaparkan kesinambungan
peranan agama Islam dan semangat
kemelayuan dalam membentuk arus
pembinaan Negara
KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU
DAN BUMIPUTERA
• Keistimewaan orang Melayu telah diperuntukkan
dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia
dalam perkara 153
• Perlembagaan Malaysia juga memberikan
perakuan dan pengiktirafan terhadap undang-
undang adat yang dilaksanakan di kalangan
orang Melayu
• Namun undang-undang adat ini dapat mengatasi
kuasa perlembagaan Persekutuan Malaysia
TEORI KEDATANGAN
ISLAM KE ALAM
MELAYU

China India Arab


DARI CHINA
• Orang Cina Islam menyatakan bahawa orang Arab-
Islam telah datang ke China pada zaman
pemerintahan Maharaja T’ai Tsuing dari Dinasti Tang
(627 – 650M).
• Rasulullah s.a.w telah mengutus seorang pendakwah
bernama Wahab Abi Kasyah ke Canton.
• Khalifah Othman Ibn Affan juga telah mengutus Saad
bin Abi Waqqas. Dimana beliau telah mengasaskan
sebuah masjid di Canton yang diberi nama oleh Wan
Shin-Zi.
• Khalifah Abu Jaafar dari kerajaan Bani
Abbasiyah telah menghantar 10 000 orang
tentera Islam yang berpusat di Turkistan untuk
membantu Maharaja Hsnan Tsung (755M)
menentang pemberontakan.
• Kesannya kerajaan China telah memberikan
pelbagai kemudahan dan bantuan kepada
orang-orang Islam di sana.
TEORI YANG MENYOKONG KEDATANGAN
ISLAM DARI CHINA
• Menurut Emanuel Godinho De Evedia, Islam
datang ke Nusantara dari China melalui
Canton dan Hainan pada kurun ke-9M.
• Terbukti dengan penemuan batu bersurat di
Kuala Berang, Terengganu.
• Disokong oleh fakta yang menunjukkan telah
berlaku kegiatan perdagangan pada abad ke-
7M.
• Menurut Masudi, terdapat lebih kurang
200 000 pedagang yang berlabuh di
perlabuhan Canton dan sebahagiannya adalah
pedagang Islam (Arab-Parsi).
• S.Q Fatimi – pada abad ke-9M orang Cina
Islam Canton telah berpindah @ melarikan diri
ke Asia Tenggara akibat pemberontakan
berdarah di China.
BUKTI YANG MENYOKONG KEDATANGAN
ISLAM DARI CHINA
•Pengaruh China juga dapat di lihat pada bentuk
masjid di Melaka dan Jawa yang kelihat seperti
Pagoda.
•Syed Naguib Al-Attas berkata pemberontakan di
Canton pada tahun 877M (263H) mengorbankan
lebih 120,000 kebanyakannya beragama Islam
(Arab dan Parsi) menyelamatkan dirinya dengan
berhijrah ke Kalah (Kedah).
• S.Q. Fatimilah berkata adanya kerajaan Bani Champa (1000-
1471M) merupakan pelarian Syiah Alawiyah dari Damshik.
Hujahnya ialah Batu Bersurat di Terengganu tarikh 1303M yang
menyamai batu nisan di Champa Selatan.
• S.Q Fatimi mengatakan ada persamaan nisan Fatimah binti
Maimon 1082M di Leran, Jawa Timur dengan batu-batu nisan
di Phan-rang, Champa Selatan 1039M dan 1035M.
• Batu Bersurat di Teluk Cik Munah, Pahang yang tarikhnya
dikatakan 419H (1028M), iaitu lebih awal dari Batu Bersurat di
Terengganu yang bertarikh 702 H (1303 M) itu.
• Bukti ini dapat juga menunjukkan bahawa kemungkinan Islam
masuk melalui Pantai Timur dari China atau Indochina.
DARI INDIA
• Didokong oleh golongan orientalis barat seperti
Snouck Hugronje, Brain Harrison, Arnold dan
Weirtheim.
• Mereka mengaitkan kedatangan Islam berdasarkan
hubungan perniagaan dan kebudayaan antara
pedagang India dengan masyarakat Nusantara pada
abad ke-13 M.
• Brain Harrison menyatakan masyarakat Nusantara
memandang India sebagai tempat mendapatkan
khidmat nasihat dan bimbingan.
• Jassolin Den Jong berpendapat penyebaran Islam ke
Nusantara dimainkan oleh pedagang-pedagang Gujerat
kerana persamaan sosio budaya masyarakat Melayu
Nusantara dengan masyarakat India.
• Thomas Arnold berpendapat Islam dibawa oleh
pedagang India Muslim dari Banggala @ Malabar bukan
Gujerat kerana penduduk di Banggala @ Malabar dan
Nusantara menggunakan pegangan mazhab Syafie
sedangkan penduduk di Gujerat menggunakan mazhab
Hanafi.
• Van Ronkel berkata Islam dibawa dari India Selatan
kerana ciri-ciri mistik, sastera roman dan sebagainya
adalah berasal dari India Selatan.
• Snouck Hurgronje berkata “… seolah
sebahagian bangsa India memeluk Islam,
maka orang-orang Islam dari India turut
mengambil bahagian lalulintas dan emigrasi di
Nusantara, dan mereka itulah yang
memasukkan Islam ke wilayah Nusantara”.

• Pendapat ini telah disokong oleh beberapa


orang orientalis barat seperti R.O.Winstedt
dan B. Harrison.
• Catatan Marco Polo dan Ibn Batutah yang
pernah melawat Alam Melayu sekitar abad ke-
13 dan 14 M.

• Penemuan makam Sultan Malik al-Salleh,


pemerintah pasai yang disebut dalam Sejarah
Melayu dan Hikayat Raja-raja Pasai sebagai
pemerintah pertama di Kepulauan Melayu
pada 1297 M.
BUKTI YANG MENYOKONG KEDATANGAN
ISLAM DARI INDIA
• Moquette pula mengemukakan bukti tentang
adanya kesamaan batu-batu nisan di Pasai
(1428) dan di Gerisek (1419) dengan batu
nisan di Gujerat.
• Batu-batu nisan awal yang ditemui telah
diimport dari Kambay (Kembayat) Gujerat.
• Tradisi Kesusasteraan Melayu lebih mirip
kepada tradisi India Islam.
DARI ARAB
• Merupakan teori yang paling tepat dengan
bukti-bukti dan penemuan sejarah serts catatan
ahli pelayaran.
• Penemuan sebuah perkampungan Islam di
Sumatera Utara yang diberi nama “Ta-Shih”
pada tahun 650M.
• S.M Naquib al-Attas menegaskan kandungan
persuratan Melayu Islam menggunakan sumber
Arab.
TAHAP KEDATANGAN ISLAM KE ALAM
MELAYU

Tahap Tahap
Tahap
Pertapakan (661 Penyebaran
Persinggahan (-
– 1258 M) secara meluas
441 M)
(selepas 1258M)
TAHAP PERSINGGAHAN (- 441 M)
• Berlaku ekoran hubungan awal antara Asia Barat
dengan Nusantara sejak zaman pra-Islam di
Semenanjung Tanah Arab lagi.
• Penerimaan Islam oleh orang-orang Yaman
sehingga Rasulullah menghantar Muaz b. Jabal
untuk mengajar Islam dan menjadi wakil di sana.
• Membawa pengaruh besar kerana Yaman ketika
itu merupakan sebuah pelabuhan antarabangsa.
TAHAP PERTAPAKAN (661 – 1258M)
• Berlaku sepanjang zaman kerajaan Bani Umayyah
(661-750M) dan kerajaan Bani Abasiyyah (750-
1258M).
• Terdapat penempatan orang Arab Islam di Pantai Barat
Sumatera pada 674 M dan orang “Tas-Shih” di Jawa.
• Khalifah Muawiyyah telah mengutus surat kepada Raja
Sri Wijaya supaya memeluk Islam.
• Raja Srindravarnam (718M) memeluk Islam hasil
usaha dakwah Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)
TAHAP PENYEBARAN SECARA MELUAS
(SELEPAS 1258M)
• Berkait rapat dengan cabaran yang menimpa
dunia Islam menjelang abad ke-13M.
• Dimana gerakan Salibiyyah dan kaum Syiah
yang sanggup bersekutu dengan pejuang slib
semasa pemerintahan Fatimiyyah sehingga
mengundang Hulagu Khan.
• Abad terakhir kegemilangan kerajaan Islam
diwarnai dengan semangat taklid serta fanatik
kemazhaban.
BUKTI YANG MENYOKONG KEDATANGAN
ISLAM DARI ARAB
• Penggunaan tulisan jawi yang meluas.
• Pengaruh Timur Tengah dalam bacaan Al-
Quran.
• Pengaruh dalam kesusasteraan Melayu.
• Pengaruh dalam perkataan Melayu.
• Terdapat keturunan Syed dan Sharifah di Alam
Melayu.
KESAN DAN PENGARUH ISLAM
DALAM TAMADUN MELAYU
SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTDBIRAN

• Dari segi pentadbiran, islam telah mempengaruhi


pentadbiran Kerajaan Melayu Melaka, kerajaan-
kerajaan lain seperti Kedah, Johor dan Terengganu.
• Ciri-ciri kerajaan ini berubah menjadi sama seperti ciri-
ciri pentadbiran kerajaan di Timur Tengah seperti
Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
• Konsep dewaraja telah diambil alih oleh konsep sultan
yang menganggap sultan sebagai zul-illahi-fil-alam
iaitu pegangan bahawa sultan itu adalah amanah Allah
s.w.t di muka bumi.
• Sultan juga dianggap sebagai Aminul Mukminin iaitu
ketua kepada umat islam.
• Dalam sektor agama, sultan menjadi ketua agama
islam dan baginda bertanggungjawab memerintah
dengan adil dan menjaga kebajikan rakyat jelatanya.
• Selain daripada peranan sultan, ahli-ahli sufi dan
ulama-ulama juga menjadi penasihat tentang agama
islam kepada raja.
• Ketua negara-raja sebagai pemerintah dan dibantu
oleh pembesar.
• Pembesar diberi gelaran tertentu. (bendahara,
syahbandar, temenggung, laksamana)
• Di peringkat antarabangsa islam menjadikan
hubungan persahabatan dan perdagangan
dengan negara luar seperti china, india dan
asia barat.
• Di peringkat kampung pula diketuai oleh ketua
kampung yang dipilih berdasarkan keturunan.
EKONOMI
• Aktiviti ekonomi bercorak agrarian masih berlansung
selepas kedatangan islam.
• Telah meningkatkan aktiviti perdagangan di kalangan
masyarakat Melayu.
• Lahir pasar serta kota bersifat antarabangsa di Parsi, China,
India, dan sebagainya.
• Perdagangan- barter dan mata wang semakin berkembang.
• Sistem mata wang diguna pakai secara meluas sesuai
dengan perkembangan aktiviti perdagangan bersifat
antarabangsa pada masa tersebut.
KESENIAN
• Pengaruh kesenian islam dalam masyarakat
Melayu dapat dilihat pada batu nisan, makam,
masjid, dan kaligrafi.
• Batu nisan- karya seni islam yang terawal – batu
nisan Syeikh Abd al-Qakir bertarikh 903 (kedah)
• Kesenian batu nisan dan makam dapat dilihat
juga pada bentuk dan hiasannya.
• Hiasan tulisan ayat al-Quran membuktikan
kemahiran pengurnya dalam seni khat Arab.
• Pada peri gkat awal, masjid yang didirikan masih
mempunyai pengaruh hindu dari segi bentuk
dan hiasannya seperti bunga teratai, daun-
daunan, permandangan dan garis geometri.
• Namun secara keseluruhannya, masjid
mempunyai maksud tertentu bagi masyarakat
islam, seperti mihrab,mimbar dipenuhi dengan
seni kaligrafi islam yang dipetik daripada ayat-
ayat al-Quran.
BAHASA DAN SASTERA
• Kedatangan islam telah membawa perubahan
besar kepada bahasa Melayu dengan
menjadikan sebagai bahasa lingua franca di
alam melayu.
• Bahasa sanskrit telah digantikan dengan bahasa
melayu.
• Bahasa melayu telah diangkat tarafnya sebagai
bahasa pengantar di kawasan alam melayu yang
mempunyai sekitar 200 bahasa daerah.
• Islam seolah-olah telah menyatupadukan
masyarakat melayu yang terpisah oleh
perbezaan bahasa.
• Turut diperkenalkan sistem tulisan Arab jawi.
• Bahasa melayu mencapai kedudukan sebagai
bahasa sastera yang popular sehinggakan
sastera warisan hindu kemudiannya ditulis
dengan menggunakan tulisan Arab-jawi.
• Sastera melayu yang bercirikan islam dapat
dibahagikan kepada dua bentuk :
a) prosa
cth: hikayat para sahabat nabi. Misalnya cerita
tentang abu bakar al-siddiq, Umar al-Qattab, Ali
bin Talib dll
b) puisi
cth: karya Abdul Rauf Fansuri. Misalnya Syair
Makrifat
PENDIDIKAN DAN ILMU SYARIAH
• Pengaruh besar kedatanagn islam dapat dilihat
dalam bidang ilmu dan pendidikan iaitu meliputi :
-aspek ilmu yang diajar.
-institusi pendidikan dan strukturnya.
-guru dan muridnya.
• Dari segi pengetahuan, perhatian banyak diberikan
kepada ilmu syariah atau naqliyyah(bidang
ususluddin, fekah dan tasawuf)
• Aktiviti ilmu dan pendidikan berlansung :
-istana yang berfungsi sebagai perpustkaan dan tempat
penterjemahan
- rumah maulana atau ulama
- masjid
- madrasah atau surau
• Kebanyakkan guru agama adalah daripada orang asing
seperti arab, parsi, turki dan sebagainya
• Murid-murid terdiri daripada raja dan kaum bangsawan
disamping rakyat jelata.
• Perkembangan dalam bidang ilmu dan
pendidikan telah membawa kepada kelahiran
ulama Melayu dengan kemampuan ilmiah
yang tidak kurang hebatnya.
UNDANG-UNDANG
• Dari segi undang-undang, undang islam memainkan
peranan dalam kerajaan-kerajaan melayu di tanah
melayu.
• Para ulama memainkan peranan yang penting dalam
perundangan islam.
• Perundangan islam telah menjadi tunjang kepada
undang-undang bertulis seperti hukum kanun melaka.
• Hal ini pula diwarisi oleh negeri-negeri melayu yang
lain pada hari kemudian.
• Sebagai contoh, undang-undang 99 perak dan
undang-undang pahang.
• Selain itu, undang-undang syariah yang meliputi
pelbagai perkara seperti hukum kesalahan
jenayah (mencuri, membunuh, dan sebagainya),
jual beli, hal ehwal perkahwinan dan
pembahagian harta pusaka juga diperkenalkan
• Tokoh-tokoh yang akan memelihara undang-
undang ini terdiri daripada hakim dan kadi.
• Walaupun haikm dan kadi menjadi tokoh yang
memelihara undang-undang tetapi rajalah
yang akan menjatuhkan hukuman.
• Baginda akan menjatuhkan hukuman
mengikut hukum adat dan bukan hukum
islam.
KEPERCAYAAN DAN KEAGAMAAN
• Bagi masyarakat melayu, aspek kepercayaan dan
keagamaan membantu memberikan fungsi manusia
sebagai satu cara hidup yang sempurna.
• Bagi yang berpegang teguh kepada agama islam, akan
bekerja bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab pula
dalam soal ibadat .
• Kesimpulnnya, kepercayaan agama masyarakat melayu
banyak membeawa perubahan kepada mereka yang
berpegang teguh kepada ajaran agama dan pada masa
yang sama mempunyai kefahaman yang mendalam
terhadap kehidupan sosial mereka.
ADAT RESAM
• Islam juga membawa pengaruh kepada resam
masyarakat tempatan.
• Agama islam telah membawa sistem nilai sosial
yang berbeza dengan sebelumnya.
• Masyarakat melayu telah membuat
penyesuaian antara unsur-unsur hindu dan
islam untuk mengelakkan amalan yang
diamalkan pada dahulu kala bertentangan
dengan ajaran islam.
• Agama islam telah menghapuskan sistem nilai sosial
yang berasaskan perbezaan taraf atau sistem kasta.
• Mengikut agama islam, semua umat islam
merupakan satu gagasan.
• Mereka haruslah sentiasa beriman dan bersaudara
dan menjadikannya sebagai prinsip ke arah
peprpaduan masyarakat.
• Mereka juga menganggap orang asing yang
beragama islam adalah saudara mereka.
• Antara adat resam yang banyak dipengaruhi
oleh islam ialah adat bercukur, adat
perkahwinan dan sebagainya.
• Selain itu, aspek islam yang baru juga
diamalkan contohnya membayar zakat,
bekerjasama, bergotong royong dan
kekeluargaan.

Anda mungkin juga menyukai

  • Pengukuran
    Pengukuran
    Dokumen5 halaman
    Pengukuran
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • BIUS
    BIUS
    Dokumen6 halaman
    BIUS
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Pengaratan
    Pengaratan
    Dokumen2 halaman
    Pengaratan
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Persekitaran Sekolah
    Persekitaran Sekolah
    Dokumen2 halaman
    Persekitaran Sekolah
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Surat Permohanan Buku
    Surat Permohanan Buku
    Dokumen1 halaman
    Surat Permohanan Buku
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Borang Senarai Semak
    Borang Senarai Semak
    Dokumen2 halaman
    Borang Senarai Semak
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Warna
    Warna
    Dokumen11 halaman
    Warna
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Warna
    Warna
    Dokumen11 halaman
    Warna
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Cover Laporan MTQ
    Cover Laporan MTQ
    Dokumen1 halaman
    Cover Laporan MTQ
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Pengenalan Kepada Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
    Pengenalan Kepada Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
    Dokumen42 halaman
    Pengenalan Kepada Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Laporan MTQ
    Laporan MTQ
    Dokumen6 halaman
    Laporan MTQ
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Minggu 1
    Minggu 1
    Dokumen5 halaman
    Minggu 1
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Borang PTM
    Borang PTM
    Dokumen1 halaman
    Borang PTM
    mustang_mama
    Belum ada peringkat
  • Tajuk Tutorial
    Tajuk Tutorial
    Dokumen4 halaman
    Tajuk Tutorial
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Alam Belajar
    Alam Belajar
    Dokumen18 halaman
    Alam Belajar
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Alam Belajar
    Alam Belajar
    Dokumen18 halaman
    Alam Belajar
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Pengesahan Penerimaan Latest
    Pengesahan Penerimaan Latest
    Dokumen1 halaman
    Pengesahan Penerimaan Latest
    nurulaini binti kusmaniiat
    Belum ada peringkat
  • Sistem Limfatik - New
    Sistem Limfatik - New
    Dokumen49 halaman
    Sistem Limfatik - New
    nurulaini binti kusmaniiat
    100% (2)