Anda di halaman 1dari 2

Tekanan Mental

Pengenalan

Tekanan mental adalah hasil hubungan antara peristiwa-peristiwa persekitaran dengan


individu. Paras tekanan yang dihasilkan akan bergantung kepada sumber tekanan dan
cara individu tersebut bertindak balas. Tekanan mental adalah sebahagian daripada
kehidupan harian. Ia merujuk kepada kaedah yang menyebabkan ketenangan individu
terasa di ancam oleh peristiwa persekitaran dan menyebabkan individu tersebut bertindak
balas. Anda boleh mengalami tekanan ketika di tempat kerja, menyesuaikan diri dengan
persekitaran baru, atau melalui hubungan sosial. Tekanan mental yang sederhana boleh
menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi kalau tekanan mental
anda itu terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan seterusnya menggangu
kesihatan anda.

Simptom

Ada beberapa gejala yang menandakan mental seseorang itu tertekan. Antara gejala
tekanan mental adalah : PERASAN • Merasa bimbang • Merasa cepat marah • Merasa
lemah semangat • Merasa tidak tenteram dan • Gelisah FIKIRAN • Bimbang terhadap
masa depan • Kurang daya tumpuan • Menjadi mudah lupa • Fikiran tertumpu pada
masalah tempat kerja • Takut gagal • Rendah harga diri TINGKAH LAKU • Tabiat
merokok yang meningkat • Penggunaan alkohol dan dadah sebagai cara untuk
mengurangkan masalah • Hilang selera makan atau makan berlebihan • Mudah cuai dan
sering terbabit dalam kemalangan • Mudah terkejut • Bertindak secara agresif
PERUBAHAN FIZIKAL • Berpeluh pada tangan dan badan • Sering rasa dada berdebar •
Menggeletar, kering mulut dan kerongkong • Mudah merasa letih • Kerap kecing • Sukar
untuk tidur • Masalah penghadaman seperti, loya, muntah, cirit-birit dan sembelit • Sakit
kepala dan leher sakit-sakit sendi dan badan mudah diserang penyakit.

Kesan

Perubahan-perubahan besar dalam kehidupan seseorang adalah punca tekanan mental


yang paling lazim. Peristiwa-peristiwa yang boleh mendatangkan tekanan mental bukan
sahaja peristiwa yang negatif seperti kematian, dibuang kerja tetapi peristiwa positif
seperti berkahwin, mendapat cahayamata ataupun kenaikan pangkat.

Pencegahan

Kebanyakan punca tekanan mental boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan.


Bagaimanapun anda harus terlebih dahulu menyedari dan memahami reaksi anda
terhadap tekanan. Cara-cara yang boleh digunakan untuk mengurangi tekanan mental
anda : 1) Bersikap realistik terhadap pekerjaan/ tanggungjawab anda • Akui kekuatan dan
kelemahan diri. • Sentiasa berfikiran positif. • Cuba melakukan yang terbaik di dalam
pekerjaan. • Memupuk sikap seronok bekerja/ belajar. 2) Merancang kerja anda • Kendali
masa anda dengan bijak. • Beri keutamaan pada kerja yang penting. Jangan bertangguh. •
Elakkan daripada membawa kerja pulang ke rumah. Jika anda seorang pelajar, kerja
rumah adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Namun begitu, cuba habiskan kerja
rumah anda pada masa lapang di sekolah. • Mengagihkan kerja dengan baik. 3)
Meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah • Lihat masalah dengan rasional dan
rancang penyelesaian secara sistematik. • Senaraikan semua masalah mengikut
keutamaan dan langkah-langkah mengatasinya. • Nilaikan kesesuaian pada setiap langkah
penyelesaian. • Ambil tindakan secara wajar. 4) Menerima sebarang perubahan dengan
sikap yang wajar • Sentiasa bersikap terbuka terhadap apa jua perubahan yang berlaku. •
Bersikap realistik terhadap segala perubahan dan mampu menerima keadaan yang di luar
kawalan anda. • Bersikap positif dalam persekitaran yang mencabar. 5) Amalkan
komunikasi yang berkesan • Biarlah bersikap lembut tetapi tegas daripada bersikap
agresif. • Luahkan pendapat anda dengan penuh sopan, tegas dan jelas. • Hormatilah
pandangan rakan anda. 6) Semaikan semangat bermasyarakat • Jalankan persahabatan
dengan rakan-rakan anda. • Senaraikan individu dan organisasi yang mampu membantu
anda menangani sebarang masalah. • Berkongsi masalah anda dengan mereka yang sedia
mendengar dan boleh mempercayai. • Luangkan masa anda untuk membantu rakan yang
bermasalah. 7) Amalkan cara hidup sihat • Luangkan masa untuk berehat dan bertenang. •
Amalkan bersenam, pemakanan yang sihat, tidur yang mencukupi. • Jangan merokok,
jauhi diri dari arak dan dadah. • Amalkan nilai-nilai murni dan berpegang teguh pada
ajaran agama. Secara kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa kesihatan mental adalah
terhindarnya seseorang dari gejala-gejala gangguan dan penyakit jiwa, dapat
menyesuaikan diri, dapat memanfaatkan semua potensi dan bakat yang ada semaksimum
mungkin dan membawa kepada kebahagiaan bersama serta tercapainya keharmonisan
jiwa dalam hidup.

Anda mungkin juga menyukai