Anda di halaman 1dari 14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

Home

Nuffnang

Isu Semasa

Info

Segmen & GA

WW

My Fb

HOT ITEM FOR PT3 STUDENT!


TUGASAN GEOGRAFI PT3 2015: KEGIATAN EKONOMI
TUGASAN SEJARAH PT3 2015: PERSETIAAN PERSEKUTUAN 1895

Saturday, June 20, 2015

C o nt o h J a w a pa n T ug a s a n G e o g r a f i P T 3 2 0 1 5 Ke g i a t a n
E k o no mi
Contoh Jawapan Penuh Lengkap Tugasan/Folio/Kerja Kursus Geografi PT3 2015
Tajuk : Kegiatan Ekonomi
lihat juga : Contoh Jawapan Tugasan Sejarah PT3 2015 Persetiaan Persekutuan

ViSiToR

1793531

Serabut
3 April 2015

Shoutbox

SPEAK UP
aRcHiVe

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

1/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

2015 (81)
June (6)
Contoh Jawapan Tugasan
Sejarah PT3 2015
Persetiaan...
Tempoh Berpuasa di
Seluruh Dunia
Contoh Jawapan Tugasan
Geografi PT3 2015
Kegiatan ...
Majlis Akad Nikah Adik
Kawan Susah Senang
WordlessPoPuLaR
Wednesday #42 :
Pasangan Hidup

May (9)
Contoh
Jawapan Tugasan
Geografi
PT3 2015 Kegiatan

April (19)
Ekonomi
March (19)
Contoh Jawapan Tugasan

February
Sejarah
PT3 (4)
2015 Persetiaan
Persekutuan

January (24)
Majlis
2014 Akad
(443) Nikah Adik
Contoh
2013 (138)
Jawapan Tugasan
Geografi PT3 2014 Tingkatan 3
2012 (99)
Berpuasa di Seluruh
Tempoh
2011 (49)
Dunia
2010 (117)

June Top Pengomen

Jawapan Tugasan
Contoh
2009 (109)
Sejarah PT3 2014 Tingkatan 3
2008 (14)
Aqil Lopi (6)
Kawan Susah Senang
Muhammad Amri (3)
Wordless Wednesday #42 :
Pasangan
Hidup
yuki wong
(3)
Diana Rashid
(2) Teruk
Keputusan
PT3 2014
Maria Firdz (2)
Wordless Wednesday # 27:
30 Hari dalam bulan
Lea IsNawi (2)
Ramadhan
skandeswara seenivasalu
(2)
Faris Fikri (2)
yati hayati (2)
Mizan Ijan (2)

Backlinks

Sila Tekan

Contoh Kerangka Pelaksanaan Tugas


CONTOH JADUAL KERJA
*ini hanya contoh. ubahsuai mengikut kaedah kajian anda*
HARI

TARIKH

HARI 1

22 Jun 2015

Isnin

CATATAN

AKTIVITI
-

Menerima

soalan

dan

panduan

rubrik

perlaksanaan kajian
- Tajuk: kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
- Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

2/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


yang hendak dilakukan
HARI 2

23 Jun 2015

Taklimat tentang kajian


membuat catatan hasil penerangan guru

Selasa
HARI 3

24 Jun 2015

Rabu

HARI 4

25 Jun 2015

mula mengumpul maklumat dalam internet


mengenai konsep di makmal komputer dengam
bimbingan guru
berbincang dengan guru hasil maklumat yang
diperoleh
menyediakan borang temubual dengan bimbingan

dengan bimbingan

guru

Khamis

guru

waktu
selidik

petang
dengan

setempat

membuat
jiran-jiran

mengenai

temubual/soal
dan

kegiatan

dengan rakan

penduduk

ekonomi

di

kawasan kajian.
HARI 5

26 Jun 2015

waktu petang membuat temubual/soal selidik

dengan rakan

dengan jiran-jiran dan penduduk setempat

Jumaat

tentang

cadangan

untuk

meningkatkan

pendapatan penduduk di kawasan kajian..


HARI 6

27 Jun 2015

membuat temubual/soal selidik dengan jiranjiran

Sabtu

dan

penduduk

mengenai

kegiatan

ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di


kawasan kajian.

HARI 7

29 Jun 2015

membuat analisis daripada temubual/soal selidik

dengan bimbingan

10 responden yang diperoleh.

Isnin

guru

menghasilkan bahan grafik yang sesuai.

HARI 8

30 Jun 2015

menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan

guru.

Selasa
HARI 9

1 Julai 2015

di hadapan guru
geografi

- menulis laporan daripada hasil kajian di hadapan


guru.

Rabu

- menyemak laporan kajian dan bahan grafik.

HARI 10

2 Julai 2015

membuat penambahbaikan
- menghantar hasil kajian kepada guru

Khamis
3 hingga 9 Julai

Guru membuat pentaksiran

2015
*Contoh carta alir saya upload kemudian*

Anda boleh melihat contoh kandungan perancangan, contoh jadual kerja dan contoh carta alir
http://geografipbs.blogspot.com/2014/06/pt3-geografi.html
contoh soal selidik
contoh borang soal selidik lain

Contoh Panduan Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Tingkatan 3


*Kegiatan Ekonomi adalah tajuk umum. Pilih tajuk yang spesifik mengenai kegiatan ekonomi di kawasan tempat
kajian atau tempat tinggal anda. Contoh jika anda tinggal di tanah perancangan FELDA/FELCRA/RISDA/ladang
kelapa sawit/getah, maka tajuk anda perlulah spesifik kepada Sektor Pertanian sebagai kegiatan ekonomi penduduk*
Senarai Tajuk Kegiatan Ekonomi Geografi PT3 2015
Berikut adalah senarai tajuk yang boleh anda pilih berdasarkan lokasi atau tempat kajian anda. Dinasihatkan memilih
tajuk Kegiatan Ekonomi berdasarkan ekonomi yang dijalankan penduduk di kawasan tempat tinggal anda.
Contoh Kegiatan Ekonomi yang boleh anda pilih:
Sektor Perindustrian - kawasan industri
Sektor Perikanan - kawasan tepi pantai
Sektor Perlombongan - kawasan lombong bijih besi, simen, emas, logam dll
Sektor Pertanian - FELDA/RISDA/FELCRA
Sektor Pembalakan - PERHILITAN/kawasan hutan simpan
Sektor Perkhidmatan - pengangkutan (LRT, komuter KTM, stesen bas)
Sektor Perniagaan - perbandaran (restoran, kedai runcit, pusat membeli-belah)

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

3/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Sektor Penternakan - ternakan haiwan seperti kambing, lembu, kerbau, udang, sotong
**********************
Tajuk: Kegiatan Ekonomi penduduk di .................. (nama kawasan tempat anda)
Objektif kajian: Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan untuk mengkaji latar belakang
kegiatan ekonomi penduduk di ................. (nama kawasan tempat anda) :
1) Menyatakan maksud konsep dan takrifan kegiatan ekonomi.
2) Menghuraikan latar belakang kegiatan ekonomi dan menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang terdapat di kawasan
kajian.
3) Menghuraikan usaha-usaha untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian.
4) Menyatakan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian
Kaedah kajian: (contoh)
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat maklumat secara terperinci dan
bersistematik. Oleh itu, saya telah menggunakan 3 kaedah ini untuk menjalankan kajian ini. Berikut adalah:
1) Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan maklumat tentang kegiatan ekonomi
di kawasan kajian. Saya telah memerhati pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian. Contohnya ialah pertanian,
pendidikan, perniagaan dan penternakan (mengikut kegiatan ekonomi di tempat kajian anda).
2) Borang Soal selidik
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.
Saya telah memberi borang soal selidik kepada 20 orang responden dan memberi mereka masa sebanyak 5 minit untuk
menjawabnya. Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di bahagian lampiran.
3) Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan
kajian. Saya telah memilih seseorang untuk dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang
kegiatan ekonomi di kawasan kajian (kaedah temubual). Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk
menjayakan kerja khusus ini. Selain itu, saya juga telah menggunakan buku teks geografi tingkatan 3 untuk
memudahkan saya membuat kajian ini.
contoh kaedah kajian lain : Rakaman Audio atau Visual, kaedah temu bual
Latar Belakang Kegiatan Ekonomi
Kegiatan ekonomi adalah satu proses di mana penghasilan, pengagihan dan penggunaan berlaku. Tujuan utama adalah
untuk mendapatkan nilai dan pendapatan.
*Sebagai contoh, latar belakang kegiatan ekonomi pertanian*
Pertanian memerlukan seorang petani untuk menghasilkan hasil tanaman yang dikehendaki, iaitu beras, sayuran, dan
buah-buahan. Selepas penghasilan dilakukan, ianya akan diagihkan kepada para penjual. Para penjual di sini merujuk
kepada penjual-penjual di pasar tani, pasaraya, dan pasar minggu contohnya. Kemudian, akan berlaku proses
penggunaan. Pengguna adalah 'end-user' hasil daripada kegiatan ekonomi pertanian ini. Penguuna merujuk kepada
kita sendiri, ibu bapa, dan orang ramai yang pergi ke pasar tani untuk membeli barang-barang ini.

HASIL KAJIAN
1. Konsep dan takrifan Kegiatan Ekonomi
Menurut Buku Teks Tingkatan 3 muka surat 114, kegiatan ekonomi bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan
nilai dan pendapatan.
(Rujukan : Abd Rahim Md Nor, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3. Selangor. Cerdik Publications Sdn Bhd.)
Menurut BusinessDictionary.com, kegiatan ekonomi ditakrifkan sebagai aktiviti-aktiviti yang melibatkan pengeluaran,
pengedaran dan penggunaan barangan, dan perkhidmatan di semua peringkat dalam masyarakat.
(Rujukan : http://www.businessdictionary.com/)
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007 halaman 471 kegiatan ialah perihal atau keadaan giat, kecergasan
ataupun aktiviti.
Manakala ekonomi pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007: 379, ekonomi bermaksud ilmu berkenaan
pengeluaran, pengagihan, penggunaan barang-barang, dan perkhidmatan; sistem pengendalian sumber kekayaan
(kewangan, perindustrian, perdagangan) sesebuah negara; keadaan kekayaan atau kebendaan; urusan mengenai hal
(perbelanjaan, penggunaan barang-barang) dalam rumah tangga.
Oleh itu, kegiatan ekonomi boleh ditakrifkan sebagai aktiviti yang melibatkan pengeluaran, pengagihan, penggunaan
barang-barang dan perkhidmatan dalam bidang pertanian, kewangan, perindustrian, perdagangan sesebuah negera.
Kegiatan ekonomi juga merupakan sumber pendapatan untuk memperoleh keuntungan.
Kegiatan Ekonomi boleh didefinisikan sebagai aktiviti individu yang boleh mendatangkan hasil pendapatan serta
menjana sumber kewangan. Dalam erti kata lain, kegiatan ekonomi boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia
yang boleh mendatangkan nilai dan pendapatan. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, kegiatan ekonomi
bermaksud kegiatan manusia yang mendatangkan nilai dan pendapatan.

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

4/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Terdapat pelbagai jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya iaitu di ............... antaranya adalah perniagaan,
pertanian dan perindustrian (berikan contoh di kawasan kajian anda).
Kegiatan ekonomi juga merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan kasar negara. Kegiatan ekonomi utama
di Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga sektor antaranya adalah sektor Primer, sektor Sekunder dan Sektor Tertier.
Contoh Sektor sekunder meliputi aktiviti pertanian, perikanan, perhutanan, pembalakan dan perlombongan. Manakala
sektor sekunder merangkumi perindustrian seperti aktiviti pengeluaran atau pengilangan. Sektor tertier pula
merangkumi Pelancongan, Pendidikan, Perdagangan, Pengangkutan dan Kewangan.
contoh huraian lain :

2. Latar Belakang Kegiatan Ekonomi Di ................. (Berdasarkan tajuk anda)


Penduduk sekitar kawasan saya menjalankan kegiatan ekonomi utama iaitu aktiviti pertanian Kelapa Sawit (mengikut
kegiatan ekonomi yang anda pilih). Sila huraikan latar belakang mengenai pertanian Kelapa Sawit secara terperinci.
2.1 Jadual Graf Kegiatan Ekonomi Penduduk (Sila sertakan persembahan dalam bentuk Graf). Maklumat adalah
berdasarkan borang kaji selidik yang telah anda edarkan di kawasan kajian anda.
contoh:

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

5/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

2.1.2 Contoh Borang Soal Selidik


Untuk menjawab soalan ini, pelajar perlu keluar rumah membuat tinjauan di sekitar tempat tinggal. Perlu ada borang
soal selidik. Dapatkan 10 - 20 responden untuk soal selidik tersebut. Analisa data yang ada dan jadikan maklumat
tersebut kepada jadual dan graf (persembahan grafik).
Pastikan soalan soal selidik mengandungi perkara berikut :
- maklumat responden
- maklumat kajian:
jenis-jenis pekerjaan di kawasan kajian,
cadangan meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan kajian,
mengkaji kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian.

*Sila ambil gambar di kawasan kegiatan ekonomi yang anda kaji. Sila sertakan keterangan di bawah setiap gambar
anda dan cetak.*
CONTOH 1
Borang Kaji Selidik
Tugasan Pentaksiran Tingkatan 3 Geografi
Tajuk: Kajian Kes Kegiatan Ekonomi Penduduk Di Felda Jengka Pahang
Bahagian A: Latar Belakang
Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1. Nama Penuh: __________________________
2. Jantina: [ ] Lelaki [ ] Perempuan
3. Umur: __________ tahun
4. Bangsa:
[
[
[
[

]
]
]
]

Melayu
Cina
India
Lain-lain (__________) Sila nyatakan

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

6/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Bahagian B: Kegiatan Ekonomi Di Felda Jengka Pahang
5. Pekerjaan:
[
[
[
[
[

]
]
]
]
]

Peneroka
Buruh
Kakitangan Felda
Guru
Lain-lain (__________) Sila nyatakan

6. Sila nyatakan sektor pekerjaan anda ?


[
[
[
[
[
[

]
]
]
]
]
]

Pertanian
Perikanan
Pembalakan
Perkilangan
Perkhidmatan
Lain-lain (__________) Sila nyatakan

7. Pendapatan Bulanan?
[
[
[
[

]
]
]
]

RM
RM
RM
RM

0-RM 900
900-RM 1,000
1,000-RM 1900
1900 dan keatas

8. Adakah anda melakukan pendapatan sampingan?


Jika [YA] sila nyatakan di bahagian tempat kosong, Jika [TIDAK] Sila kosongkan
(__________) Sila nyatakan
9. Cadangkan alternatif untuk tingkatkan pendapatan anda?
(__________) Sila nyatakan
10. Sila nyatakan potensi kegiatan ekonomi selain daripada Kelapa Sawit di kawasan ini ?
(__________) Sila nyatakan
# nak download - klik Download borang kajil selidik dari melvistar.com
CONTOH 2
Borang Kaji Selidik
Tugasan Geografi Tingkatan 3
Tajuk : Kegiatan Ekonomi di (Masukkan tempat kajian anda)
ARAHAN: TANDAKAN (/) MANA YANG BERKENAAN
BAHAGIAN A: DATA DEMOGRAFI RESPONDEN
1.
2.
3.
4.

NAMA PENUH : _______________


JANTINA
: [ ] LELAKI [ ]WANITA
UMUR
: _______
BANGSA
: [ ] MELAYU
[ ] CINA
[ ] INDIA
[ ] LAIN-LAIN, NYATAKAN: _______
5. PEKERJAAN: ____________
BAHAGIAN B: KEGIATAN EKONOMI
1. Pada pendapat anda, apakah kegiatan ekonomi utama di kawasan anda?
[ ] Pertanian
[ ] Perlombongan
[ ] Pendidikan
[ ] Pelancongan
[ ] Pembalakan
BAHAGIAN C: SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI
1. Pada pendapat anda, apakah sumbangan kegiatan ekonomi di tempat anda?
[ ] Peluang kerja
[ ] Peningkatan taraf hidup
[ ] Pendapatan
[ ] Meningkatkan taraf sosial masyarakat
BAHAGIAN D: KESAN KEGIATAN EKONOMI
1. Pada pendapat anda, apakah kesan kegiatan ekonomi di tempat anda?

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

7/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


[
[
[
[

]
]
]
]

Pencemaran
Kepupusan sumber mentah
Peningkatan populasi mendadak
Perubahan landskap

BAHAGIAN E: CARA MENGATASI KESAN KEGIATAN EKONOMI


1. Pada pendapat anda, apakah cara mengatasi kesan kegiatan ekonomi?
[ ] Kempen
[ ] Kuat kuasa undang-undang
[ ] kitar semula
Nama responden : ____________
Tarikh: ______________

Tandatangan : __________________

# nak download - klik Download borang kajil selidik dari musadun.com

Kaedah Temu bual


Kaedah ini boleh juga digunakan untuk menemubual beberapa penduduk di kawasan kajian. Boleh lampirkan borang
temu bual yang akan anda gunakan semasa menemu bual responden.
Contoh Borang Temu Bual
Nama : ...................................
Umur : ....................................
Pekerjaan : ...............................
Alamat : ...................................
1. Apakah jenis-jenis pekerjaan yang dijalankan di kawasan .............. (kawasan kajian)
__________________________________________________________________

2. Berikan cadangan untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan ..........

_______________________________________________________________
3. Nyatakan kegiatan ekonomi yang mungkin berpotensi untuk dimajukan di kawasan

............ (kawasan kajian)

________________________________________________________________

Tandatangan Responden

............................
( nama responden)

2.2 Contoh Grafik Pekerjaan Penduduk ............. (Di kawasan tempat tinggal anda)
Lebih menarik jika foto tersebut diambil oleh anda sendiri di kawasan tempat tinggal anda. Lebih banyak foto adalah
lebih baik.
Tajuk Grafik: Penduduk Sedang Menuai Hasil Kelapa Sawit

Huraian Grafik: Apabila buah kelapa sawit sudah masak, penduduk akan menuai kepala sawit menggunakan tombak
sebelum dihantar ke kilang untuk tujuan pemprosesan.

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

8/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Nota Penting: Pada grafik atau foto anda, Sila Sertakan Tajuk, Huraian dan label

3. Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk


Sila berikan 3 isi penting mengenai cadangan usaha meningkatkan pendapatan penduduk. Setiap isi penting haruslah
disertakan huraian dan contoh.
3.1 Contoh Cadangan Usaha Meningkatkan Pendapatan Penduduk
(a) Pertanian - Bercucuk tanam pokok
- sawah padi
- sayur-sayuran
- kelapa sawit
- getah
(b) Perikanan
- nelayan di laut
- memasarkan sendiri hasil tangkapan tanpa menggunakan orang tengah.
- mempelbagaikan produk perikanan seperti ikan kering, satay ikan, keropok lekor, budu, belacan, cencalok.
(c) Perniagaan
- perniagaan runcit
- perniagaan kecil dan sederhana
- restoran
(d) Perusahaan
-perusahaan kraf tangan
(e) Penternakan
- ikan
- udang
- kambing
- lembu
(f) Perkilangan
- kilang perabot, plastik, logam dll
(g) Membuat Perniagaan Online
- Jual tudung
- Baju
- aksesori wanita dan lelaki
*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh.*
Contoh Jawapan:
1. Meningkatkan Permintaan Terhadap Hasil Dalam Sektor Pertanian dan Perikanan
Membangunkan industri kecil dan sederhana akan dapat meningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor
pertanian dan perikanan. Peningkatkan permintaan terhadap hasil dalam sektor pertanian dan perikanan pula akan
dapat meningkatkan pendapatan petani dan nelayan.
Industri kecil dan sederhana yang banyak didirikan memerlukan bahan-bahan mentah untuk proses pengeluaran kilang
mereka. Biasanya bahan-bahan mentah ini adalah daripada hasil pertanian, perikanan atau perhutanan. Contohnya
kilang membuat keropok ikan atau keropok udang memerlukan hasil tangkapan laut manakala kilang memproses
makanan pula memerlukan hasil pertanian seperti ubi, keladi, pisang, jagung dan sebagainya. Hasil pertanian dan
hasil tangkapan laut penduduk kampung yang biasanya sukar untuk dipasarkan kini telah menjadi rebutan para
pengusaha industri kecil dan sederhana.
Kadar permintaan mempengaruhi penawaran dan harga barangan. Sebagai akibatnya harga barang mentah pertanian
seperti ubi, pisang, keledek, keladi dan harga hasil tangkapan laut seperti ikan, udang, sotong akan meningkat.
Secara tidak langsung pendapatan petani dan nelayan akan meningkat.
2. Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dapat meningkatkan pendapatan penduduk.
(a) Industri kecil dan sederhana banyak didirikan di kawasan luar bandar selaras dengan konsep Satu Kampung Satu
Produk. Contohnya, kilang membuat kerepek, kilang membuat sos tomato, kilang kraf tangan, perusahaan batik,
kilang memproses makanan dan sebagainya. Pengusaha kilang dapat menjual hasil keluaran kepada penduduk
kampung serta pengunjung-pengunjung luar.
Selain itu, mereka juga boleh memasarkan hasil keluaran Industri kecil dan sederhana di pasar malam, pasar tani
serta di karnival-karnival jualan. Jelasnya, industri kecil dan sederhana dapat meningkatkan pendapatan penduduk
kampung.
(b) Industri kecil dan sederhana juga dapat membuka dan menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat
terutamanya penduduk kampung. Untuk menjana dan meningkatkan hasil pengeluarannya pengusaha Industri kecil dan
sederhana memerlukan pekerja yang banyak.
74 0 ONL INE

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

9/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Sebagai contoh, kilang memproses makanan memerlukan pekerja untuk menyediakan bahan, memasak, membungkus
serta memasarkan produk mereka. Dalam usaha untuk meminimumkan kos serta meningkatkan produktiviti, sudah
tentu pengusaha industri kecil dan sederhana akan mengupah pekerja dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah
ini akan menawarkan peluang pekerjaan kepada suri rumah, ibu tunggal atau orang kurang upaya (OKU) untuk
bekerja.
Dengan ini industri kecil dan sederhana bukan sahaja dapat meningkatkan pendapatan penduduk malah dapat
mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan masyarakat setempat.
3. Menjalankan Perniagaan Online (Atas Talian)
Pada zaman ini, perniagaan online semakin hari semakin popular. Perniagaan online boleh dilakukan sebagai
pekerjaan sampingan untuk meningkatkan pendapatan. Anda tidak perlu membuat produk sendiri, sebalik menjual
produk orang lain atau produk yang berjenama.
Perniagaan ini boleh bermula dengan perniagaan dengan modal rendah atau perniagaan secara kecil-kecilan. Selain
itu, boleh juga melibatkan diri dalam perniagaan online yang berisiko rendah. Tetapi, sentiasa berhati-hati semasa
mencari pembekal produk dan mesti pandai membandingkan harga produk. Anda mesti belajar dan tahu cara
pembungkusan dan cara pengeposan barang jualan. Akaun bank diperlukan untuk pembayaran dalam perniagaan
online. Contohnya akaun bank di CIMB atau Maybank.
Selain itu, perniagaan ini mesti mempunyai medium jualan untuk mempromosikan barang jualan. Contohnya
instagram, facebook, blog, wechat dan media-media sosial yang lain. Kalau bermodal besar boleh menggunakan
promosi melalui iklan blog atau iklan facebook.
4. Membuat Kerja Digital Pekerja Digital
Kerja digital melibatkan tugasan-tugasan yang dilakukan secara online (atas talian). Kerja digital boleh dilakukan di
rumah atau di luar waktu pejabat. Kerja digital boleh dilakukan sebagai pekerjaan sampingan untuk meningkatkan
pendapatan. Pekerja digital boleh melakukan pelbagai tugasan digital dan mendapat bayaran untuk kerja yang
dilaksanakan dengan jayanya. Tugasan-tugasan digital ini biasanya dibekalkan oleh syarikat-syarikat besar dari serata
dunia serta syarikat-syarikat tempatan.
Di negara kita, pekerja digital boleh mendaftar melalui Portal Kerja Digital eRezeki (www.erezeki.my) atau mendaftar
melalui agen tugasan digital (kerja online). Program eRezeki memberi peluang kepada rakyat berpendapatan rendah
untuk meningkatkan pendapatan. Peserta program boleh memilih tugasan yang sesuai dengan kemahiran masingmasing. Tugasan-tugasan digital adalah seperti mengkaji dan mengkategorikan imej-imej, mencari maklumat,
memasukan data, memasukkan maklumat, menyemak maklumat dan sebagainya. Melalui program eRezeki, peserta
boleh meraih pendapatan tambahan antara RM300 dan RM4,000 sebulan.
Pekerja digital biasanya berpeluang untuk mempelajari kemahiran baru di samping menjana pendapatan tambahan
dengan melakukan tugasan digital. Secara umumnya, tiada pra
s yarat untuk menjadi pekerja digital. Adalah menjadi
kelebihan bagi individu yang tahu menggunakan internet, boleh membaca dan memahami Bahasa Inggeris tetapi yang
paling utama adalah mempunyai kemahuan dan jati diri untuk berusaha dan berubah.
5. Wujud peluang pekerjaan
Bentuk muka bumi di Malaysia yang tidak sama memungkinkan terdapat perbezaan kegiatan ekonomi yang sekali gus
dapat menjadi sumber pekerjaan kepada penduduk untuk menjana pendapatan.
Sebagai contoh, di Utara Semenanjung yang mana bentuk muka buminya rata dan bertanah subur membolehkan
penduduknya mengerjakan sawah padi. Berbeza pula dengan negeri-negeri lain yang bertanah gambut dan
sebagainya.
Hasil daripada kegiatan ekonomi itu merujuk kepada pertanian (sawah padi) terdapat pelbagai peluang pekerjaan
yang boleh diperolehi. Antaranya, pesawah, pemandu lori untuk membawa hasil padi ke kilang, pembawa jentera
penuai padi, pembawa jentera membajak dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan pendapatan penduduk di kawasan tersebut, pelbagai cadangan usahausaha yang boleh diambil.
Amalan pertanian moden dilihat dapat menambah hasil tuaian padi yang berlipat kali ganda.
Penggunaan jentera pembajak, jentera penuai, mesin penyembur racun, mesin penyembur baja
Pnggunaan benih padi yang lebih bermutu, tahan lasak
Kurangkan pergantungan kepada orang tengah
Eksport hasil padi ke luar negara
contoh lain : sila rujuk link ini

4. Kegiatan Ekonomi Yang Berpotensi Dimajukan Dikawasan Anda


Kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan bermaksud kegiatan ekonomi sedia ada yang boleh anda upgrade
atau membuka satu kegiatan ekonomi yang baru untuk memenuhi keperluan penduduk atau dapat meningkatkan
pendapatan. Contoh kegiatan ekonomi yang boleh anda pilih:
(a) Sektor Perikanan (Ikan Air Tawar)
contoh:
Kawasan tepi laut berpotensi untuk membina bangunan untuk burung-burung layang membina sarang. Ini disebabkan
kawasan tepi laut mempunyai banyak burung layang. Kegiatan ekonomi ini mendatangkan pendapatan lumayan kerana
harga sekilo sarang burung layang-layang mencecah ribuan ringgit.

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

10/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Akuakultur adalah salah satu kegiatan ekonomi yang berpotensi iaitu penternakan udang di kawasan paya bakau.
Kawasan paya bakau sesuai untuk penternakan udang kerana ia berlumpur dan sentiasa ditakungi air.
(b) Sektor Perkhidmatan (Buka Homestay dan Pelancongan)
contoh:
Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di
Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari
cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.
huraian lengkap Inap Desa (homestay) : klik contoh 1, contoh 2
(c) Sektor Perindustrian (Kilang buat sabun daripada kelapa sawit/penghasilan kerepek)
(d) Tanaman Fertigasi
contoh:
Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan
hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat
menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada
penduduk di Telok Panglima Garang.
(e) Ternakan Ladang (lembu/kambing)
(f) Pelancongan Desa
huraian lengkap : klik contoh 1, contoh 2
(g) Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
huraian lengkap : klik contoh 1
*Pada setiap isi penting, sila sertakan fakta, huraian dan contoh*
5. Kesimpulan/ Rumusan
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi penduduk sekitar di .................. (kawasan anda) terutamanya dalam bidang
pertanian adalah sangat penting dalam menjana pendapatan individu. Di samping itu, pertanian Kelapa Sawit juga
merupakan antara salah satu sumber utama pendapatan negara Malaysia selepas minyak mentah (Petroleum).
6. Sumber/ Rujukan
Senaraikan sumber seperti internet, buku, jurnal, artikel, majalah, sumber orang dan sebagainya.
Semua borang soal selidik yang telah dijawab oleh responden (10 hingga 20) wajib disertakan bersamasama hasil kajian.
Digalakkan menyertakan foto/ gambar/ rajah/ grafik yang relevan bagi menjelaskan lagi hasil kajian.
Menulis sumber rujukan dengan betul
Digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) untuk mencari dan mengumpul data
Contoh penulisan sumber & rujukan:

(g) Sumber rujukan


(tulis secara lengkap sumber rujukan anda mengikut contoh di bawah)
buku
internet
akhbar
majalah
orang sumber
a. Buku
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul. Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
Lofti Ismail,1988. Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia
Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
b. Jurnal
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal, Jilid(Isu), Mukasurat.
atau
Nama pengarang pertama, pengarang kedua, & pengarang ketiga. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Jurnal,
Jilid, Article 1. Diperoleh (Tarikh bahan diakses), dari (URL).
contoh:
Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta Negara dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah. Bil
8, April 1979.
Ishak bin Tadin, 1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-1951, dalam JSEAH. Vol 1. Mac 1960.
c. Ensiklopedia / Wikipedia
dari internet:
Judul artikel (Tahun). Dalam 'Judul Ensiklopedia'. Diperoleh (tarikh diperoleh) dari (url laman web artikel yang

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

11/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


diperoleh)
dari buku:
Judul petikan. (Tahun penerbitan). Dalam Judul buku (p. mukasurat). Tempat penerbitan: Penerbit.
d. Akhbar
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar, Mukasurat.
atau
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Akhbar. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).
contoh:
(Tajuk akhbar) Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5. Diperoleh Julai 3, dari http://www.utusan.com.my/..../
e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun. No 21, Jalan Lundu 7, Taman Beringin, 52000 Kuala Lumpur.
Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman Sri Gombak, 68100 Selangor.
f. Temubual
Nama tokoh yang ditemubual. (Tarikh temubual). Judul temubual [Temubual].
contoh:
Abdullah Hj. Mohd Salleh. (1999, May 12). Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur
[Temubual].
g. VCD
Judul VCD. (Tahun penerbitan). [VCD]. Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
VCD Language and verbal skills. (1976). [VCD]. Virginia: Association for Retarded Citizen.
h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.
i. Televisyen
Nama penerbit rancangan. (Producer). (Tahun penerbitan). Judul rancangan.Tempat penerbitan: Penerbit.
contoh:
Towers, J. (Producer). (2000). Wrath of God. New York: The History Channel.
j. Majalah
Nama pengarang. (Tarikh penerbitan). Judul artikel. Judul Majalah, Mukasurat.
k. Sumber lain :
artikel dari internet (Jenis sumber, alamat/punca sumber)
Nama pengarang. (Tahun penerbitan). Judul artikel. Diperoleh (tarikh bahan diakses), dari (URL).
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
l. Kamus
Kamus Dewan. (5th ed.). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Judul. (Edisi). (Tahun penerbitan).
Tempat penerbitan: Penerbit.
NOTA: nak lebih faham, boleh download cara penulisan sumber di sini

**************************
Jika anda inginkan contoh yang lain, anda boleh klik mana-mana contoh di bawah:

KAJIAN JENIS PEKERJAAN PENDUDUK


Bahan Rujukan 1
Bahan Rujukan 2
Bahan Rujukan 3
Bahan Rujukan 4
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Komposisi Penduduk Di Kampung Pengkalan Pasir Mas, Kelantan
Jenis-jenis Pekerjaan Penduduk di Kampong Baru Batu Tumboh, 22200, Besut, Terengganu
Komposisi Penduduk dengan jenis pekerjaan di tempat masing-masing
Komposisi penduduk dan kaitannya dengan jenis pekerjaan
KAJIAN JENIS KEGIATAN EKONOMI
Bahan Rujukan 1: Jenis Kegiatan Ekonomi
Bahan Rujukan 2: Jenis Kegiatan Ekonomi

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

12/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi


Bahan Rujukan 3: Jenis Kegiatan Ekonomi
Kegiatan Ekonomi Tradisional Di Malaysia
SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN PEKAN BEDONG
Kegiatan Ekonomi di Kampung Kota Ayangan,Keningau
Folio Kajian Tempatan
Kegiatan Ekonomi Di Rompin
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Contoh 4
Kegiatan Ekonomi Tradisional di Malaysia
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
Kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia
Kegiatan Ekonomi Tradisional
Contoh Borang Soal Selidik Kajian:
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3

Tempoh Pelaksanaan Tugasan Geografi PT3 2015


21 Jun 2015 sehingga 3 Julai 2015
Sumber: melvister.com, koleksi pendidikan, bumigemilang, musadun.com

Diedit oleh saya sendiri.


*KEPADA BLOGGER MURAHAN YANG SUKA CIPLAK KERJA ORANG SESUKA HATI TANPA MINTA IZIN, BULAN PUASA
NIE BAWAK-BAWAK LA TAUBAT. TAK PERLU BUAT KERJA KOTOR TU. KALAU NAK SANGAT BUAT KERJA HARAM,
TERUSKAN*

kalau nak semua maklumat, print je. tak perlu copy-paste. nanti uolss kena salin balik di kertas kan? so, jangan
sumpah seranah saya sebab tak boleh copy.
Nak print senang je,
chrome dan mozilla user : guna tab menu browser uols yang ada di atas sebelah kanan dan klik print. Boleh juga save
kalau tak nak print, save guna pdf.
Good luck!

Like 7,003 people like this. Sign Up to see w hat your friends like.

Related Posts : PT3

+9 Recommend this on Google

si Tukang Karut: C ik Balqis

Labels: PT3

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

13/14

6/27/2015

Contoh Jawapan Tugasan Geografi PT3 2015 Kegiatan Ekonomi

2 0 8 c o mme nt s :
khairunnissha rosdi
June 21, 2015 6:11 AM

thankyou dear :)
Reply

Replies

Cik Balqis
June 21, 2015 12:45 PM

Sama2. ;)

Followers

Google+ Followers
Cik Balqis

Join this site


w ith Google Friend Connect

Add to circles

Members (2230) More

Already a member? Sign in

1,953 have me in circles

View all

Powered by Blogger.

Copyright 2008-2015 by

http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2015/06/contoh-jawapan-tugasan-geografi-pt3.html

. All Right Reserved

14/14