Anda di halaman 1dari 3

Mengumum / ketibaan Yang Berbahagia, Encik Raymond Gai Panting@ Gaie,

Pengarah IPG Kampus Rajang dengan diiringi / oleh En Wan Mohd Madehi bin
Wan Ali / Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang / masuk ke dewan .
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1
Malaysia.
Yang Berbahagia
En Raymond Gai Panting@Gaie
Pengarah IPG Kampus Rajang
Yang dihormati
En Wan Mohd Madehi bin Wan Ali
Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang

Ketua-ketua Jabatan
Ketua-ketua unit
Para Pensyarah
Tuan-tuan , puan-puan peserta seminar
serta rakan pelajar yang dihormati
Besyukur kita kehadrat Allah s.w.t / dengan limpah kurnianya yg tidak
terhingga / kita sama-sama dapat berkumpul dalam dewan Sri Rejang / bagi
menyerikan lagi / Seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Rajang bagi Tahun
2014

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Hari ini memugal jagung
Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Tetak buluh panjangnya tujuh,


Buat menjolok sarang penyengat
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa dipohon supaya berkat
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, / majlis mempersilakan
_____________________________________
untuk memimpin bacaan doa.
Majlis / dengan hormatnya / mempersilakan.
Majlis merakamkan / setinggi-tinggi penghargaan / dan terima kasih / atas
bacaan doa itu tadi.
Hadirin sekalian,
Untuk maklumat tuan2 dan puan2 / Seminar penyelidikan Pendidikan yang
dijalankan adalah 1 kursus wajib bagi guru-guru pelatih semester 8 IPG Kampus
Rajang / Guru-guru pelatih semester 8 akan membentangkan hasil penyelidikan
yang telah dilaksanakan pada hari ini dan hari esok. Amalan penyelidikan tindakan
akan memberikan impak yang positif kepada perubahan yang terancang ke arah
peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru. Penyelidikan
tindakan juga dilihat boleh membina keupayaan intelek yang dapat membantu
guru melihat proses pengajaran dan pembelajaran sebagai sesuatu yang dinamik
serta dapat bertindak sebagai wahana peningkatan profesionalisme guru.

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini,


Majlis mempersilakan / Yang Berbahagia En. Raymond Gai Panting @ Gaie /
Pengarah IPG Kampus Rajang / bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Rajang tahun 2014.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Majlis mempersilakan /Yang Berbahagia tuan pengarah / diiringi Tuan Timbalan
Pengarah, Encik Wan mohd Madehi untuk menyempurnakan majlis perasmian .
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Raymond Gai Panting@Gaie
atas kesudian meyampaikan ucapan dan menyempurnakan majlis perasmian
seminar Penyelidikan Tindakan IPG Kampus Rajang sebentar tadi.

Hadirin Sekalian
dengan sempurnanya / majlis perasmian itu tadi / maka dengan rasminya /
seminar penyelidikan Tindakan bermula.

Yang Berbahagia Tuan Pengarah dan para hadirin sekalian.

Ibarat berjalan dah sampai di halaman,


Ibarat berenang dah sampai di tebing,
Ibarat terbang dah hinggap di dahan,
Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

Bagi pihak / seluruh anggota jawatankuasa Seminar, majlis sekali lagi /


merakamkan setinggi-tinggi penghargaan / kepada Yang Berbahagia Encik
Raymond Gai Panting@Gaie, Pengarah IPG Kampus Rajang / atas kesudian
beliau/ untuk bersama-sama kita pada pagi ini.
Terima kasih / kepada hadirin dan hadirat / yang sudi melapangkan
masa / untuk bersama-sama / memeriahkan lagi majlis ini.
Terima kasih juga / kepada semua pihak / yang telah memberikan
sokongan padu / dalam menjayakan majlis Perasmian / Seminar
penyelidikan Tindakan IPG Kampus Rajang bagi Tahun 2014.

Akhir kata ,

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan di dalam peti;
Yang baik itu ketentuan Allah,
Yang cela itu kelemahan diri
Para hadirin sekalian,
Majlis seterusnya / mempersilakan Yang Berbahagia / , En Raymond
Gai Panting @ Gaie /Pengarah IPG Kampus Rajang diiringi En Wan Mohd
Madehi bin Wan Ali, Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang untuk
menikmati jamuan yang disediakan .
manakala para hadirin yang lain juga dijemput untuk menikmati jamuan
yang telah disediakan.