Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN

Islam bermaksud menyerah diri dan tunduk patuh kepada perintah Allah S.W.T. sama
ada zahir atau batin. Islam juga boleh didefinisikan sebagai agama yang diturunkan kepada
seluruh nabi-nabi dan rasul-rasul bermula dari Adam a.s. sehinggalah Nabi Muhammad
S.A.W. Oleh itu, Islam adalah asas kepada pembentukan Tamadun Melayu. Tamadun Melayu
pula diklasifikasikan sebagai sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang
digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang Melayu dan terdiri daripada beberapa
buah negeri seperti Indonesia, Filipina, Brunei, Pattani dan Malaysia. Ia terletak di antara
lautan Hindi dan Laut China Selatan dan merupakan laluan utama untuk kapal-kapal dagang
pada masa dahulu. Ini secara tidak langsung, Wujudnya beberapa teori yang telah
dikemukakan oleh para sejarawan berkaitan kedatangan Islam ke Alam Melayu.

Salah satu teori ialah teori dari Arab yang dikemukakan oleh Prof. Syed Muhammad
Naquib al-Attas dimana terdapat bukti tulisan jawi yang diambil daripada perkataan Arab.
Selain itu wujudnya persamaan diantara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara
dengan yang terdapat di Tanah Arab. Contoh seperti perkataan fakir, syukur, sahabat, dakwat
dan soleh.

Teori seterusnya ialah teori dari India, dikemukakan oleh Snouck Hurgronje yang
merupakan salah seorang ahli sejarh Belanda. Ini diperkukuhkan dengan penemuan batu
nisan yang dipercayai dibawa masuk dari Gujerat,India iaitu makam Maulana Malik Ibrahim
di Gerisik. Selain itu, adanya persamaan dari segi bahasa yang diambil dari istilah India
Selatan seperti perkataan lebai, raja, permaisuri dan lain-lain.

Akhir sekali teori dari China yang dikemukakan oleh John Crowford dimana
kedatangan Islam ke Alam Melayu dari China adalah berdasarkan dari peristiwa
pemberontakan di Canton. Teori dari China ini telah dikemukakan oleh sebahagian ahli
sejarawan berdasarkan penemuan-penemuan sejarah di Pahang,Kedah dan Terengganu
seperti contoh penemuan batu bersurat (702 H/1303 M) di Kuala Berang, Terengganu yang
membuktikan Islam datang ke Malaysia melalui pantai timur dari China atau Indo China.

1
SOSIAL

Sosial adalah suatu masyarakat, suatu komuniti atau suatu kelompok orang. Sosial boleh
didefinasikan sebagai suatu cara manusia berinteraksi di antara satu sama lain dalam suatu
kelompok masyarakat. Ia dapat dilihat melalui pelbagai aspek seperti budaya dan
kepercayaan, undang-undang serta politik dan akhir sekali dari aspek pendidikan.

UNDANG-UNDANG

Pada zaman Hindu-Buddha, mereka mengamalkan konsep Dewaraja di mana raja


dianggap suci dan mutlak kerana mereka adalah jelmaan dewa-dewa. Ada pula yang
menganggap mereka dari keturunan Dewa Siva atau Vishnu atau Buddha Mahayana, secara
tidak langsung ia telah mewujudkan sistem feudalisme iaitu raja ditaati dan disembah oleh
rakyat secara membuta tuli. Undang-undang telah digubal mengikut citarasa dan selera raja,
bendahara serta temenggong sehingga semakin tinggi taraf sosial seseorang semakin besar
pula kemungkinan terlepas daripada hukuman-hukuman tertentu. Manakala, rakyat tidak
berhak untuk bersuara dalam apa situasi apa sekalipun. Sementara itu, raja berhak
sepenuhnya untuk memutuskan sesuatu hukuman dan barang siapa yang menentangnya akan
ditimpa daulat. Mereka juga mempunyai keistimewaan yang luar biasa sehingga tiada siapa
yang boleh menegur atau menasihat walaupun tidak berlaku adil atau wajar. Pengaruh agama
Hindu-Buddha telah membentuk masyarakat kepada kelas-kelas atau kasta seperti Brahmin,
Ksatria, Vaisya dan Sudra. Misalnya dalam undang-undang jenayah, golongan pemerintah
dan bangsawan menerima hukuman yang jauh lebih ringan berbanding rakyat jelata
walaupun kesalahan yang dilakukan adalah sama. Selain itu, dari sudut adat istiadat pula,
rakyat dilarang meniru gaya hidup golongan pemerintah dan bangsawan, misalnya, mereka
tidak boleh memakai pakaian berwarna kuning yang melambangkan golongan pemerintah
dan bangsawan.

Selepas kedatangan Islam ke Tanah Melayu, telah wujud undang-undang jenayah,


muamalah, kekeluargaan, keterangan dan acara dan sebagainya yang berpandukan undang-
undang Islam. Mukadimah undang-undang tersebut dimulai dengan konsep keislaman
kemudian ditakrif sultan dan raja-raja sebagai khalifah Al-Mukminin. Islam telah
menerapkan konsep persamaan taraf dan persaudaraan Islam malah berjaya mewujudkan
perpaduan, kemesraan dan semangat bantu membantu antara satu sama lain. Ini

2
menyebabkan sistem kasta telah dihapuskan selepas kedatangan Islam. Islam menuntut agar
rakyat taat setia kepada pemerintahnya dan pemerintah pula bertanggungjawab ke atas rakyat
pimpinannya. Antara contoh-contoh yang dapat dilihat adalah ketika zaman pemerintahan
Sultan Alauddin di Melaka, di mana beliau pernah meniru jejak langkah khalifah Umar Al-
Khattab yang menyamar diri di waktu malam untuk, menyiasat kesusahan rakyatnya. Sultan
Alauddin berbuat demikian kerana ingin menghapuskan perompak-perompak yang
bermaharajalela di Melaka ketika itu. Undang-undang yang digunakan pada ketika itu ialah
Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain itu, terdapat undang-undang
Pahang yang merupakan perlembagaan negeri itu sejak tahun 1592, Pahang diisytiharkan
sebagai Dar al-Islam dengan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah sebagai Khalifah.
Undang-undang Pahang menggunakan hampir sepenuhnya peraturan berdasarkan hukum
Islam. Daripada 68 fasal semuanya, 42 fasal merupakan terjemahan daripada undang-undang
fiqh mazhab Shafi’e. Penampilan kedua-dua undang ini dapat mempamerkan dengan jelas
bahawa peraturan Islam pernah diamalkan di rantau ini.

3
BUDAYA

Sebelum kedatangan Islam, agama dan budaya Hindu-Bhudda telah bertapak kukuh
dalam masyarakat alam melayu hingga berabad-abad lamanya. Agama Hindu boleh
dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana kerana
ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri. Manakala
rakyat biasa atau bawahan selalunya menganut dan memegang kepada kepercayaan animisme
contohnya, percaya kepada jiwa, roh dan semangat dinanimisme iaitu percaya kepada tenaga
yang ada pada roh, jiwa dan semangat pada benda-benda tersebut. Selain itu, terdapat sistem
perhambaan dan masyarakat dilayan mengikut kedudukan serta taraf sosial seseorang. Sistem
kekeluargaan tidak pernah wujud dan lelaki boleh berkahwin dengan lebih daripada seorang
wanita dalam pada masa yang sama. Manakala, bayi perempuan dibunuh hidup-hidup kerana
dipercayai membawa sial. Mereka juga tidak mempunyai garis panduan yang boleh diikuti
dalam melaksanakan aktiviti seharian mereka seperti cara pergaulan dan hukum-hukum halal
serta haram sesuatu benda.

Kedatangan Islam telah mencetuskan zaman baru. Ia merupakan satu kesan


menyeluruh berasaskan paradigma tauhid. Impak tauhid tersebut menyebabkan kesan berlaku
itu merangkumi “rupa dan jiwa” masyarakat di alam melayu ini. Pengaruh tersebut bukan
sahaja melibatkan pertukaran watak luaran tetapi terkesan daripada falsafah dan pemikiran
islam yang tulen. Tauhid itu juga telah menghasilkan kehidupan beribadah menghiasi akhlak
yang bernilai tasawuf juga mencetuskan perubahan-perubahan lain seperti manusia telah
dapat membezakan halal dan haram dalam garis panduan islam. Islam telah membawa unsur-
unsur yang rasional, intelektual dan logik akal di mana mereka diajar supaya mempercayai
Allah S.W.T yang Maha Esa, melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.
Selain itu, islam menyuruh umatnya supaya berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki
yang halal agar disenangi dan dihormati oleh semua orang jika gagal sekalipun, islam
menyuruh umatnya agar tabah dan sabar kerana segalanya adalah dugaan dan ketentuan Allah
S.W.T. Selain itu, bagi mendidik masyarakat, Islam telah memperkenalkan hukum-hukum
dan peraturan berdasarkan Al-Quran dan Al-Hadith. Ajaran Islam telah mengatur sistem
perhubungan sosial dan kekeluargaan yang cukup menarik kepada masyarakat. Contohnya,
dalam perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa, suami dengan isteri, orang tua dengan
orang muda, pemimpin dengan rakyat dan sebagainya. Melalui hukum dan peraturan itu,
terbentuklah nilai dan harmoni dalam perhubungan sosial antara individu dan masyarakat.
Masyarakat menjadi lebih teratur dan islam berjaya mewujudkan perpaduan, kemesraan dan

4
semangat bantu-membantu antara satu sama lain dimana terdapatnya garis panduan yang
boleh mereka ikuti. Contohnya, orang tua dan menyayangi orang yang lebih muda.

5
PENDIDIKAN

Ketika sebelum kedatangan islam, golongan raja-raja dan bangsawan adalah yang
lebih berpeluang untuk mendekati ilmu, sedangkan rakyat jelata tidak mempeduli serta
mengambil berat tentang menuntut ilmu.ini adalah kerana ilmu pengetahuan terkongkong di
kawasan istana dan kraton sahaja. Selain itu, golongan wanita tidak menganggap ilmu
sebagai aspek penting dalam kehidupan walaupun dari keturunan raja atau bangsawan.

Kedatangan islam ke rantau ini telah banyak member kesedaran dalam aspek pendidikan dan
ilmu pengetahuan masyarakat melayu. Islam telah berjaya melahirkan semangat keilmuan
dalam kalangan penduduknya untuk mencari dan mempelajari ilmu tersebut. Faktor asasi
yang merupakan punca kesedaran atau punca revolusi kebudayaan ini ialah penjelasan
rasional mengenai konsep perihal “wujud” yang dibawa untuk pertama kalinya oleh islam.
Kedatangan islam telah berjaya memberi kesedaran kepada masyarakat di alam melayu ke
arah bersifat ilmiah dan saintifik serta dapat meninggalkan era sebelumnya yang
mengutamakan sesuatu yang bersifat tahyul dan khayalan untuk menuju ke sesuatu yang
berbentuk realistik. Kini seluruh masyarakat termasuk raja dan kerabat, pembesar dan rakyat
jelata didedahkan dengan ilmu pengetahuan islam. Maka secara langsung atau tidak langsung
telah menyumbang persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap pegangan agama,
kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Alam melayu juga muncul sebagai pusat keilmuan.
Ramai tokoh-tokoh ilmuan yang lahir di rantau ini seperti Nuruddin al-Raniri, Shamsudin al-
sumaterani, Abdul Rauf Singkil dan lain-lain lagi. Perkembangan sistem di alam melayu telah
membawa kepada perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan antaranya ialah ilmu syar’iyyah
atau naqliyyah yang merangkumi tiga asas utama agama islam iaitu usuluddin, fiqh dan
tasawwuf. Pada abad ke-15, Melaka telah menjadi pusat keilmuan islam pertama di Asia
Tenggara. Pemerintah Melaka mempunyai minat yang mendalam dan komitmen untuk
meluaskan kegiatan dakwah dan keilmuan ke kawasan jajahan takluk Melaka. Berlakunya
perkembangan tasawuf falsafah Abdul Karim Al-Jili dengan kitabnya Insan Al-Kamil serta
kitab Ad-Durr Al-Manzum oleh Abu Ishak Al-Shirazi. Di Melaka kitab Ihya’ Ulumudin
karya Imam al-Ghazali turut diajar. Selain daripada itu, karya tersebut turut diterjemahkan ke
Bahasa Melayu pada kitab-kitab sastera seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah. Sejarah Melayu telah menyatakan nama ulama’-ulama’ yang
pernah dating ke Melaka ialah seperti Makhdum Sayyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar,
Kadhi Yusof, Kadhi Menua, Kadhi Munawar Syah, Maulana Sadar Johan dan sebagainya.  

6
SENI

Seni itu penjelmaan rasa indah yang terkandung dalam jiwa manusia, dilahirkan dengan
perantaraan alat komunikasi ke dalam bentuk yang dapat ditangkap oleh pancaindera
pendengar (seni suara) dan penglihatan (seni lukis & senibina). Terdapat tiga bahagian seni
iaitu kaligrafi, senibina dan seni suara.

KALIGRAFI

Kaligrafi adalah seni tulisan yang indah dan berasaldaripada perkataan Yunani ‘kalios’ yang
bermaksud indah dan ‘grafia’ beerti coretan atau tulisan. Terdapat pelbagai jenis kaligrafi
tetapi khat dan tulisan cina sahaja yang diiktiraf sebagai tulisan kaligrafi. Pada zaman
jahiliah, mereka dikatakan ‘buta huruf’ kerana mereka Cuma tahu bertutur dan tidak tahu
menulis. Dengan adanya kaligrafi ini dapat mengubah lisan Bahasa Arab kepada tulisan dan
bermulanya perkembangan seni kaligrafi iaitu penemuan batu bersurat di Kuala Terengganu
pada tahun 1889M, batu nisan di Pekan, Pahang (419H) dan di kedah(291H) merupakan titik
tolak bermulanya kesenian islam. Tulisan kaligrafi pada batu bersurat itu telah menerangkan
hukum-hukum syarak. Antara hukum yang diperjelaskan ialah hukum bagi penzina dan
sebagainya. Manakala, tulisan pada batu nisan pula diukir dari ayat-ayat Al-Quran dan syair
dengan gaya Thuluth kaligrafi yang terpahat di batu-batu nisan ini mempunyai nilai seni dan
ukiran yang sangat baik dan menunjukkan si mati mempunyai kedudukan yang sangat baik.
Fungsi kaligrafi pada zaman itu dianggap hiasan tetapi lebih ke arah pendidikan.

Pada zaman tamadun melayu, pengukir-pengukir kaligrafi melayu menggunakan ayat-ayat


Al-Quran dan motif tumbuh-tumbuhan pada sarung dan bilah keris kelewang, parang dan
lembing. Penenun songket pula menggunakan motif kaligrafi pada hiasan songket. Kaligrafi
juga digunakan pada mata wang rasmi pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah
(Melaka). Sultan Abdul Jalil Shah (Johor) juga menggunakan seni kaligrafi islam pada mata
wang emas. Ayat-ayat Al-Quran yang bermotifkan kaligrafi telah diukir pada dinding-
dinding masjid sebagai hiasan. Contohnya di dinding Masjid Tengkera, Melaka.

7
SENI BINA

Kedatangan islam ke alam melayu telah mengikis sisa-sisa Hindu-Buddha yang telah
bertapak di Wilayah Langkasuka dan Srivijaya. Kuil-kuil mula ditinggalkan manakala satu
demi satu bangunan masjid mula didirikan. Islam juga tidak ketinggalan dalam
mempersembahkan tamadun yang menjelma sebagai satu cara hidup yang unggul. Fungsi
masjid dahulu tidak terhad hanya kepada solat jemaah sahaja malahan ia turut menyatukan
hubungan antara manusia dan manusia melalui kegiatan tarbiyah, dakwah dan mesyuarat
serta kegiatan-kegiatan yang dibenarkan oleh syariat. Berhubung dengan pembinaanya,
separuh pendapat menyatakan ia dibina oleh alim ulama dari Jawa. Dari segi bentuknya, ia
mempunyai dinding tiga tangkup dan bertiang sama seperti Masjid Agung Demak.
Kebanyakan masjid awal menggunakan bumbung berbentuk meru. Bumbung meru
berhubung rapat dengan iklim dan persekitaran setempat. Ia bukan sahaja memudahkan
curahan air tetapi juga membenarkan peredaran udara keluar masuk dengan bebas. Bahagian
atas yang tirus melambangkan kemuncak perjuangan seseorang mencapai keredaan Allah
S.W.T. Manakala, bahagian bawah yang luas melambangkan orang ramai menurut Othman
Mohd Yatim. Bumbung meru ini juga menurut orientalis, membayangkan pengaruh sisa-sisa
Hindu-Buddha berdasarkan sebuah candi yang terdapat di Jago, Sumatera dan model-model
pagoda dari China. Reka bentuk bumbung tersebut dihubungkan dengan cuaca dan mutu
ketahanan kayu

Bentuk masjid awal di alam melayu mempunyai reka bentuk yang hampir sama. Antara
unsur-unsur penting yang dikekalkan ialah mimbar, mihrab, ruang solat dan tempat wudhu’.
Bumbung meru telah digantikan dengan kubah gaya moor dan menara. Kubah berbentuk
moor dijadikan satu ikutan kebanyakan masjid di Malaysia. Kubah tersebut merupakan
seakan-akan bentuk payung yang berkembang seolah-olah melambangkan perkembangan
islam di tamadun melayu. Antara fungsi masjid pada tamadun melayu ialah tempat
melangsungkan pernikahan, memberi dan menerima al-Din, umat islam berkumpul, dan
penginapan percuma bagi musafir. Masjid juga melambangkan ungkapan ketaqwaan serta
kebesaran islam. Menara yang dibina tinggi untuk memperdengarkan azan lima kali sehari
semalam. Manakala, mihrab merupakan penunjuk arah kiblat yang menghadap Kaabah dan
mimbar tempat di mana khatib memberikan khutbah. Kebanyakan arkitek di Malaysia telah
mengaplikasikan bentuk kubah dan senibina islam dalam binaan bangunan pada masa kini.
Antara contohnya ialah Pejabat Perdana Menteri (Putrajaya), Istana Negara dan Stesen Kereta
Api Tanah Melayu Berhad Kuala Lumpur (Ibu Pejabat KTM).

8
SENI SUARA

Seni suara wujud di mana-mana dan bila-bila masa dalam pelbagai kegiatan kehidupan
manusia. Sesuatu perbuatan dikatakan berseni jika memperlihatkan sesuatu istimewa dan
mempunyai daya penarik. Percakapan dihiasi kata-kata indah dipanggil seni kata. Percakapan
itu sedap didengar dan mempunyai daya penarik contohnya kata-kata sopan, bermadah,
pantun, dan syair tergolong dalam kata-kata seni. Seni cakap yang sopan dan benar adalah
tuntutan agama.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:”sesiapa yang beriman kepada Allah s.w.t dan hari
kiamat, maka hendaklah dia berkata yang baik mahupun dia diam.” (Hadith Riwayat
Bukhari dan Muslim)

Azan yang menyeru melakukan solat adalah sebahagian seni suara. Perkataannya amat tinggi
seninya yang mengandungi kalimah suci mengagungkan Allah s.w.t, menyeru melakukan
perintah Allah s.w.t dan mengajak kebaikan untuk kejayaan semua. Azan dilaungkan di
seluruh penempatan yang ada manusia untuk mentauhidkan Allah s.w.t. Justeru mudah untuk
mengetahui mengenai adanya umat islam di sesuatu kawasan jika kedengaran azan. Seni
suara pada masa kini turut diperdengarkan pada majlis-majlis tertentu seperti majlis cukur
jambul,berkhatan,marhaban dan berzanji. Selain itu,seni suara turut digunakan untuk
melagukan ayat-ayat Al-Quran iaitu taranum. Malah perkembangan seni ini semakin
berkembang apabila ia digunakan dalam menyampaikan dakwah melalui nasyid .Oleh
itu,perkembangan seni suara semakain berkembang dan seiring dengan perkembangan-
perkembangan yang lain.

9
KESIMPULAN

Kesimpulan dari paparan di atas jelaslah bahawa kedatangan islam ke alam melayu telah
memberi kesan yang besar dan luas dalam kehidupan masyarakatnya. Sehingga dengan itu
telah berjaya merealisasikan ajaran dan tuntutan islam dalam kalangan mereka secara
berkesan, sekaligus dapat mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik dan
bermaruah. Keadaan tersebut dapat dilihat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka baik dari
segi individu, keluarga, masyarakat atau negara. Kedatangan islam telah membawa
perubahan menyeluruh kepada sistem kehidupan masyarakat alam melayu seperti akidah atau
agama, sosial, politik, pemikiran, perundangan, ilmu pengetahuan dan sebagainya.

10
LAMPIRAN

Batu bersurat Kuala Terengganu (1889M)


Terpahat hukum syarak yang menerangkan tentang peraturan dan hukuman Allah S.W.T

Mimbar Masjid Tengkera


Tempat khatib memberi khutbah kepada jemaah

Masjid Putra
Kubah berbentuk moor

Masjid Tengkera
Bumbung berbentuk meru dan menara bercirikan pagoda dari China

11
RUJUKAN

1) Manja Mohd Ludin, Ahmad Suhaimi Hj. Mohd Nor (1995) Aspek-aspek Kesenian
Islam. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur
2) Dr. Muhammad Sharif Chaudry (2006) Social and Moral Code of Islam. Masterpiece
Publication Sdn. Bhd. Selangor.
3) Dr Haji Abdullah Ishak (1992) Islam di Nusantara. Bahagian Hal Ehwal
Islam,Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.
4) Mahayudin Hj. Yahya (1998) Islam di Alam Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
5) Prof. Ahmad Ibrahim (1981) Perundangan Islam: Dasar, Matlamat dan
Perlaksanaannya Di Malaysia. ABIM, Kuala Lumpur.
6) Abd. Rahman Haji Abdullah (2000) Islam Dalam Sejarah Asia Tenggara. Utusan
Publication, Kuala Lumpur.

12

Anda mungkin juga menyukai