Anda di halaman 1dari 2

Contoh karangan aras sederhana bagi Soalan 1 (Bahagian B) Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 2015

Cara Menangani Tingkah laku Negatif Remaja


Oleh: Mohd Abdul Wafi Ahmad
Mutakhir ini, isu-isu yang melibatkan golongan remaja dan belia kian mendapat tempat di
media-media, tidak kira sama ada media elektronik mahupun media cetak. Puncanya, sikap
mereka sendiri seumpama langsung tidak memikirkan masa depan dan hala tuju mereka apabila
menjelang dewasa kelak. Remaja sekarang banyak menghabiskan masa tanpa melakukan aktiviti
yang berfaedah. Mereka lebih suka menghabiskan masa dengan melepak di pusat beli-belah,
terlibat dalam perlumbaan haram dan seumpamanya. Kebiasaannya, golongan ini terdiri daripada
pelajar yang ponteng sekolah dan mereka yang tercicir daripada alam persekolahan.
Persoalannya, apakah peranan remaja dalam mengurangkan masalah sosial ini daripada terus
meruncing?
Antara langkah dalam mendepani isu ini ialah remaja perlu bijak memilih kawan.
[kenapa perlu bijak pilih kawan?] Kajian mendapati bahawa masalah sosial banyak dipengaruhi
oleh pengaruh rakan sebaya. [sebab lain kita perlu bijak pilih kawan?] Hal ini bertujuan bagi
memastikan kita dapat menjadikan mereka sebagai idola dan suri teladan. [kata-kata mutiara]
Kata orang, kalau memilih untuk berkawan dengan tukang besi, kita akan terkena asapnya.
Manakala kalau memilih untuk berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan terkena
wanginya. [penegasan isi] Jadi, siapakah yang akan kita jadikan teman hidup kita? Adakah mereka
yang bakal mewarnai hidup kita dengan onak kebatilan, atau mereka yang bakal menerangi hidup
kita dengan cahaya kebenaran? Tepuklah dada, tanyalah selera.
Pendekatan lain yang boleh dijadikan sandaran dalam mengatasi kemelut ini ialah remaja
perlu memanfaatkan masa senggang dengan kegiatan yang berfaedah. [kenapa
perlumaanfaatkan masa senggang dengan kegiatan yang berfaedah?] Amalan ini penting dalam
melengkapkan masa terluang mereka supaya masa yang ada, tidak disia-siakan dengan begitu
sahaja. Dibimbangi, jika masa yang ada tidak dimanfaatkan sepenuhnya, fikrah dan tindakan
mereka lebih ke arah yang negatif. [contoh kegiatan berfaedah] Masa terluang sebolehnya
dipenuhi dengan mendekatkan diri dengan aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong
membersihkan kawasan perumahan, kenduri-kendara, dan menyertai kem motivasi dan jati diri.
[kenapa perlu ikut program2 macam tu?] Selain dapat mengelakkan diri daripada salah haluan,
mereka juga dapat bertukar-tukar pandangan dengan rakan atau kenalan baharu.
Selain itu, remaja perlu senantiasa berfikiran positif dan rasional dalam semua
perkara. [kenapa perlu sentiasa berfikiran positif?] Hal ini berikutan gejala seperti ponteng
sekolah boleh berlaku apabila remaja terlalu mengikut nafsu dan keseronokan, iaitu ingin
mendapat kebebasan dan benci akan pelajaran. [bagaimana mengelakkan diri daripada memiliki
perasaan ingin mendapat kebebasan dan benci akan pelajaran?] Mereka perlu merenung kembali
tujuan dihantar oleh ibu bapa ke sekolah. Tidak lain tidak bukan, sememangnya untuk belajar bagi
mencerahkan masa depan dan melahirkan modal insan kelas pertama dalam menghadapi
gelombang globalisasi dan cabaran alam pekerjaan. [penegasan isi] Oleh itu, buangkan semua
keseronokan yang beranak-pinak di lubuk jiwa, carilah ilmu sekalipun payah kerana balasannya
pada dewasa kelak ialah kejayaan.
Uslub yang tidak kurang pentingnya dalam mengatasi isu ini ialah remaja perlu
menetapkan matlamat hidup dengan jelas. [kenapa remaja perlu tetapkan matlamat hidup
dengan jelas] Menetapkan matlamat hidup adalah penting bagi setiap remaja kerana penetapan
matlamat hiduplah yang akan mencorakkan masa depan mereka sama ada meneruskan hidup
dengan sinar kejahilan atau sebaliknya. Mereka jugalah yang bakal mengemudi masa depan dan
kepimpinan negara suatu masa nanti. Bayangkan, jika minda dan tingkah laku remaja kita berada
pada tahap yang membimbangkan, apakah jaminan kita untuk kita terus mengekalkan

Contoh karangan aras sederhana bagi Soalan 1 (Bahagian B) Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 2015

pembangunan dan kemerdekaan yang sedang kita kecapi ini? Oleh itu, mereka perlu
mempersiapkan diri mereka untuk menggalas amanah ini sebelum nasi menjadi bubur.
Setelah hampir 400 patah perkataan saya memberi ulasan tentang kaedah menangani
tingakah laku negatif remaja, kini tibalah masanya untuk saya menyimpulkan ulasan tersebut.
Semua pihak sewajarnya bermandi peluh dalam mengubat barah ini. Tidak kira sama ada pihak
kerajaan, badan bukan kerajaan dan sebagainya perlu sama-sama menyingsing lengan agar isu ini
tidak lagi menjadi duri dalam daging dalam melenyapkan masa depan muda-mudi kita. Pendek
kata, usahalah kita bersikap enau dalam belukar kerana penghujungnya, anak-anak kita juga yang
terkena tempiasnya. Ingatlah, merekalah harapan bangsa, mereka jualah tiang negara.