Anda di halaman 1dari 10

BIG FASA 5: LAWATAN PENANDA ARAS (BENCHMARKING)

1.0PENGENALAN
Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa
profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk
jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu
menyesuaikandiri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era
globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu
mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan
diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guruguru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan
sentiasa bersedia disamping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam
arus globalisasi.Program Bina Insan Guru (BIG) semester 6 berfokus kepada
memberikefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang
seimbang,hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti
pendidikanserta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga
akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta
kepimpinan sekolah yang berkesan.

2.0: OBJEKTIF:
Melalui lawatan ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:
4.1: Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.
4.2: Memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang.
4.3: Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam
pengurusan pendidikan seharian.
4.4: Melibatkan diri secara aktif dalam sebarang aktiviti yang dijalankan sepanjang
program ini.

3.0 LAPORAN AKTIVITI:


Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras
atauBenchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui
olehguru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.
Justeru, kami telah membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan satuorganisasi
untuk menguruskan program ini.
Dalam mesyuarat yang diadakan ini, kami telah bersetuju melantik Chong Su
Yee daripada unit L5 sebagai pengerusi BIG Fasa 5. Dalam mesyuarat tersebut juga,
kami telah membuat perlantikan beberapa Ahli Jawatan Kuasa (AJK) seperti AJK
Pengangkutan, AJK BukuProgram dan Aktiviti, AJK Makanan dan lain-lain. Perlantikan
AJK ini adalah bertujuan bagi melicinkan program yang akan dijalankan.
Selain itu, kami juga telah membincangkansekolah-sekolah yang sesuai untuk
dijadikan penanda aras. Dengan sebulat suara kami telah bersetuju dengan cadangan
pengerusi untuk memilih SJK (C) Hua Lian 3, Taiping sebagai tempat untuk kami
membuat penanda aras. Program BIG Fasa 5 ini telah disertai seramai 46 orang guru
pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP Bahasa Cina(SK), unit L1 dan PISMP
Bahasa Cina (SJK), unit L5 ambilan Januari 2013. Lawatan ini juga telah diiringi oleh
dua orang pensyarah iaitu Encik Mohammad bin Lani, tutor unit L1dan juga Cik Ng Poi
Pick, iaitu tutor unit L5.
Program ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 6 Mac 2015. Pada pukul 5.45
pagi, kami telah berkumpul di garaj busi. Sebelum bertolak,pengerusi BIG telah
memastikan bahawa bilangan guru pelatih yang menaiki bas telahmencukupi.
Seterusnya, kami bertolak ke SJK(C) Hua Lian 3 pada pukul 6.00 pagi. Perjalanan kami
ke SJK(C) Hua Lian 3 telah mengambil masa hampir satu setengah jam.Pada 7.30
pagi, kami telah tiba di SJK(C) Hua Lian 3. Kami telah disambut oleh Puan Intan
Syuhada Mohamed Latifi selaku koordinator program bagi pihak sekolahtersebut serta
beberapa orang guru yang lain. Selepas itu, kami pun medaftar di kaunter yang telah
disediakan oleh pihak sekolah.

Selepas itu, majlis perasmian dijalankan oleh guru besar serta pensyarah
pengiring kami. Selepas itu, taklimat telah bermula dan penceramah ialah guru besar
iaitu Encik. Beliau telah berkongsi pengalaman tentang cabaran dan halangan untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa dulu,kini dan akan datang.
Seterusnya, beberapa soalan telah ditanya oleh guru pelatih kepada guru Besar bagi
mengetahui sejauh mana usaha yang dilakukan oleh mereka bagi mendapat gelaran
Guru Besar Cemerlang. Perkongsian yang diberikan sangat menarik dan telah
membakar semangat kami untuk mengikuti jejak langkah mereka sebagai Guru Besar
Cemerlang.Beliau memperkenalkan kepada kami tentag sekolah beliau. Beliau juga
menyentuh tentang pengurusan dan pentadbiran sekolah beliau. Beliau juga
menyenaraikan pencapaian murid sekolah tersebut dalam aspek kurikulum dan
kokurikulum. Yang lebih istimewa ialah, pelajar mereka mencapai keputusan yang
cemerang dalam bidang robotik. Ini memang menimbulkan perasaan hairan kami
terhadap murid sekolah ini.
Selepas itu, kami dijemput untuk menikmati sarapan pagi yang telah disediakan
di kantin sekolah. Selepas sarapan pagi, gurus sekolah mengiringi kami untuk
mengunjung ke kawasan sekolah. Infrastruktur sekolah memang cukup. Bilik muzik
yang dipenuhi dengan alat muzik gitar, makmal komputer yang mempunyai pelbagai
sudut pameran hasil kerja robotik murid. Guru juga menjelaskan kepada kami dengan
jelas tentang sejarah dan perkembangan robotik di sekolah ini. Guru juga membimbing
dua murid yang pekar dalam mmenghasilkan robotik untuk membuat demonstrasi
kepada kami bagaimanakah mereka membuat alat robotik yang akan dipertandingkan
dalam pertadingan robotik peringkat sekolah. Selain itu, sekolah ini juga menggunakan
kemudahan IT yang canggih. Mereka menggunakan software belajar yang murid boleh
menjawab di atas alat IT tersebut. Ini memang dapat meningkatkan minat murid untuk
belajar dan menjadikan kelas jadi menarik.
Setelah selesai sesi melawat ke kawasan sekolah, kami menjalankan majlis
penutupan. Sesi penyampaian cenderamta kepada pihak sekolah dan gambar
keseluruhan peserta juga diambil oleh AJK fotografi. Selepas itu, kami sekali lagi
dibawa ke kantin untuk menikmati jamuan makan tengah hari yang telah disediakan.

Sebelum pulang ke kampus, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada


guru besar dan juga guru sekolahtersebut. Kami juga telah mengambil kesempatan
untuk bergambar di hadapan pintu pagar keluar sekolah tersebut sebagai tanda
kenang-kenangan. Saya berharap ilmuyang diperoleh sepanjang program ini
berlangsung dapat saya gunakan pada masaakan datang sebagai seorang pendidik.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

(LOW YEW MIN)


AJK Dokumentasi
No.KP: 911210-08-6138

4.0 REFLEKSI KESELURUHAN:


Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakanbagi
melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran sertamempunyai
spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalamterhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akanmengukuhkan
keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam dirisetiap bakal-bakal
guru iaitu selaras dengan hasrat negara.
Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk
menjadikan warga bakal pendidikmenjadi insan yang sentiasa bersedia untuk
berkhidmat & berbakti kepada nusa,bangsa dan juga negara.Selain itu, program Bina
Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yangberakhlak mulia, bersemangat
juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental ,rohani dan bermanfaat kepada
diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengannilai-nilai keguruan.
Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk
sikapbertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi
FalsafahPendidikan Kebangsaan (FPK).
Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 berfokus kepada memberi kefahaman
yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang,hubungan
guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikanserta guru
dan akauntabiliti profesional.
Di samping itu, saya telah didedahkan dengankeperluan pembentukan iklim dan
budaya kerja serta kepimpinan sekolah yangberkesan.Pada pendapat saya, lawatan
penanda aras ini amat penting dijalankan olehguru-guru pelatih kerana mampu
memberi motivasi dan semangat kepada saya untukbersungguh-sungguh menimba
ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar saya lebih
bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan
datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang
pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak
kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah
ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masingmasing supaya terus cemerlang.

Gambar-gambar aktiviti:

Guru besar memilih beberapa


orang pelatih untuk melakukan
gerak badan mengikut irama

Guru besar memberikan


taklimat kepada guru pelatih.

Guru pelatih membuat


persembahan di atas pentas.

Guru pelatih memberikan


perhatin yang sepenuhnya
semasa taklimat diberikan.

Pensyarah pengiring mendengar


taklimat yang diberikan bersama
guru pelatih.

Guru pelatih mengedar


daripada dewan dan bergerak
ke kantin.

Gambar-gambar aktiviti:

Pensyarah pengiring bersama


guru pelatih beratur untuk
mendapatkan makanan.

Guru pelatih mendengar


taklimat tentang penggunaan
chrome book.

Guru pelatih menggunakan remote


control untuk menjawab soalan yang
dipaparkan dalam skrin.

Guru pelatih bersedia untuk


menjamu selera di kantin
sekolah.

Guru pelatih sedang


menggunakan chrome book.

Guru pelatih berasa seronok


dengan remote control yang
canggih ini.

Hasil alat robot yang dicipta


oleh murid.

Bilik muzik yang digantung


dengan gitar yang agak
banyak.

Penyampaian cenderamata
kepada guru sekolah.

Murid sedang menghasilkan


alat robotik yang mudah.

Pekerja sedang menjelaskan


;software yang dikeluarkan
oleh syarikat mereka.

Sesi penggambaran guru pelatih


sebelum program tamat.

Anda mungkin juga menyukai