Anda di halaman 1dari 15

HAMIZOL BIN SAPONG

1.0

Pengenalan

Berkurun lamanya orang yang tinggal di alam Melayu ini hidup berkelompok tanpa berhubungan
dengan kelompok yang lain. Mereka dipisahkan oleh gunung-ganang dan lautan yang luas.
Walaupun pada mulanya mereka satu asal tetapi kerana terputusnya hubungan di antara satu
kelompok dengan kelompok yang lain dalam masa yang sangat lama, maka setiap kelompok
mengatur cara hidup dan menggunakan pertuturan mereka sendiri sesuai dengan keadaan alam
dan keperluan hidup mereka masing-masing. Akibat keadaan inilah timbulnya suku bangsa dan
bahasa yang terdapat di Indonesia dan pelbagai loghat/dialek bahasa Melayu di Tanah
Semenanjung. Sebelum ditemui bukti sejarah berupa tulisan pada batu bersurat tentulah bahasa
Melayu telah digunakan untuk masa yang panjang kerana didapati bahasa yang ada pada batu
bersurat kemudiannya sudah agak tersusun pembinaan kata dan pembinaan ayatnya dan juga
sudah kuat pengaruhnya sehingga orang India yang menulis perkataan pada batu bersurat
tersebut yang menggunakan aksara Sanskrit memasukkan juga beberapa perkataan Melayu.
Untuk memberi nama pada bahasa yang tidak mempunyai bukti sejarah tersebut (sebelum bahasa
orang India masuk ke Nusantara), ia diberi nama bahasa Melayu Purba.
1.1

Bahasa Melayu Kuno

Berabad-abad sebelum Masihi, Selat Melaka telah digunakan oleh pedagang Arab sebagai laluan
pelayarannya membawa barang perniagaan dari Tiongkok, Sumatera, dan India ke Pelabuhan
Yaman. Dari Sumatera hasil yang paling utama mereka beli ialah rempah kerana rempah ini
merupakan keperluan yang penting bagi orang Arab di Saba' (Kerajaan Saba' wujud di antara
115-950 SM). Pelabuhan di Sumatera pula mendapat bekalan rempah ini dari Pulau Maluku di
samping Aceh yang sudah terkenal hasil rempahnya ke dunia Arab. Pedagang Arab yang
dimaksudkan di sini tidak semestinya beragama Islam kerana hubungan di antara Arab dan alam
Melayu telah wujud sejak zaman sebelum munculnya Islam. Penggunaan kapur barus untuk
mengawetkan mayat (mummi) yang disimpan di dalam piramid pada Zaman Mesir Kuno
dikatakan diambil dari Barus (nama tempat) di Pulau Sumatera. Pada abad pertama, barulah
pedagang dari India belayar ke timur menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke
barat menuju India. Pelayaran dua hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. LamaHBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

kelamaan pelabuhan yang ada di Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat
persinggahan tetapi menjadi tempat perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang
telah dirintis lebih awal oleh pedagang Arab. Di samping itu juga para mubaligh terutama
mubaligh India turut datang ke Kepulauan Melayu ini untuk menyebarkan agama Hindu.
Kedatangan para pedagang dan penyebar agama ini mengakibatkan bahasa Melayu Purba
mendapat pengaruh baru. Bahasa Melayu Purba ini kemudian dinamai sebagai bahasa Melayu
Kuno.
Batu Bersurat
Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti
(batu bersurat).Yang terpenting di antara batu bersurat tersebut ialah:
(a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan
683 M (Masihi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan huruf Palava .
(b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684
M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan
bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari
Palembang.
(c) Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
(d) Batu Bersurat Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.
Batu Bersurat Kedukan Bukit
Bahasa yang terdapat pada Batu Bersurat Kedukan Bukit tersebut ditulis dengan menggunakan
huruf Palava, iaitu sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu. Daripada
transliterasi ini jelas terlihat walaupun pernyataan yang ingin disampaikan itu berkenaan dengan
Raja Sriwijaya yang menganuti fahaman Hindu tetapi pengaruh bahasa Melayu terhadap bahasa
Sanskrit sudah demikian meluas.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

Setelah dialih bahasa ke dalam Bahasa Melayu :


Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas dari bulan terang bulan waisaka daputa
baginda naik perahu mencari rezeki pada hari ketujuh bulan terangbulan jyesta dapunta baginda
berlepas dari muara Kampar membawa askar dua laksadua ratus orang di perahu yang berjalan
seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka citapada hari kelima bulan
terang bulan asadadengan lega datang membuat negeri Seriwijaya yang berjaya, yang bahagia,
yang

makmur.

Batu Bersurat Talang Tuwo


Harun Aminurrashid mengutip terjemahan Slamet Muljana berkenaan dengan bahasa yang
terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo tersebut adalah seperti yang berikut ini:
Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra
ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang
ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan
buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya
dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk
kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau
yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau
mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas,
menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana,
siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik,
binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah
semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau
janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia
sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh
dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun
bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa
teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan
kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama,
kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh,
kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana
kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita,
karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.
Batu Bersurat Kota Kapur
Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui dan unsur
bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah
memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku,
batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar,
hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula,
orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba,
ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula
ialah:-i dan -an.
Batu Bersurat Karang Brahi
Bukti bertulis yang terdapat pada batu bersurat ini merupakan salah satu batu bersurat terpenting,
namun tidak banyak maklumat yang diketahui dengan pasti tentang bahasa Melayu Kuno pada
batu bersurat ini.Di samping batu bersurat yang telah dinyatakan di atas sebenarnya ada lagi batu
bersurat yang agak penting diketahui, iaitu Batu Bersurat Pagar Ruyung (1356 M) di Sumatera
Barat. Pada batu bersurat ini tertulis beberapa sajak Sanskrit dengan sedikit prosa Melayu Kuno
dengan menggunakan huruf India dan satu lagi di Aceh yang dinamai Batu Nisan Minye Tujuh.
Batu nisan ini bertarikh 1380 M dan ditulis dengan tulisan India, menggunakan bahasa Melayu,
Sanskrit, dan Arab.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

1.2

Bahasa Melayu Standard

Menurut .(Anwar Ibrahim, 1989:v) istilah bahasa melayu baku atau standard itu merujuk kepada
padanannya dalam bahasaInggeris standard language ialah konsep yang tidak pernah
ditolak dalam masyarakat yang tamadun tinggi.
Bahasa Melayu baku (standard) menurut Abdullah Hassan (1983: 323) ialah satu norma yang
agak seragam atau satu dialek bahasa yang digunakan oleh sekumpulan penutur untuk
berhubung. Nik Safiah Karim (1978:17) pula telah memetik pendapat Garvin dan Mathiot
dalam mendefinisikan bahasa baku. Menurut mereka, bahasa baku merupakan satu
bentuk bahasa telah dikodifikasi, diterima, dan dijadikan sebagai model oleh sekumpulan besar
komuniti bahasa. Abdullah Hassan (1974), E.M.F. Payne (1978), dan Nik Safiah Karim (1978)
sependapat dengan pengertian bahasa baku yangdikemukakan oleh Asmah Hj. Omar. Menurut
mereka: Bahasa Melayu baku ialah satu variasi dialek yang diajar disekolah-sekolah dan di
institut pengajian tinggi, digunakan di radio dan televisyen Malaysia (RTM) juga termasuk
bahasa yang digunakan oleh para cendekiawan.
Asmah Hj. Omar, (1978:112) pula mendefinisikan bahasa Melayu standard (baku) merupakan
bahasa Melayu yang telah diterima oleh semua pemakai bahasa Melayu dan berbagai-bagai
dialek dan tingkat masyarakat penggunaan bahasa Melayu baku lebih kepada situasi formalyang
meliputi bidang sintaksis, leksikon, dan sebutan.
Raja Mukhtarudin Raja Mohd. Dain, (1982:789) pula mengatakan bahawa sebutan bahasa
Melayu standard (baku) merupakan sebutan yang digunakan dalam situasi atau upacara rasmi
dalam majlis-majlis umum atau persidangan, di sekolah-sekolah, dan di institut pengajian
tinggisebagai bahasa pengantar.
Bahasa Melayu standard (baku) merupakan bahasa Melayu yang sudah mempunyai sistem yang
mantap dari segi sebutan, ejaan, dan tatabahasa.Oleh itu sebutan bahasa Melayu baku harus
didasarkan kepada sebutan fonemik. (Awang Sariyan, 1988:3).
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

2.0

Kaedah Pengumpulan Data

Untuk menyiapkan kajian ini kaedah yang digunakan adalah :


2.1

Kaedah Penyelidikan Perpustakaan

Saya telah membuat kunjungan ke perpustakaan awam dan sekolah. Saya cuba mencari bukubuku ilmiah yang berkaitan dengan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Standard. Saya
telah membuat foto copy/ salinan pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven
dengan
2.2

tugasan

saya

untuk

dibawa

balik

dan

membaca

isi

kandungannya.

Kaedah Melayari Internet

Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah dan di rumah untuk melayari laman
web yang memaparkan artikel berkenaan Bahasa Melayu Kuno dan Bahasa Melayu Standard.
Saya berjaya mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan
Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan saya telah memuat turun bahan-bahannya
untuk dijadikan rujukan.
3.0

Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno

Daripada empat buah batu bersurat yang dijumpai pada abad ke-7 itu, beberapa aspek bahasa
yang berkaitan dengan bahasa Melayu kuno telah dikaji. Daripada kajian yang dilakukan, para
pengkaji dapat mengenal pasti beberapa ciri bahasa Melayu kuno. Ciri-ciri tersebut dapat ditinjau
daripada beberapa sudut iaitu system tulisan dan kosa kata.
Dari segi sistem tulisan, keempat-empat batu bersurat awal yang dijumpai menggunakan tulisan
Palava, khususnya Palava Kemudian. Tulisan Palava adalah sejenis tulisan India Selatan purba
yang digunakan untuk penyebaran agama Hindu. Tulisan Palava Kemudian ini mempunyai

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

prinsip tulisan yang sama tinggi. Selain tulisan Palava, tulisan lain yang digunakan dalam bahasa
Melayu kuno ialah tulisan Kawi dan Nagari. Perkayaan Kawi berasal daripada bahasa Sanskrit
yang bermaksud penyair. Pada peringkat awal, tulisan ini ditulis pada daun lontar dan
kemudiannya diubah suai dan diukir pada batu. Tulisan Nagiri pula digunakan pada Batu
Bersurat Gandasuli dan berasal dari utara India.
Ciri bahasa Melayu kuno dari segi kosa kata pula dapat dikenal pasti daripada 50 baris teks
bahasa Melayu yang tertera pada batu-batu bersurat abad ke-7. Salah satu aspek yang paling
ketara ialah bahasa Melayu kuno banyak dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit
bukan sahaja memperkaya kosa kata bahasa Melayu, malah melalui pengaruhnya, bahasa
Melayu mengalami perubahan ke arah bahasa sarjana (bahasa ilmu). Bahasa Melayu kuno
mudah dipengaruhi bahasa Sanskrit kerana adanya pengaruh Hindu-Buddha, bahasa Sanskrit
merupakan bahasa bangsawan dan mempunyai tamadun yang tinggi dan kekurangan kosa kata
Melayu. Berdasarkan bentuk-bentuk kosa kata, beberapa ciri yang jelas dalam bahasa Melayu
kuno dapat dikesan. Ciri-ciri ini dapat diselidiki daripada sudut fonologi, morfologi dan makna
perkataan tersebut.
Ditinjau dari segi fonologi, terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara fonem yang wujud
dalam bahasa Melayu kuno denagn fonem yang asda dalam bahasa Melayu Moden. Antaranya,
penggunaan bunyi separuh vokal dua bibir /w/ untuk letupan dua bibir bersuara /b/. Tidak ada
bunyi e pepet atau vokal tengah dalam bahasa Melayu kuno. Huruf ini biasanya digantikan
dengan vokal depan luas /a/ atau digugurkan. Perubahan fonem yang tidak konsisten. Dari segi
morfologi, bentuk imbuhan dalam bahasa Melayu kuno hampir sama dengan bahasa Melayu
moden. Bunyi n dalam bahasa Melayu kuno berubah menjadi ny. Bunyi h yang terdapat dalam
bahasa Melayu kuno telah dilenyapkan dalam bahasa Melayu moden. Terdapat konsonan yang
dieja dengan aspirasi bh, ph, dh, kh dan th akibat daripada pengaruh bahasa Sanskrit. Terdapat
juga perkataan dalam bahasa Melayukuno yang tidak digunakan dan kekal sehingga hari ini.
Sesetengah bahasa Melayu kuno telah berubah maknanya dalam bahasa Melayu moden.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

3.2

Ciri-ciri Bahasa Melayu Standard

Istilah bahasa baku dan bahasa standard merujuk kepada perkara yang sama. Di dalam Kamus
Dewan 1989, perkataan baku ini membawa pengertian yang (sudah) diterima umum sebagai
betul dan sah dan dapat dijadikan asas perbandingan. Pembakuan merujuk kepada proses
pengekodan bahasa. Biasanya pengekodan bahasa ini membeabitkan aspek tatabahasa ,sebutan,
ejaan , pengkamusan dan peristilahan. Para sarjana telah memberikan definisi kepada konsep
bahasa baku. Antaranya Garvin dan Mathiot mendefinisikan bahasa baku sebagai a codified
form of language, accepted by and serving as a model to a larger speech community. Definisi
oleh Garvin dan Mathiot ini menunjukkan bahawa sesuatu bahasa itu adalah bahasa baku jika
bahasa berkenaan dikodifikasi dan diterima oleh masyarakat secara umum serta menjadi model
kepada masyarakat bahasa tersebut. Secara tidak langsung kita boleh katakan bahawa satu
persetujuan telah dicapai oleh sesuatu masyarakat untuk memillih satu variasi daripada beberapa
variasi yang ada dalam masyarakat tersebut untuk dijadikan model yang terbaik sebagai bahasa
baku.
Variasi di sini bermaksud kelainan bahasa, iaitu misalnya Kelantan mempunyai variasi
bahasanya ang tersendiri, orang kampung di kawasan pedalaman juga mempunyai variasinya
sendiri.Kelainan ini sebenarnya merupakan cabang-cabang daripada Bahasa Melayu atau dengan
kata lain, kelainan bahasa itu juga dirujuk sebagai dialek. Definisi yang diberikan oleh Garvin
dan Mathiot menyatakan bahawa bahasa baku itu merupakan bahasa yang dikodifikasi.Maksud
kodifikasi ialah hasil pengumpulan serta penyusunan pelbagai peraturan mengenai sesuatu
bahasa sehingga bahasa itu menjadi suatu keseluruhan yang bersistem dan teratur. Oleh itu
bahasa yang telah dikodifikasi adalah bahasa yang bersistem atau mempunyai peraturan.
Ini tidak bermaksud bahasa-bahasa lain atau variasi-variasi lain tidak bersistem dan berperaturan.
Bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi juga mempunyai peraturan atau sistemnya yang
tersendiri. Akan tetapi, sesuatu bahasa atau variasi yang tidak dikodifikasi mmepunyai
kepelbagaian sistem yang mungkin berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain dalam

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

komuniti bahasa tersebut. Contohnya orang Kedah mempunyai variasinya sendiri, begitu juga
orang Perak dan masyarakat di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Sistem bahasa baku (standard) lebih menyeluruh kepada masyarakat kerana ia boleh difahami
oleh semua penutur bahasa tersebut. Sebenarnya bahasa baku ini digunakan hanya dalam majlis
atau situasi-situasi rasmi sahaja. Ramai yang berpendapat bahawa Bahasa Melayu Johor-Riau
sebagai bahasa baku kerana penggunaannya yang meluas dalam bidang pentadbiran dan juga di
sekolah. Sebagai bahasa yang mempunyai penutur yang ramai, khususnya di negeri Johor,
Melaka, Selangor dan sebahagian besar Perak dan juga berdasarkan faktor sejarah, sudah tentu
bahasa ini menjadi asas kepada pembentukan Bahasa Melayu Baku. Akan tetapi, bukanlah
bahasa tersebut merupakan bahasa baku yang sebenarnya. Dalam proses perkembangan Bahasa
Melayu Baku, ia akan membentuk imejnya tersendiri. Kini Bahasa Melayu Baku (standard)
adalah Bahasa Melayu yang dikodifikasi dan seragam sifatnya. Menurut Profesor Nik Safiah
Karim : Bahasa Melayu standard ialah variasi yang digunakan apabila orang-orang daripada
berbagai-bagai dialek di negara ini berkumpul dan berbincang dengan tujuan untuk difahami,
tiap-tiap pihak berusaha menggugurkan ciri-ciri kedaerahan masing-masing dan menggunakan
sedikit sebanyak variasi yang berasaskan Bahasa Melayu dialek Johor-Riau, tetapi kini
pertuturan Bahasa Melayu umum telah mempunyai sifat-sifat tersendiri. Berdasarkan kenyataan
Nik Safiah ini, ternyata bahawa Bahasa Melayu Baku bukan lagi dipunyai oleh penutur dialek
tertentu sahaja tetapi bahasa ini merupakan bahasa milik semua. Jadi, sesiapa pun tidak boleh
mengatakan bahawa Bahasa Melayu Baku (standard) ini adalah dialek Johor-Riau atau dialek
Kedah.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

HAMIZOL BIN SAPONG

4.0

Analisis : Bunyi , Bentuk kata, dan Makna

4.1

Bahasa Melayu Kuno

i)

Bentuk kata

Dalam Bahasa Melayu Kuno aspek tatabahasa dan struktur ayat tidak dapat dikaji dengan jelas
kerana batu bersurat itu merupakan catatan pendek dan ringkas, bukan ayat-ayat penuh. Ini
disebabkan ada di antara batu-batu bersurat itu yang telah terpecah bahagian-bahagiannya.
Perkataan perkataan yang yang digunakan bercampur aduk dengan perkataan Sanskrit. Juga
terdapat keselarasan vokal pada perkataan-perkataan bahasa Melayu, seperti a - a, u - udan i - u,
misalnya,bala,marga,laksa,mudik,tuwi,niminumnya.
Terdapat beberapa kata yang tidak wujud lagi dan tidak ditemui langsung dalam bahasa Melayu
klasik seperti tuvi - dengan, inan - itu, tamwal - sirih, talu - rosak/siksa, tlu - tiga, wela - batas,
sarak-pisah.
ii)

Bunyi

Kesejajaran bunyi-bunyi yang terdapat dalam kata-kata bahasa Melayu kuno dengan bahasa
Melayu sekarang, iaitu /w/ ( bunyi separuh vokal bibir) dengan /b/ (bunyi plosif/letupan dua
bibir ) contohnya wunuh - bunuh, tuwa - tuba, wuat - buat, wuah - buah,wuluh - buluh.
iii)

Makna

Sesetengah kata dalam bahasa Melayu kuno telah mengalami perubahan makna sekarang
contohnya, kita - kamu ( pengertian singular ), kamu - kamu ( pengertian jamak) tmu/temu mendapat,sapuluhdua-duabelas.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

10

HAMIZOL BIN SAPONG

Awalan ni yang digunakan sebagai kata kerja pasif dalam BMK, contohnya niwunuh
-dibunuh, nikenai -dikenai.
Awalan

kata

kerja ma, mem atau mang dalam

BMK

dihubungkan

dengan

meN,

contohnya,mamava - membawa, mangujari - menghubungi, manghidupi - menghidupkan.


Awalam mar dalam Bahasa Melayu Kuno membawa maksud ber , misalnya marvuat - berbuat,
marlapas-berlepas,marsarak-berpisah.
Bahasa Melayu kuno mempunyai empat vokal iaitu vokal depan sempit /i/, vokal belakang
sempit / u/ , vokal depan separuh sempit / e / dan vokal depan luas / a /. Tidak kedapatan vokal
tengah corak pendek. Vokal ini digugurkan atau digantikan dengan vokal /a /, contohnya lapas lepas, sapuloh-sepuluh, ngan/dangan dengan. Dalam Bahasa Melayu Kuno terdapat rangkap
gugus konsonan atau dipanggil juga gugusan konsonan contohnya, mw samwua - semua, ti tlu tiga, dng dngan - dengan.Banyak terdapat konsonan yang diaspirasikan dalam bahasa Melayu
kuno disebabkan pengaruh daripada bahasa Sanskrit, contohnya dh - siddhayatra, kh sukhatshitta, sh -shuklapaksa, th - jyestha, gh laghu. Dalam bahasa Melayu kuno terdapat katakata pasif dan aktif, kata aktif ditandai oleh awalan ma, mang dan mem sedangkan kata-kata
pasif ditandai dengan awalan ni.
4.2

Bahasa Melayu Standard

i)

Bunyi

Pertuturan bahasa melibatkan bunyi-bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan


berbentuk tertentu dan berbeza menurut bahasa tertentu. Kesemua bunyi yang dihasilkan
merupakan bidang kajian ilmu fonetik dan fonologi. Fonetik meneliti bunyi bahasa menurut cara
sebutannya dan sifat-sifat akuastiknya, manakala ilmu fonologi pula meneliti bunyi-bunyi bahasa
tertentu mengikut fungsi, susunan dan strukturnya. Kita dapat melihat fungsi fonetik dan
fonologi ini dengan menjelaskannya bersertakan contoh yang memaparkan wujudnya perbezaan
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

11

HAMIZOL BIN SAPONG

penelitian mengikut bidang kajian masing-masing. Sebagai contoh, bunyi "p" yang secara
lazimnya menurut sifat fonetiknya diapit oleh tanda condong. Ia disebut dengan menutup keduadua bibir dan melepaskannya sehingga udara keluar dengan "menghasilkan suatu bunyi letupan".
Penghasilan bunyi "p" tersebut merupakan deskripsi fonetik sahaja.
Seterusnya, jika dua bunyi yang secara fonetik mempunyai perbezaan tertentu, ia dikatakan
berbeza fonologinya. Perbezaan tersebut memperlihatkan perbezaan makna. Ini bermakna dua
bunyi tersebut dikatakan mempunyai perbezaan fonologi jika bunyi-bunyi tersebut
memperlihatkan perbezaan makna. Sebagai contoh, di dalam bahasa Melayu, bunyi "p" dan "t"
berbeza dari segi fungsional atau secara fonologi. Ia disebut sebagai pasangan minimum kerana
kata-kata yang dihasilkan oleh kedua-dua bunyi tersebut berbeza dari segi kata-kata yang
dihasilkan, seperti dalam contoh kata "padi" dan "tadi". "Padi" merujuk kepada sejenis tanaman,
manakala "tadi" merujuk kepada kata keterangan masa. Jelas, perbezaan pasangan minimum
tersebut memperlihatkan wujudnya tafsiran makna yang berlainan bagi kedua-dua kata tersebut.
Perbezaan makna yang dibawa oleh bunyi-bunyi tersebut merupakan bidang kajian ilmu
fonologi.
ii)

Bentuk Kata

Nik Safiah Karim et al. (1993) mentakrifkan morfologi sebagai "bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata", manakala Arbak Othman (1968) menjelaskan
morfologi sebagai peninjauan linguistik yang menitikberatkan hubungan antara morfem dan
varian morfem. Sebagai rumusan, dapat disimpulkan bahawa morfologi ialah bidang yang
mengkaji cara kata dibentuk. Bentuk kajian morfologi yang terkecil ialah morfem dan bentuk
yang terbesar ialah kata. Kata mempunyai bentuk yang bebas, bermakna dan dapat berdiri sendiri
manakala morfem terdiri daripada dua bahagian, iaitu bentuk bebas dan bentuk terikat.
Kata-kata yang dibentuk lahir daripada kata yang terdapat di dalam sesuatu bahasa dan juga
melalui proses-proses tertentu. Kata yang dilahirkan melalui kata tertentu; sebagai contoh di
dalam bahasa Melayu merupakan kata yang dihasilkan di dalam bahasa Melayu itu sendiri.
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

12

HAMIZOL BIN SAPONG

Manakala, kata yang melalui proses tertentu pula ialah melalui proses pengimbuhan,
penggandaan dan pemajmukan. Melalui proses pengimbuhan kata dasar, kata yang dihasilkan
ialah kata terbitan. Melalui proses penggandaan, kata yang dihasilkan merupakan kata ganda dan
melalui proses pemajmukan pula, kata yang dihasilkan merupakan kata majmuk.
Di dalam bahasa Melayu, terdapat bentuk kata utama; yakni kata nama, kata kerja, dan kata
adjektif. Contoh kata nama ialah "sabun", "cangkul', dan "penyapu". Contoh kata kerja pula ialah
kata "gerak", "kumpul" dan "letup" manakala contoh kata adjektif ialah kata "baik", "gemuk" dan
"panjang". Selain kata utama, terdapat juga kata tugas yang mempunyai tugas tertentu, sama ada
di dalam perkataan atau binaan ayat.
iii)

Makna (Semantik)

Semantik adalah istilah untuk kajian linguistik yang menganalisis makna, baik pada peringkat
morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan perasaan.
Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran
penutur kepada fikiran pendengar. Dalam ilmu linguistik semantik merupakan keadaan apabila
penutur mengujar dan terdapat gerak balas pendengar seperti yang dijangkakan. Dengan
demikian makna ujaran atau ayat bukan sahaja ditentukan oleh makna kata-kata, tetapi juga
ditentukan oleh faktor-faktor lain seperti intonasi, cara pengucapan, tujuan, konteks dan
penuturnya.
Sperber dan Wilson (1980) memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada
hakikatnya konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana ia
mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya yang diutamakan ialah bentuk logik yang
membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini bermakna semantik mengkaji
makna dari segi pemahaman pada peringkat linguistik tulen. Kajian semantik khusus pada
peringkat tatabahasa dan nahu logik sahaja. Stalnaker (1972:383) menyatakan bahawa sintaksis
mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Beliau menjelaskan bahawa semantik
memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang
diungkapkan. Dalam banyak hal, peraturan tersebut sebenarnya tidak dapat penyesuaian ayat
HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

13

HAMIZOL BIN SAPONG

secara terus dengan presposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan
konteks ayat tersebut digunakan.Harimurti Kridalaksana (1983) - sebagai sebahagian daripada
struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Erti Luas: Sintaksis (kajian ayat), Semantik
(kajian proposisi), Prakmatik (kajian pelakuan linguistik)Erti Sempit: Teori Referensi - satu
makna (denotasi - ekstensi), Teori Makna - pelbagai makna (konotasi - intensi)
Akmajian et al. (1995:222) menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang
makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip
gabungan. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau
denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras
yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik
merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana digunakan untuk menghuraikan sesuatu
bahasa.
5.0

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang pada akhir
abad ketujuh hingga abad ke-13, seiring dengan tempoh kegemilangan kerajaan Sriwijaya di
Asia Tenggara. Menurut Prof. Ismail Hussein, bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang
paling awal pernah ditemukan dalam bentuk tulisan. Pada masa inilah bahasa Melayu mengalami
evolusinya yang pertama. Bahasa Melayu berkenaan terdiri daripada perkataan Melayu yang
bercampur aduk dengan perkataan bahasa Sanskrit. Menurut Prof. Ismail Hussein juga, terdapat
dalam lingkungan 50 baris perkataan bahasa Melayu yang tertulis pada beberapa buah batu
bersurat yang ditemukan di Sumatera dan Jawa, sekitar abad ketujuh dan abad kesembilan.
Manakala Bahasa Melayu Standard ialah Bahasa Melayu standard (baku) merupakan bahasa
Melayu yang sudah mempunyai sistem yang mantap dari segi sebutan, ejaan, dan tatabahasa.

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

14

HAMIZOL BIN SAPONG

HBML4103 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

15

Anda mungkin juga menyukai