Anda di halaman 1dari 3

Nama: Wong Shiu Ping

Markah:

ID: B150041A
Pensyarah: Dr. Tham Chew Peng
Tajuk: Ulasan buku (Tamadun Eropah Klasik)
Zaman Greek merupakan satu tamadun yang amat saya minat kerana
zaman ini banyak mempengaruh zaman modern ini. Zaman Greek boleh
dianggap sebagai khazanah tamadun Eropah klasik. Berikut merupakan hasil
kajiandan pandangan saya terhadap zaman Greek.
Zaman Greek juga dikenali sebagai zaman Yunani. Istilah Greek hanya
mula dipakai oleh para pemerintah dan masyarakat pada zaman Rom untuk
menunjukkan sekumpulan masyarakat yang hidup sebelum empayar Rom.
Sebenarnya, orang Greek tidak menggelarkan diri sebagai orang Greek, mereka
menggelarkan diri sebagai Hellenes. Masyarakat Greek berturunan orang
Aryan. Dari segi linguistik, masyarakat Greek terangkum dalam kumpulan IndoEropah. Zaman Greek dianggap sebagai satu zaman yang penuh dengan
kreatitivi kerana sumbangan mereka masih boleh dilihat sebagai inspirasi dan
aspirasi kea rah kehidupan yang lebih baik pada masa kini. Terdapat beberapa
kata pepatah yang berasal daripada tamadun Greek seperti stadium,
Mesopotamia, history, gymnasium, marathon, dan milo terus digunakan
sehinggan zaman ini. Zaman Greek dianggap mencapai tahap kematangan dan
kegemilangan dari segi politik, social dan falsafah.
Zaman Greek terdiri daripada berpuluh-puluh buah Negara kota. Menurut
Crane Brinton (et al.), Negara kota tersebut dikenali sebagai polis. Proses
kemunculan polis pada zaman Greek boleh dibahagikan kepada 3 tahap utama.
Pada tahap yang pertama, unit-unit keluarga telah digabung menjadi satu
komuniti di bawah satu polis. Thap ini berlaku pada 800 S.M hingga 600 S.M. Pda
tahp ini juga, polis-polis yang lebih kecil bergabung menjadi polis yang lebih
besar. Kebanyakan gabungan sebegini berlaku melalui peperangan. Tahap dua
muncul pada 600 S.M hinggan 400 S.M. Pada tahap ini, polis-polis yang muncul
pada tahap pertama mula berkembang pesat dalam segala aspek seperti bidang
ekonomi, politik dan social. Tahap ketiga bermula selepas 400S.M. Polis-polis
tersubut mula merosot dan runtuh dan akhirnya ditakluk di bawah kuasa Raja
Philip dari Macedonia.
Melalui proses-proses tersebut, kita boleh membandingkan zaman kini
dengan zaman Greek. Pada zaman Greek, unit asas bagi membentuk sesebuah
polis ialah keluarga. Beberapa keluarga digabung menjadi sebuah polis kecil dan
kemudian beberapa polis kecil digabungkan menjadi sebuah polis yang lebih
besar. Situasi ini sama berbandingan zaman kini. Beberapa zon digabung
menjadi satu daerah, beberapa daerah digabung menjadi satu negeri, dan
akhirnya beberapa negeri digabung menjadi satu negara. Selain itu, berdasarkan
proses kemunculan polis di zaman Greek, terdapat satu pengajaran yang patut
kita pelajari iaitu perpaduan. Sekiranya perpaduan tidak wujud dalam sesebuah
negara, negara tersebut tetap akan runtuh takala kuasa sekuat bagaimana.
Sebagai buktinya, polis-polis besar yang dianggap mencapai tahap kematangan
dan kegemilangan hanya bersaing antara satu sama lain akhirnya ditakluk oleh
kuasa luar disebabkan unsur perpaduan yang tidak wujud antara setiap negara
kota.Sekiranya rakyat dalam sesebuah negara tidak bersatu-padu, negara

tersebut tidak akan kekal lama dan tetap akan runtuh pada suatu hari nanti.
Ibarat kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Saya juga mendapati system demokrasi yang diamalkan di Athens pada
zaman Greek amat menarik. Sistem demokrasi di Athens bukannya seperti
sistem demokrasi pada zaman kini iaitu system demokrasi perwakilan. Sistem
demokrasi yang diamalkan di Athens pada zaman Greek ialah sistem demokrasi
secara langsung.Ini bermaksud masyarakat Athens terlibat secara langsung
dalam segala perbincangan atau pendebatan berkaitan dengan Athens dalam
semua aspek seperti politik, ekonomi mahupun sosial.
Pada pendapat saya, sistem demokrasi yang diamalkan di Athens
menpunyai kebaikan dan keburukannya. Sistem sebegini sangata adil terhadap
masyarakat Athens kerana tidak ada seseorang individu yang mempunyai kuasa
mutlak untuk mentadbir Athens. Semua warganegara (lelaki) berhak dan
bertanggungjawab dalam semua aspek. Segala keputusan akan mengikut suara
majority. Oleh sebab itu, setiap warganegara bertanggungjawab atas keputusan
yang diluluskan takala baik atau tidak. Sistem ini mementingkan hak setiap
warganegara dan memberi kekebasan yang amat mencukupi untuk warganegara
mentadbir Athens. Konteks ini sangat sesuai terhadap masyarakat Athens yang
mengejar kebebasan.
Walaubagaimanapun, sistem inin juga mempunyai
keburukannya.Keburukan yang paling utama ialah keputusan yang tidak sesuai
akan dilulus semata-mata atas suara majority. Hal ini sangat bahaya kerana
keputusan yang salah berisiko tinggi dan berprluang besar untuk mendatangkan
musibah kepada Athens. Ini kerana suara majority tidak semestinya merupakan
keputusan yang paling sesuai pada masa kritikal itu. Ini boleh diibarat sebagai
melteak telur di hujung tangga.
Berbandingan sistem demokrasi secara langsung di Athens pada zaman
Greek, sistem demokrasi yang diamalkan pada era ini ialah sistem demokrasi
perwakilan. Sistem ini memilih wakil berdasarkan suara majority dan wakil
tersebut akan mentadbir negara dalam tempoh masa yang tertentu. Wakil
tersebut adalah dipilih dalam sesebuah parti dan kemudian bertanding dengan
parti yang lain. Dari perspektif meluluskan sesuatu keputusan, sebarang
cadangan akan dirunding di Dewan Rakyat dan sekiranya cadangan tersebut
mendapatsuara majority, ia akan dibawa ke Dewan Negara untuk diluluskan.
Sistem sebigini membawa satu amnfaat yang tidak terdapat dalam sistem
demokrasi secara langsung yang diamalkan di Athens iaitu negara akan diurus
dan ditadbir oleh golongan elit yang dipilih oleh rakyat. Ini jauh lebih baik
daripada hanya mengikut suara majoriti semata-matanya tanpa sebarang
timbangan yang wajar.
Terdapat satu element yang amat tidak say setujui pada zaman Greek
ialah golongan wanita pada zaman Greek tidak mendapat hak asasiyang
berpatutan. Golongan wanita tidak diberikan kewarganegaraan walaupun lahir di
polis tersebut. Hanya golongan lelaki yang akan mendapat taraf warganegara.
Golongan wanita juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.
Golongan wanita hanya diizinkan untuk membuat kerja rumah kerana golongan
wanita dianggap tidak berpotensi untuk memberi sumbangan kepada sesebuah
polis. Situasi ini menunjukkan ketidakadilan terhadap golongan wanita. Budaya
masyarakat Greek yang mengabaikan hak asasi golongan wanita bertentang

dengan fikiran mereka yang mengejar dan mementingkan kebebasan seseorang.


Anggapan bahawa golongan wanita tidak berpotensi untuk memberi sumbangan
merupakan satu rugi besar terhadap masyarakat Greek. Sebagai bukti yang
menunjukkan kehebatan golongan wanita ialah Ratu England, Mother Teresa dan
Madame Curie yang mencapai pencapaian terbilang dalam bidang politik, social,
mahupun sains dan teknologi adalah setanding dengan golongan lelaki.
Tuntasnya, tamadun-tamadun lama sama ada tamadun barat mahupun
tamadun Asia turut menjadi inspirasi dan aspirasi kepada masyarakat zaman ini.
Cara mereka mencapai kegemilangan boleh dijadikan teladan manakala faktor
kemerosotan dan keruntuhan boleh dijadikan pengajaran kepada kita. Sebagai
contohnya, polis-polis pada zaman Greek runtuh dan akhirnya ditakluk di bawah
kuasa Raja Philip disebabkan perpaduan yang tidak wujud antara satu sama lain
harus kita elakkan.Bak kata pepatah, ambil yang jernih,buang yang keruh. Kita
juga harus menghargai warisan tamadun lama kerana ia sangat bermakna
kepada insan sejagat. Satu contoh yang kukuh ialah sukan Olympic yang berasal
dari zaman Greek masih dijalankan sehinggan zaman ini. Sukan ini bertujuan
untuk menunjukkan kataatan dan emeberi penghormatan kepada Zeus. Sukan
Olympic disertai oleh semua polis pada zaman Greek. Juga terdapat peserta
yand dating dari Itali, Sicili, Mesir, LIbrya dan kawasan berhampiran dengan
Mediteranean. Temasya sukan Olympic masih dijalankan sehingga sekarang.
Sukan Olympic digelar sebagai pentas dan pencapaian yang paling tinggi di
dunia dalam bidang sukan. Kesimpulannya, kita harus memahami, menghargai,
dan menjasai sejarah tamadun lama kerana ini mendatangkan seribu satu
manfaat tanpa sebarang keburukan.

Anda mungkin juga menyukai