Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL (2)

JALAN SENTUL, 51000,


WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
JAWATANKUASA KESELAMATAN
DOKUMENTASI
LATIHAN KAWAD KECEMASAN
(FIRE DRILL)

TARIKH: 21 MEI 2015

SEKOLAH KEBANGSAAN SENTUL (2)


LAPORAN KAWAD KECEMASAN (LATIHAN KEBAKARAN)
TAHUN 2015
Tujuan:
Sekolah Kebangsaan Sentul (2) telah mengadakan kawad kecemasan (latihan
kebakaran) pada 21 Mei 2015 bersamaan hari Khamis. Sesi pagi diadakan pada
jam 9.15 pagi hingga 9.40 pagi.
Tujuan diadakan Kawad Kecemasan ialah untuk membiasakan diri pengguna dan
penghuni bangunan (murid-murid, guru dan para pekerja) dengan jalan-jalan
keluar keselamatan, memahami panduan jalan keluar supaya jika berlaku
kebakaran setiap individu dapat keluar dengan selamat dan bersistematik dan
mengurangkan panic.
Keperluan Sebelum Mengadakan Latihan Kawat:
1. Melantik AJK Keselamatan (Kebakaran).
2. Mengadakan Pelan laluan kebakaran dan panduan mengosongkan
bangunan. Pelan Kebakaran dan risalah panduan ini ditampal di sudutsudut penting ruang legar setiap aras.
3. Membuat tunjuk arah laluan kebakaran pada setiap blok bangunan untuk
menunjukkan arah laluan keluar.
4. Memberi taklimat pelan laluan kebakaran dan latihan kebakaran.
5. Membuat pengagihan tugas (AJK latihan kebakaran).
Semasa Latihan Dijalankan:
1. Membuat pengawasan di tempat berkumpul yang telah ditetapkan.
2. Membuat pemerhatian laluan keluar dan memeriksa persekitaran
bangunan.
3. Merekodkan kesalahan perilaku yang terdapat semasa latihan kebakaran.
4. Membuat pemeriksaan bilik darjah dan bilik-bilik khas sama ada lampu,
kipas dan suis elektrik ditutup.
Selepas Latihan:
1. Murid-murid, guru-guru dan para pekerja berkumpul di padang Sk Sentul
(2).
2. Guru kelas mengambil kehadiran para pelajar dengan mengisi buku
kehadiran yang telah disediakan.
3. Masa yang diambil untuk berkumpul di tempat yang telah ditetapkan ialah
lewat 1 minit daripada masa standard yang telah ditetapkan. Masa yang
dicatatkan bagi murid keluar dari bangunan ialah 4 minit.
4. Beberapa orang murid yang tiba lewat di tapak berkumpul.
5. AJK Kebakaran memberi taklimat dan komen latihan kebakaran yang telah
dijalankan.
6. Guru besar memberi komentar tentang latihan kebakaran buat kali
pertama.
Komen Kawat Pegungsian Bangunan daripada pihak bomba

1. Murid tidak serius menjalankan latihan.


2. Murid berbual dan menunggu kawan-kawan untuk turun daripada
bangunan.
3. Terdapat beberapa kelas yang tidak dapat mendengar bunyi amaran
kecemasan dengan jelas oleh kerana terdapat beberapa masalah
mengenai sistem pembesar suara sekolah.
4. Penggunaan bunyi amaran tidak sesuai menyebabkan murid keliru.
5. Keseluruhan kawat pengungsian bangunan ini berjaya dilaksanakan.

Kesimpulan
Slot kawad kecemasan perlu dijalankan setiap tahun untuk memberi kesedaran
dan panduan kepada para penghuni dan pengguna bangunan tentang tatacara
yang betul dan selamat untuk keluar apabila berlakunya kebakaran. Hal ini
penting untuk mengurangkan panik seterusnya dapat menyelamatkan nyawa.
Kesimpulannya, kawad kecemasan yang dijalankan masih boleh diperbaiki untuk
yang seterusnya kelak.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

_________________________
(FIRDAUS BIN MD FAZIL)
Setiausaha
AJK Latihan Kebakaran

_________________________
(AZLAN BIN DOLLAH)
Penyelaras
AJK Keselamatan

_______________________
(ZAININ BIN JOHARI)
Penolong Kanan HEM,
SK Sentul (2)

GAMBAR FOTO
LATIHAN KAWAD KECEMASAN (LATIHAN KEBAKARAN)

Anda mungkin juga menyukai