Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM:
PPG (AMBILAN FEB 2012)

NAMA GURU PELATIH:

TAJUK KURSUS:
ASAS KEPIMPINAN DAN
PERKEMBANGAN PROFESIONAL
(EDU3083)

SEMESTER: 1/2015

TARIKH MULA:

14 / 2 / 2015

TARIKH HANTAR: 13 / 3 / 2015

Hasil Pembelajaran Kursus :


1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan profesionalisme keguruan.
2. Membincangkan ciri-ciri guru sebagai seorang profesional
3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat
yang lebih tinggi.
4. Merancang pelan pembangunan diri untuk menjadi seorang yang profesional.
5. Melaksanakan peranan sebagai pemimpin profesional dalam pelbagai aspek
pengurusan dan pentadbiran pendidikan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, dan 5.

Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Mengaplikasikan teori kepimpinan dalam situasi yang diberi.
2. Mengemukakan peranan yang perlu dimainkan oleh kepemimpinan
sekolah kearah melahirkan warga sekolah yang cemerlang dan berprestasi
tinggi
.
3.
Menghuraikan isu-isu yang berkaitan dengan etika, akauntabiliti dan
profesionalisme keguruan
4.

Mengemukakan idea dan pandangan berkaitan dengan kepimpinan dan


profesionalisme guru secara atas talian.

5.

Mengaplikasikan semua topik untuk penilaian ujian bertulis.

Tugasan Projek (100% )


Projek ini terdiri daripada empat bahagian iaitu Bahagian A, B, C dan D
A. Perbincangan Kes ( 40 % ) Individu
Cikgu Norman merupakan seorang guru besar yang baru dilantik menerajui sebuah
sekolah berprestasi rendah di sebuah bandar..Beliau mendapati kebanyakan guru dan
kakitangan sekolah tidak mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi untuk
meningkatkan prestasi sekolah.Cikgu Norman yakin bahawa beliau mampu mengubah
keadaan menjadi lebih baik. Berdasarkan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015 iaitu memastikan setiap sekolah dapat meningkatkan keberhasilan
murid dari segi akademik dan hukan akedemik , huraikan bagaimana anda boleh
membantu Cikgu Norman meningkatkan prestasi sekolahnya.
Huraian anda mestilah berdasarkan perkara-perkara di bawah :
1. Cadangkan cara kepimpinan instruksional yang boleh diamalkan oleh Cikgu
Norman dalam usaha meningkatkan lagi prestasi sekolahnya.
2. Cadangkan dua teori kepimpinan yang dirasakan paling sesuai diaplikasikan oleh
Cikgu Norman dalam kepimpinannya dan kemukakan hujah serta contoh yang
sesuai tentang keberkesanan kepimpinan tersebut.
3.

Sebagai seorang guru di sekolah Cikgu Norman bagaimana anda boleh


membantu beliau meningkatkan kualiti keberhasilan murid seperti yang
dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

B Pembelajaran atas talian ( 10 % ) - Individu


Mengambil bahagian yang aktif di dalam portal pembelajaran atas talian (OLL)
dengan mengemukakan pandangan serta perbincangan ilmiah dalam forum yang
disediakan.
C. Ujian Kertas dan Pensil (20 % ) - Individu
Menduduki Ujian Bertulis (kuiz) yang akan diadakan pada interaksi yang ke empat.
D. Pembentangan Kumpulan (20%) dan Penglibatan aktif semasa tutorial 10%)
.

Pembentangan soalan tutorial dinilai berdasarkan tiga aspek, iaitu (i) kandungan
dan penyusunan fakta, (ii) kreativiti penyampaian dari segi penggunaan ICT, dan
(iii) kelancaran penyampaian.
Penglibatan aktif semasa sesi tutorial diperhatikan. Penilaian aktif adalah
berdasarkan aspek (i) memberi hujah tambahan yang bernas (ii) membincangkan
isu-isu yang timbul dari topik tutorial (iii) memberi justifikasi terhadap hujah yang
dikemukakan.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus:


1. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berkumpulan (soalan D ) dan secara
Individu. (soalan A, B dan C)
2. Anda perlu bergerak secara kolaboratif untuk merancang dan melaksanakan
tugasan tersebut.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5
3.6
3.6
3.7

Muka depan hendaklah mengikut templet terkini.


Fon Arial
Saiz huruf: 11
Langkau 1.5 baris
Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
Jadual dan gambar dilabelkan
Lampiran adalah wajib
Jawab dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

4. Panjang tugasan soalan A (i,ii dan iii ) adalah

12 15 muka surat. ( Tidak termasuk

persembahan visual dan lampiran )


5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini perlu disiapkan dalam tempoh empat minggu.
7. Tugasan bertulis yang dihantar perlu sertakan Borang Maklumbalas, Soalan
Tugasan dan Rubrik Pemarkahan di mukasurat hadapan.
8. Lampiran / gambar perlu di namakan.
9. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50 %.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut:
(mengikut kehendak soalan tugasan)
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut,
a. Pemahaman yang mendalam berkaitan dengan aspek yang dibincangkan.
b. Bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah anda hendaklah dikemukakan.
i.

Keseluruhan persembahan dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian


dan sokongan ilmiah.

ii.

Format dan organisasi perlu jelas dan koheran.

iii.

Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah


dalam menterjemah maklumat secara analitikal.

3. Rujukan perlulah dari pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak
tugasan (buku, internet, jurnal dan bahan bercetak yang lain)
Kriteria Pemarkahan
Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan.

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

...........................................................
(ZAINI BIN. ABDUL GHANI)
Penyelaras Subjek Pengajian
Profesional, PPG
Jabatan Ilmu Pendidikan
IPG Kampus IPOH

...........................................................
(
)
Pakar Bidang (SME)

Disahkan Oleh,
.............................................................

Anda mungkin juga menyukai