Anda di halaman 1dari 1

SENAMAN MENGELAKKAN RASA MENGANTUK

1. Sambil duduk di kerusi, kaki diangkat.


2. Pusing pergelangan kaki arah keluar, kemudian arah ke dalam.
3. Pegang tempat duduk kerusi dan cuba tarik (untuk menguatkan otot).
4. Berdiri, jauhkan sedikit jarak di antara kedua-dua kaki, tangan kanan
diangkat hingga membengkok ke sebelah kiri, kemudian tukar tangan
sebelah kiri.
5. Renggangkan kaki, bongkok menyentuh simen atau jari kaki.
6. Duduk di atas lantai, buka kedua-dua belah kaki seluas yang DAPAT,
tundukkan badan (darah mengalir ke otak).
7. Duduk di kerusi, cuba tunduk hingga kepala lebih rendah daripada lutut.
BEBERAPA PEDOMAN MENGATASI KELETIHAN BELAJAR
1. Minum setengah gelas air bersih setiap 15 minit sekali. Jangan minum air
berais atau bergas. Pengisian badan dengan air membolehkan sistem limfa
teraktif dan mengeluarkan toksin, termasuk asid laktik yang menjadi
penyebab utama anda terasa letih atau mengantuk.
2. Tarik nafas dalam-dalam sebanyak 10 kali : bernafas dalam kiraan 1, 2 ;
tahan hingga 2 saat dan hembuskan nafas sehingga kiraan 1, 2, 3, 4.
Lakukan latihan bernafas sewaktu duduk tegak ataupun berdiri. Latihan ini
akan memaksa tekanan udara mengarah ke dinding peparu. Darah mendapat
udara dan memindahkan oksigen ke otak anda menyebabkan anda terasa
jaga.
3. Lakukan 10 kali gerakan mendepangkan dan mengecilkan dada atau
berlari setempat selama 30 saat. Tambahkan denyutan nadi anda dengan
menyempitkan dan melebarkan otot-otot anda.
4. Dongakkan kepala ke arah syiling sambil menarik nafas setiap sepuluh
minit. Lakukan begini semasa duduk membaca atau semasa duduk
mendengar guru sedang me ngajar. Anda boleh juga menggerakkan kepala
ke kiri dan ke kanan selepas setiap 20 minit.
5. Picu kelanjar adrenal anda. Ada satu tempat pada tapak tangan anda yang
apabila digosok sehingga 30 saat akan mengepam adrenalin ke dalam sistem
anda. Gosok tempat ini apabila anda keletihan atau terasa pening.

Anda mungkin juga menyukai