Anda di halaman 1dari 25

Nama Subjek

Pengajian Malaysia

Kod Subjek

LAN 1003

Nama Kumpulan :

Batu Api

Ahli Kumpulan

1) Amin Zafri bin Abd Rahman (Ketua Kumpulan)

2) Hj. Jaafar bin Md Shariff


3) Jaafar bin Abu Seman
4) Fakarudin bin Majid
5) Aswadi bin Mohamad @ Ghaffar
6) Mahadi bin Abdullah
7) Nor Sarizan bin Dollah
8) Mohd Radzai bin Illias
9) Ahmad Syamsul bin Rezali
10) Abdul Hanim bin Abdul Karim
Tugasan

Pilih tiga (3) prinsip Rukun Negara dan huraikan


bagaimana

prinsip-prinsip

ini

diamalkan

dalam

kehidupan harian anda dan juga dalam konteks kerja


anda sebagai Penolong Pegawai Perubatan.
Jumlah
Perkataan

5043

Pengertian Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan


cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai
kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan
bernegara. Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada
aspirasi masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia
dan dimiliki bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Rukun Negara yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas

merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk


membentuk warga berintegriti.

Wan Halim et. al (1993) di dalam bukunya bertajuk Pembinaan Warga


Malaysia, telah membuat kompilasi idea-idea yang diketengahkan oleh
pemikir-pemikir yang menyertai Seminar dan Bengkel yang dianjurkan
olehnya

dengan

kerjasama

Yayasan

Konrad

Adenauer.

Beliau

menyenaraikan 14 ciri-ciri idaman sebagai seorang warga Malaysia antaranya


hidup harmoni, kesedaran tentang hak sendiri, bertanggungjawab, bersyukur,
sedia berkhidmat dan menghormati orang lain, berdisiplin, memilih dan
menerima kepimpinan, satu identiti perhubungan, berkompromi, teladan yang
baik, mempunyai kemahiran menghadapi masalah, sistem nilai dan patriotik.
Apa yang ingin ditekankan adalah prinsip-prinsip ideologi negara yakni Rukun
Negara merupakan sistem nilai yang tidak boleh dipisahkan daripada agenda
pembangunan negara bangsa.

Sejarah Pembentukan Rukun Negara

Ada baiknya kita menyingkap semula peristiwa-peristiwa yang membawa


kepada terbentuknya Rukun Negara melalui sorotan sejarah. Keharmonian
rakyat tergugat akibat daripada perbalahan kaum yang berlaku 1946, 1956 (di
Pulau Pinang), 1960 (di Pangkor), 1966 (di Bukit Mertajam), 1967 (di Pulau
Pinang) dan 13 Mei 1969 (di Kuala Lumpur). Pada 16 Mei 1969, DYMM Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana
Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara
menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Perintah darurat ini
bertujuan menangani kacau bilau dan pertimpahan darah daripada terus
berlaku.

Selepas setahun peristiwa tragedi 13 Mei 1969 berlalu dan bagi memulihkan
perpaduan yang semakin goyah pada masa itu maka Yang di-Pertuan Agong
telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada
waktu itu sebagai Pengarah Majlis Gerakan Rakyat yang dikenali sebagai
MAGERAN yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi
Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan
Agong. Bagi memperkukuhkan fungsi MAGERAN, tiga badan juga telah
diwujudkan dibawahnya iaitu Majlis Muhibah Negara, Jabatan Perpaduan
Negara dan Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk
membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan
menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Struktur masyarakat
majmuk di Malaysia dikenal pasti antara salah satu masalah yang paling
ketara dimana masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan,
agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai seharusnya
melibatkan penyatuan kaum, ekonomi dan sosial namun ia tidak berlaku.
MAGERAN telah mengemukakan satu pendekatan yang menekankan kepada
semangat kenegaraan melalui lima (5) prinsip utama di dalam Rukun Negara
sebagai ideologi negara Malaysia. Ia telah diisytiharkan oleh Yang Di-Pertuan
Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari
Kemerdekaan Kali Ke-13.

Faktor Penggubalan Prinsip Rukun Negara

Dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu yang diamalkan semenjak pendudukan


Jepun pada perang Dunia Kedua, telah membangkitkan kemarahan serta
sentimen dikalangan semua kaun terutamanya orang Cina dan orang Melayu.
Orang-orang Cina telah mengambil kesempatan atas kekalahan Jepun ke
tangan British untuk membalas dendam dengan menyertai Parti Komunis
Malaysia atau dikenali Bintang Tiga. Turut memburukkan keadaan apabila

orang-orang Melayu kebanyakan pula menganggotai pasukan keselamatan


ketika zaman darurat pada 19481960.

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan


perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk
pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara
penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa
Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya
menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan
petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan
serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang
India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai
buruh.

Lee Kuan Yew juga secara tidak langsung telah menyemarakkan sentimen
anti-Cina dan anti-Melayu melalui konsep "Malaysia untuk orang Malaysia"
dengan mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Berikutan
itu, Singapura telah disingkirkan daripada Malaysia pada tahun 1965.
Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa
berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan hartabenda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang
sememangnya retak menanti belah. Peristiwa ini berlaku sebaik sahaja
keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan


manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak
negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu
masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah
Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar.
Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang
perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di
4

kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul


kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka
telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi
masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak
kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk
menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Keadaan ini

telah

mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang


merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Matlamat Rukun Negara

Sesungguhnya negara kita Malaysia sejak merdeka lagi bercita-cita untuk


mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat Malaysia untuk
mencapai Wawasan 2020. Rakyat Malaysia perlu hidup secara harmoni untuk
mencipta masyarakat yang adil dan makmur. Mereka dapat hidup bersama
dengan aman, adil dan saksama untuk membentuk satu sikap yang liberal
terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dengan berbagai-bagai corak serta
membina masyarakat aktif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden

PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA

Lima (5) prinsip utama di dalam Rukun Negara telah dijadikan ideologi negara
Malaysia yang perlu dihayati dan dipegang dengan erat oleh rakyat Malaysia
iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan undang-undang serta Kesopanan dan
kesusilaan.

Didalam tugasan ini, hanya tiga (3) prinsip utama Rukun Negara akan dihurai
tentang bagaimana prinsip-prinsip ini boleh diamalkan dalam kehidupan
harian dan juga dalam konteks kerja sebagai Penolong Pegawai Perubatan.

(1) Kepercayaan kepada Tuhan

Masyarakat Malaysia yang mangamalkan perbagai agama telah diwujudkan


atas

kepercayaan

yang

kukuh

tentang

kewujudan

Tuhan.

Melalui

kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini


sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat (Asnarulkahdi et. Al, 1997) .
Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan

dan

tindakan

membeza-bezakan

terhadap

seseorang

warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali (Perlembagaan


Persekutuan, 1963). Jawatankuasa penggubal Rukun Negara (MAGERAN)
menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan manusia. Ahmad Raba (2001) telah menyatakan bahawa
kehidupan beragama amat penting pada manusia kerana ia memberi
pengaruh yang besar terhadap tingkah-laku dan personaliti pengamalnya.
Ketiadaan agama didalam individu akan menghakis nilai kemasyarakatan
serta mewujudkan masalah dekadensi

moral

dan etika yang akan

meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara (Mustafar Ali dan


M. Kamal Hasan, 2004).

Didalam konsep kenegaraan prinsip Rukun Negara ini mengingatkan kita


sebagai individu dan juga rakyat Malaysia agar lebih bertanggungjawap. Ini
adalah kerana kepercayaan kepada Tuhan lazimnya dikaitkan kepada adanya
hari pembalasan atau alam akhirat. Menurut MAGERAN (1970) Kepercayaan
Kepada Tuhan perlu diletakan di tempat yang pertama didalam prinsip-prinsip
6

Rukun Negara kerana rakyat di negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum
serta menganuti agama yang berbeza menjadi asas kepada keharmonian
rakyat di negara kita. Kita sedia maklum bahawa perlembagaan persekutuan
telah memperuntukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara kita, tetapi
dalam masa yang sama agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram.

Kenapa perlunya Percaya kepada Tuhan?

Prinsip kepercayaan kepada Tuhan ini harus ada pada setiap rakyat Malaysia.
Setiap agama mahupun kepercayaan-kepercayaan yang ada di negara kita
boleh mempengaruhi dan membentuk keperibadian seseorang itu melalui
nilai-nilai murni yang dituntut oleh agama masing-masing. Pengabaian nilai
keagamaan yang berlaku ke atas individu yang berpegang kepada prinsip
kepercayaan kepada tuhan akan menggundang kepada kepincangan didalam
masyarakat (M. Kamal Hasan, 2004). Setiap agama yang diamalkan di
negara kita ini mengajar penganutnya memberi sepenuh kepercayaan kepada
Tuhan yang mereka sembah. Kepercayaan kepada Tuhan yang tidak
berbelah bahagi itu akan menjadikan seseorang itu mempunyai rasa hormat
menghormati antara orang lain mahupun dirinya sendiri. Interaksi antara kaum
dan agama merupakan satu jalan kearah perpaduan dan mencetuskan
masyarakat yang harmonis dan bersatu padu (Ahmad Fawzi Basri dan Abdul
Halim Ahmad, 1987). Ini menjadikan masyarakat kita hidup di dalam aman
dan damai walaupun terdapat perbezaan yang ada.

Meletakkan Tuhan ditempat yang pertama

Dalam hidup seharian kita, sewajarnya kepercayaan kepada Tuhan diletakkan


di tempat yang pertama. Kerana terbukti, apabila negara kita meletakkan
7

prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan di tempat yang pertama di dalam rukun


Negara kita, rakyat Malaysia telah menerima kesannya. Kesan yang baik di
mana rakyat di negara kita "diberkati" dengan hidup yang aman dan damai.
Apatah lagi kalau masing-masing peribadi kita percaya kepada Tuhan yang
kita sembah dengan segenap hati, sudah pasti hidup kita sendiri dan orang
lain yang ada disekitar kita akan hidup dalam harmoni.

Apa akan berlaku kalau Tidak percaya kepada Tuhan?

Persoalan ini ditinggalkan kepada kita untuk kita sama-sama renungkan. Apa
yang bakal berlaku kepada peribadi mahupun negara kita kalau "kepercayaan
kepada Tuhan" tidak diletakkan di tempat yang pertama di dalam hidup
seseorang itu? Sebagai contoh, pembunuhan kejam, isu pembuangan bayi,
penderaan kanak-kanak dan pembantu rumah, ragut, rasuah, penindasan
keatas yang lemah, penyalah gunaan kuasa, dan banyak lagi. Ini adalah
sebilangan kecil perkara yang berlaku di negara kita oleh mereka yang telah
meletakkan kepercayaan kepada Tuhan di tempat yang salah dalam hidup
mereka (Mustafar Ali dan M. Kamal Hasan, 2004).

Amalan prinsip Percaya kepada Tuhan didalam konteks bidang kerja


sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP).

Perubatan dan kesihatan merupakan salah satu bidang yang mulia pada kaca
mata agama terutama agama Islam (PPIM, 1981). Sepertimana kesemua
bidang pengetahuan, bidang perubatan adalah sebahagian daripada ilmu
Allah s.w.t. Menuntut serta mengamalkan ilmu perubatan memerlukan
pendedahan kepada kebesaran Allah s.w.t dengan ciptaan-Nya. Amalan
perubatan yang baik akan membawa pengamalnya dekat kepada balasan dan

belas kasihan Tuhan-Nya. Oleh itu amalan perubatan adalah satu ibadat dan
kebajikan selain daripada kerjaya untuk mencari rezeki (PPIM, 1981).

Walau bagaimanapun rahmat Allah s.w.t boleh sampai kepada semua


manusia termasuk yang baik dan yang jahat, yang berbudi mulia dan yang
sebaliknya. Dan pada asas inilah perofesion perubatan harus beroperasi,
mengikuti lunas-lunas rahmat Allah s.w.t tanpa menimbulkan permusuhan
atau memberi apa-apa hukuman, tidak sekali-kali menjadikan keadilan
sebagai matlamat tetapi belas kasihan, di dalam apa jua situasi dan keadaan.
Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) yang juga sebagai
seorang anggota Perkhidmatan Awam, mengamalkan prinsip Kepercayaan
Kepada Tuhan seharusnya tidak akan tunduk kepada tekanan sosial yang
disebabkan oleh permusuhan atau perselisihan peribadi, politik atau tekanan.
Ini selaras dengan pelaksanaan yang terkandung di dalam Pelan Integrasi
Nasional yang telah dilancarkan oleh kerajaan yang bermatlamat bagi
mewujudkan masyarakat yang bermoral, beretika, beriman, bertakwa dan
berbudi pekerti luhur (Mustafar Ali dan Kadir Dikoh, 2004). Disamping itu
amanah yang dipertanggungjawabkan sebagai seorang kalifah dan juga
pemimpin di muka bumi ini perlu bebas dari kejahilan serta dapat
mengekalkan keutuhan profesion dan melindungi kedudukannya dari
permusuhan dan perseteruan.

Menyedia dan memberikan perkhidmatan kesihatan dan perubatan adalah


satu tuntutan agama ke atas masyarakat. Ia merupakan suatu tuntutan fardu
kifayah yang perlu disempurnakan oleh pihak masyarakat oleh anggotaanggotanya yang mempelajari bidang perubatan. Sebagai sebuah negara
yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara menjadi tanggungjawab
pihak pemerintah memastikan keperluan-keperluan bidang kesihatan dan
perubatan disediakan untuk masyarakatnya seperti mana yang telah
dinyatakan di dalam Perlembagaan Malaysia 1963.

Perubatan merupakan satu keperluan bagi setiap masyarakat

yang

mempunyai pegangan agama masing-masing. Oleh itu pengecualian dari


sesetengah hukum umum harus dibuat untuk membolehkan perlaksanaan
dibidang perubatan. Contohnya, pemeriksaan rapi badan manusia sama ada
hidup atau mati tanpa mencabul kehormatan seseorang, semasa hidup atau
mati dan sentiasa di dalam ketaatan kepada agama dan menyedari bahawa
Tuhan sentiasa memerhati dan mengawasi kita.

Kesedaran yang sepenuhnya perlu ada di kalangan PPP bahawa nyawa


adalah kepunyaan tuhan yang hanya dikurniakan oleh-Nya dan mati adalah
kesudahan hayat seseorang dan permulaan satu penghidupan yang baru.
Kematian adalah satu kebenaran yang teguh dan adalah kesudahan bagi
semua kecuali

Tuhan. Amalan berjuang

untuk

menyelamatkan dan

mempertahankan nyawa manusia sebaik mungkin, serta seberapa terdaya


olehnya adalah wajar seiring dengan ilmu serta pengetahuan yang telah di
perolehi oleh setiap pengamal perubatan (PPIM, 1981) . Oleh itu sebagai PPP
hendaklah menjadi penggerak kepada kehendak Tuhan sebagai pencipta
supaya nyawa dan kesihatan insan dipelihara. Memelihara nyawa seseorang
hendaklah

merangkumi

penghormatan

terhadap

kemuliaan,

perasaan

kelembutan orang itu dan juga tanpa mencabul sentimen dan anggota
tubuhnya. Amalan ini selaras dengan kod etika yang telah di wujudkan dalam
garispanduan untuk Penolong Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan
Malaysia Bahagian Pembangunan Keluarga (KKM 2002). Seorang pesakit
berhak menerima layanan yang sepatutnya, penjagaan dan perasaan selamat
semasa bersama-sama seorang PPP. Keistimewaan seorang PPP yang
diberi pengecualiaan dari sesetengah hukum umum hendaklah disertai
dengan rasa tanggungjawab yang lebih dan menjalankan tugasnya dengan
penuh teliti dan cemerlang dibawah pemerhatian tuhannya. Muhamad s.a.w
bersabda kecemerlangan memerlukan kamu menyembah Allah s.w.t seolaholah kamu melihat-Nya, walaupun kamu tidak melihat-Nya Allah s.w.t sentiasa
melihat kamu. Oleh itu sebagai seorang PPP hendaklah bersyukur dan
10

sentiasa memohon pertolongan dari Tuhan-Nya agar diberi petunjuk dan


hidayah di dalam memberikan kidmat kepada masyarakat. Disamping itu PPP
hendaklah sentiasa merendah diri, bebas dari keangkuhan dan kemegahan
dan tidak bercakap besar atau mengagong-agongkan diri sendiri melalui
percakapan, penulisan atau pengiklanan secara langsung atau tersembunyi.
Mengamalkan prinsip Percaya Kepada Tuhan sangat penting didalam,
menunaikan hak-haknya, menyedari keagungan-Nya, mentaati perintah-Nya,
menjauhi larangan-Nya dan mematuhi-Nya di dalam persembunyian atau di
khalayak ramai. Mahathir Mohamed (1998) menjelaskan bahawa masyarakat
yang kukuh dengan para warganya mempunyai ciri-ciri moral beretika serta
nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dapat membentuk masyarakat
kearah pencapaian matlamat dan wawasan kerajaan. Di sinilah peranan serta
tanggungjawab sebagai seorang PPP yang perlu diamalkan didalam tugas
seharian disamping mempunyai sikap yang bijaksana dan boleh menjadi
penasihat yang menarik. Ia hendaklah menjadi pengalak, tidak lemah
semangat, berwajah tersenyum, penyayang, penyabar dan tidak pembenci. Ia
tidak mungkin tunduk kepada perasaan dengki atau kurang rasa belas
kasihan. Ia mestilah menjadi alat kepada keadilan, kemaafan dan bukan
menghukum, pelindung dan bukan pendedah. Memiliki sifat-sifat serta nilainilai murni sebagai seorang insan yang dapat mengawal diri daripada
melakukan kesilapan amatlah penting sebagai seorang PPP. Sifat-sifat ini
akan terbentuk apabila kita mempunyai hubungan yang baik dengan tuhan
dan menjaga hubungan baik sesama manusia. Menjadi seorang yang tenang
dan tidak gopoh walau pun ketika ia benar, jujur di dalam percakapan
walaupun bila bergurau, lembut suaranya dan tidak kasar, bersih serta kemas
dan tidak selekeh atau kusut-masai, boleh dipercayai dan didorongi supaya di
hormati, bersikap sopan di dalam urusannya dengan yang kaya atau miskin,
rendah atau tinggi kedudukannya, dapat mengawal ketenangan hatinya
dengan baik dan tidak mungkin mengkrompromi kemuliaannya, tetapi lembut
dan forebearing.

11

Mempamerkan contoh yang baik seperti

menjaga kesihatan sendiri

merupakan imej kepada profesion sebelum menjaga kesihatan orang lain.


Adalah tidak wajar baginya jika segala peraturan yang dianjurkannya tidak
dituruti oleh diri-nya sendiri. Ia tidak sepatutnya membelakangkan diri
terhadap pengajaran dari kemajuan ilmu perubatan, kerana ia tidak boleh
mempengaruhi pesakitnya kecuali dia sendiri menunjukkan bukti yang
meyakinkan. Kesemua nilai-nilai murni tersebut adalah penting untuk
memastikan pencapaian misi dan visi negara untuk melahirkan sumber
manusia yang mempunyai kualiti bertaraf dunia (Institut Tadbiran Awam
Negara, 1994).

Mempunyai satu tahap pengetahuan ilmu hukum, ibadah dan asas ilmu
agama adalah penting untuk membolehkannya memberi nasihat kepada
pesakit yang memerlukan panduan mengenai kesihatan dan keadaan tubuh
badan untuk dikaitkan dengan ibadah (Hamid Arsad, 2007). Manusia boleh
terdedah kepada gejala penyakit atau keadaan fisiologi seperti hamil, dan
perlu mengetahui hukum berkaitan dengan sembahyang, puasa, menunaikan
haji, merancang keluarga dan lain-lain.

Adakalanya larangan boleh diketepikan bila perlu, namun sebagai seorang


PPP yang mengamalkan agama sebagai prinsip hidup hendaklah memahami
serta dapat membezakan antara halal dan haram semasa menyampaikan
perkidmatan kepada masyarakat seperti penggunaan ubat-ubatan, vaksin
atau rawatan terapi yang bercanggah dengan agama. Sebagai salah satu
profesion di bidang perubatan, PPP merupakan seorang ahli masyarakat
didalam erti kata yang sebenarnya dengan menjaga dan memelihara
masyarakatnya. Muhammad s.a.w pernah bersabda Agama itu merupakan
penasihat yang terbaik dan pelopor kepada pemimpin dan masyarakat.. Oleh
yang demikian adalah amat penting prinsip kepercayaan kepada tuhan
menjadi pegangan asas dan amalan yang utama didalam profesion sebagai
seorang Penolong Pegawai Perubatan bagi menyelamatkan agama, manusia,
12

masyrakat, dan negara. Kepercayaan kepada tuhan yang benar yang


berdasarkan kepada petunjuk dengan nilai-nilai murni, keadilan yang mutlak,
hukum-hukum yang seimbang yang ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa
menjadi pengawal , pendinding, yang senantiasa mengawasi tingkahlaku dan
perbuatan setiap insan. Secara tidak langsung prinsip yang diamalkan akan
menjamin kualiti perkidmatan yang akan diberikan kepada masyarakat.

(2) Kedaulatan Undang-Undang

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat


sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi
semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada
Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.
Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan
stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman
yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan
makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota
masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang
kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat. Hakhak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar
undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan

Negara.

Hak-hak

dari

kebebasan

yang

dijamin oleh

Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada


dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2007) mentakrifkan kedaulatan sebagai


kekuasaan yang tertinggi. Ia merupakan system peraturan yang namakan
undang-undang atau akta Negara. Undang-undang yang telah diluluskan oleh
Parlimen mesti dihormati dan dipatuhi oleh semua pihak atau lapisan
13

masyarakat demi memelihara keamanan, kesejahteraan dan pada amnya


kebaikan manusia sejagat. Malaysia adalah negara rule of law atau negara
yang tertakluk kepada lunas undang-undang yang mengimbangi kuasa serta
fungsi perundangan, eksekutif dan kehakiman.
Akta 180 iaitu Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan PeraturanPeraturan
amalannya

Pembantu

Perubatan

(Pendaftaran)

oleh Parlimen telah

1979

yang

diluluskan

menekankan akan amalan beretika

merupakan teras kepada kebolehpercayaan seseorang Penolong Pegawai


Perubatan

menjalankan

tugasnya

mengikut

piawaian

amalan

yang

sepatutnya. Akta ini mula berkuatkuasa pada 14 Februari 1980 di


Semenanjung Malaysia manakala 1 November 1980 di Sabah dan Sarawak
bertujuan

mengawal

tatakelakuan

Pembantu

Perubatan

termasuk

pelaksanaan Kod dan Etika Pembantu Perubatan. Mana-mana perlakuan


yang bertentangan Akta dan Kod Etika yang ditetapkan dilihat mempunyai
kecenderungan kepada ketidakakuran kedaulatan undang-undang negara. Ia
bukanlah bermakna bahawa ketidakakuran itu merupakan pengkhianat
kepada negara tetapi menjelaskan bahawa undang-undang yang melindungi
kepentingan semua pihak seolah-olah tidak diendahkan. Bentuk-bentuk
hukuman merujuk kepada jenis-jenis pelanggaran menggambarkan bahawa
undang-undang itu tidak berkompromi keatas pesalah. Justeru, Penolong
Pegawai Perubatan seharusnya memahami dan mematuhi setiap peraturan
yang ditetapkan bagi menjami kedaulatan undang-undang yang berkaitan
dengan amalannya sentiasa terpelihara.

(3) Kesopanan dan Kesusilaan

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk


seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.
Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang
14

angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.


Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip
ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem


sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri
dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di
sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh. Rakyat akan menikmati
kehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik,
bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya
ketahanan yang tinggi.

Prinsip ke lima dari Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan


menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang individu.
Tujuannya ialah untuk membentuk warga negara yang bersopan santun dan
bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang
dijalankan oleh kerajaan.

Dalam konteks pekerjaan, sekiranya setiap Penolong Pegawai Perubatan


mempunyai sikap bersopan santun dan bersusila semasa menjalankan tugas
maka setiap pesakit yang dirawatinya pasti sedikit sebanyak akan merasa
dihargai dan merasakan kita bersimpati terhadap kesakitan yang
ditanggungnya. Sifat individu atau pekerja yang bersopan santun dan
bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks
perhubungan antara perawat dan pesakit dalam masyarakat pelbagai kaum di
negara ini. Sebagai contoh Penolong Pegawai Perubatan yang berjiwa bebas,
tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan
apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai masalah.

15

Prinsip kesopanan dan kesusilaan akan dapat memberikan budaya kerja yang
cemerlang kepada sesuatu Profesion. Budaya kerja ialah cara kerja yang
berdasarkan kepada suatu sistem nilai yang dipegang oleh setiap pekerja
dalam organisasi. Cara melakukan kerja itu diamalkan seperti sudah menjadi
kebiasaan atau tradisi kepada sesuatu organisasi tersebut.

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam sektor kerajaan amat
ditekankan terutamanya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Penolong
Pegawai Perubatan selaku barisan hadapan di semua hospital mahupun
klinik-klinik kesihatan di seluruh Negara perlu mengamalkan sikap ini.
Himpunan nilai dan moral adalah menjadi piawai bagi tingkahlaku seseorang
Penolong Pegawai Perubatan bagi meningkatkan etika kerja sehari-hari.
Kualiti unggul akan terbit dari individu yang mematuhi kehendak nilai-nilai
murni dan moral.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk


seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi
yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan
mewujudkan persekitaran yang kondusif semasa bekerja. Tatasusila ini
membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau
menyinggung perasaan seseorang pesakit atau sesuatu golongan.

Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu tahap kesusilaan yang tinggi
dalam kedua-dua kehidupan individu yang bekerja dan masyarakat sekeliling.
Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara
dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Mengikut prinsip ini, setiap Penolong Pegawai Perubatan perlu mempunyai


semangat untuk terus berbakti kepada nusa dan bangsa seiring dengan visi,
misi, serta budaya kerja dan moto Kami Sedia Membantu Kementerian
Kesihatan Malaysia. Dengan kata lain setiap pekerja perlu memanfaatkan
16

masa bekerja sebaik-baiknya. Tiada istilah buang masa jauh sekali melewat
lewatkan tugasan yang sepatutnya dilaksanakan. Nilai teras ini perlu sebati
dalam diri setiap Penolong Pegawai Perubatan yang menjalankan tugas
mereka bagi melonjakkan lagi tahap profession di mata masyarakat.

Meningkatkan kesedaran, komitmen dan budaya berkerjasama dalam usaha


meningkatkan integriti dalam amalan kerja seharian. Menggalakan semangat
bertangungjawab di kalangan Penolong Pegawai Perubatan serta mendorong
perkembangan

tahap

kesusilaan

dan

mendorong

perkembangan

kesejahteraan masyarakat.

Semangat setiap pekerja yang mempunyai kesopanan dan kesusilaan yang


dihayati sepenuhnya akan mempengaruhi sikap, pemikiran dan nilai kerja
seharian. Hasilnya dapat dilihat melalui peningkatan produktiviti serta
kecekapan melaksanakan tugasan mengikuti waktu yang ditetapkan.Begitu
juga dengan sikap sentiasa berwaspada dan menilai diri supaya tidak
melakukan kesilapan ketika melakukan sesuatu pekerjaan. Melakukan
sesuatu tugasan penuh berhemah dan berhati hati menjadi lambang
keprihatinan

Penolong

Pegawai

Perubatan

terhadap

amanah

yang

dipertanggungjawabkan. Seseorang Penolong Pegawai Perubatan yang


bertanggungjawab seharusnya memiliki kepercayaan kepada diri sendiri,
sikap nilai, percaya dan mempercayai, dan juga menghormati pekerja
bawahan. Bagi membentuk budaya kerja yang berkualiti, beberapa ciri yang
perlu ada oleh setiap Penolong Pegawai Perubatan iaitu mesti ada komitmen,
mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada
batasan masa untuk cemerlang.

Memahami makna sebenar bekerja dengan kesopanan dan kesusilaan berkait


rapat dengan keikhlasan dan salah satu jenis ibadat kepada Allah S.W.T dan
mengharapkan keredaannya menjadikan seseorang pekerja itu takut untuk
melakukan sebarang penyelewengan yang melanggar hukumnya.
17

Jesteru, dalam era globalisasi serta liberalisasi Penolong Pegawai Perubatan


seharusnya mengorak langkah lebih kehadapan dalam soal pekerjaan dengan
menjana ide-ide,berfikiran positif, inovatif dan sentiasa mempertingkatkan
mutu perkhidmatan kearah kecemerlangan yang berterusan untuk profesion
mahupun

masyarakat

amnya.

Penolong

Pegawai

Perubatan

perlu

mewujudkan mindset yang beoreintasikan kecemerlangan supaya lebih


komited kepada matlamat Kementerian Kesihatan Malaysia.

Perkhidmatan awam kini perlu bergerak seiring dengan kemajuan dan


pembangunan Negara. Untuk itu, sebagai penjawat awam Penolong Pegawai
Perubatan hendaklah sentiasa mempunyai daya saing, maju dan tahan serta
berusaha dengan penuh semangat untuk melakukan yang terbaik dalam
segala tugas yang diamanahkan.Kesopanan dan kesusilaan menjadi prinsip
yang patut menjadi teras kearah ini.

Penolong Pegawai Perubatan juga haruslah mempunyai moral yang tinggi,


menghormati orang lain dan menghindarkan dirinya daripada membangkitkan
persoalan-persoalan yang sensitif kepada sesuatu kaum seperti hal-hal yang
berkaitan dengan ketaatan seseorang rakyat atas dasar asal keturunan
kaumnya, bahasa, kebudayaan serta agama dan kepercayaan terutamanya
semasa merawat pesakit.

Tanggal 20 April 2009, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah


melancarkan program penerapan budaya korporat bermottokan "KAMI SEDIA
MEMBANTU". Penerapan budaya korporat perlu dizahirkan oleh setiap
Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas di Kementerian Kesihatan
Malaysia. Semangat kerjasama kerja berpasukan perlu dipupuk bagi tujuan
ini.

18

Senario seperti ini selalu terjadi di hospital contohnya, ada seorang pesakit
yang mengalami kepatahan tulang disebabkan oleh kemalangan jalanraya,
bagi merawat pesakit ini memerlukan kerjasama sebuah pasukan dari awal
lagi. Iaitu dari mula pesakit itu mengalami kecederaan, beliau akan dibawa
oleh pasukan ambulance yang terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan
(PPP), Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK) dan pemandu ke hospital
berdekatan.Pesakit akan dirawat oleh Pegawai perubatan ,Pesakit juga perlu
dibuat X-ray oleh juru xray bagi melihat tahap kecederaan tulang itu, dan
selepas rawatan diberi seperti plaster of paris (POP) atau pun perlu dilakukan
pembedahan ia akan disusuli dengan rawatan 'dressing' luka oleh jururawat
sehingga dibuat susulan fisioterapi oleh ahli fisioterapi untuk melatih pesakit
untuk berjalan semula. Jika dilihat disini seorang pesakit itu akan dirawat oleh
pelbagai disiplin dan profesion dalam KKM yang merupakan sebuah pasukan
yang saling bekerjasama erat untuk mencapai sesuatu matlamat itu tanpa
mengira agama dan bangsa.

Walaupun Penolong Pegawai Perubatan bekerja dengan mendapat gaji dan


elaun, secara bulanan tetapi perlu disemai sifat keikhlasan semasa
menjalankan tugas supaya tugas yang dijalankan mencapai objektif dan
sempurna. Disamping itu juga, kerja yang yang dibuat dengan hati yang ikhlas
akan

memberikan

kepuasan

dan

kegembiraan

dihati

pekerja

yang

menjalankan tugas.

Nilai-nilai teras yang dinyatakan dalam budaya korporat yang mempunyai


hubungkait dengan nilai nilai kesopanan dan kesusilaan ialah sikap
penyayang iaitu komited untuk menerima pelanggan dengan sikap ramah
mesra dan penuh perhatian. Bersedia memberi layanan dengan bersopan
santun, responsif dan menghormati hak individu. Dan bertanggungjawab
memberi perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Profesionalisme bermaksud kami komited untuk memberi perkhidmatan yang


19

terbaik merangkumi etika dan taraf kerja yang dikehendaki serta prinsip
anggota

yang

perkhidmatan

bertanggungjawab.
cemerlang

dan

Kami

sentiasa

percaya
bersedia

dalam

memberikan

memenuhi

harapan

masyarakat dan kerja berpasukan pula bermaksud kami komited untuk


bekerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi mencapai matlamat yang
sama.

Kesimpulan

Sebagai sebuah dokumen yang amat komprehensif, rukun negara menuntut


dicipta satu masyarakat demokratik, adil, saksama dan liberal. Ia merupakan
pedoman negara dan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dalam
menentukan kehidupan dan masa depan bangsa dan negara.

Rukun Negara dicipta ekoran daripada pergolakan antara kaum yang berlaku
pada 13 Mei 1969. Tragedi ni telah menyebabkan semua rakyat Malaysia
mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan
damai serta dapat menghindari sifat curiga- mencurigai antara satu sama lain.
Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh
semua negara di dunia termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa
perpaduan, sesebuah negara itu akan menjadi lemah, sukar untuk
dibangunkan dan mudah diancam sama ada oleh kuasa luar atau dalam
negara itu sendiri.

Oleh itu kewujudan Rukun Negara ini menjadi satu titik permulaan ke arah
pencapaian perpaduan dalam kalangan semua etnik di Malaysia. Perpaduan
kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia
termasuklah Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan, sesebuah negara
itu akan menjadi lemah, sukar untuk dibangunkan dan mudah diancam sama
ada oleh kuasa luar atau dalam negara itu sendiri.
20

Mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu


padu, bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat
menghormati di antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat
membantu

negara

pertumbuhan

kita

ekonomi,

mempertingkatkan
mengekalkan

dan

kestabilan

mempergiatkan
politik

dan

lagi

sistem

pemerintahan negara yang bersifat liberal dan demokratik.

Rentetan beberapa peristiwa kebelakangan ini memberikan gambaran


bahawa prinsip Rukun Negara seolah-olah sudah dilupakan serta tidak lagi
relevan dalam konteks kehidupan hari ini. Tindakan seperti mempertikaikan
kuasa Raja-Raja Melayu; kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi;
kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta protes dan
demonstrasi jalanan memberi gambaran jelas bahawa prinsip seperti
Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan dan
Kedaulatan Undang-Undang sudah tidak lagi diambil kira apabila pihak yang
terbabit membuat percaturan. Justeru, penghayatan dan pengalaman prinsip
Rukun Negara merupakan elemen yang perlu diberi perhatian secara
berterusan bagi melahirkan Bangsa Malaysia bertoleransi, memiliki jati diri
yang kuat, dinamik dan progresif sejajar dengan matlamat Wawasan 2020.
Pengadaptasian prinsip Rukun Negara dalam kehidupan merupakan suatu
transformasi bangsa yang memiliki kepelbagaian ideologi kepada satu
ideologi yang bertunjangkan semangat kewarganegaraan Malaysia.

Apabila Penolong Pegawai Perubatan menghayati maksud Rukun Negara


dengan sepenuhnya, maka ia akan memudahkan proses pentadbiran
pengurusan dan klinikal kerana Penolong Pegawai Perubatan mula sedar
tentang konsep hormat-menghormati antara satu sama lain tanpa menggira
peringkat umur, taraf pendidikan, warna kulit, latar belakang dan budaya
sesuatu masyarakat setempat. Sehubungan dengan itu matlamat Rukun
Negara dapat dicapai dengan mudah tanpa prajudis.
21

Seseorang Penolong Pegawai Perubatan yang berpegang kepada ajaran


agama yang dianutinya maka ia dapat menjalankan tanggungjawab yang
diamanahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan berkesan dan
efektif. Oleh itu seseorang PPP dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab
mengikut Standard Operation Prosedure (SOP) yang ditetapkan berpandukan
kepada ajaran agama islam, maka penilaian masyarakat terhadap PPP
amatlah tinggi.

Penolong Pegawai Perubatan sentiasa diingatkan tentang menghormati


undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan disisi undang-undang.
Sentiasa memelihara peraturan dan Akta yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. Hak-hak individu wajib dipelihara bagi
meningkatkan mutu dan perkhidmatan pengurusan dan klinikal. Oleh itu
seharusnya di gubal dan dipinda Akta Pembantu Perubatan kepada Akta
Penolong

Pegawai

Perubatan

selaras

dengan

kemajuan

teknologi,

permintaan dan kehendak masa kini.

Penolong Pegawai Perubatan seharusnya memiliki sikap sopan santun dan


bertatasusila,

nilai-nilai

murni

melambangkan

keperibadian

seseorang

penjawat awam. Ia akan menjamin kehidupan budaya penyayang, saling


hormat menghormati dan harmoni.

Dengan ini jelaslah bahawa penerimaan masyarakat umumnya dan Penolong


Pegawai Perubatan khasnya terhadap prinsip-prinsip Rukunegara dan
mengamalkannya pula dalam kehidupan sosial seharian , sudah pasti dapat
membantu melahirkan perpaduan sosial

dalam

mana-mana

anggota

masyarakat di negara ini tanpa mengira agama dan keturunan. Bahkan ia


juga

dapat

meringankan

perasaan kegelisahan,

tekanan

hidup

dan

mengurangkan kesan krisis dalam kehidupan masyarakat dan negaralantaran


perkhidmatan dapat diberikan tanpa sebara prijudis. Di samping itu, melalui
amalan-amalan kepada prinsip-prinsip Rukunegara di kalangan rakyat dapat
22

menjamin kewujudan sistem kerajaan yang bersifat demokratik dan stabil


dimata masyarakat umumnya.

Tidak ada pihak yang mampu menafikan bahawa Malaysia adalah antara
negara yang paling aman, makmur lagi sejahtera di dunia. Berdekad lamanya
rakyat dari satu generasi ke satu generasi, dari kaum yang berbilang bangsa,
hidup bersama tanpa timbul masalah besar.

Janganlah kita menggadai keamanan yang dikecapi hanya kerana perasaan


iri hati dan ketidakpuasan yang tidak dikongsi majoriti rakyat. Jangan kita lupa
bahawa iklim kemakmuran dan keamanan negara yang selama ini dikecapi
hanyalah mainan mimpi bagi sesetengah rakyat negara asing.

23

RUJUKAN:
Ahmad Fawzi Basri dan Abdul Halim Ahmad ed. (1987M), Isu-Isu Perpaduan
Nasionl : Cabaran, Pencapaian dan Masa Depan. Kedah: Universiti Utara
Malaysia.
Ahmad M. Raba, (2001) Major Personalities in The Quran, Kuala Lumpur:
A.S. Noordeen
Asnarulkhadi, A. S. & Jayum, A. J. (1997) Kenegaraan Malaysia, Serdang:
Penerbit Universiti Putera Malaysia.
Hamid Arsad (2007) Falsafah dan Amalan dalam Perubatan Islam, Persatuan
Perubatan Islam Malaysia, Kuala Lumpur.
http://library.kkdn.gov.my/documents/Rukun%20Negara.pdf
(Carian: 3 Oktober 2010)
http://www.penerangan.gov.my/myperkasa/?p=37
(Carian: 3 Oktober 2010)
http://www.scribd.com/doc/13947808/Rukun-Negara
(Carian: 4 Oktober 2010)
http://www.obeyone.com/?page_id=156
(Carian: 4 Oktober 2010)
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Korporat
(Carian: 3 Oktober 2010)
Institut Tadbiran Awam Negara, (1994) Citrakarya: Falsafah, Nilai dan Etika
dalam Perkhidmatan Awam, Malaysia, Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam
Negara.
IPMR (2008) Rukun Negara Amalan Hidup Rakyat Malaysia, Cetakan
pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan Malaysia.
ITNMB (2008) Perjanjian dan Dokumen Lama Malaysia 1791-1965, Edisi
Kedua, Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.
PIN (2006) Pelan Integriti Nasional, Edisi Ringkas. Institut Intergriti Malaysia.
Kuala Lumpur.
KKM (2002) Garispanduan Amalan Penolong Pegawai Perubatan Di
Perkhidmatan Kesihatan Awam. Cetakan Pertama. Bahagian Pembangunan
Kesihatan Keluarga KKM Putrajaya.
24

Lembaga Pembantu Perubatan (1997) Kod Etika Pembantu Perubatan


(Penolong Pegawai Perubatan), Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia.
Mahathir Mohamed, (1998) Petikan ucapan semasa melancarkan Gerakan
Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia,
di Ibu Pejabat BPR Malaysia, Kuala Lumpur.
M. Kamal Hassan, (2004) Kepincangan Nilai dalam Masyarakat Global,
Kolokium Pengukuhan Integriti, Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam
Malaysia.
Mustafar Ali dan Kadir Dikoh (2004) Perlaksanaan Pelan Integriti Nasional
Secara Berkesan, Kolokium Pengukuhan Integriti, Kuala Lumpur: Institut
Kefahaman Islam Malaysia.
Mustafa Kamil Ayub. (1994) Menangani cabaran membina kecemerlangan
tamadun ummah, Kuala Lumpur: Budaya Ilmu Sdn.Bhd.
PPIM (1981) Kod Etika Perubatan Islam, Persidangan Antarabangsa
Perubatan Islam, Kuwait.
Sidek Hassan (2007) Garis Panduan Bagi Mempertingkatkan Tadbir Urus
Dalam Sektor Awam, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.
Wan Halim Othman (1993) Panduan Pembinaan Warga Malaysia, Institut
Kajian Dasar, Kuala Lumpur.

25

Anda mungkin juga menyukai