Anda di halaman 1dari 15

BAB 1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH PENYELIDIKAN

DALAM PENDIDIKAN

kenyatan khusus kepada kenyataan umum.Seseorang penyelidik membuat


pemerhatian terhadap peristiswa-peristiswa tetentu (fakta-fakta
konkrit). Setelah penyiasatan, beliau akan membina jangkaan tertentu.

1.1 Tujuan penyelidikan dalam pendidikan


Menurut Gorg & Gall (1989), penyelidikan mempunyai rasional yang tertentu ke
arah menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Menurut Weber
(1993), penyelidikan dapat membantu penyelesaian masalah yang dihadapi
dalam kehidupan. Secara kesimpulan, rasional membuat penyelidikan adalah
berasaskan sebab-sebab berikut.

Membuat jangkaan terhadap sesuatu fenomena yang bakal berlaku


(prediction).
Penyelidikan dapat menyediakan maklumat yang penting berkaitan
dengan fenomena yang dijangkakan, contohnya, jangkaan terhadap
pencapaian pelajar dalam sesuatu peperiksaan.

Membuat penambahbaikan terhadap sesuatu keadaan atau program


(Improvement)
Dapatan kajian dapat membantu individu, kumpulan atau organisasi
untuk memperbaiki program yang sedia ada dan juga sebagai asas untuk
memperbaiki kelemahan yang ada.

Memberi penjelasan (explanation)


Penyelidikan dapat menjelaskan fenomena yang dikaji.

Menyediakan deskripsi sesuatu fenomena. (Description)


Dapat menyediakan deskripsi berkaitan dengan bidang yang dikaji
dalam membantu untuk memahami fenomena yang dikaji.
Menyediakan maklumat statistik yang diperlukan oleh pihak
tertentunya. Contohnya, Policy Makers.

Membantu menyelesaikan masalah (Problem Solving)


Dapat membantu ke arah penyelesaian terhadap sesuatu masalah
yang timbul
1.2 Ciri-ciri penyelidikan dalam pendidikan
Penyelidikan sebagai pendekatan yang saintifik dalam menghasilkan ilmu
mempunyai dua ciri utama, iaitu ia dijalankan mengikut langkah-langkah
yang logikal dan mematuhi kaedah saintifik.
(a) Langkah-langkah logikal

Mengenal pasti keaslian masalah yang dikaji dan bidang pengetahuan


berkaitan.

Melakukan tinjauan literatur untuk memahami bagaimana orang lain


telah menghadapi/ menyelesaikan masalah/isu.

Pengumpulan data secara tersusun dan terkawal untuk memperoleh


keputusan yang sah.

Menganalisis data yang setimpal/berkaitan dengan masalah/isu.

Membuat kesimpulan dan generalisasi.


(b) Penyelidikan perlu mematuhi suatu kaedah saintifik. Ini bermakna ia dapat
mengintegrasikan keterangan induktif dan deduktif.

Keterangan Induktif : daripada kenyataan

1.3

Keterangan Deduktif : daripada kenyataan umum kepada kenyataankenyataan khusus Kalau Encik A guru tidak terlatih, beliau tidak akan
menggunakan ABM/ABPP semasa dia mengajar

Pendekatan inkuiri dalam penyelidikan pendidikan

a. Pendekatan positivist

Proses penyelidikan dilakukan secara objektif

Menggunakan instrumen untuk mengukur pembolehubah


tertentu

Data dianalisis secara numerik dan juga secara statistik

Bersifat Kuantitatif

Untuk mendapatkan penjelasan

Membuat pembuktian atau mengesahkan

Untuk membuat generalisasi


b. Pendekatan interpretive

Proses penyelidikan yang dilakukan untuk membolehkan


penyelidik memahami fenomena yang dikaji melalui penelitian kepada subjek
yang yang ada dalam fenomena itu

Makna dan kefahaman diperolehi melalui pentafsiran secara


subjektif melalui pemerhatian, dokumen atau temubual
c. Pendekatan critical

Mengkaji nilai-nilai yang ada dalam sesuatu masyarakat bagi


menentukan perkara-perkara yang kurang sesuai diamalkan

Tugas penyelidik mengutarakan pandangan dan cadangan untuk


perubahan
1.4 Pendekatan penyelidikan di sekolah
1. Pendekatan kuantitatif
Penyelidikan kuantitatif ialah penyelidikan yang sistematik berdasarkan
nilai numerikal atau statistik. Tujuannya ialah untuk :

Menguji teori

Melihat hubungkait angkubah

Menerang fenomena dari segi sebab penyebab

Membuat ramalan

Membuat tinjauan
2. Pendekatan kualitatif
Satu usaha untuk memahami sesuatu situasi itu dalam keadaannya yang
tersendiri. Bagaimana individu itu bertindak, berinteraksi, menjalani kehidupan
harian secara neutral, menunjukkan reaksi dalam menghadapi liku-liku

kehidupan yang ditempuhi, Input akhirnya ialah satu hasil kajian yang memberi
kefahaman yang mendalam mengenai kehidupan sebenar responden yang
dikaji (Patton, 1985). Tujuannya ialah:

Memerihal sesuatu fenomena untuk tujuan memahaminya

Meneroka sesuatu bidang yang belum dan kurang dikaji

Memahami perspektif responden kajian terhadap sesuatu fenomena


yang dipilih

Memahami sesuatu fenomena sosial secara mendalam

Membina teori melalui pendekatan induktif (teori yang dibina


berasaskan data kajian)
3.
PERKARA
Istilah
yang
berkaitan
dengan
pendekat
an

Konsep
utama

Gabunga
n teori

Perbezaan Ciri-ciri Penyelidikan Kuantitatif dan


Penyelidikan Kualitatif
KUANTITATIF
Eksperimental
Hard data
Perspektif luaran
Empirikal
Positivist
Fakta sosial
Statistik
Etic

KUALITATIF
Etnografi (Kajian tentang sosio budaya)
Kerja lapangan
Soft data
Symbolic Interaction
Perspektif dalaman
Naturalistic
Ethnomethodologi
Diskriptif
Pemerhatian turut serta
Phenomenological
Dokumentari
Riwayat hidup
Kajian kes
Ekologikal
Emic
Pemboleh ubah
Makna
Mengoperasi
Pemahaman sejagat
Definisi
Definisi situasi
Kebolehpercayaan Kehidupan harian
Hipotesis
Pemahaman
Kesahan
Proses
Kesignifikanan
Rundingan
statistik
bertujuan praktikal
Replikasi
pembinaan sosial
ramalan
Grounded Theory

Structural
Symbolic Interaction
functionalisim
Ethnomethodology
Realism, Positivism Phenomenology
Behavioralisme
Budaya
Logical Empiricm Idealisme
Systems Theory
Gabunga Psikologi
Sosiologi
n
Ekonomi
Sejarah
Akademik Sosiologi
Anthropologi
Sains politik

Matlamat Menguji teori


Membina konsep
Memperjelaskan
Memerihal realiti pelbagai
fakta
Grounded Theory
Perihalan statistik Meningkatkan pemahaman
Hubungan antara
pemboleh ubah
Ramalan
Reka
Berstruktur
Terbuka kepada perubahan
bentuk
Ditentukan lebih Fleksibel
awal
Umum
Formal
Membuat tekaan terhadap cara
Spesifik
penyelidikan
Prosedur kajian
yang terperinci
Penulisan Panjang lebar
Ringkas
cadangan Terperinci dan jelas Spekulatif
penyelidi fokusnya
Mencadangkan bidang penyelidikan
kan
Prosedur spesifik yang hendak dikaji
dan terperinci
Ditulis selepas mendapat sebahagian
Tinjauan bahan
daripada data
kajian yang
Tinjauan bahan kajian tidak mendalam
mendalam
Pernyataan pendekatan yang umum
Ditulis sebelum
data dipungut
Menyatakan
hipotesis
Data

Persamp
elan

Teknik /
kaedah

Kuantitatif
Diskriptif
Koding boleh dikira Dokumen peribadi
Kiraan dan ukuran Nota kerja lapangan
Pembolehubah
Gambar
yang boleh
Pendapat perseorangan
didefinisikan
Dokumen rasmi
Statistik
Bahan-bahan artifak
Besar
Kecil
Berstrata
Tidak mewakili populasi
Kumpulan kawalan Persampelan teoritikal
Tepat
Perposive (bertujuan)
Pemilihan secara
rawak
Mengawal
pengganggu
pembolehubah
Eksperimen
Permerhatian
Tinjauan
Mengkaji pelbagai dokumen dan artifak
Temubual
Pemerhatian turut serta
berstruktur
Temubual tidak berstruktur
Kuasi
eksperimental
Pemerhatian
berstruktur

Hubunga
n dengan
responde
n

Alat
Kajian

Analisis
data

Permasal
ahan
dalam
menggun
akan
pendekat
an

Set data
Jangka pendek
Hubungan tidak
akrab
Mengekalkan
status sebagai
penyelidik dan
responden

Empati
Menekankan unsur kepercayaan
Kesamarataan
Hubungan mesra
Responden sebagai rakan
Mengutamakan keobjektifan

Inventori
Soal selidik
Indeks
Komputer
Skala
Ujian
Deduktif
Dilaksanakan
selepas pungutan
data
Statistikal

Alat perakam suara


Transciber
Penyelidik bertindak sebagai alat kajian

Mengawal
pemboleh ubah
yang lain
Terlalu rigid
Kesahan

Mengambil masa panjang


Kesukaran menyaring data
Kebolehpercayaan
Prosedur tidak rigid
Sukar mengkaji responden yang besar
jumlahnya

Informed Consent merujuk kepada kebenaran yang diberi oleh responden


setelah memahami beberapa perkara berikut:
o Matlamat dan tujuan kajian
o Apa yang dikendaki oleh responden
o Semua akibat yang mungkin timbul daripada penglibatan/ tidak dalam
penyelidikan.
o Sekiranya fokus atau sampling berubah, perundingan semula perlu dibuat
Dalam kes yang melibatkan responden yang kurang berupaya untuk
memberi kebenaran seperti ada penyakit mental atau kanak-kanak,
cadangan kajian mesti diterangkan dan justifikasi prosedur untuk
melindungi hak responden.
2.

Berterusan
Model, tema dan konsep
Induktif
Analisis bersifat induktif
Constant Comparative method

1.5 Etika dalam penyelidikan pendidikan

Penglibatan (Participation)

o
Bakal responden perlu diberitahu tentang matlmat, kaedah, faedah dan
masalah yang mungkin timbul dalam kajian.
o
Mereka juga patut diberitahu setakat mana penglibatan mereka dalam
penyelidikan tersebut.
o
Mereka perlu diberitahu penarikan diri dalam kajian tidak membawa apaapa kesan negatif
o
Mereka boleh membuat komplain terhadap tingkahlaku penyelidik dengan
mengikut prosedur tertentu.
3. Kerahsiaan (Confidentiality)
o
Cadangan dan pelan kajian mesti menyatakan bagaimana kerahsian
maklumat dijamin berkesan.
o
Perlindungan hak responden diutamakan.
o
Prosedur tidak telalu rigit yang mengongkong respondent.
Pengkaji mungkin boleh berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan
dalam komuniti penyelidikan
4. Anomiti
o
Penyelidik mesti menjamin anomiti kepada peserta, contohnya identiti
respondent.
5. Rundingan (Negotiation)
Rundingan melibatkan perkara-perkara berikut:
Mendapat kebenaran dari institusi
Mendapat kebenaran untuk access data
Penggunaan data
Penulisan laporan
Melindungi peserta daripada masalah yang timbul

a)
Etika penyelidikan
Etika penyelidikan merujuk kepada peraturan-peraturan/ code atau satu set
prinsip/nilai moral yang berperanan sebagai panduan dalam menjalankan
penyelidikan. Para penyelidik perlu menunujukkan perlakuan yang mematuhi
etika semasa menjalankan penyelidikan.

a)
Kod etika penyelidikan
Dalam etika penyelidikan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian oleh
penyelidik seperti berikut:

o
Bagaimanakah prosedur rundingan yang boleh diikuti oleh
Penyelidik?
Mendapat kebenaran secara formal daripada pihak berkenaan untuk
menjalankan kajian.
Memberi rangka projek/cadangan/pelan kepada guru besar/pengetua
sekiranya penyelidikan dijalankan di sekolah.

1. Mendapat Kebenaran (informed consent)


Isu mendapat kebenaran daripada responden untuk kajian adalah kompleks.

Rangka/pelan/cadangan harus menerangkan dan justifikasi prosedur yang


akan diiukti untuk clearing data field berkait dengan peserta seperti
transkrip, nota pemerhatian, bukti dokumen dan memasukkan data ini dalam
laporan akhir atau teks umum.
Terangkan makna anomiti dan kerahsian kepada peserta kajian.
Tentukan sama ada peserta akan menerima satu salinan laporan dan/atau
draf laporan atau transkrip temubual.
Beritahu peserta apa yang dibuat dengan maklumat yang diberi.
Sediakan satu rangka tujuan dan keadaan kajian untuk peserta.
Jujur tentang tujuan kajian dan keadaan dalam mana kajian dijalankan.
Perundingan amat penting untuk menjayakan penyelidikan.
BAB 2 : JENIS PENYELIDIKAN
2. 1 Jenis-Jenis Penyelidikan
a) Penyelidikan asas
Penyelidikan yang dijalankan untuk menerbitkan dapatan baru, ilmu baru atau
teori baru. Penyelidikan asas:

Menekankan penemuan pengetahuan semata-mata untuk


pengetahuan.

Lebih menumpukan kajian teori-teori yang wujud dalam bidang


pendidikan secara lebih mendalam.

Memperoleh data empirikal yang boleh digunakan untuk


mengembangkan dan menilai teori.

Kurang berorientasikan cara-cara ke arah penyelesaian masalah praktis


b)
Penyelidikan gunaan

Bertujuan untuk menyelesaikan masalah praktis yang dihadapi atau


untuk menguji sesuatu teori untuk menilai kegunaannya dalam arena
pendidikan.

Dapat memberikan data sama ada menyokong sesuatu teori,


mengubah suai, atau mengembangkan sesuatu teori baru.

a) Kajian eksperimental
Peserta-peserta diagihkan secara rawak (random assignment) kepada dua
kumpulan. Kumpulan pertama diberi rawatan kaedah pertama. Kumpulan yang
kedua diberi rawatan dengan kaedah kedua. Di akhir kajian min prestasi keduadua kumpulan dibandingkan untuk mengkaji keberkesanan kedua-dua rawatan
yang telah diberikan. Andaian dibuat bahawa kumpulan-kumpulan ini tidak
mempunyai apa-apa perbezaan dalam semua aspek sebelum rawatan. . Syarat
tiada perbezaan ini ditentukan dengan cara mengawal pembolehubahpembolehubah kawalan
b)
Kuasi-eksperimental
Peserta-peserta tidak dibahagikan secara rawak. Kedua-dua kumpulan
diasingkan menggunakan pengasingan yang sedia ada. Sebelum kajian
dijalankan kedua-dua kumpulan diberikan ujian pra. Selepas itu kumpulan
pertama menjalani rawatan dengan kaedah pertama , sementara kumpulan
yang satu lagi diberi rawatan dengan kaedah kedua. Selepas tamat kajian
kedua-dua kumpulan mengambil ujian pasca. Prestasi kedua-dua kumpulan
sebelum dan selepas kajian dibandingkan untuk menentukan perbezaan
keberkesanan rawatan-rawatan yang telah diberi.
c) Kajian tinjauan
Kajian tinjauan melibatkan penggunaan soal selidik atau penggunaan
maklumat statistik untuk mengumpulkan data mengenai sesuatu populasi,
pemikiran atau tingkahlaku mereka.
Statistik deskriptif: min, mod, median, peratus, kekerapan

d)
Kajian korelasi
Menentukan perhubungan di antara dua pembolehubah yang dapat diberikan
nilai numerikal

c) Penyelidikan tindakan
Kajian tindakan dalam pendidikan ialah kajian yang dijalankan oleh guru untuk
meningkatkan keberkesanan pengajaran (Carl Glickman, 1992)
d)
Penyelidikan penilaian
Penyelidikan penilaian ialah penyelidikan yang dilakukan untuk menilai sesuatu
program. Biasanya ia menilai kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan impak
sesuatu program yang telah dijalankan.
2.2 Pengenalan kepada pelbagai jenis reka bentuk
penyelidikan pendidikan

Penyelidikan kuantitatif

Penyelidikan kualitatif

a) Kajian etnografi
Satu kajian yang melibatkan sekumpulan manusia untuk mengkaji sosio
budaya mereka.
b)
Kajian kes
Menurut Merriem (1998), kajian kes digunakan untuk memahami mendalam
tentang subjek yang dikaji, memokus tentang proses berbanding output,
mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan.
Melibatkan seorang individu, sekumpulan manusia, satu masyarakat, satu bilik
darjah.
c)

Kajian sejarah

Mengkaji tentang sebab-sebab, kesan-kesan atau kecenderungan dari peristiwa


lepas yang mungkin boleh membantu untuk menerangkan perkara-perkara
pada masa sekarang dan peristiwa-peristiwa yang dijangka masa akan datang.
d)
Kajian naratif
Satu jenis kajian yang digunakan untuk memahami atau mengkaji bagaimana
manusia membina makna dalam kehidupan mereka. Ia memberi tumpuan
kepada makna yang ditafsirkan oleh manusia kesan daripada peristiwaperistiwa yang berlaku dalam kehidupan mereka.
BAB 3 PROSEDUR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN
3.1 Menyatakan masalah kajian
Masalah kajian merupakan istilah yang digunakan merujuk kepada isu atau
persoalan pokok yang kita akan kaji.
3.2 Menetapkan objektif kajian
Objektif kajian menyatakan dengan spesifik perkara-perkara yang ingin
diselidiki dalam sesuatu penyelidikan yang dijalankan. Ia juga menggambarkan
pembolehubah yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan.
3.3 Membentuk soalan kajian
Soalan kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Soalan kajian mestilah jelas,
tepat dan berfokus. Soalan kajian membantu penyelidik memberi halatuju yang
jelas kepada proses penyelidikan dan meudahkannya menulis laporan
penyelidikan
3.4 Menghasilkan hipotesis kajian
Bagi kajian kuantitatif hipotesis digunakan untuk menentukan samada sesuatu
yang dikaji itu benar atau salah, rawatan berjaya atau tidak dsbnya. (Kajian
Experimental, kuasi-experimental, korelasi)
3.5 Melakukan tinjauan literatur
Tinjauan literatur diperlukan untuk membolehkan penyelidik mengetahui
senario, perkembangan dan isu-isu yang berkaitan dengan penyelidikan yang
akan dijalankan. Ia membantu penyelidik menyatakan masalah kajian, objektif
dan persoalan kajian. Seterusnya teori-teori yang berkaitan dengan isu yang
dikaji dan dapatan-dapatan kajian yang lepas boleh membantu penyelidik
membincangkan dapatan kajiannya.
3.6 Merancang kaedah kajian
Menentukan instrumen, prosedur pelaksanaan kajian
3.7 Mereka bentuk kajian
Penyelidik perlu menentukan pendekatan kualitatif atau pendekan kuantatitaif
yang akan digunakan. Apakah jenis penyelidikan yang akan digunakan.
Penyelidik juga perlu menentukan apakah teknik pengumpulan data.
3.8 Menentukan prosedur persampelan

Persampelan merupakan aspek penting dalam penyelidikan. Sampel yang betul


perlu dipilih bagi sesuatu kajian supaya dapatan dari sampel boleh
menggambarkan ciri populasi atau menggambarkan sesuatu kes atau sesuatu
fenomena yang dikaji
3.9 Membina instrumen kajian
Instrumen ialah alat untuk membolehkan penyelidik membuat pengukuran
atau membuat pengumpulan data. Instrumen yang sedia ada boleh digunakan.
Jika instrumen belum ada penyelidik perlu membina instrumen yang diperlukan
3.10 Menyatakan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian
Instrumen yang akan digunakan perlulah ditentukan kesahannya. Terdapat
beberapa kesahan yang perlu ditentukan, iaitu kesahan kandungan, kesahan
konstruk dan kesahan muka. Seterusnya kebolehpercayaan instrumen juga
perlu ditentukan. Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan (konsistensi)
alat pengukuran
3.11 Menentukan prosedur pengumpulan data
Prosedur pengumpulan data perlu dirancang dengan teliti supaya data yang
dikumpul adalah mencukupi, tepat dan dapat menggambarkan dengan benar
persoalan, isu, fenomena atau kes yang dikaji.
3.12 Mengumpul data
Selepas membentuk persoalan kajian atau hipotesis kajian, maka data perlu
dikutip. Maklumat dapat diperolehi daripada berbagai-bagai sumber. Terdapat
berbagai strategi dan teknik yang kita gunakan untuk mengumpul data-data
atau maklumat dalam penyelidikan. Apa yang penting ialah strategi dan teknik
yang dipilih mempunyai ciri-ciri kredibiliti, keobjektifan, kebolehanpercayaan,
keesahan dan kebolehan untuk generalisasi.
3.13 Menganalisis data
Dalam langkah ini, penyelidik menganalisis data yang telah dikumpul itu
dengan menggunakan kaedah yang paling sesuai untuk membuktikan
persoalan kajian atau hipotesis yang dibentuk dapat disokong dan dan
dibuktikan kebenarannya. Analisis secara kualitatif dan juga kuantitatif dapat
dijalankan untuk menentukan sama ada objektif kajian dicapai atau tidak.
3.14 Membincang hasil kajian
Dapatan kajian haruslah dibincangkan, berdasarkan perbandingan dengan teori
dan dapatan kajian-kajian yang lepas. Hasil perbincangan akan menghasilkan
rumusan, penambahbaikan,cadangan dan Implikasi penyelidikan.

3.15 Melaporkan kajian


Setelah data diterjemah dan dibuat kesimpulan maka penyelidik perlu menulis
laporan tentang apa yang didapati dalam kajian yang telah dilakukannya.
Dalam laporan penyelidik perlu menulis tujuan kajian, menerangkan tentang
latarbelakang kajian, objektif kajian, persoalan kajian atau hipotesis kajian,
terangkan rekabentuk kajian, cara data di analisis, penerangan tentang

dapatan kajian dan juga cadangan-cadangan yang perlu bagi menjawab


masalah yang telah dikenal pasti.
BAB 4

PENYELIDIKAN TINDAKAN

(ii) Perancangan tindakan


(iii) Mengambil tindakan
(iv) Menilai
(v) Mengambil tindakan spesifik

4.1 Definisi dan konsep

Kajian yang dilakukan secara terus untuk menyelesaikan sesuatu


masalah sosial (Lewin,1946)

Satu pendekatan penyelidikan untuk mempertingkatkan kualiti


P&P(Elliot, 1981)

Kajian yang sistematik ke arah usaha-usaha untuk meningkatkan amalan


pendidikan oleh golongan yang terlibat dalam pendidikan (Ebbutt, 1995)
4.2 Ciri-ciri penyelidikan tindakan

Matlamatnya perubahan yang positif akan berlaku pada akhir penyelidikan

Kajian yang dilakukan untuk menyelesaikan masalah sosial, masyarakat,


pendidikan

Kajian untuk memperbaiki keadaan semasa

Berkaitan dengan tugasan harian

Kajian tindakan ialah suatu proses reflektif inkuiri refleksi kendiri

Pengkaji terlibat secara langsung dalam kajian

Kajian tindakan ditentukan oleh pengamal sendiri(practitioners)

Kajian tindakan dilaksanakan secara sistematik

Ada tindakan praktikal & intervensi (treatment)

Data lebih cenderung berbentuk gabungan antara kuantitatif dan kualitatif

Satu proses yang berulang atau berterusan (cyclical basis)

Lebih berfokus kepada proses berbanding output

Tidak digunakan untuk menguji hipotesis

(ii) Model John Elliott


John Elliott (1991) menyatakan model Kemmis terlalu ringkas lalu mereka
sebuah model lingkaran seperti Kemmis tetapi menunjukkan proses-proses
dengan lebih terperinci.

4.3 Kepentingan penyelidikan tindakan

Untuk menambahbaik pengajaran &pembelajaran

Meningkatkan kualiti diri sebagai pendidik

Memperbaiki keadaan tempat kerja

Meningkatkan kepuasan bekerja

Peluang untuk membuat perubahan ke arah peningkatan


profesionalisme (hasil pengupayaan)

Pembangunan profesionalisme
4.4.

Model-model kajian tindakan

(i) Model Stephen Kemmis


Lingkaran kedua
Lingkaran pertama
(i) Mengubah rancangan
(i) Merancang (plan)
(ii) Bertindak
(ii) Bertindak (act)
(iii) Memerhati
(iii) Merefleksi (reflect)
(iv) Merefleks
kajian tindakan Kemmis di huraikan lagi ke bentuk yang lebih kompleks
melibatkan 5 fasa yang berlainan iaitu :
(i) Diagnosis

(iii)- Model Dave Ebbutt

(iii) Model Dave Ebbutt


Dave Ebbutt (1985) memperkenalkan model kajian tindakan yang berbentuk
kitaran di mana dalam sebuah kitaran akan berlaku maklumbalas sama ada
maklumbalas itu berlaku dalam kitaran atau di antara kitaran

(vi) Model Kurt Lewin


1.
2.
3.
4.
5.
6.

MenganalisisMasalah (Perbincangan penyelidik guru &pensyarah Tinjauan karya)


konseptualisasi Masalah: Prinsip/Teori Berhubung Dengan Masalah
Pembentukan Pelan Tindakan & Penetapan Alat Kajian Kaedah
Penilaian
Pelaksanaan Tindakan
Mengutip dan menganalisis data
Refleksi dan penilaian

(iv) Model Jack Whitehead


Model ini berkaitan dengan living theory (teori kehidupan). Model ini memberi
tumpuan kepada peningkatan kualiti diri seseorang yang berkaitan dengan
konsep kendiri, komitmen, prinsip hidup, kualiti kerja dan sebagainya akibat
daripada kajian yang berterusan melibatkan pengumpulan data atau
maklumat, membuat penilaian, mengubahsuai idea dan tindakan.

(v) Model Jean mcnif


Model Jean McNiff adalah model yang diubahsuai daripada model sebelum itu).
Model yang dipaparkan adalah suatu kitar tindakan-refleksi (Action-Reflection
Cycle) yang berbentuk bulatan atau nombor 6.
4.5 Jenis kajian tindakan

5.2 Proses kajian tindakan:


(i) Kajian tindakan kritikal
Kajian tindakan yang dijalankan untuk mengubah nilai atau amalan dalam
sesuatu masyarakat atau diri sendiri.
(ii) Kajian tindakan praktikal
Kajian tindakan yang dilakukan secara langsung oleh untuk membaiki amalan
praktikal seperti menambahbaik amalan sendiri dalam pelaksanaan kerja,
menambahbaik amalan murid, menyelesaikan masalah, meningkatkan kualiti
P&P dan sebagainya.

b.

Isu pendidikan berkaitan kajian tindakan


i.
Bagaimana kajian tindakan dapat meningkatkan kualiti
pengajaran dan pembelajaran?
ii.
Meningkatkan kefahaman dan penglibatan gutugutu dalam
penyelidikan tindakan
BAB 5 . PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES
5.1 Adaptasi dari model Lewin, 1946 dan Laidlaw,1992:
Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan
Merancang tindakan
Melaksana tindakan
Mengumpul data
Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan)

i. Mengenal pasti masalah berkaitan amalan


Masalah yang dipilih daripada pengalaman dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Masalah yang dipilih dalam kawalan penyelidik dan boleh
diselesaikan oleh penyelidik. Masalah boleh diselesaikan dalam jangkamasa
yang ditetapkan.

ii. Merancang tindakan


Memilih apakah tindakan yang sesuai dengan masalah yang dihadapi.
Menyediakan jadual pelaksanaan penyelidikan, instrumen pengumpulan data,
kaedah analisis data serta menyediakan peralatan yang diperlukan.
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan proses penyelidikan.
iii. Melaksana tindakan
Menjalankan penyelidikan seperti yang yang telah ditetapkan. Penyelidik
sendiri yang menjalankan penyelidikan kerana penyelidik adalah juga
instrumen kajian. Bantuan juga boleh diperolehi daripada rakan sejawat
sebagai contoh membuat rakaman video proses pengajaran dan pembelajaran,
atau membuat pemerhatian menggunakan senarai semak. Namun urusan
temubual, mengumpul maklumat seperti dokumen sokongan lain dibuat sendiri
oleh penyelidik
iv. Mengumpul data dan menganalisis
Dalam kajian tindakan mengumpul data dan menganalisis berjalan serentak.
Data atau maklumat yang dikumpul dianalisis berterusan untuk melihat
kemajuan yang dicapai oleh subjek. Di samping itu analisis berterusan
membolehkan penyelidik menentukan kesesuaian tindakan untuk
membolehkan modifikasi tindakan dibuat atau memlaksanakan tindakan baru
yang difikirkan sesuai.
v. Membuat refleksi terhadap tindakan
Refleksi di peringkat akhir sesuatu kitaran membolehkan penyelidik menilai
kesan tindakan atau rawatan yang telah dijalankan. Penyelidik boleh membuat
tafsiran kejayaan atas rawatan yang diberikan. Dia boleh meneruskan rawatan
ke dalam kitaran yang seterusnya sekiranya rawatan kurang berkesan dengan
membuat pengubahsuaian rawatan atau mengenalkan rawatan yang baru. Dia
juga boleh menamatkan kajiannya sekiaranya dia berpuas hati dengan
pencapaian murid-muridnya.

Proses kajian tindakan:

Refleksi bukan sahaja boleh dilakukan di peringkat akhir kitaran, refleksi boleh
dilakukan juga pada mana-mana peringkat dalam satu kitaran. Refleksi seperti
ini membolehkan penyelidik mempelajari perkara-perkara yang baru atau terus
membuat penambahbaikan tanpa perlu menunggu pada kitaran yang
seterusnya.
vi. Mengambil tindakan susulan

Tindakan susulan dibuat selepas tamat sesuatu kajian tindakan. Ia


membolehkan penyelidik memperbaiki amalannya dan mengambil langkah
perlu dalam meningkatkan kualiti P&Pnya
vii. Merancang kitaran kedua
Memikirkan langkah-langkah penambahbaikan yang akan dilaksanakan dalam
kitaran kedua atau kitaran seterusnya

BAB 6.

PENYELIDIKAN TINDAKAN : RANCANGAN & CADANGAN

Fokus kajian / masalah kajian


Soalan kajian
Sumber literatur
Reka bentuk kajian
Subjek kajian
Pelan tindakan
Strategi pengumpulan data
Analisis data
Jadual kerja
Perbelanjaan
Sumber rujukan
Cadangan kajian tindakan

i.
Fokus kajian / masalah kajian
Menetukan isu/masalah yang ingin dikaji berdasarkan refleksi pengalaman
pengajaran dan pembelajaran yang lepas, atau masalah yang sedang
dihadapi. Isu atau masalah itu samada masalah guru, masalah murid,
menambahbaik amalan guru atau amalan murid. Isu yang ingin dikaji itu
haruslah dalam kawalan guru dan mampu diselesaikan oleh guru sendiri.
ii.
Soalan kajian
Menentukan soalan kajian yang jelas dan berfokus. Kedua-dua ciri ini
membantu penyelidik merancang tindakan yang sesuai, merekabentuk
kajiannya, mencari literatur yang sesuai dan memilih subjek kajian.
iii.
Sumber literatur
Sumber literatur haruslah membolehkan penyelidik menulis latarbelakang
kajian, merekabentuk kajiannya dan membincangkan dapatan kajiannya.
Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya.
iv.
Reka bentuk kajian
Penyelidik harus menentukan pendekatan yang akan digunakan samada
pendekatan kualitatif, pendekatan kualitatif atau kombinasi kedua-dua
pendekatan. Seterusnya tentukan jenis data yang diperlukan dan teknik
pengumpulan data yang akan digunakan.

v.
Subjek kajian
Subjek kajian boleh melibatkan satu bilikdarjah, sekumpulan murid atau
seorang murid atau guru sendiri sebagai subjek. Subjek yang dipilih adalah
berdasarkan kaedah persampelan bertujuan (purposeful sampling) yang
mempunyai ciri yang menepati objektif kajian.

vi.
Pelan tindakan
Perancangan yang teliti membantu penyelidik melaksanakan kajiannya secara
sistematik dan dapat menyiapkan kajian dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Aktiviti yang akan dijalankan, pihak yang terlibat, keperluan peralatan dan
prosedur pelaksanaan kajian disenaraikan dan dinyatakan dengan jelas
vii.
Strategi pengumpulan data
Strategi pengumpulan data melibatkan penentuan jenis data, instrumen yang
digunakan dan teknik pengumpulan data dinyatakan dengan jelas
viii.
Analisis data
Kaedah analisis data dinyatakan dengan jelas. Nyatakan samada menggunakan
markah mentah, gred, statistik deskriptif (data kuantitatif) atau menggunakan
analisis kandungan (data kualitatif)
ix.
Jadual kerja
Menyediakan carta Gantt pelaksanaan kajian mengandungi aktiviti yang akan
dijalankan dan jangkaan tarikhnya
x.
Perbelanjaan
Senaraikan perincian keperluan bagi menjalankan kajian beserta kos yang
diperlukan
xi.
Sumber rujukan
Sumber literatur boleh diambil daripada jurnal, buku, prosiding seminar, thesis,
laporan dan sebagainya. Penulisan rujukan haruslah menggunakan format APA
BAB 7 : PENYELIDIKAN TINDAKAN:
KAEDAH PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKAN
7.1 Pemerhatian: Pemerhati penuh, peserta sebagai pemerhati,
pemerhatian penuh
Pemerhati penuh Seorang penyelidik merupakan salah seorang peserta yang
dikaji. Peranannya sebagai penyelidik tidak diketahui oleh peserta. Segala
tingkahlaku peserta diperhatikan oleh penyelidik untuk membuat kajian
mengenai isu yang dikaji. Penyelidik boleh membuat catatan apa yang telah
diperhatikannya di masa lain apabila tidak bersama-sama dengan peserta.
Peserta sebagai pemerhati Dalam situasi ini fungsi penyelidik diketahui oleh
peserta. Penyelidik turut serta menjalani aktiviti bersama-sama peserta yang
dikajinya. Dalam masa yang sama penyelidik membuat catatan apa yang
diperhatikannya.

Pemerhatian penuh Penyelidik tidak langsung mempunyai interaksi dengan


peserta. Dia hanya membuat pemerhatian penuh dan membuat catatan
tingkahlaku peserta
7.2 Data berbentuk dokumentasi
Berbagai maklumat seperti minit mesyuarat, laporan, , prosiding seminar,
thesis, laporan kertas projek penulisan ilmiah, majalah, surat khabar dan
sebagainya boleh digunakan sebagai maklumat penyelidikan.
7.3 Temu bual: Temu bual berstruktur, semi-struktur, tidak berstruktur

Berstruktur - mempunyai jadual khusus, soalan disediakan dalam


urutan; digunakan dengan meluas dalam tinjauan dan kajian
pasaran. Bertujuan untuk mendapatkan maklumat asas atau untuk membuat
pengesahan

Separa-berstruktur - soalan spesifik disediakan dan ditanyakan


tetapi pencungkilan dilakukan dengan bebas ke atas jawapan yang diberikan;
sesuai untuk individu dan kumpulan

Tidak berstruktur penyelidik boleh meneroka dan melakukan


pencungkilan dengan bebas; perlu ada kerangka atau senarai tema atau topik
yang dikehendaki; sesuai untuk individu atau kumpulan (kumpulan fokus);
penyelidik perlu mahir

Kumpulan fokus

Apakah temu bual kumpulan fokus?


Temu bual diinisiasi oleh penyelidik; selalu digunakan untuk kajian pasaran
dan parti politik
Terletak antara temu bual individu dengan pemerhatian kumpulan secara
naturalistik
Selalunya berfokuskan tema tertentu atau suatu set isu khusus
Perbincangan dikawal moderator
Data diperoleh daripada interaksi antara ahli kumpulan, bukan antara
penyelidik dan ahli kumpulan
7.4 Triangulasi data kajian
Triangulasi, iaitu membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah,
pada masa berbeza dan, daripada sumber yang berlainan. Triangulasi data
dapat meningkatkan kesahan dan keboleh percayaan penyelidikan tindakan.

BAB 8 : PENYELIDIKAN TINDKAN:


KAEDAH PENGUMPULAN DATA KAJIAN TINDAKAN
8. I.
Senarai semak pemerhatian
Senarai semak mengandungi senarai item-item atau aktiviti-aktiviti yang telah
ditentukan untuk diperhatikan dalam sesuatu pemerhatian. Menggunakan
senarai semak, seseorang pemerhati boleh memberi tumpuan kepada aktiviti
yang difokuskan dan membantunya menetukan kekerapan sesuatu aktiviti
berlaku.
8.2 Rakaman video dan kaset
Rakaman video boleh digunakan untuk merakamkan sesuatu fenomena atau
peristiwa yang dikaji. Sebagai contoh seorang penyelidik membuat rakaman
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Rakaman tersebut kemudiannya
dianalisis untuk membolehkan penyelidik membuat analisis isu yang dikajinya.
Rakaman video membolehkan seseorang penyelidik merakam semua peristiwa
yang berlaku dan tiada maklumat yang terlepas berbanding melalui bentuk
pemerhatian yang lain.
8.3 Log
Catatan log seperti buku log juga boleh digunakan sebagai maklumat. Perkara
yang dicatatkan dalam buku log boleh digunakan sebagai bukti penglibatan
atau aktiviti yang dilakukan oleh seseorang
8.4 Nota lapangan
Nota lapangan merupakan penulisan yang dibuat oleh penyelidik berdasarkan
apa yang didengar, dilihat, pengalaman yang dilalui dan pemikiran yang timbul
semasa mengumpul dan membuat refleksi terhadap data. Mengandung
deskripsi dan dialog yang releven tentang latar konteks dan peserta yang
dikaji. Sebagai bukti yang membantu proses membuat analisis kajian.
8.5 Fotografi
Gambarfoto boleh digunakan sebagai sumber maklumat.Sesuatu peristiwa atau
fenomena yang dirakam melalui gambarfoto boleh digunakan untuk
menganalisis aktiviti yang dilakukan, memberi gambaran peristiwa yang
berlaku, siapa yang terlibat atau menjadi bukti penglibatan seseorang.
8.6. Portfolio
Portfolio mengandungi maklumat peribadi, bidang tugas, penglibatan dan hasil
kerja seseorang. Portfolio sering digunakan sebagai salah satu sumber
maklumat dalam menilai kualiti diri dan kompetensi diri seseorang dan kualiti
kerja yang dihasilkannya
8.7 Borang catatan temu bual
Borang catatan temubual digunakan sebagai ganti temubual yang tidak
direkodkan. Catatan temubual mengandungi perkara-perkara penting yang
ditekodkan semasa temubual dijalankan

8.8 Slid
Slid boleh digunakan untuk menggambarkan turutan sesuatu proses atau
sesuatu peristiwa.

Dalam etika penyelidikan tindakan berbeberapa elemen perlu diberi perhatian


oleh penyelidik seperti berikut:

I.

Mendapat Kebenaran (informed conse


II.
Penglibatan (Participation)
III.
Kerahsiaan (Confidentiality)
IV.
Anomiti (keselamatan)
V. Rundingan (Negotiation

8.9 Laporan jurnal


Laporan yang ditulis tentang sesuatu pengalaman atau peristiwa yang dilalui
oleh seseorang untuk melakukan refleksi supaya seseorang mendapat
pembelajaran daripada pengalaman yang dilalui.
8.10 Diari
Catatan peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seseorang yang
ditulis setiap hari. Diari boleh digunakan sebagai data aktiviti atau peristiwa
yang berlaku pada seseorang individu.
BAB 9. PENYELIDIKAN TINDAKAN :
PERTIMBANGAN SEMASA MENGUMPUL DATA KAJIAN TINDAKAN
9.2 Keesahan:
Keesahan bermaksud kebenaran yang dapat menggambarkan fenomena sosial
sebenar seperti yang dimaksudkan (Hammerslay 1990:57)
Kesahan kajian tindakan dapat ditingkatkan melalui:
(a)
Kritikan luaran (keaslian data)
Pendapar pakar diperlukan untuk memberi pandangan kepada dapatan.
Pengesahan dan pandangan yang diberikan oleh pakar akan meningkatkan
kesahan dapatan..
(b)
Kritikan dalaman (ketepatan data)
Dapatan atau hasil kajian dientangkan kepada rakan sejawat atau orang yang
pernah menjalankan kajian yang sama. Pandangan atau pengesahan yang
diberikan akan meningkatkan kesahan dapatan.
(c) Triangulasi data
Membanding pelbagai jenis data daripada pelbagai kaedah, pada masa
berbeza dan, daripada sumber yang berlainan

BAB 10 : PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA


10.1

Data kualitatif

Data kualitatif dianalisis menggunakan pendekatan analisis kandungan,


melibatkan :
1. mengkod data
2. mengkategori data,
3. menyusun data dalam grid analisis
4. mengenalpasti tema/pola dan makna.
5. menentukan aktiviti kajian susulan
Analisis kandungan terbahagi kepadatiga peringkat utama:
1. aksial coding, maklumat yang mewakili ciri tertentu dikodkan kepada
kod-kod tertentu
2. selective coding,k od-kod kemudiannya dikelompokkan ke dalam
kategori-kategori tertentu.
3. pembentukaaan tema, kategori-kategori kemudiannya dikelompokkan
ke dalam tema-tema tertentu
BAB 11: PENYELIDIKAN TINDAKAN: ANALISIS DATA
11.1 Data kuantitatif

9.3 Kebolehpercayaan:
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan data yang disepakati oleh
beberapa penyelidik yang sama atau penyelidik lain, sama ada dalam situasi
yang sama atau yang berbeza (Hammerslay 1992a:67)
Kebolehpercayaan data kajian tindakan dapat ditingkatkan antaranya melalui:

9.4

Penulisan nota lapangan yang sistematik


Ujian rintis temu bual
Pembentangan hasil laporan untuk interpretasi semula
Penglibatan yang lama dengan tempat kajian
Pemerhatian yang berterusan dalam satu tempoh masa tertentu.
Etika

Data kajian tindakan dianalisis menggunakan statistik deskriptif iaitu


1. frekuensi,
2. peratusan,
3. min,
4. mod,
5. median
6. sisihan piawai.
7. Pekali kolerasi
Contoh
(i) Carikan min bagi set markah berikut


Min =

96
42
47
40
39
46
50

43, 34, 86, 71, 76 dan 94


43 + 34 + 86 + 71 + 76 + 94
------------------------------------ = 67.3
6

(ii) Carikan mod bagi set markah berikut


34, 43, 92, 76, 88, 76, 86, 94

96-49.2
42-49.2
47-49.2
40-49.2
39-49.2
46-49.2
50-49.2

= 46.8
= -7.2
= -.2.2
=-9.2
= -10.2
=-3.2
=0.8

2190.24
51.84
4.84
17.64
104.04
0.64
27.04
2522.36

Mod ialah skor yang mempunyai kekerapan tertinggi iaitu 76


SP =

(iii) Carikan median bagi set data berikut:

( x x)2
n-1

Median ialah penengah taburan markah


(a)

(b)

3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7


2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7
Median ialah 3.7
3.1, 2.7, 4.7, 2.9, 3.4, 4.1, 3.7, 4.3, 4.7, 4.8
2.7, 2.9, 3.1, 3.4, 3.7, 4.1, 4.3, 4.7, 4.7, 4.8

SP =

3.7 + 4.1
Median = ------------ = 3.9
2
(iv)

2522.36
10-1

SP =

Carikan sisihan piawai bagi set markah berikut


44, 50, 38, 96, 42, 47, 40, 39, 46, 50
44 + 50 + 38 + 96 + 42 + 47 + 40 + 39 + 46 + 50
Min = x ---------------------------------------------------------------- = 49.2
10

2522.36
9
= 16.74
BAB 12 MENGHURAIKAN DATA KAJIAN TINDAKAN

12.1
Mengintegrasikan data dengan pengalaman personal
Ketika membahaskan dapatan kajian seseorang penyelidik haruslah
mengaitkan dapatan kajian dengan pengalamannya. Dia perlu membuat
perbandingan dapatan dengan amalannya untuk membuat penambahbaikan
kepada amalannya, amalan muridnya untuk meningkatkan lagi keberkesanan
P&P.
12.2
Menghubungkaitkan data dengan literature
Seseorang penyelidik juga perlu membandingkan dengan teori dan dapatan
kajian-kajian lepas untuk menyemak samada dapatan kajian selari dengan
teori dan kajian lepas atau bertentangan untuk membolehkannya membuat
perbincangan dan merumuskan dapatan kajiannya.

x
44
50
38

x min
44-49.2 = -5.2
50-49.2 = 0.8
38-49.2 = -11.2

(x min)
27.04
0.64
125.44

12.3
Merumus dan membincang hasil kajian
Seseorang penyelidik harus mampu menyatakan implikasi kajiannya kepada
dunia pedidikan dan boleh memberi cadangan untuk kajian yang seterusnya
dan mencadangkan penambahbaikan kepada pendidik lain.
BAB 13

FORMAT PENULISAN LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

Latar belakang kajian


Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
Sumber literatur
Pelan tindakan
Strategi pengumpulan data
Analisis data
Refleksi
Langkah seterusnya
Sumber rujukan

I.
Latar belakang kajian
Memberi penerangan tentang scenario, isu-isu dan perkembangan yang
berkaitan dengan penyelidikan yang akan dijalankan. Di bahagian ini juga
penyelidik perlu menyatakan justifikasi dan rasional mengapa kajian perlu
dijalankan. Di samping itu penyelidik juga harus menerangkan kepentingan
kajian yang akan dijalankan.
II.
Fokus kajian / mengenal pasti masalah kajian
Memberi penerangan tentang isu atau masalah yang dikaji, bagaimana isu itu
ditemui. Dalam bahagian ini penyelidik juga perlu menerangkan dengan jelas
masalah yang dikaji, menganalisis masalah dengan mendalam sehingga boleh
mencadangkan tindakan yang paling sesuai untuk menangani masalah
tersebut. Salah satu faktor yang mempengaruhi kejayaan tindakan yang
diambil ialah apabila penyelidik dapat mentafsir masalah dengan tepat,
mengenali punca dan mengaitkannya dengan pengalaman yang lepas.
Kesemua perkara ini haruslah dilaporkan dalam bahagian ini.
III.
Sumber literatur
Dalam bahagian ini penyelidik harus menulis dan merumuskan bahan-bahan
literatur yang berkaitan dengan teori dan dapatan kajian-kajian yang lepas.
Bahan-bahan sumber literatur harus ditulis semula dalam ayat sendiri dalam
subtopik yang selari dengan objektif kajian. Melalui pendekatan ini penyelidik
akan dapat menulis sumber literatur dengan baik dan releven dengan dapatan
kajian yang akan dibahaskan.
IV.
Pelan tindakan
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah membincangkan dengan terperinci
langkah-langkah yang dirancang ketika melaksanakan tindakan. Antara pekara
yang perlu diterangkan ialah perincian tindakan yang diambil, prosedur
menjalankan tindakan, data yang perlu dikumpul dan instrumen yang
digunakan dalam pengumpulan data.
V.
Strategi pengumpulan data
Dalam bahagian ini penyelidik haruslah menerangkan dengan jelas kaedah,
teknik dan strategi yang telah digunakan dalam pengumpulan data.
VI.
Analisis data
Dalam bahagian ini penyelidik harus memaparkan data yang dikumpul dalam
dalam bentuk jadual, carta, graf dan sebaginya. Penyelidik perlu menerangkan
jenis analisis data yang telah digunakan samada penggunaan statistic

deskriptif atau pendekatan analisis kandungan. Seterusnya keputusan analisis


data diterangkan dengan jelas dan dirumuskan. Kesimpulan dibuat terhadap
objektif penyelidikan samada ianya tercapai atau tidak.
VII.
Refleksi
Dalam bahagian ini penyelidik membuat refleksi kepada keputusan
penyelidikannya dan apa yang dipelajari daripada pengalaman menjalankan
penyelidikan. Di bahagian ini penyelidik harus mengaitkan dapatan kajian
dengan tindakan yang telah diambil dalam aspek kekuatan dan kelemahan
tindakan. Di samping itu penyelidik juga harus membincangkan usaha-usaha
penambahbaikan terhadap amalannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
VIII.
Langkah seterusnya
Dalam bahagian ini penyelidik perlu menerangkan apakah usaha yang akan
dilakukan seterusnya berdasarkan dapatan kajiannya. Apakah tindakan akan
diteruskan dalam kitaran seterusnya dengan penambahbaikan atau dia perlu
mengenalkan tindakan baru atau menamatkan tindakan sekiranya masalah
telah dapat diatasi. Seterusnya penyelidik perlu menerangkan implikasi
dapatan kajiannya dan memberi cadangan penyelidikan yang seterusnya yang
perlu dijalankan.
IX.
Sumber rujukan
Dalam bahagian ini penyelidik menyenaraikan senarai rujukan yang telah
digunakan dalam penyelidikannya. Format rujukan APA digunakan sebagai
tatacara penulisan rujukan yang standard.
BAB 14. FORMAT PENULISAN ARTIKEL/MAKALAH KAJIAN TINDAKAN
I.
Abstrak
Abstrak ialah intipati yang menyatakan dengan ringkas keseluruhan kajian. Ia
meliputi tujuan kajian dijalankan, subjek yang terlibat, tindakan yang diambil,
instrumen yang digunakan, pelilihan subjek, analisis data yang digunakan,
dapatan penyelidikan, implikasi kajian dan cadangan untuk penyelidikan yang
seterusnya. Abstrak mestilah ditulis dengan ringkas dan padat. Abstrak harus
ditulis dalam satu perenggan sahaja. Abstrak yang baik dapat memberi
maklumat kepada pembaca untuk memahami kajian yang telah dijalankan,
proses-proses penyelidikan dan dapatan kajian serta implikasi kajian.
II.
Konteks
Dalam bahagian ini penulis menerangkan konteks bagi penyelidikannya. Dia
harus menerangkan latarbelakang sekolah dan latarbelakang subjek.
Penerangan yang jelas kepada aspek-aspek tersebut akan memberi kefahaman
kepada pembaca tentang persekitaran kehidupan subjek. Melalui cara ini
pembaca akan dapat lebih menghayati pelaporan kajian tindakan yang
dilaporkan dalam bentuk penulisan ilmiah yang dibacanya.
III.
Fokus kajia
IV.
Pelan tindakan
V.
Pelaksanaan pelan tindakan
VI.
Strategi pengumpulan data
VII.
Analisis dan penemuan
VIII.
Refleksi dan implikasi

IX.
X.

Tindakan susulan
Sumber rujukan

BAB 15 PENYEBARAN HASIL KAJIAN TINDAKAN


Seminar
Penerbitan
Rangkaian kajian tindakan (on-line networks

Anda mungkin juga menyukai