Anda di halaman 1dari 2

Ujian Bulanan Kecil (Karangan)

Bahagian A ( Tuliskan tema and kehendak soalan bagi setiap soalan di bawah)
1. Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara kita hidup dalam keadaan aman dan
harmoni.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan tersebut.
2. Penggunaan kad kredit dalam kalangan masyarakat pada masa ini semakin meluas
kerana banyak memberikan kemudahan kepada penggunanya.
Huraikan implikasi penggunaan kad kredit kepada masyarakat.
3. Banyak kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia telah membuktikan bahawa negara
kita juga setanding dengan negara maju yang lain.
Huraikan kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh rakyat Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
4. Sebagai seorang wartawan majalah terkemuka di negara ini, anda dikehendaki menulis
rencana yang bertajuk Budaya Makanan Segera dalam Kalangan Masyarakat .
Tulis rencana itu selengkapnya.
5. Industri pelancongan di negara kita merupakan antara penyumbang utama dalam
bidang ekonomi dan hal ini penting untuk memajukan negara.
Huraikan sumbangan-sumbangan industri pelancongan terhadap kemajuan negara.

Bahagian B( Tuliskan perenggan pendahuluan, satu (1) isi dan penutup bagi karangan di bawah)
Remaja lari rumah sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan zaman moden
ini.
Jelaskan sebab-sebabnya.
Isi-isi :1 . Ibu bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik anak mereka itu
2. Pengaruh rakan sebaya
3. Pengaruh media massa
4. Remaja tertipu dengan janji manis kekasih

Anda mungkin juga menyukai