Anda di halaman 1dari 12

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOL

Permainan sofbol berasal daripada permainan besbol yang terkenal di Amerika Syarikat. Pada peringkat awal,
permainan ini dimainkan sebagai satu rekreasi. Permainan ini telah dipelopori oleh George Hancock pada tahun
1887. Permainan ini meskipun ada persamaannya dengan permainan besbol, mempunyai perbezaan yang jelas dari
segi bola dan bat yang digunakan. Bola yang digunakan lebih besar dan lembut sementara hujung bat yang
digunakan pula lebih kecil. Permainan ini lebih popular dimainkan secara permainan di dalam gelanggang tertutup
kerana dapat dimainkan dalam kawasan yang lebih kecil.
Pada mulanya permainan ini dimainkan di dalam gimnasium di maktab-maktab, universiti-universiti, YMCA
dan Turnvereins sebelum ia beralih ke padang. Setiap pertubuhan menggubal peraturannya yang tersendiri dan
variasi permainan ini mempunyai pelbagai nama seperti :
a)
b)
c)
d)

Diamond Ball Mush Ball


Indoor Ball Playground Ball
Kitten Ball Pumpkin Ball
Recreation Ball

Liga sofbol yang pertama telah dianjurkan di Minneapolis, Minnesota pada tahun 1900. Pada tahun 1926,
permainan itu diberi nama Sofbol oleh Walter K. Hakenson dari YMCA, Denver. Pada tahun 1927, Gladys E.
Palmer dari Persatuan Pendidikan Jasmani Amerika (APEA) telah menggubal undang-undang sofbol untuk
perempuan (remaja dan dewasa). Pada tahun 1923, perwakilan daripada badan-badan yang berminat telah
membentuk Jawatankuasa Undang-Undang Bersama (JRC) untuk menyelaras satu set undang-undang yang diguna
pakai di peringkat kebangsaan.
Pada tahun 1933, Persatuan Sofbol Amatur Amerika (ASA) telah menganjurkan pertandingan peringkat
kebangsaan buat julung kalinya diChicago Worlds Fair yang telah disertai oleh 20 pasukan. Pasukan wanita The
Great Northerns dan pasukan lelaki J.L Boosters telah menjuarai kategori masing-masing.
Pada tahun 1934 satu peraturan rasmi sofbol telah digubal oleh JRC dan dicetak pada tahun 1937. Undangundang tersebut menjadi asas kepada undang-undang yang digunapakai sekarang.
Sofbol mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik di Atlanta pada tahun 1996 dan dibuka hanya pada pasukan
wanita. Sukan Olimpik di Sydney pada tahun 2000 menyaksikan 8 negara mengambil bahagian. Amerika Syarikat
menjadi juara sofbol Sukan Olimpik pada tahun 2004 di Athens untuk kali ketiganya.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERMAINAN SOFBOL DI MALAYSIA


Pada peringkat awal, permainan ini telah dimainkan sebagai satu sukan rekreasi. Permainan ini telah
diperkenalkan oleh mubaligh-mubaligh Amerika pada tahun 1939 di ACS Kampar, Perak. Sejak itu, beberapa
pasukan telah mengadakan satu siri perlawanan persahabatan.
Pada tahun 1960, Encik Jack Robinson telah mengadakan klinik sofbol di seluruh Tanah Melayu sebagai satu
usaha untuk menghidupkan permainan ini. Pelbagai usaha terus dijalankan untuk mempopularkan lagi permainan ini
termasuk menyenaraikannya ke dalam program MSSM.
1

Pada akhir tahun 60an, satu inisiatif telah diambil untuk mempopularkan lagi permainan ini di negeri Perak,
Selangor dan Pulau Pinang. Kemudian pada tahun 1972, wakil-wakil dari negeri Perak, Pulau Pinang dan Selangor
telah mengadakan satu perjumpaan di kediaman Menteri Besar Perak untuk menubuhkan Persatuan Sofbol Malaysia
(S.A.M). DatoSri Hj Kamaruddin bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar Perak ) ketika itu telah diberi mandat untuk
menjadi pengerusi. Persatuan Sofbol Malaysia (S.A.M) telah didaftarkan pada 16.03.1974.
Dalam bulan Ogos 1973, Kejohanan Sofbol Kebangsaan yang pertama telah diadakan serentak dengan
Kejohanan Sofbol Jemputan Perak di Ipoh, Perak. Kejohanan ini disertai oleh pasukan dari tiga buah negeri iaitu
Perak, Pulau Pinang dan Selangor. Kejayaan penganjuran kejohanan ini menjadikan beberapa buah negeri dan
pertubuhan lain turut berminat untuk menganggotai S.A.M termasuk RAAF.
Pada bulan Oktober 1976, Kejohanan Sofbol ASEAN yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur.
Kejohanan yang disertai oleh lima buah pasukan ini menyaksikan Malaysia memperolehi tempat ketiga.
Pada tahun 1977, Malaysia telah menghantar pasukan sofbol buat pertama kalinya ke luar negara dengan
menyertai Kejohanan Sofbol ASEAN di Manila, Filipina. Pada tahun yang sama, kategori wanita dipertandingkan
untuk pertama kalinya.
Pada tahun 1979, permainan sofbol telah dimasukkan ke dalam Sukan SEA. Malaysia mengambil bahagian
dalam kategori lelaki dan berjaya menduduki tempat ketiga. Pada tahun 1982, pasukan sofbol wanita Malaysia telah
menyertai Kejohanan Sofbol Wanita Dunia Kelima yang diadakan di Taipei.
Di peringkat sekolah, MSSM juga telah memainkan peranan yang penting dalam pembangunan sukan sofbol
di Malaysia. Pada tahun 1968, Kejohanan Sofbol MSSM yang pertama telah diadakan di Kampung Pandan,
Selangor. Perak menjuarai Kejohanan Sofbol MSSM untuk kali pertamanya pada tahun 1977 di Pulau Pinang. Pada
tahun 2003, untuk pertama kali Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mengambil bahagian di dalam
kejohanan di Selangor.
KEMUDAHAN DAN PERALATAN SOFBOL
SPESIFIKASI

DIMENSI

1) Gelanggang
a) Berbentuk segi empat sama atau dikenali
sebagai diamond.
b) Terdapat empat sudut iaitu :
-base akhir (home plate)
-base pertama ( first base)
-base kedua ( second base)
-base ketiga (third base)
c) Bulatan lemparan dan pitchers plate terletak
di tengah-tengah diamond. Pitchers plate
ialah tempat melakukan lemparan.

2) Bola
a) Bola yang berbentuk betul-betul bulat,
berkelim licin, mempunyai jahitan
tersembunyi atau mempunyai permukaan yang
rata.
b) Terasnya diperbuat daripada kapuk berserat
panjang mutu No.1 atau campuran gabus dan
getah, satu campuran polisterina, atau segala
bahan yang disahkan oleh ISF Equipment
Standards Commission.
3) Bet / Pemukul
a) Diperbuat daripada kayu atau aluminium
b) Dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu
tombol, pemegang dan laras.
c) Tombol menghalang bet menggelongsor
daripada genggaman.
d) Lapisan getah boleh dipasang pada tombol dan
pemegang untuk mengemaskan genggaman.
4) Pitchers Plate
a) Tempat melakukan lemparan
b) Diperbuat daripada getah padu berwarna cerah.

5) Home Plate
a) Tapak terakhir yang disentuh oleh setiap base
runner untuk memperolah run (mata)
b) Perlu diletak dengan kemas agar tidak beralih
atau bergerak semasa permainan.
6) Topi Keselamatan
a) Diperbuat daripada kaca gentian
b) Bahagian dalamnya dilapik gabus atau getah.
c) Pemukul, pemukul on-deck, base runner dan
catcher mesti memakai topi keselamatan.

7) Glove
a) Diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik
yang sesuai
b) Diapakai oleh semua pemain yang memadang
c) Terdapat poket di antara ibu jari dan jari
telunjuk pada glove. Berfungsi untuk
memerangkap bola.

8) Catchers Mitt
Mempunyai pelapik yang lebih tebal untuk
melindungi tangan.

Peralatan keselamatan untuk penangkap (catcher)

POSISI PEMAIN SOFBOL


Jumlah pemain bagi sofbol ialah 9 orang. Posisi pemain sofbol yang memadang dibahagikan kepada tiga
kumpulan iaitu battery, pemadang dalam dan pemadang luar. Battery terdiri daripada pitcher dan catcher. Pemadang
dalam terdiri daripada pemain base pertama, kedua, ketiga dan pemadang dekat. Pemadang luar pula terdiri daripada
pemadang kanan, tengah dan kiri.
POSISI
1) Pitcher
2) Catcher

3) Pemain base pertama

4) Pemain base kedua


5) Pemain base ketiga
6) Pemaang dekat
(Short stop)

FUNGSI / PERANAN
Melempar bola kepada pemukul
Memadang bola yang ditampan
Menangkap bola yang dilempar oleh pitcher
Melontar bola ke pelempar atau pemadang dalam
Mematikan pemain lawan yang berlari ke base akhir
Memadang bola yang ditampan
Memberitahu pemadang kedudukan pelari base.
Memadang bola yang dipukul ke sebelah kanan diamond
Mematikan pemain yang berlari ke base pertama
Mangawal bola yang ditampan
Mematikan pemain yang berlari ke base kedua
Mematikan pemain yang berlari ke base ketiga
Memadang bola yang dipukul ke sebelah kiri diamond
Membantu pemain base kedua dan ketiga
Memadang bola yang dipukul di antara base kedua dengan
base ketiga.
4

7) Pemadang kiri
8) Pemadang tengah
9) Pemadang kanan

Membantu pemain base kedua dan base ketiga.


Menangkap bola di bahagian kiri kawasan
Memadang bola padang luar
Mengawal bahagian tengah kawasan padang luar
Memadang bola di bahagian kiri kawasan padang luar.

Posisi pemain Sofbol.

Kemahiran

Menyerang

Bertahan

melempar

memukul

menyambu
t dan
membaling

menampan

larian base

memadang

KEMAHIRAN DALAM PERMAINAN SOFBOL

a) Kemahiran memukul
Memukul ialah kemahiran menyerang. Pemukul perlu memukul bola yang dilempar sebelum
melakukan larian dari base ke base. Pasukan pemukul perlu menentukan giliran pemukul pada
awal permainan. Pemukul hanya perlu memukul bola yang dilempar dalam ruang pukul (strike
zone). Tumpuan dan ketepatan adalah faktor yang penting ketika melakukan pukulan.

Teknik pegangan bet

Kawasan yang menunjukkan ruangan pukul

Fasa Persediaan

Fasa Pelaksanaan

Fasa ikut lajak

Buka kaki seluas bahu


6

Teruskan ayunan

Sisi bahu arah sasaran


Fleksi kedua-dua lutut
Berat badan pada kaki
dominan
Bawa bet ke belakang
dalam kedudukan tegak
Mata pandang pitcher

Tumpukan mata pada


pergerakan bola
Pasak kaki hadapak ke
bumi
Kilas pinggang dan
badan
Ayun bet kea rah bola
Kontak bet pada
bahagian tengah bola

bet ke belakang
Mata pandang
pergerakan bola.

b) Kemahiran menampan
Menampan ialah tindakan menahan bola dengan bet. Kemhairan ini memerlukan keyakinan diri
dan ketepatan menahan bola.
Fasa persediaan
Fasa pelaksanaan
Fasa ikut lajak

Buka kaki seluas bahu


Sisi bahu menghadap
arah sasaran
Fleksi kedua-dua lutut
Berat badan pada kaki
dominan
Bawa bet ke belakang
dalam kedudukan tegak
Mata pandang pitcher

Tumpu pada pergerakan bola


Pusing badan kea rah pitcher
dan bawa bet turun selari
dengan pasras pinggang
Ibu jari dan jari telunjuk
tangan dominan menyokong
bahagian tengah bet
Tampan bola.

Serap daya
supaya bola
jatuh dan
meleret.

c) Larian base
Larian base ialah larian dari satu base ke base yang lain untuk memperoleh run.
Larian paksaan
Larian tanpa paksaan
Larian melebihi satu base
Pelari base terpaksa
Pelari base tidak
Pelari base boleh
meninggalkan base
dipaksa meninggalkan
melakukan larian lebih
kerana terdapat pelari
base.
daripada satu base
Sebagai contoh : pelari
yang menuju ke base
sekiranya pelari gagal
di base kedua tidak
tersebut.
dimatikan.
Sebagai contoh : pelari
Pemukul yang
dipaksa bergerak ke
di base pertama
base ketiga sekiranya
memukul bola jauh
7

terpaksa berlari ke
base kedua disebabkan
pemukul menuju ke
base pertama.

tiada pelari base


pertama yang akan
menuju ke base kedua.

boleh berlari melalui


semua base shingga ke
home plate untuk
memperoleh home run.

d) Kemahiran menyambut bola tinggi


Menyambut dan membaling bola adalah dua kemahiran asas untuk memadang. Kemampuan
menyambut bola dengan sempurna dan membaling dengan pantas serta tepat dapat mematikan
pihak lawan dalam percubaan berlari kearah base.
Fasa persediaan
Fasa pelaksanaan
Fasa ikut lajak

Buka kaki seluas bahu


Fleksi lutut
Kedua-dua belah
tangan berada di
hadapan badan
Badan menghadap
kearah bola datang

e) Kemahiran membaling
Fasa persediaan

Bahu menghadap kea

Tumpukan mata
pada layangan
bola
Ekstensi keduadua tangan kearah
bola
Tangan
membaling di
belakang glove

Perangkap bola dalam


poket glove dan serap daya
Genggam bola dengan
glove sambal tangan
membaling menyerkup
bola.
Bawa bola ke bahu tangan
membaling
Ambil bola dari dalam
glove
Sedia untuk lontaran.

Fasa pelaksanaan

Fasa ikut lajak

Hala tangan
8

Berat badan pada kaki

rah sasaran
Berat badan pada kaki
belakang
Genggam bola dengan
kemas
Ekstensi tangan
membaling ke
belakang
Mata pandang kea rah
sasaran

menyambut kea rah


sasaran.
Pindah berat badan
pada kaki hadapan
Kilas pinggang
Lontar bola melepasi
kepala.

hadapan
Fleksi lutut kaki
belakang
Tangan membaling
lajak ke bawah
Kawal imbangan
badan.

f) Kemahiran melempar
Melempar ialah perlakuan melontar bola kepada pemukul. Melempar dilakukan dari dalam
bulatan lemparan. Kemahiran ini memerlukan persefahaman antara pitcher dan penangkap untuk
mengelirukan pemukul. Terdapat dua jenis lemparan dalam sofbol iaitu windmill dan slingshot.
Fasa persediaan
Fasa pelaksanaan
Fasa ikut lajak

Pegang bola dalam


glove
Pijak petak pelempar
dengan kaki dominan
Tumpukan mata pada
pemukul

Ekstensi tangan
memegang bola ke
belakang
Fleksi kedua-dua lutut
Langkah ke hadapan
sambal ayun tangan ke
hadapan dan lepaskan
bola.

Ikut lajak lemparan

g) Memadang
Memadang ialah kemahiran bertahan. Kemahiran yang penting ketika memadang ialah
menyambut dan melontar bola. Komunikasi antara pemadang, bijak dan pantas membuat
keputusan adalah tunjang kejayaan pasukan yang memadang. Setiap pemadang mempunyai
posisi dna peranan yang telah ditetapkan.
Posisi sedia ketika memadang.
Buka kaki seluas bahu
Fleksi kedua-dua lutut
Tundukkan badan ke hadapan
Tangan berada di hadapan badan
9

Tumpukan perhatian pada pergerakan bola

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Pertandingan sofbol dilaksanakan mengikut undang-undang dan peraturan ISF dan peraturan am Majlis Sukan
Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM). Peraturan asas adalah seperti berikut :
1. GELANGGANG PERMAINAN

Saiz gelanggang bagi pemain berbeza mengikut umur pemain. Namun begitu penentuan pemenang dan
perjalanan permainan masih lagi yang sama. Saiz gelanggang bagi pemain di bawah umur 12 tahun adalah lebih
kecil berbanding dengan saiz gelanggang bagi pemain bawah 18 tahun
2. BILANGAN PEMAIN
Bilangan pemain di dalam satu pasukan mengandungi 15 orang pemain. Semasa permainan, 9 orang pemain akan
berada
di
luar
gelanggang
sebagai
pasukan
yang
akan
memukul
/
menyerang. 9 orang pemain akan berada di dalam gelanggang sebagai pasukan yang akan
memadang iaitu pasukan yang akan cuba menghalang pemain yang akan memukul dan cuba mematikan pasukan
lawan sebelum pemain tersebut Berjaya membuat pusingan yang lengkap bagi mendapatkan mata.
3. PERTUKARAN PERMAINAN

Pemain simpanan seramai 6 orang boleh dimasukkan kesemuanya semasa pertandingan dijalankan.

4. PENGADIL
10

Bola yang dipic oleh picer mestilah dilaksanakan selepas dibenarkan oleh pengadil plate. Pengadil berhak
menentukan samada bola yang dipic itu adalah bola strike ataupun ball.

5. CARA PERMAINAN
a.Pasukan Pemukul / Menyerang
Pemukul akan memukul bola yang dipic oleh picer pemadang dan akan berlari mengelilingi gelanggang sambil
memijak bes 1, bes 2, bes 3 dan home plate bagi mendapatkan 1 mata untuk pasukannya.
Pemukul yang tidak berjaya memijak bes-bes tersebut sekali gus dibenarkan berhenti di bes-bes yang terdekat
sambil menunggu pemukul yang seterusnya memukul dan akan berlari mengelilingi bes-bes yang belum
diselesaikannya.
b. Pasukan Pemadang
Pemain pemadang akan menangkap bola yang telah dipukul oleh pemukul dan cuba mematikan pelari tersebut
dengan 3 kaedah iaitu :

Dengan menyentuh pelari bersama bola,


Memijak bes-bes yang terdapat di dalam gelanggang tersebut (bergantung pada
situasi semasa)
Menangkap bola yang dipukul sebelum bola tersebut mencecah ke tanah ataupun menyentuh sesuatu alatan
permainan.
Picer untuk pasukan pemadang dapat mematikan permainan pemukul dengan mendapatkan 3 strike.

6. PAKAIAN

Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan undangundang yang mengawal permainan tersebut.

Nombor-nombor pada jersinya hendaklah sama dengan nombornombor yang didaftarkan dalam senarai pendaftaran dan mengikut undang-undang tiap-tiap permainan.

Pemakaian kasut/boot hendaklah yang bersesuaian mengikut peraturan permainan tertentu dan pemakaian sel
uar ketat (tights) tidak dibenarkan.

Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian seragam, sesuai mengikut jenis permainan dan undangundang yang mengawal permainan tersebut.

Semua pengurus pasukan, jurulatih dan pemain mestilah memakai pakaian seragam pasukan.Nombor peserta
mestilah disemat di belakang pakaian seragam pemain.

Dua pasukan yang bertanding tidak dibenarkan memakai pakaian seragam yang sama warna.

Penghadang kerongkong mesti dipakai.


11

Topi keledar mesti dipakai olehpemain pemukul.

12