Anda di halaman 1dari 1

KEMAHIRAN NILAI TAMBAH

Kemahiran Berfikir
Melalui soalan dan aktiviti yg memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam pelbagai aktiviti.
Mengkonsepsikan idea, menyelesaikan mslh atau membuat keputusan.
Kemahiran ICT
Menggunakan komputer utk tujuan komunikasi seperti menghantar e-mail, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian
dan memperoleh maklumat yang terdapat dalam internet.
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Peka terhadap teknik pembelajaran yg berkesan.
Membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yg sering berubah dan mengamalkan pembelajaran
seumur hidup.
Kemahiran Kajian Masa Depan
Pendekatan pembelajaran bagi membolehkan murid menyedari sesuatu isu @ permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa
depan.
Murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid dapat manfaat yang maksimum.
Kemahiran Kecerdasan Pelbagai
Merangkumi linguistik, logic, matematik, muzik, kinestetik, ruang, interpersonal, intrapersonal dan emosi.
Guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dgn minat dan kecenderungan mereka
kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
Kemahiran Pembelajaran Secara Konstruktivisme
Melahirkan murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
Pembelajaran ini menjadikan murid > fhm, > yakin dan > seronok untuk belajar sepanjang hayat.
Kemahiran Pembelajaran Secara Kontekstual
Kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat dan alam pekrjaan.
Disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran
dengan kehidupan mereka.