Anda di halaman 1dari 2

Kesimpulan

Dunia yang semakin kompetetif sesungguhnya memerlukan keberkesanan


diperingkat sekolah disebabkan Malaysia akan bertaraf antarabangsa dan
memerlukan kepemimpinan yang berwibawa, teknologi bertambah canggih serta
ragam manusia yang berbagai-bagai. Sememangnya Kementerian Pendidikan
bertekad untuk melahirkan manusia insan kamil yang seimang pembangunan
rohani, emosi, jasmani dan intelek sebagaimana yang dituntut oleh Falsafah
Pendidikan Negara. Manusia beginilah yang nantinya berupaya mendokong
Wawasan 2020. Untuk mencapai tahap yang dikatakan sekolah cemerlang dan
berkesan dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bukanlah
mudah. Mencapai tahap yang betul-betul sempurna dan ideal adalah sesuatu
yang sukar kerana dalam proses mencapai sesuatu objektif, terdapat beberapa
masalah atau kekangan yang perlu dihadapi. Salah satu faktor yang menghalang
pengurusan yang cekap bagi membentuk sekolah berjaya ialah proses birokrasi..
Tidak dapat dinafikan bahawa kawalan dari bahagian bahagian seperti
Kementerian Pendidikan dan juga Jabatan Pendidikan Daerah adalah diperlukan
untuk meningkatkan keupayaan sekolah. Pelbagai aspek perlu diberi perhatian.
Contonya seperti kepimpinan sesebuah sekolah, budaya sekolah, ko-kurikulum
yang mantap, peranan guru dan seterusnya pengawalan disiplin yang baik.
Selain itu, Ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membimbing dan
mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah
atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman dan mental
dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan
iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih dari
pelbagai gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat falsafah
Pendidikan Negara kita.Akhirnya dalam usaha membina keberkesanan sekolah,
reformasi atau program pembaikan sekolah haruslah merupakan tindakan
pembangunan dalaman sekolah. Sememangnya dalam pelaksanaan reformasi di
sekolah, penglibatan setiap masyarakat sekolah amat penting, sungguhpun
tugas utama sekolah dan guru berkaitan dengan pengajaran dan pelaksanaan
kurikulum, namun usaha meningkatkan kemajuan sekolah perlu dihayati dan

ditangani bersama demi membentuk sekolah yang berkesan dan merealisasikan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Anda mungkin juga menyukai