Anda di halaman 1dari 1

,


.


















Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekian alam, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad saw dan ke atas keluarga serta para sahabat
Baginda sekelian.





Kami merafakkan rasa kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan keizinanMu
kami meraikan Majlis Sambutan Hari Guru 2015 Peringkat SK Sungai Dendang pada
pagi yang berbahagia ini dengan temaGuru: Membina Ilmu Menyempurnakan
Akhlak.
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia lagi terpuji sepanjang
zaman, justeru itu, kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam
menyempurnakan tanggungjawab yang berat ini dengan sebaiknya. Bimbinglah hati
guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktiviti dunia pendidikan sebagai ibadah
mengharapkan rahmat dan keredhaanMu semata-mata.
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan
pimpinanMu agar Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada guru-guru kami
yang budiman terhadap anak-anak didik mereka, sebagaimana mereka mengasihi
dan menyayangi anak-anak mereka sendiri.





Kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketabahan, semangat kerjasama yang
tinggi dalam sebuah pasukan. Suburkan semangat permuafakatan antara mereka
dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa seterusnya berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan
kokurikulum murid-murid sekolah ini khasnya dan di arena pendidikan perdana
amnya.












Pada kesempatan ini, kami mohon dengan kebesaran dan kehebatanMu Ya Allah
agar engkau mengurniakan kepada kami sifat yang mulia dan akhlak yang luhur,
mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guruguru kami, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami, sentiasa
mengharapkan teguran dan bimbingan guru-guru, semoga kami menjadi insan yang
sempurna dan berguna kepada agama, bangsa dan Negara tercinta.














.
.







,

Anda mungkin juga menyukai