Anda di halaman 1dari 23

SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN

IPOH, PERAK

KERJA KURSUS GEOGRAFI 23/2

Nama Calon : NOR HAZMI BIN KAMARUZAMAN


Tingkatan : 2T
Nombor Kad Pengenalan : 940215-01-5577
Angka Giliran :
Tajuk Kerja Kursus : KEPENTINGAN JARINGAN PENGANGKUTAN DI
MUKIM SKUDAI BERBANDINGANG NEGARA
JEPUN.
Guru Penilai : CIK CHO LAI FUEN

Markah Markah
Bil. Aspek
Penuh Diperoleh
1. Tajuk kajian 1

2. Senarai kandungan 1

3. Penghargaan 2

4. Pendahuluan 2

5. Objektif kajian 2

6. Kawasan kajian 8

7. Kaedah kajian 2

8. Dapatan kajian 25

9. Rumusan 2

10. Lampiran 2

11. Rujukan 2

12. Penilaian umum 1

Jumlah Markah 50

Tahap Pencapaian

..................................................
Tandatangan Guru
KEPENTINGAN
JARINGAN
PENGANGKUTAN DI
MUKIM SKUDAI
BERBANDINGANG
NEGARA JEPUN.

2
Tajuk Muka Surat
1) Tajuk Kajian 1
2) Senarai Isi Kandungan 2
3) Penghargaan 3
4) Pendahuluan 4
5) Objektif Kajian 5
6) Kawasan Kajian 6
7) Kaedah Kajian 9
8) Hasil Kajian 10
9) Rumusan 17
10) Lampiran 18
11) Rujukan 21

3
Saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada mereka yang telah membantu saya menjalankan kajian ini .
Bantuan, dorongan dan tunjuk ajar mereka telah membolehkan saya
menjalankan kajian ini dengan jayanya.

Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


ibu bapa saya. Mereka telah banyak memberikan dorongan dan
sokongan kepada saya. Dengan sokongan mereka yang penuh kasih
sayang, saya dapat menyempurnakan kajian ini.

Selain itu , saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada


guru geografi saya yang telah banyak menerangkan format dan cara-
cara membuat kerja kursus ini kepada saya. Beliau banyak
memberikan tunjuk ajar kepada saya sepanjang penghasilan kajian
geografi ini.

Ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada rakan-rakan


saya yang sanggup berkongsi pengalaman dan berbincang dengan
saya.

Saya juga ingin menyampaikan penghargaan kepada penduduk


mukim Skudai yang sanggup memberikan kerjasama kepada saya
semasa kajian ini dijalankan.

4
Saya Nor Hazmi Bin Kamaruzaman adalah murid tingkatan
2T, Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Saya telah menjalankan kerja
kursus geografi sebagai satu kerja lapangan. Saya telah memilih
tema jaringan sistem pengangkutan. Tajuk kajian saya ialah
Kepentingan Jaringan Pengangkutan di mukim Skudai berbanding
Negara Jepun.

Sebelum menjalankan kajian, saya telah berbincang dengan


guru geografi saya tentang tajuk yang saya pilih. Kawasan kajian
saya ialah di mukim Skudai, Johor Bahru, Johor. Saya memilih
kawasan ini kerana ia berhampiran dengan tempat tinggal saya. Ini
memudahkan saya membuat pemerhatian dan mendapatkan pelbagai
maklumat di kawasan kajian saya.

Saya menjalankan kajian ini semasa cuti sekolah. Kajian ini


telah dijalankan selama 5 bulan, iaitu dari bulan Februari hingga
Ogos 2008. Saya telah menemuramah 15 orang responden terpilih
bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan tajuk yang telah saya
nyatakan di atas. Semua responden yang saya temui telah
memberikan kerjasama yang sangat baik kepada saya malah ada
yang memberi maklumat tambahan agar folio saya lebih mantap.

Justeru itu, saya dapat menjimatkan masa dan memudahkan


kajian lapangan. Semua maklumat dan data yang diperolehi telah
direkod untuk menulis laporan lengkap secara individu.

5
Objektif kajian adalah seperti berikut :

 Mengenal pasti dengan lebih mendalam jenis-jenis


sistem pengangkutan yang terdapat di mukim Skudai dan
mewujudkan semangat cinta akan negara.
 Mengkaji faktor-faktor yang dapat mempengaruhi
jaringan sistem pengangkutan di mukim Skudai.
 Menyatakan kesan-kesan perkembangan jaringan sistem
pengangkutan terhadap alam sekitar di mukim Skudai.

6
Saya telah memilih mukim Skudai sebagai kawasan kajian
saya. Rasionalnya ialah kawasan ini merupakan kawasan tempat
tinggal saya. Oleh itu, ini memudahkan saya untuk menjalankan
kajian ini secara terperincil.

Mukim Skudai terletak di daerah Johor Bahru. Di sebelah


tenggaranya terdapat Bandaraya Johor Bahru. Kawasan ini terletak
lebih kurang 20 kilometer dari Bandaraya Johor Bahru.

Bentuk muka bumi yang rata di mukim Skudai telah menggalakkan


perkembangan jaringan jalan raya. Sebahagian besar kawasan ini
dibangunkan menjadi kawasan perumahan.

Mukim Skudai dapat dihubungkan ke Bandaraya Johor Bahru


melalui jalan raya dengan mengambil masa kira-kira 45 minit sejauh
20 kilometer.Jika menaiki bas tambangnya hanyalah RM2.50.

7
 Peta Skudai

8
 Peta Negara Jepun

9
Saya menggunakan pelbagai kaedah kajian semasa menjalankan
kerja kursus ini. Antara kaedah-kaedahnya ialah :

 Pemerhatian.

Pemerhatian dibuat tentang betuk muka bumi dan


jenis pengankutan di jalan raya. Saya juga memerhatikan
kawasan mukim Skudai ini dari segi kemajuan dan
pembangunannya serta kesan perkembangan jaringan jalan
raya.

 Soal Selidik.

Saya menggunakan borang soal selidik untuk dijawab


oleh 15 orang penduduk yang tinggal di mukim skudai.
Antara soalan-soalanya adalah tentang jenis pengangkutan
yang diguna oleh penduduk di kawasan Skudai baru ini ,
tujuan penggunaan kenderaan dan kesan-kesan negatif
perkembangan sistem pengangkutan.

 Rujukan.

Saya telah merujuk kepada buku teks geografi dan


laman-laman web serta buku-buku rujukan.

10
 Jenis-jenis sistem pengangkutan

Berdasarkan kajian yang telah saya lakukan ,sistem


pengangkutan yang terdapat di mukim Skudai ialah jalan raya, lebuh
raya dan jalan kereta api. Jaringan jalan raya di mukim Skudai
adalah padat. Jaringan jalan raya ini menghubungkan mukim Skudai
dengan kawasan persekitarannya seperti taman perumahan dan
sekolah-sekolah di. Jaringan lebuhraya ini pula menghubungkan
kawasan kajian dengan Negara Singapura iaitu Lebuh Raya Second
Link. Manakala, jaringan jalan kereta api pula menghubungkan
tempat kajian dengan Negara Singapura.

 Faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem


pengangkutan

Antara faktor yang mempengaruhi jaringan jalan raya di


kawasan kajian ialah kegiatan ekonomi dan pendidikan di Skudai.
Kegiatan ekonomi pesat serta infrastruktur yang dibina dengan
kuantiti yang banyak seperti hospital, universiti dan sebagainya
telah meyebabkan kerajaan mengambil inisiatif untuk membina
lebuh raya dan jalan raya. Di samping itu, jumlah bilangan
pelancong warga Singapura yang ingin melancong di Malaysia
telalu banyak menyebabkan kerajaan mengambil inisiatif untuk
membina Lebuh Raya Second Link. Pertambahan jumlah bilangan
penduduk juga menyebabkan kerajan mengambil inisiatif untuk
membina pengangkutan awam seperti kereta api.

11
 Kepentingan jaringan sistem pengangkutan

 Di mukim Skudai

1. Melalui penggunaan jaringan sistem pengangkutan


di mukim Skudai, ia dapat memajukan lagi sektor
pelancongan.Ketersampaian yang tinggi melalui
jalan raya dapat menarik lebih ramai pelancong
tidak kira pelancong domestik atau antarabangsa
yang suka melawat tempat-tempat yang menarik
seperti pusat beli-belah Skudai Parade dan Taman
Rusa

2. Selain itu, sistem pengangkutan di mukim Skudai


juga dapat membantu pergerakan penduduk dari
satu tempat ke suatu tempat yang lain.

 Di negara Jepun

1. Sistem jaringan pengangkutan di Tokyo, Jepun juga


dapat menarik lebih ramai bilangan pelancong.
Pelancong asing boleh melihat terowong bawah
tanah yang terdapat di Terowong Osakako
Sakishima dan pelancong juga dapat merasai
kemajuan teknologi pengangkutan yang canggih
seperti Kereta Api Shinkansen.

2. Di Tokyo, Jepun juga sistem pengangkutannya


awamnya yang canggih seperti monorel.
Pengangkutan awam ini dapat menghubungan
bandar-bandar yang ada di Tokyo dengan kelajuan
581 km/j (361 batu sejam) .

12
 Kesan-kesan Perkembangan Sistem Jaringan Pengangkutan
Terhadap Alam Sekitar.
Di mukim Skudai

 Kesan Positif

1. Melalui penggunaan pengangkutan awam,


kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan.

2. Selain itu, penggunaan pengangkutan awam juga


dapat membantu mengurangkan pencemaran udara.

 Kesan Negatif

1. Dengan penggunaan pengangkutan yang membakar


bahan api fosil melepaskan gas karbon dioksida dan
gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan
berlakunya pencemaran udara.

2. Gas hidrokarbon dan gas oksida nitrogen yang


dilepaskan oleh kenderaan dapat menghasilkan
jerebu dan kabut foto kimia yang mengancam
kesihatan manusia.

Di negara Jepun

 Kesan Positif

1. Di Jepun, sistem pengangkutan jalan raya dapat


menggalakkan perkembangan sector pertanian,
perindustrian, perdagangan dan pelancongan.

13
2. Sistem jaringan pengangkutan juga penting untuk
membawa barang-barang dan bahan mentah dengan
penggunaan lori dan kereta api.

14
 Kesan Negatif

1. Projek melurus dan melebarkan jalan melibatkan


pemotongan cerun-cerun bukit dan tanah tinggi. Ini
akan menjadi penyebab berlakunya kejadian tanah
rutuh.

2. Bunyi kenderaan berat, kereta api dan kapal


terbang boleh mengganggu ketenteraman manusia.

 Langkah-langkah penyelesaian

Untuk mengurangkan masalah pencemaran udara yang dihasilkan oleh


kenderaan, beberapa langkah telah diambil untuk mengurangkan
kesannya.

 Langkah pertama ialah memasang alat catalytic converter pada


ekzos kereta. Penggunaan alat ini boleh menukarkan gas beracun
kepada gas yang tidak memudaratkan.
 Langkah kedua ialah mengadakan pengurusan trafik yang lebih
efisien dan sistematik. Contohnya menambah bilangan bas
terutamnya pada waktu pagi dan petang.
 Pihak berkuasa boleh mengadakan kempen menggalakan
penduduk menggunakan petrol tanpa plumbum.

15
 Nilai-nilai murni

 Penglibatan Diri dalam Pembangunan Negara

Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti


pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang
dan Perlembagaan Malaysia.

 Hidup Bersama Secara Aman

Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan


kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa
dan budaya.

 Cinta Akan Negara

Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta


meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

 Unsur Patriotisme

 Berusaha membangunkan negara Malaysia –


bertanggungjawab dan bersedia memberi sumbangan terhadap
pembangunan negara Malaysia.
 Mempertahankan negara Malaysia – bertanggungjawab
memelihara alam sekitar negara Malaysia.
 Berusaha membangunkan negara Malaysia –
bertanggungjawab dan bersedia memberi sumbangan terhadap
pembangunan negara Malaysia.

16
 Data kajian

Purata Bilangan Kenderaan Yang Menggunakan Jalan Raya


Dan Lebuh Raya Di Mukim Skudai Pada Pukul 6.00 A.M
Hingga
7.00 P.M.
Bil Jenis Kenderaan Jumlah
1 Kereta 357
2 Motosikal 279
3 Van 243
4 Lori 197
5 Bas 125
Jadual 1 : Purata bilangan kenderaan yang menggunakan jalan
raya raya dan lebuh raya di mukim Skudai pada pukul 6.00a.m
hingga 7.00p.m.

Purata Bilangan Penduduk Yang Menggunakan Sistem


Jaringan Pengangkutan Darat Di mukim Skudai Pada
Pukul 6.00 A.M Hingga 7.00 P.M.
350
300
250
200
150 Jalan kereta api
100 Lebuh raya
50 Jalan raya
0
Jalan Lebuh Jalan
raya raya kereta
api

Graf Bar Mudah 1 : Purata bilangan penduduk yang


menggunakan system jaringan pengangkutan darat di mukim
Skudai pada pukul 6.00a.m hingga 7.00p.m.

17
 Grafik

Gambar 1: Alat catalytic converter

Gambar 2 : Petrol Tanpa Plumbum

18
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan menunjukkan
bahawa kawasan ini mempunyai banyak sistem pengangkutan yang
amat berguna kepada masyarakat setempat. Pengangkutan amat
diperlukan bagi menjalankan kerja seharian ataupun urusan yang
perlu dilakukan diluar tempat.

Daripada kajian yang saya jalankan di mukim Skudai


mengikut usia dengan kerjasama 15 orang responden, saya dapati
kebanyakan orang dewasa memiliki pengangkutan persendirian
untuk pergi bekerja di luar tempat selain dari mukim Skudai sperti
ke Johor Bahru, Kulai dan sebagainya.

Masyarakat setempat lebih akrab menggunakan pengangkutan


persendirian berbanding pengangkutan awam. Bagaimanapun,
pengangkutan awam masih digunakan dan kebanyakan
penggunanya adalah daripada kalangan remaja.

Faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan


yang terdapat di kawasan mukim Skudai adalah seperti bentuk muka
bumi yang rata dan dasar pembanggunan. Penduduk kawasan kajian
ini hidup dalam keadaan harmoni dan saling membantu antara satu
sama lain. Ini menunjukkan rakyat Malaysia dapat bersama dan dan
bersatu dalam satu negara yang aman damai seterusnya dapat
menuju ke arah wawasan 2020. Ini adalah peringkat pertama bagi
memajukan negara kita supaya setaraf dengan negara maju lain yang
terkenal dan selalu disebut-sebut oleh semua orang seperti negera
yang telah dibandingkan iaitu Negara Jepun.. Saya amat berbangga
menjadi rakyat Malaysia.

19
20
21
22
 Buku Teks Geografi Tingkatan 2.
 Buku Web A Tingkatan 2
 http://www.staripoh.com/muat_turun/UNSUR_PATRIOTIS
ME.pdf
 http://www.staripoh.com/muat_turun/NILAI_Murni.pdf
 http://www.dhadm.com/wp-
content/uploads/2008/02/cat_conv.jpg
 http://www.fuelsaver2u.com/images/fuel-bottle-sample.jpg
 http://www.dromoz.com/skudai

23

Anda mungkin juga menyukai