Anda di halaman 1dari 11

PAM HIDRAULIK

Jenis-Jenis Pam, Komponen-Komponen Pam dan Ciri-Ciri Pam


Pam terpaksa mengatasi rintangan aliran di dalam litar tetapi tidak menghasilkan
tekanan.2 jenis kumpulan asas pam iaitu:
1.

Pam Sesaran Tak Positif

2.

Pam Sesaran Positif

A. PAM SESARAN TAK POSITIF


PAM EMPAR

Penghantaran pam tersebut berkurangan apabila tekanan yang melawan operasi


bertambah. Sekiranya bahagian nyahcas pam empar dihadang sepenuhnya, pam
akan tegun dan penghantaran akan menurun ke sifar.

Pam empar bersama-sama dengan cirri-ciri operasi ditunjukkan dalam rajah.

Putaran pendesak telah menyebabkan bendalir disedut masuk melalui liang


kemasukan dan mengalir ke liang keluaran akibat dari daya emparan.

B. PAM SESARAN POSITIF

Mengikut teori ia memindah satu isipadu bendalir yang tetap sepusingan dengan
syarat tiada penglibatan kawalan secara didalam pam tersebut.

Jika bahagian keluaran sesebuah pam anjakan positif dihadang, tekanan


penghantaran akan bertambah dengan cepat ke satu nilai yang menyebabkan pam
mengalami kerosakan mekanik.

Banyak digunakan sebagai pam utama dalam litar hidraulik.

2 kategori utama:
(i)

Jenis Putaran

(ii)

Salingan

PAM PUTARAN
Pam Gear Kepersisan Dengan Gear Luaran

Ia

mengandungi sepasang/ beberapa pasang gear paling sirat bentuk luaran yang
bekerja di dalam perumah dengan kelegaan yang sangat kecil diantara hujunghujung gigi dan garis pusat dalam perumah.

Hujung plat yang sama ada tekanan atau pegas berbeban, mengendapkan
permukaan gear.

Gear-gear lurus boleh digunakan sehingga tekanan lebih kurang 210 bar, tetapi
cenderung menjadi bising.

Peringkat kebisingan boleh dikurangkan dengan menggunakan gear heliks, tetapi


disebabkan oleh kesukaran kedap, kecekapan isipadu berkurang dan seterusnya
unit-unit tersebut mempunyai tekanan operasi maksimum yang lebih rendah.
i. Keratan gear ditunjukkan di dalam rajah.
ii. Sesaran pam berjulat 0.2 ke 400 cm3 seputaran dan kelajuan 500 ke 600
put/min.

Pam Gear Dalaman Dengan Kedapan Bulan Sabit.

Dipacu oleh gear luaran, pusat gear ini diofset ke satu arah dan berbentuk bulan
sabit tetap terletak diantara masukkan dan keluaran pam yang bertindak sebagai
elemen pengendap.

Semasa gigi keluar dari siratan zon sedutan terbina.

Oleh kerana keadaan ini teragih kepada beberapa gigi, halaju aliran dan
seterusnya kebisingan ternyata lebih mudah dari pam gear luaran biasa.

Panjang zon sedutan dan tekanan pam gear dalaman adalah lebih kurang tiga kali
lebih besar daripada pam gear luaran.

Pam gear dalam jenis kedapan bulan sabit boleh didapati untuk tekanan sehingga
100 bar dan kadar alir sehingga 200 1/min.

Dengan menggabungkan 2/lebih gear dalam sesiri, tekanan kerja menjadi lebih
tinggi (300 bar dengan kadar alir 125 1/min.

Pam Gear Dalaman - Jenis Pemutar Terjana (Gerotor)

Kebuk pengepaman terdiri daripada gear dalaman dan luaran yang saling
menyirat.

Bilangan gigi luaran adalah kurang satu daripada gear dalam dan pusat gear
diofset kira-kira separuh kedalaman gigi.

Sedutan dan penghantaran berlaku pada beberapa gigi sama seperti pam gear
dalaman jenis bulan sabit.

Operasi pam ini lebih senyap daripada pam gear luaran.

Pam ini juga sangat bertoleransi terhadap kotoran.

Pam Ram Mudah

Mempunyai pemutar beralun yang membolehkan ram menggelongsor masuk dan


keluar secara jejarian.

Pemasangan pemutar dicagak secara sipi di dalam perumah gelang dan dan muka
hujung dikedap dengan plat.

Apabila pemutar berputar, isipadu yang terperangkap di antara bilah berdekatan


dan gelang akan berubah dan menghasilkan tindakan pengepaman.

Ram ditolak keluar oleh daya empar ke gelang dan daya ini diperkuat lagi dengan
minyak bertekanan bertindak di bahagian bawah ram, meningkatkan ciri kedapan.

Pam ram mempunyai kelajuan operasi minimum sekitar 600 put/min.

Pam Ram Terimbang

Jika lingkaran pam ram berbentuk oral, ram bersaling dua kali setiap satu putaran
pemutar, dan ini menghasilkan dua tindakan pengepaman seputaran.

Tindakan kembar ini mempunyai kelebihan kerana daya tekanan pada pemutar
diimbangi.

Dikenali sebagai Pam Ram Terimbang dan ditunjukkan dalam rajah.

Menggunakan prinsip Intra Ram .

Minyak bertekanan di masukkan di bahagian bawah ram sedemikian rupa agar


daya maksimum berlaku ke atas ram apabila ram bertekanan tinggi. Ini
mengurangkan kehausan dan memanjangkan hayat pam.

Pam Ram Anjakan Boleh Ubah

Kaedah kawalan biasa dikenali sebagai pemampasan tekanan yang digunakan


untuk melawan gerakan ini dengan bantuan pegas.

Apabila tekanan berambah pegas akan termampat dan aliran pam akan
berkurangan.

Penghenti berskru boleh laras akan menghadkan penghantaran maksimum dan


minimum.

Sebahagian pam ram boleh ubah, pegas boleh digantikan dengan injap kawalan
tekanan dan omboh.

Apabila tekanan sistem mencapai nilai yang ditetapkan pada injap pengwal,
omboh akan memusatkan gelang dan pemutar dan akan mengurangkan anjakan
pam ke sifar.

(b)

PAM SALINGAN
Banyak digunakan pada sistem dengan tekanan operasi melebihi atau sama
dengan 140 bar.

Ciri utama adalah kecekapan yang tinggi pada tekanan tinggi.

Penting apabila aliran malar tanpa bergantung kepada perubahan tekanan


diperlukan.

Tiga jenis utama pam hidraulik berbilang omboh iaitu:


(i)

Sepaksi

(ii)

Jejarian

(iii)

Pam Omboh Sepaksi

Pelocok Sebaris

Terdiri daripada beberapa omboh yang disalingkan oleh putaran realtif plat
condong atau dengan mencondongkan blok omboh berbanding dengan aci
pacuan.

Omboh digunakan untuk mengepam bendalir dari liang sedutan ke liang hantaran.

Rajah dibawah menunjukkan elemen kerja pam omboh paksi dengan plat injap
beralur untuk mengalirkan bendalir.

Plat condong akan menyebabkan omboh tersaling dan tidak berputar.

Menggunakan prinsip pam omboh sepaksi hantaran dimana jika jika kecondongan
plat condong melepasi sudut condong sifar maka arah aliran akan dibalik
walaupun arah putaran aci putaran masih tetap tidak berubah.

Pam Omboh Jejarian

Mempunyai omboh yang dicagakkan secara jejarian dalam perumah utama dan
bebanan pegas keatas galas sipi pada aci pacuan.

Mempunyai omboh diblok yang berputar di dalam gelang sipi.

Bendalir dialirkan melalui aci tengah atau engsel dan kadar alir berubah boleh
dihasilkan dengan mengubah kesipian gelang.

Terdiri daripada omboh besar bertekanan rendah dan omboh kecil bertekanan
tinggi yang tersaling pada kesipian yang sama untuk penggunaan pada penekan
bagi menghasilkan gerakan dengan kelajuan tinggi bertekanan rendah dan diikuti
oleh operasi kelajuan rendah tetapi bertekanan tinggi.

Pam Pelocok

Omboh disusun sebaris di atas aci sesendol khusus yang terdiri daripada aci yang
membawa beberapa galas penggolek sipi.

Bendalir akan masuk dan keluar silinder melalui injap pope bebanan pegas.

Keluaran pam pelocok tidak boleh dibalik dan mempunyai hantaran tetap.

10

Mempunyai kecekapan isipadu yang tinggi dan bertekanan melebihi 1000 bar.

11