Anda di halaman 1dari 4

Khazanah Bendahara Seri Maharaja

TUN SERI LANANG:


Bendahara Paduka Raja & Uleebalang
Kesultanan Johor Lama & Samalanga (Acheh)

Sila klik butang anak panah (audio) di bawah untuk mendengar 'Syair Permata Melayu
(Tun Seri Lanang)', susunan (Tun) Suzana dan dibawakan oleh adindanya (Tun) Roza
nna
00:0008:26
Di atas runtuhan Kota Melaka,
Aku berdiri seorang diri,
Mengenang Melayu kala jayanya,
Masa kebesaran nenek bahari.

Kesultanan Melayu Melaka dan pewarisnya Kesultanan Johor Lama bukan sahaja pernah m
nempa sejarah gemilang dengan kelahiran raja-raja yang hebat dan berdaulat besar
seperti Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan Sultan Alauddin Riayat Shah
, tetapi juga telah melahirkan tokoh-tokoh cemerlang dari kalangan keluarga bend
aharanya yang turut sama mewarnai serta menceriakan lanskap sejarah pemerintahan
orang-orang Melayu dahulu kala, dalam peranannya sebagaitempat perbendaharaan seg
ala rahsia raja serta memerintah, memberi kebajikan atas bumi yang dilingkari raja
itu.

Dari kalangan keluarga bendahara telah lahir tokoh-tokoh yang berwibawa seperti
rak dan Tun Mutahir, pahlawan-pahlawan Melayu perkasa seperti Bendahara Paduka T
uan dan Tun Jenal, tokoh yang menjadi pelopor budaya Melayu seperti Tun Hassan T
emenggong, pengasas silat gayung iaitu Tun Biajid, pujangga Melayu terunggul sep
erti Tun Isap Misai dan Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang, tokoh yang berjasa me
nyelamatkan maruah Institusi Beraja seperti Raden Anum, Tun Habib Abdul Majid da
n Tun Habib Abdul Jalil (kemudian menjadi Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV) dan
ramai lagi tokoh lain seperti Tun Khoja Ahmad, Tun Abdul Majid, Tun Ali dan seb
againya.

Malahan dari titisan bendaharalah lahirnya serikandi-serikandi Melayu terbilang se


ti Tun Kudu, Tun Fatimah, Tun Che Ayu (Serikandi Riau), Tun (Wan) Puteh (Serikand
i Mandailing), serta wanita Melayu tercantik iaitu Tun Teja.

Maka, kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau, mengkaji sejarah dan
latarbelakang Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad, atau lebih terkenal dengan jol
okan Tun Seri Lanang sudah tentu mengingatkan kita kepada bidalan lama ini.

Tun Seri Lanang lahir dalam tahun 1565M di Seluyut, Johor Lama dan menjadi bendah
pada dua sultan bagi kesultanan tersebut iaitu Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah
II (1570/71-1597M) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (1597-1615M). Beliau juga
ditakdirkan menjadi Uleebalang Kenegerian Samalanga, iaitu pemerintah otonomi d
i sebuah jajahan Kesultanan Aceh Darussalam serta penasihat kepada tiga sultan A
ceh iaitu Sultan Iskandar Muda (1607-1636M), Sultan Iskandar Thani (1636-1641M),
dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (1641-1675M). Di Aceh Tun Seri Lanang
bergelar Orang Kaya Dato Bendahara Seri Paduka Tun Seberang.


Bangsa Melayu mengenang Tun Seri Lanang sebagai seorang tokoh sejarah dan pujangga
Melayu yang agung. Karyanya yang monumental iaitu kitab Sulalatus Salatin atau n
ama jolokannya Sejarah Melayu yang menjadi rujukan dan kajian sehingga hari ini t
elah memahkotakan Tun Seri Lanang sebagai Pujangga Agung Nusantara.

Kemasyhuran kitab Sejarah Melayu dikaitkan dengan perincian sejarah Kesultanan Me


ayu Melaka yang pernah berdiri sebagai sebuah Negara Melayu yang paling kuat, ag
ung dan kaya pada abad ke 15M. Lantaran itu karya tersebut seringkali diselidiki
sebagai sebuah dokumen sejarah yang menggambarkan antara lain, kelahiran keraja
an Melaka bersekali dengan tamadun MELAYU ISLAM BERAJAnya, pengluasan kuasa peme
rintahnya serta pelbagai aspek dan titik bengik kehidupan kesultanan tersebut ya
ng berakhir dengan episode keruntuhannya akibat serangan Portugis pada tahun 151
1 M.Bermakna kitab Sulalatus Salatin menjadi antara sumber rujukan utama yang be
rsifat primer tentang sejarah masyarakat dan kebudayaan Melayu awal.

Menurut Profesor Dato Dr Mohd Yusoff Hashim, sumbangan terbesar yang dibuat oleh T
Seri Lanang sebagai mengikut titah Yang Dipertuan di Hilir (Raja Abdullah, kemud
ian menjadi Sultan Abdullah Maayah Shah Johor 1615-1623) dalam menyusun teks Sula
latus Salatin atau Sejarah Melayu ialah :

Mengketengahkan serta memberi kesedaran kepada masyarakat dunia bahawa bangsa Me


dalah BERTAMADUN setaraf dengan tamadun-tamadun dunia lainnya waktu itu.
Dalam hal ini, Tun Seri Lanang bukan sahaja telah menuangkan jasa yang besar kepada
angsa Melayu sebagai pengarang kitab Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu, mala
han dalam peranannya sebagai Uleebalang Kenegerian Samalanga di Aceh, telah meni
nggalkan jejak yang besar dalam memberi sumbangan kepada pemertabatan agama dan
bangsa di sana.
Malahan Tun Seri Lanang juga telah meninggalkan warisan keluarga yang cemerlang di
kedua-dua Tanah Melayu dan Aceh. Sampai hari ini Kesultanan Johor, Pahang, Teren
gganu dan Selangor masih dipegang oleh zuriat Tun Seri Lanang. Sedangkan di Aceh
pula, keturunan Tun Seri Lanang dari keluarga dan kaum-kerabat Uleebalang Kenege
rian Samalanga telah bersatu darah dengan bangsawan-bangsawan Aceh yang lainnya
sehingga melahirkan beberapa tokoh Indonesia yang terkenal seperti Pocut Meuligo
-Serikandi Aceh, pejuang bangsa dan negara seperti Amponsyik (Uleebalang) Samalang
a Teuku Muda Bugis Teuku Hamid Azwar, Teuku Daud Shah dan Mayjend Teuku Hamzah Be
ndahara, Teuku H. Zainal Abidin Bendahara dan Teuku H Husen Bendahara.
Kesimpulannya, sebagai seorang tokoh sejarah Melayu tradisional baik dalam bidang
kesusasteraan, politik Melayu / Aceh lama, mahupun dalam perkembangan serta pend
idikan Islam, sejarah dan riwayat hidup Tun Seri Lanang patut diketengahkan seba
gai suri tauladan serta pencetus semangat bangsa dan agama khususnya bagi orang-o
rang Melayu.
KRONOLOGI
1565 Masihi :
Tun Muhammad atau Tun Seri Lanang lahir di Seluyut dalam Kesultanan Johor Lama

Sekitar 1575-1613 Masihi :


Menjadi bendahara kepada dua sultan bagi kerajaan Johor Lama yang bernama Sultan A
Jalla Abdul Jalil Shah II (1570/71-1597M) dan Sultan Alauddin Riayat Shah III (15
97-1615M).
13 Mei 1612 Masihi :
Tun Seri Lanang menerima titah Raja Abdullah atau yang disebut juga Yang Dipertuan
di Hilir untuk mengarang kitab Sulalatus Salatin iaitu pada masa kekanda Raja A

bdullah iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah III sedang bersemayam di Pasir Raja at
au Pekan Tua
Mei 1613 Masihi :
Semenjak tahun 1613M, Sultan Aceh Darusssalam yang terkenal iaitu Sultan Iskandar
Muda Mahkota Alam (1607-1636M) telah membuat serangan ke atas banyak negeri-nege
ri Melayu termasuk Johor Lama, Pahang Lama, Perak dan kerajaan-kerajaan lainnya,
dibuat sebagai strategi Sultan Iskandar Muda untuk menghambat pengaruh dan kuas
a Portugis dari kepulauan Melayu serta meluaskan kepentingan kerajaannya yang be
sar.
Antaranya termasuklah peristiwa Perang Batu Sawar yang melibatkan serangan tentera
ceh keatas ibukota Kesultanan Johor Lama. Selesai berperang, Sultan Johor iaitu
Sultan Alauddin, Raja Abdullah, Bendahara Tun Seri Lanang, panglima serta orangorang besar Johor telah ditawan dan dibawa balik ke negeri AcehSultan Johor kemud
iannya telah pulang ke Johor sementara Tun Seri Lanang terus tinggal di Aceh seh
ingga masa kemangkatannya.
1613 Masihi :
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam telah melantik Tun Seri Lanang sebagai Uleebalan
g Kenegerian Samalanga, iaitu bersifat pemerintah otonomi dalam sebuah jajahan K
esultanan Aceh

Sehingga 1659 Masihi :


Disamping peranannya sebagai Uleebalang Samalanga, Tun Seri Lanang juga telah d
sebagai penasihat Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Sultan Iskandar Thani (put
era Pahang yang menjadi Sultan Aceh) dan Sultanah Tajul Alam Safiatuddin Shah (p
ermaisuri Sultan Iskandar Thani) dengan gelar Orang Kaya Dato Bendahara Sri Paduk
a Tun Seberang.
Sepanjang tempuh kehidupan Tun Seri Lanang sebagai uleebalang/pemerintah otonomi d
i Samalanga, beliau telah berjumpa dan bersahabat dengan kalangan alim-ulama Ace
h yang tersohor. Pada masa ini jugalah Syeikh Nuruddin Ar-Raniry (pengarang kita
b mashur Bustanus Salatin) sempat bertemu dengan Tun Seri Lanang, sehingga memba
wa kepada perhubungan yang saling memenafatkan, saling bertukar ilmu pengetahuan
iaitu tentang agama Islam yang dikuasai oleh Syeikh Nuruddin, serta bahasa dan
kesusasteraan Melayu yang dikuasai pula oleh Tun Seri Lanang.

Tun Seri Lanang yang memulai penulisan kitab Sulalatus Salatin di Batu Sawar, Kesul
anan Johor Lama dalam tahun 1612 Masihi telah meneruskan misi tersebut sepanjang
kehidupannya sebagai uleebalang/pemerintah otonomi di Samalanga, Aceh Darussala
m.

Kesimpulannya, dalam peranan sebagai bendahara bagi Kesultanan Johor Lama (yang mew
risi Kesultanan Melaka dari aspek keturunan dan kuasa politik Melayu tradisional
), dan kemudiannya sebagai uleebalang serta penasihat bagi Raja-raja Aceh, pende
dahan Tun Seri Lanang kepada kehidupan dalaman istana dua kerajaan Melayu yang t
erbesar waktu itu sudah tentu telah dimenafaatkan sepenuhnya dalam penulisan kit
ab Sulalatus Salatin. Malahan persahabatan eratnya dengan alim ulama Aceh, pengk
ajiannya pada sejarah kedatangan serta perkembangan Islam di Alam Melayu yang keb
etulan bermula seawal tahun 850 Masihi, iaitu di zaman tabit tabiin di bahagian
Aceh lama seperti Perlak dan Pasai telah memberikan advantage yang besar kepada
Tun Seri Lanang dalam misi kepengarangannya sehingga berjaya menghasilkan sebuah
karya yang agung dan monumental.
1659 Masihi :
Tun Seri Lanang meninggal dunia di Samalanga, Aceh. Zuriatnya berterusan menjadi p
emeritah otonomi di sana sedangkan sebahagian lagi zuriatnya kembali ke Johor la
lu ditakdirkan menjadi Raja-raja Melayu khususnya di Pahang, Terengganu dan Joho
r Moden sehingga ke hari ini. Makam Tun Seri Lanang telah dipugar dan dijaga ole

h pihak berkuasa di Samalanga dan sentiasa dikunjungi oleh peminat dan pengkaji
sejarah, khususnya dari Malaysia dan Indonesia. AL-FATIHAH..

Version: Mobile | Web