Anda di halaman 1dari 14

Bunga Kebangsaan Negara Asean

BUNGA KEBANGSAAN
1. Indonesia
Bunga kebangsaannya ialah bunga Anggerik Bulan (Phalaenopsis Amabilis)
Bunga Anggerik Bulan berkembang sebanyak dua ke tiga kali dalam setahun dan gugur
selepas dua ke enam bulan kemudian. Bunga ini banyak didapati di kawasan tanah rendah
di Indonesia.

2. Singapura
Bunga kebangsaannya juga sejenis orkid iaitu Vanda Miss Joaquim.
Bunga ni berwarna ungu dan berkembang sepanjang tahun. Bunga ini banyak ditanam di
serata Singapura.

3. Thailand
Bunga kebangsaannya ialah Ratchaphruek (Cassia Fistula Linn)
Bunga ini berkelompok-kelompok dan berwarna kuning. Orang Thai khasnya penganut
Buddha menggangap warna kuning itu sebagai warna agama Buddha yang
melambangkan kemenangan dan kecemerlangan. Biasanya berkembang dalam bulan
Februari hingga ke Mei dan menjadi lambang keharmonian dan kesatuan hati rakyat
Thailand. Bunga ini banyak ditanam di sepanjang tepian jalanraya di negara ini.

4. Vietnam
Bunga kebangsaan negara Viet Nam ialah Bakawali atau Lotus. Dikenali sebagai Bunga
Senjakala.
Bunga ini banyak didapati di tasik dan kolam di serata negara ini. Bagi rakyat Vietnam,
bunga ini adalah lambang kesucian, komitmen dan harapan baik untuk masa depan
mereka.

5. Filipina
Bunga kebangsaannya ialah Sampaguita Jasmine (Arabian Jasmine).
Bunga ini berwarna putih dan berkembang sepanjang tahun. Baunya amat harum dan
setiap kali mengeluarkannya bau itu boleh tahan selama sehari. Bagi rakyat Filipina, bunga
ini melambangkan kesucian dan kekuatan. Bunga ini berasal dari pergunungan Himalaya.

6. Brunei Darussalam
Bunga kebangsaan Negara Brunei ialah Simpor (Dillenia Suffruticosa).

Bunga ini berwarna kuning cerah dan berdaun lebar. Apabila berkembang penuh, kelopakkelopaknya menyerupai sebuah payung. Gambar bunga ini digunakan pada wang kertas
satu ringgit Brunei. Juga kerap kali digunakan sebagai corak pada hasil kraftangan
tradisional Brunei. Bunga ini banyak tumbuh di sepanjang sungai-sungai di negara ini
terutama di Sungai Temburong. Pokok bunga ini boleh digunakan sebagai ubat luka.
7. Burma/Myanmar
Bunga kebangsaannya ialah Paduak (Pterocarpus Indicus).
Bunga ini kecil-kecil dan berwarna kuning emas. Biasanya berkembang mekar dalam bulan
April iaitu semasa rakyat Myanmar menyambut perayaan tahun baru mereka. Rakyat
Myanmar menganggap tumbuhan ini sebagai lambang kekuatan dan ketahanan.

8. Cambodia (Kampuchea)
Bunga kebangsaan negara ini ialah Rumdul (Mitrella Mesnyi).
Bunga ini berwarna putih-kuning dan mengeluarkan bau yang harum pada waktu petang.
Pokok Rumdul ini boleh tumbuh setinggi 8 hingga 10 meter dan banyak didapati di seluruh
Cambodia. Biasanya bunga ini dijadikan tanaman hiasan di taman-taman bunga.

9. Laos
Bunga kebangsaan negara Laos ialah Dok Champa (Plumeria).
Bunga berlilin ini berbau manis dan boleh didapati dalam warna merah, kuning, pink dan
warna campuran. bagi rakyat negara ini, Bunga Dok Champa melambangkan kegembiraan
dan ketulusan. Bunga ini kerap kali dijadikan hiasan dalam sesuatu upacara ataupun
dijadikan kalung menyambut ketibaan tetamu.

10. Malaysia
Bunga kebangsaan negara Malaysia ialah Bunga Raya (Hibiscus rosa sinensis)
Bunga raya, juga dikenali sebagai bunga sepatu dan kembang sepatu (Hibiscus rosa
sinensis) ialah sejenis tumbuhan berbunga sepanjang tahun dalam genus Hibiscusyang
sering ditanam sebagai pokok hiasan

Posted in Bunga, Bunga Kebangsaan Negara Asean | Tags: asean flowers, asean
national flower, bakawali, bunga angerik bulan, bunga casia, bunga kebangsaan, bunga
kebangsaan asean, bunga kebangsaan brunei, bunga kebangsaan burma, bunga
kebangsaan cambodia, bunga kebangsaan filipina, bunga kebangsaan indonesia, bunga
kebangsaan laos, bunga kebangsaan malaysia, bunga kebangsaan myammar, bunga
kebangsaan singapura, bunga kebangsaan vietnam, bunga nasional, bunga nasional
brunai, bunga nasional burma, bunga nasional filipina, bunga nasional indonesia, bunga
nasional kemboja, bunga nasional laos, bunga nasional myammar, bunga nasional
singapura, bunga nasional thailand, bunga nasional vietnam, bunga negara, bunga
negeri, BUNGA RAYA, flower, kemboja, lotus, national flower | No Co

Mata Wang Negara ASEAN


1. Malaysia (MYR) atau dipanggil Ringgit

2. Indonesia (IDR) atau dipanggil Rupiah

3. Brunei Darussalam (BND) atau dipanggil Brunei Dolar

4. Singapura (SGD) atau dipanggil Singapore Dollar

5. Filipina (PHP) atau dipanggil Piso

6. Thailand (BHAT)

7. Kemboja (KHR) atau dipanggil Riel

8. Vietnam (VND) atau dipanggil Dong

9. Laos (LAK) atau dipanggil KIP

10. Myanmar ( MMK ) dipanggil Kyat

Anda mungkin juga menyukai