Anda di halaman 1dari 19

1.

PENDAHULUAN
Program mentor mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh
digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri
dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai
mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang
melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan
serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat,
bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar.
Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat
menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat
menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah
dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing
para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan
berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.
Program Mento Menti

ini juga merupakan program untuk meningkatkan

keyakinan murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan
2010. Murid-murid akan bertindak sebagai anak angkat kepada guru-guru di sekolah
ini. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu murid dengan lebih
telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai
kecemerlangan dalam UPSR.

2.

RASIONAL
Program

sebegini

amat

wajar

dijalankan

kerana

murid

perlu

diberi

pendedahan dan bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam
bidang akademik. Melalui cara ini, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk
terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab itu, dengan
adanya program ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi,
berfikiran positif, membuat keputusan dan mengukuhkan kasih sayang dalam diri
mereka dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Selain itu, kejayaan yang diraih memerlukan pengorbanan. Justeru untuk


berjaya murid-murid perlu berusaha gigih dan cekal dalam menghadapi sebarang
cabaran. Ibu bapa dan keluarga merupakan orang paling dekat dengan murid-murid
selain guru-guru yang mampu membantu motivasi dan keyakinan diri murid dalam
mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.
3.

OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:


Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara murid mentee tahun 6
dengan guru-guru yang menjadi mentor.
Memberi kesedaran kepada calon-calon dan Ibubapa/penjaga akan
pentingnya mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.
Menaikkan semangat calon-calon untuk berusaha dengan gigih dan membaiki
kelemahan-kelemahan yang masih ada.
Membimbing calon-calon secara individu untuk membuat persediaan yang
betul dalam tempoh-tempoh tertentu sebelum menjelangnya UPSR.
Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai
dengan diri mereka.
Membimbing murid menjadi insan yang berilmu, berpengalaman, berakhlak
mulia dan berwawasan
Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, ia hasil
bimbingan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan
pelajar.
Mengurangkan

tekanan

akibat

sesuatu

konflik(diri/rakan

sebaya/guru/keluarga) dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru


dengan murid
Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan
budaya sekolah yang sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik.
Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi
kemajuan dalam bidang akademik.
Melatih pelajar menjadi seorang

yang

bertanggungjawab,

berdisiplin,

mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.


mengenalpasti kelemahan dan dapat mengatasinya melalui ujian dan
peperiksaan dalaman.
Menyemai rasa kasih dan sayang kepada keluarga

Mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.


4.

MATLAMAT

i.

Meningkatkan pencapaian peratusan setiap matapelajaran UPSR.

ii.

Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam setiap matapelajaran.

iii. Melahirkan murid yang beriman dan beramal soleh.


iv. Memberi motivasi kepada murid agar mencapai kejayaan dalam UPSR.
5.

PEMILIHAN MENTOR
Mentor terdiri daripada Pentadbir Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling

dan guru-guru SK Kampung Batu. Diharap mentor dapat bersikap positif,


memahami latar belakang mentee, bertolak ansur, bertimbang rasa, amanah,
ikhlas, terbuka serta peka terhadap masalah dan perasaan pelajar.
6.

PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE


Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian.
Sekiranya selepas beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat
meneruskan perhubungan yang lebih mesra kerana konflik peribadi, pertukaran
bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal berkenalan dengan Jawatan kuasa
Penyelaras Mentor.

7.

PERJUMPAAN
Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan
mentee. Dicadangkan perjumpaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali
atau sebulan dua kali. Kekerapan perjumpaan antara mentor dan mentee amat
digalakkan kerana semakin banyak sesi pertemuan dan perhubungan antara
mentor dan mentee, maka semakin erat kerjasama dan saling memahami antara
satu sama lain. Laporan perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Besar, Guru
Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Bimbingan dan kaunseling sebaik sahaja
perjumpaan

telah

dijalankan.

keberkesanan program ini.

Ini

bertujuan

untuk

rekod

perjalanan

dan

8.

CADANGAN TEMPAT /AKTIVITI KUMPULAN


Tempat

untuk

menjalankan

akltiviti

kumpulan

perlulah

selesa

dan

bersesuaian, tiada gangguan bising oleh faktor luaran.


Mesti bersih, kemas dan tidak panas
Terang dan mempunyai edaran yanga baik
Etika kumpulan
Amanah dan menyimpan rahsia rakan mentee
Menerima rakan mentee tanpa syarat (bagi guru yang mempunyai lebih bagi

seorang mentee)
Mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan
Ikhlas, tulen (tidak berpura-pura) dan bersikap terbuka.
9.

CIRI-CIRI MENTOR YANG MENOLONG

Pendengar yang baik

Menerima tanpa syarat

Mesra dan peramah

Tidak melabel

Peka

Menyimpan rahsia

Model dari aspek kelakuan dan sikap

10.

BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :


a. Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada menteementeenya.

b. Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat


semasa perjumpaan.
c. Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.
d. Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran mentee.
e. Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan
mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani,
jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.
f.

Mengadakan perjumpaan rasmi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap


bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong
Kanan.

g. Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang


masalah

yang

serius

mengenai

mentee-mentee

di

bawah

jagaannya

(berbincang dahulu dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum


sebelum berjumpa dengan ibu bapa)
h. Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka
sesuai dan wajar.
i.

Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai


maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan
membahayakan diri mentee dan orang lain.

11.

TANGGUNGJAWAB MENTOR
Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di
bawah jagaannya semasa menjalankan sesi perbincangan. Antaranya ialah :
a. Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya
disempurnakan

dengan

sesi

perkenalan

diikuti

dengan

tujuan

perbincangan

itu.

Semasa

mengendalikan

perjumpaan

kelompok,

kedudukan mentee berbentuk bulatan atau face to face.


b. Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuktajuk

yang

ditetapkan

dan

boleh

dikaitkan

dengan

pengalaman-

pengalaman semasa sesi berlangsung.


c. Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan
mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini
penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.
d. Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan,
kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara
langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan
mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi
dalam kemahiran berkomunikasi.
e. Bertindak sebagai

motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh

dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan,


berkemahiran dan tepat masa.
f.

Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan


dibincangkan.

g. Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan


teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.
h. Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee
supaya

dengan

ini,

mentee

jelas

dan

faham

input-input

yang

dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.


i.

Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan


mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.

j.

Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan


mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

k. Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi


secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi
taklimat.
l.

Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan dan


memperjelaskannya
kontrak diri.

12.

PANDUAN MENTOR

dengan

kata-kata

perangsang

yang

berbentuk

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan ialah :
a. Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan
merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.
b. Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali
mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara
satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat
releks.

Dengan

harapan

kelompok

dapat

diterokai,

sebarang

permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh


mentee-mentee.
c. Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan
rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan
masing-masing.
d. Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal
mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam
kelompok.
e. Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok
yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu
adalah berbeza.
f.

Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya


dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka
terhadap kejadian dalam kelompok.

g. Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai


sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.
h. Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan
kepada apa yang berlaku here and now.
i.

Tunjukkan

minat

yang

mendalam

kepada

kumpulan,

sentiasa

bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.


j.
13.

Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

PROSES PERJALANAN PERJUMPAAN


Berikut adalah etika perjumpaan yang menjadi panduan mentor dalam
menjamin keberkesanan sesi:

a. Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.


b. Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;
-

Tujuan sesi

Perjumpaan untuk kepentingan ahli

Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu


peribadi.

Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.

Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.

Sumbangan idea sangat digalakkan

Ketepatan masa sangat dititikberatkan

Ahli

perlu

berkongsi

idea,

pengetahuan,

pengalaman

dan

kemahiran
-

Beri peluang kepada semua ahli.

c. Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.


d. Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat
rumusan dan pandangan.
e. Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan
bersama.
f.

Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.

g. Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan


di luar kelompok.
h. Rumuskan idea yang dibincangkan.
i.
14.

Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

ETIKA PERJUMPAAN
a. Penerimaan tanpa syarat
b. Kerahsiaan
c. Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung
d. Ketepatan masa
e. Tidak menghukum
f.

Kepercayaan

g. Kejelasan komunikasi

h. Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee


i.

Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila rujukkan


kepada

guru

bimbingan

dan

kaunseling

untuk

mendapatkan

perkhidmatan kaunseling individu.


j.
15.

Sebagai model setiap aspek.

AKTIVITI
Antara cadangan aktiviti ialah:
Pertemuan pertama

Suai Mesra

Mengenali dan menyediakan maklumat diri mentee

Beramah mesra

Perbincangan masalah pembelajaran di sekolah

Perbincangan masalah pembelajaran di rumah

Perbincangan pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif

Membuat sambutan perayaan dan kelahiran

Perbincangan matlamat/sasaran peperiksaan

Pertemuan kedua

Bimbingan sahsiah

Perlakuan positif (teruskan)

Perlakuan negatif (bimbingan)

Perjumpaan dengan ibu bapa

Perbincangan mengenai persiapan menghadapi peperiksaan.


Pertemuan ketiga

Akedemik/matapelajaran

Masalah pembelajaran

Pengurusan masa/jadual waktu

Sasaran/target UPSR

16.

Persiapan menghadapi peperiksaan

Memberi idola (role model)

ISU-ISU PERBINCANGAN
a. Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh
menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu
semasa yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan
terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.
b. Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai
fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan
perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee
agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan
tidak tergantung.
c. Contoh isu adalah seperti berikut :
ISU
PERBINCANGAN
Penerokaan kendiri

INPUT DAN KAEDAH


Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri
mentor (ice breaking).

ISU

INPUT DAN KAEDAH

PERBINCANGAN
Mendapat maklumat tentang diri mentee
seperti latar belakang.
Wujudkan kemesraan
Wujudkan kejelekitan
Wujudkan sense of belongings di kalangan
Potensi diri

mentee
Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli
Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang telah
diperolehi

Pengurusan masa

Ciri-ciri positif dan negatif


Kemahiran dalam pengurusan masa seharian
di sekolah/rumah.
Bijak menggunakan masa untuk program

kendiri
Programkan masa untuk akademik
Agihkan masa dengan penjadualan yang
mantap bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum
tugas-tugas lain.
Perkembangan

Peruntukkan masa untuk beribadat.

Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan

sahsiah

sahsiah

Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan


sahsiah. Bincangkan.

Kaitkan dengan tokoh-tokoh

Pastikan kelompok beroperasi secara


dinamik

Kongsikan program yang boleh membantu


dalam perkembangan sahsiah

Pertanyaan secara dinamik perlu


digalakkan di kalangan ahli

ISU
PERBINCANGAN
Teknik-teknik Belajar

INPUT DAN KAEDAH


Kepentingannya
Cara belajar berkesan
Teknik menjawab soalan mengikut format UPSR
Kemahiran membuat nota/cara membaca cepat
Cara memahami fakta dengan cepat
Cara mengingat fakta

Pengaruh Kelompok

Cara memahami soalan-soalan


Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang
boleh mendorong kepada unsur negatif
dielakkan
Meniru budaya negatif
Menganggotai klik

Anti establishment
Engkari disiplin sekolah

Bincangkan bagaimana untuk mengatasi


Perhubungan
Kemanusiaan

Contohi sikap yang positif


Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung
dengan rakan sebaya, guru dll.
Cara bergaul/komunikasi untuk acara
rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya
Cara saling hormat menghormati antara satu
sama lain.

Carta aliran perlaksanaan Program


Senaraikan nama
murid
Menyenaraikan pentadbir, guru
SK Kem Iskandar sebagai mentor

Menyusun mentor-mentee
berdasarkan keperluan

Menyediakan Buku Panduan Mentor ,


senarai nama, borang laporan
pertemuan
Membuat penerangan kepada guru
berkaitan program

Membuat persiapan majlis


pelancaran

Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan


pertama
Pemantauan pertemuan mentor-mentee

Memungut laporan perjumpaan untuk


mengetahui keberkesanan program

17.

CADANGAN PELAKSANAAN
Hari

ISNIN ( minggu ke empat setiap bulan )

Tarikh

17 Mac 2014

Masa

7.45 am 8.15 am

Tempat

Di Bilik Darjah
Sekolah Kebangsaan Kampung Batu

SASARAN
Semua murid

SK. Kampong Batu

bermula dari Prasekolah hinggalah murid

Darjah 6.
PENYERAHAN
Penyerahan akan dilakukan oleh En. Abdul Majid b. Mod Din, Guru Besar SK
Kampung Batu dan YDP PIBG (mengikut kesesuaian).

JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM


MENTOR MENTEE MENTOR 2010
PENASIHAT
PN KAMARIAH BINTI JAID
(GURU BESAR)
PEN.PENASIHAT
EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG
(GPK I)
PENGERUSI
EN. MOHD BAKRI BIN
(GPK HEM)
NAIB PENGERUSI
EN. AHMAD TASHIM BIN
(GPK KO-KU)
AJK
PN. HASANIAH BINTI OMAR
PN. YUSNIZA BINTI JAAFAR
PN. FARIDAH BINTI
PN. DIANA A/K ROBERT ULIE
(KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TERAS)
PENYELARAS
PN. NORHAIZA BINTI ABD RAZAK
SETIAUSAHA
PN. LILY PREEMALA MICHAEL
AHLI JAWATANKUASA
SEMUA GURU SK KEM ISKANDAR

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
AHLI

GURU

BIDANG TUGAS

JAWATANKUA
SA
Pengerusi

Guru Bertugas

Majlis
PA Sistem
Disiplin murid
Bacaan Doa
Pemplet
Dokumentasi
Jurugambar

Ustaz Mohd Sallehuddin bin Ramli


Semua guru
Ustaz Mohd Haza bin Hamsi
Pn. Norhaiza binti Abd Razak
Pn. Lily Preemala Michael
En. Khairulnasyarudie bin Mohd
Wazir

Backdrop

En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar


Pn. Wan Suhaibah binti Wan Omar

Jamuan

Pn. Sabaria binti Sarponen


Pn. Rusmawati binti Ahmad

RANCANGAN PERBELANJAAN

Peralatan

RM 30.00

Fail RM 0.60 x 36 Mentor)

RM 21.60

Jamuan ( RM 2.50 x 6 orang VIP)

RM 15.00
_________
RM 66.60

SUMBER KEWANGAN
Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

ATUR CARA MAJLIS


11.00 pagi

Semua murid tahun 6 & guru berhimpun di dewan

11.10 pagi

Bacaan Doa

11.15 pagi

Aluan Pengerusi Majlis


Guru Bertugas

11.20 pagi

Ucaptama & Perasmian


Pn. Kamariah binti Jaid
Guru Besar SK Kem Iskandar
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Unit Ajar Kem Iskandar

11.40 pagi

Taklimat Penyerahan mentee


Pn. Norhaiza binti Abd Razak

12.00 pagi

Majlis Penyerahan Mentee

12.30 pagi

Perjumpaan Mentor Mentee


(Perlasanaan Isu Pertama)

1.10 pagi

Majlis Tamat

PENUTUP
Program mentor mentee merupakan satu sistem sokongan dan bimbingan
yang

baik,

diharapkan

agar

para

murid

akan

dapat

mempertingkatkan

kecemerlangan akademik, sahsiah dan perkembangan kendiri selaras dengan Misi


SK

Kampung Batu untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2015. Di

samping

itu,

mentor

dapat

mempraktikkan

ciri-ciri

profesionalismanya dalam pengurusan personalia pelajar.

SENARAI MENTOR MENTEE SK KEM ISKANDAR SESI 2010

kepimpinan

dan

BIL

MENTOR

MENTEE

1.

Pn. Kamariah binti Jaid


En. Mohd Shaari bin Embong
En. Mohd Bakri bin Hj. Md Nor
En. Ahmad Tashim bin Salleh
Pn. Hasaniah binti Omar

Justina ak Wales
Robertho Carloss Apui Lukas

Pn. Norhaiza binti Abd Razak


Pn. Noormala binti Hamzah
Pn. Siti Nor Hanim binti Ismail
Pn. Norsusilawati binti Jamaluddin
En. Muhammad Elmi bin Abu Bakar
En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar
Cik Annaha binti Ibrahim

Nur Amirah binti Mohd Radi


Nurfatin Nabilah binti Osman
Nurizzati Syahida binti Amran
Amy Natasha ak Roysion Endit
Nur Syazwani Alia binti Abd Rani
Abu Khairi bin Ahmad Shaoumaruddin
Muhd Hasmal Azim bin Mahmud
Anas Safwan bin Mohamad Zaki

9.
10.
11.
12.
13.

Cik
Cik
Pn.
Pn.
Cik

Nur Ain Nabila binti Mohd Dahalan


Galebert Lee ak Lugom
DD Rich Veron b. Robert
Muhammad Yusof Izzudin bin Yaakob
Nuratiqa binti Duharis
Muhammad Afiq Danial bin Mohd

14.
15.
16.
17.

Pn/ Lily Premala Michael


Pn. Faridah binti M Yusof
Pn. Maizatulakmal binti Mustapha
En. Mohd. Khairulnasryarudie bin Mohd

Ridhuan
Muhammad Khairul Azwa bin Ammajud
Lauryn Sue Anak Jerlanie
Nurul Nazirah binti Shamsudin
Valerie Alex Majjihil

18.
19.
20.

Wazir
En. Mohd Haza bin Hamsi
Cik Nuradibah binti Mispani
Pn. Yusniza binti Jaafar

Zulhelmi bin Zulkefli


Nur Atilea Fatia binti Ahmad Asairi
Awang Nuraim Sufi b. Awang Sulaiman

21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.

Pn. Siti Fatimah binti Mahmud


Pn. Azita binti Aziz
Pn. Nor Akmar binti Abdul Talib
Pn. Zalinah binti Yunos
Pn. Rhona ak Piji
Pn. Rohani binti Salleh
En. Mohd Sallehuddin bin Ramli
Pn. Hellendi ak Ridi
Pn. Siti Nujum @ Siti Masniah binti Talib

BIL
30.

MENTOR
Pn. Bibian ak Nicholas

MENTEE
Siti Nur Afiqah binti Mohd Satar

31.

Pn. Diana Robert Ulie

Siti Roziana binti Burhanuddin

32.

Pn. Sabaria binti Sarponen

Nur Atifah binti Che Nor

2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Salbiah binti Ibrahim


Safiah binti Mahat
Siti Sara binti Mustafa
Rusmawati binti Ahmad
Wan Suhaibah binti Wan Omar

Siti Umairah binti Jasni


Muhammad Nur Azri bin Anuar
Muhammad Syukri bin Mohd Yazid
Muhamed Zuheel bin Zaid
Siti Fatimah binti Ahmad
Nurmastika binti Khalizman
Mohd Norhaffis bin Rathuwan
Maria Natasha binti Jamri
Wendy ak Jais

Anda mungkin juga menyukai