Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Bagi tugasan pada kali ini, saya dan rakan-rakan dikehendaki untuk menjalankan satu
sesi bimbingan dan kaunseling terhadap salah seorang murid yang telah dipilih. Ini merupakan
pengalaman baru kepada saya kerana saya belum pernah melakukan tugasan yang
memerlukan saya untuk menyelami masalah yang dihadapi oleh murid. Sememangnya,
tugasan ini memberikan banyak pengalaman dan kemahiran baru kepada saya sebagai
seorang guru yang berkesan. Selain daripada melakukan sesi temu bual bersama dengan
murid, saya juga perlu membuat transkripsi melalui rakaman temu bual yang dilakukan.
Seterusnya, saya perlu melakukan justifikasi berdasarkan sesi yang dijalankan meliputi teori
yang dilakukan, kemahiran asas dalam bimbingan dan kaunseling di samping intervensi yang
telah dipilih.
Antara kekuatan yang terdapat dalam tugasan ini ialah dapat melatih seorang bakal
guru seperti saya untuk belajar bagaimana untuk mengenali murid dengan lebih dekat. Tugas
sebagai seorang guru bukanlah sekadar untuk mengajar murid semata-mata bahkan, tugas
seorang guru adalah lebih daripada itu. Seorang guru yang baik boleh menyelami hati perasaan
dan masalah anak-anak muridnya tanpa perlu diberitahu secara lisan oleh murid itu sendiri. Hal
ini demikian kerana, bukan semua orang yang mempunyai keberanian untuk menceritakan
masalah yang dihadapinya kepada orang lain. Terdapat sesetengah murid yang bersikap pasif
dan suka memendamkan masalah yang mereka dihadapi. Murid-murid yang sebegini sekiranya
tidak dikenalpasti dan diatasi masalah mereka, akan memberikan kesan yang negatif terhadap
hubungan sosial dan pencapaian pembelajaran mereka.
Kekuatan seterusnya ialah tugasan ini membantu saya untuk melihat seseorang murid
daripada perspektif yang berbeza. Sekiranya sebelum ini, saya akan berpandangan negtaif
terhadap mana-mana murid yang sering menimbulkan masalah di dalam kelas namun, apabila
saya mula melaksanakan tugasan ini, padangan saya mula berubah. Saya lebih bersikap
terbuka dan cuba untuk menerima klien ataupun murid saya dengan seadanya. Hal ini demikian
kerana, murid-murid yang bersikap sedemikian berkemungkinan mempunyai masalah lain sama
ada masalah di rumah mahupun di sekolah. Jadi, seseorang guru yang baik tidak seharusnya
terlau cepat menjatuhkan hukuman dan membuat sesuatu keputusan secara terburu-buru.
Tindakan melulu tanpa berfikir panjang bukan sahaja boleh menjatuhkan martabat dan
profesion keguruan bahkan, boleh meninggalkan kesan negatif dalam jangka masa panjang
kepada keadaan emosi murid.

Selain daripada itu, antara kelemahan yang terdapat dalam pelaksanaan tugasan ini
ialah kesan yang berlaku terhadap diri klien seperti perubahan tingkah laku klien tidak dapat
dilihat dengan sepenuhnya. Perubahan tingkah laku tidak akan berlaku dengan serta merta
tetapi boleh diperhatikan dari semasa ke semasa. Bagi klien yang dipilih oleh saya untuk
tugasan pada kali ini, perubahan tingkah laku klien tersebut boleh diperhatikan walaupun hanya
untuk sedikit. Kemungkinan, sekiranya diberikan peneguhan dan perhatian secara berterusan
kepada klien, klien akan lebih berusaha untuk berubah sehinggalah azam untu berubaha
tersebut datang dari dalam diri klien sendiri dan bersifat intrinsik.
Seterusnya, kelemahan lain ialah rakaman video yang dilakukan kadangkala kurang
jelas dan menyukarkan saya untuk membuat transkripsi yang betu-betul tepat. Peranan video
sangat penting dalam tugasan pada kali ini kerana berkait rapat dengan langkah yang
seterusnya iaitu membuat transkripsi dan juga justifikasi. Lebih-lebih lagi, saya tidak membuat
sebarang catatan berkenaan apa yang diperkatakan oleh klien semasa sesi temu bual sedang
berlangsung dan
Kesimpulannya, kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam tugasan merupakan salah
satu kemahiran yang perlu dikuasai dengan baik oleh mana-mana individu yang bergelar
seorang guru. Saya berharap semoga semua kemahiran dan pengetahuan yang telah
diperolehi melalui tugasan ini akan dapat dipraktikkan pada bila-bila masa terutamanya apabila
saya sudah bergelar guru kelak. InsyaAllah.
Sekian

Anda mungkin juga menyukai