Anda di halaman 1dari 6

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


BAHASA MELAYU
PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
TAHUN 1

MATLAMAT
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran digubal dengan matlamat untuk
mengembangkan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap kefungsian murid.
Perkembangan ini juga meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bag melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan
berakhlak mulia.

FOKUS MATA PELAJARAN

Komposisi komponen Bahasa Melayu ini terdiri daripada disiplin:


i.

Mendengar dan memberi respon kepada pelbagai sumber

ii.

Bertutur dengan sebutan yang betul dan bertatasusila

iii. Membaca dan memahami isi bacaan yang sesuai mengikut perkembangan dan kebolehan murid
iv. Menulis perkataan dan ayat mudah dengan betul
v.

Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, penulisan untuk menjalin dan mengeratkan hubungan

vi. Berurusan untuk mendapatkan perkhidmatan

BAHASA MELAYU PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 1

BAND

PERNYATAAN STANDARD
Mengetahui kemahiran mendengar-bertutur, membaca dan menulis.

Mengetahui, memahami dan memberikan respon terhadap perkara yang didengar-tutur, dibaca dan ditulis.

Mengetahui, memahami dan memberikan respon tentang sesuatu perkara yang didengar-tutur, dibaca dan
ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.

Mengetahui, memahami dan menilai tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-tutur,
dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.

BAHASA MELAYU PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 1

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar dengan betul.

Mengecam, membeza dan memberi tindak balas kepada bunyi yang didengar
dengan betul.
Mengecam, memahami dan mengajuk bunyi persekitaran dengan betul.
Mengecam, mengenal dan menghasilkan bunyi bukan bahasa dengan betul.

Mengecam, memahami dan mengajuk bunyi bahasa dengan betul.


Mengecam, mengenal dan menghasilkan bunyi bahasa dengan betul.
Mendengar, memahami, mengajuk dan menyebut bunyi huruf dengan betul.
Mendengar, memahami, mengajuk dan menyebut bunyi sukukata dengan
betul.

Lisan

Mengajuk dan menyebut ucapan bertatasusila dengan betul.


Mendengar dan bertindakbalas terhadap pengucapan bertatasusila mengikut
situasi dengan betul.

BAHASA MELAYU PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 1

KEMAHIRAN

BAND

BACAAN

DESKRIPTOR
Mengecam dan mengenal persamaan objek, huruf dan suku kata dengan
betul.
Mengecam dan mengenal perbezaan objek, huruf dan suku kata dengan
betul.

Mengenal dan menyebut huruf vokal dengan betul.


Mengenal dan menyebut huruf konsonan dengan betul.

Menyebut, menama dan membunyikan vokal dengan betul.


Menyebut , menama dan membunyikan konsonan dengan betul.

Menyebut dan membunyikan sukukata kv dengan betul..

BAHASA MELAYU PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 1

KEMAHIRAN

BAND

DESKRIPTOR

Menggerakkan jari secara bebas dan terkawal dengan betul.

Memegang pensel dan melukis pelbagai bentuk secara terkawal dengan cara
yang betul.

Membuat pergerakan tangan dengan menggunakan pensel secara terkawal


dengan betul.

Menulis huruf dan suku kata dengan bebas.

TULISAN

BAHASA MELAYU PKHAS MASALAH PEMBELAJARAN TAHUN 1

Anda mungkin juga menyukai