Anda di halaman 1dari 4

Keadaan Jerebu

Jerebu Mengancam Kesihatan Tips Ketika Jerebu


Jerebu merupakan situasi yang boleh memberikan kesan terhadap kesihatan
manusia. Fenomena jerebu adalah disebabkan oleh kewujudan partikel kecil yang
tidak boleh dilihat melalui mata kasar dan partikel tersebut juga terapung di udara.
Sebagai pengetahuan kita, partikel-partikel boleh wujud dalam kuantiti yang banyak
serta berkelompok dan akan menyebabkan pancaran cahaya matahari ke bumi
tersekat. Hal ini akan menyebabkan jarak pandangan mata kasar akan berkurang.
Seterusnya, jerebu yang berpanjangan akan menyebabkan kesihatan terjejas
terutamanya kepada golongan kanak-kanak, orang tua dan mereka yang
mempunyai penyakit seperti bronkitis, asma, penyakit paru-paru kronik, jantung,
perokok dan individu yang bekerja di luar pejabat atau pun di luar rumah. Oleh yang
demikian, kita hendaklah memastikan kesihatan kita berada dalam keadaan yang
stabil ketika masalah jerebu tersebut berlaku dalam kawasan kita.
Terdapat beberapa tanda akibat Jerebu yang boleh mengancam kesihatan sesorang
individu. Antara kesan-kesan tersebut adalah individu akan mengalami gatal-gatal
di bahagian kerongkong dan batuk-batuk. Antara petanda yang lain adalah
merasasukat untuk bernafas atau mengalam sesak nafas.
Kesan-kesan seterusnya adalah hidung berair, kerap bersin, mata pedih dan berair,
sakit dada dan kulit badan akan merasa gatal. Jika anda mengalami simptomsimptom demikian adalah digalakkan untuk anda mendapatkan rawatan segera di
klinik atau hospital yang berhampiran untuk mendapatkan nasihat daripada doktor.
Hal ini adalah amat penting untuk memastikan kesihatan sentiasa terjamin ketika
jerebu melanda dan masyarakat haruslah tidak memandang remeh akan fenomena
jerebu tersebut kerana ia berpotensi untuk mengancam kesihatan seseorang.

Masyarakat haruslah berusaha mencegah penyakit akibat keadaan jerebu yang


berikut. Antara tips kesihatan atau nasihat ketika mengalami keadaan berjerebu
ialah jika mengalami penyakit asma, batuk, paru-paru kronik, sakit jantung mereka
hendaklah membuat pemeriksaan segera di hospital atau klinik untuk mengelakkan
penyakit bertambah parah. Selain itu, mereka hendaklah mengambil ubat seperti
yang disarankan oleh nasihat atau pun pihak hospital.
Panduan yang seterusnya adalah masyarakat digalakkan untuk menggunakan
penutup hidung yang dikenali sebagai nasal mask terutamanya mereka yang
bekerja di luar rumah, pembonceng motorsikal, tempat yang berhabuk dan
ancaman mereka yang termasuk dalam kumpulan berisiko tinggi yang berpotensi
untuk mendapat penyakit. Selain itu, perokok tidak seharusnya merokok di dalam
rumah yang mempunyai anak, ibu bapa dan juga saudara mara.
Adalah lebih baik jika masyarakat sentiasa berada di dalam rumah dan kurangkan
berada di luar kawasan rumah jika keadaan jerebu semakin teruk dan
membimbangkan. Seterusnya, masyarakat dinasihatkan untuk minum air bersih
yang banyak ketika keadaan tersebut berlaku. Semua tips atau panduan yang
diberikan amat penting untuk memastikan tahap kesihatan terjamin ketika jerebu
berlaku.

Info Penting JERBU Boleh Membawa Maut Bagi Anda Yang Mempunyai Penyakit
Asma dan Batuk Kronik,Terutamanya Kepada Kanak-Kanak Dan Bayi.
Menurut kajian, jumlah kanak-kanak dan Bayi yang diserang penyakit Asma Semasa
Jerbu adalah 60% hingga 90% dalam sehari. Kanak-kanak dan Bayi akan
menyebabkan kesukaran bernafas,di dalam paru-paru menjadi sempit, mengalami
pernafasan bersiul (wheezing), sesak nafas, kulit terasa gatal-gatal,mata akan
menjadi Merah dan sukar untuk bersenam.
Ketika otot mengejang, saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.
Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara. Akibatnya, pesakit boleh
pengsan dan membawa Maut. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah
menyatakan sebanyak 3.3 juta kanak-kanak dan Bayi mati setiap tahun disebabkan
oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian
yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
Kanak-kanak/Bayi yang mempunyai Asma dan Batuk biasanya sedikit sukar

bernafas kerana saluran pernafasan mereka dipenuhi lendir . Oleh itu bahaya
apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi
kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)
Apabila Kanak-kanak/Bayi diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine,
mereka akan tidur lebih lama dan ini membahayakan mereka tersebut. Kerana,
apabila tidur, kadar pernafasan akan bertambah kurang dan menyebabkan
kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung
tersebut berhenti dan berisiko Tinggi Meninggal Dunia.
Berapa ramai daripada anda mempunyai anak-anak/bayi yang mengalami situasi
penyakit Asma dan Batuk-batuk yang anda inginkan mereka sihat say "i" ...?
Kepakaran saya adalah membantu menyelesaikan situasi anda & anak2 anda yang
mengalami penyakit Asma atau Batuk yang Sangat3 Kronik hanya dalam masa 3
hari dengan teknik pemakanan Madu Meletup!