Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AJK MAKANAN

LAWATAN KURSUS PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Sebelum menjalankan lawatan ke Taiping, sebagai AJK Makanan, kami 3 orang


berbincang jenis-jenis makanan yang boleh ditempah daripada pihak kafe IPG Kampus
Tuanku Bainun mengikut bajet yang diperuntukkan iaitu RM9. Antara hasil perbincangan
ialah kafe akan menyediakan sarapan pagi dan makan malam manakala makan tengah
hari adalah ditanggung oleh guru pelaith masing-masing. Seterusnya, terdapat 2 guru
pelatih yang makan vege, 22 guru pelatih makan seperti biasa. Jadi, kami telah membuat
keputusan untuk menempah bihun goreng kepada non-vege manakala 2 biji roti untuk
vege dan setiap guru pelatih akan mendapat sebotol 100 PLUS untuk sarapan pagi. Bagi
makan malam, kami telah menempah set nasi ayam bagi non-vege manakala nasi
goreng telur untuk vegi dan semua guru pelatih akan dihidang minuman jus oren.
Pada 7 Mac 2015, guru-guru pelatih 5 PISMP PC/PJ/RBT IPG Kampus Tuanku
Bainun telah menjalankan lawatan ke Taiping. Sebelum pergi ke Taiping, maka kami
sebagai AJK Makanan pun turun awal ke Cafeteria untuk membuat persediaan awal iaitu
mengambil makanan daripada pembekal Cafeteria dan mengedarkan makanan dan
minuman kepada rakan-rakan kelas. Pada waktu malam pukul 7 malam, maka makanan
telah disediakan dan rakan-rakan turut mengambil makanan yang disediakan.
Selepas lawatan itu, kami telah membuat refleksi tentang penempahan makanan
kali ini. Hasil perbincangan ialah kami berharap pihak kafe akan meningkatkan tahap
pengurusan sepanjang proses supaya setiap penempahan makanan akan diuruskan
lebih efisien lagi. Selain itu, kami juga berasa bersyukur kerana mempunyai peluang ini
untuk mempelajari pengetahuan dan pengalaman mengenai prosedur menguruskan
Local Order (L/O) melalui tempahan makanan kali ini.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

..
(THAM PEI XIN)
AJK Makanan,
Lawatan Kursus Perniagaan dan Keusahawanan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun,
14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Tarikh: 8 MAC 2015

Anda mungkin juga menyukai