Anda di halaman 1dari 8

GELAGAT PEMBUATAN KEPUTUSAN DALAM ORGANISASI:

MODEL, IMPLIKASI, DAN ISU-ISU ETIKA


Oleh:
Nazlina Zakaria, Hanissah A.Razak & Abdul Manaf Bohari
Jabatan Pentadbim Pemiagaan
Fakulti Pengurusan Pemiagaan
Universiti Utara Malaysia

Abstrak: Gelagatpembuatan keputusan di kahnganpengurus merupakanfenomena yang unik don seringkali mendapat perhatian. Ini
kerana. gelagat pengurus dan hasil keputusan merupakan pembolehubah yang serin,ykali berkait antara satu sama lain. Pada masa
yang sama, elemen persekitaran yang dinamik turut berperanan dalam meningkathrn darjah kompleksiti gelagat para p e n g u m di
dalam sesebuah organisasi. Untuk itu, kertas kerja ini akan membincangkan mengenmai model gelagat pembuatan keputusan dengan
memfokuskan kepada model rasional sebagai teras perbincangan. Aspek teoritikal seperti definisi, komponen, gelagat pengurus, dan
permasalahan yang wujud olehfaktorpersekitaran perlaksanaan modeljuga dibincangkan. la merupakan landasan untuk memahami
kepentingan don aplikasi model rasional ini. Manakala, langkah-langkah penting cfasa-fasa) berserta proses bagaimana model
pembuatan keputusan rasional bekerja don menghasilkan sesuatu penyelesaian juga dibincang dengan teliti. Dalam pada itu,
metodologi atau kaedah yang digunakan untuk menilai prestasi pembuatan keputusan turut diutarakan. Bagi mengukuhkan
perbincangan. kajian kes digunakan supaya praktis sebenar gelagat pembuatan keputusan dalam organisasi dapat dikaji. Kertas
kerja ini juga mencadangknn rangka kerja teoritikal untuk penyelidikan, inovasi model, dan cadangan lain-lain bagi meningkatkan
keberkesanan pembuatan keputusan. Akhir seknli, isu-isu etika berkaitan gelagat pembuatan keputusan akan dibincangkan secara
sepintas lalu memandangkan isu-isu etika merupakan isu yang masih relevan dengan organisasi moden hari ini.

Kata Kunci: pembuatan keputusan, model rasional dan isu-isu etika

1.O Pengenalan
Gelagat pembuatan keputusan di kalangan pengurus merupakan fenomena yang unik dan seringkali
mendapat perhatian masyarakat umum. Ini kerana, gelagat pengurus dan hasil keputusan merupakan
pembolehubah yang seringkali berkait antara satu sama lain serta berupaya memberikan implikasi tertentu
kepada prestasi dan imej organisasi. Gibson, Ivancevich dan Donnelliy(1997) menjelaskan bahawa terdapat
beberapa faktor gelagat yang mempengaruhi proses pembuatan keputusan. Dalam pada itu, pengaruh
gelagat boleh memberikan kesan kepada seluruh proses berkaitan pe:mbuatan keputusan. Menurut Porter et
al. (2004); Turban (2004); dan Zainal, Intan, Juhari, Mirza dan !3yed Azizi (1998) faktor persekitaran
(dalaman dan luaran) merupakan faktor yang boleh mempengaruhi proses pengurusan dan pembuatan
keputusan organisasi. Oleh yang demikian, faktor gelagat dan persekitaran merupakan faktor yang
mempengaruhi pembuatan keputusan organisasi.

Nelson dan Quick (2002) menjelaskan bahawa pembuatan keputusan merupakan aktiviti kritikal dalam
kehidupan seseorang pengurus. Manakala Gibson, et al. (1997) pula berpandangan bahawa terdapat empat
faktor gelagat yang mempengaruhi pembuatan keputusan iaitu nilai, personaliti, propensity for risk dan
potential for dissonance.Ini menyebabkan proses pembuatan keputusan menjadi kompleks. Perbezaan dan
perubahan terhadap gelagat yang dinyatakan oleh Gibson, et al. (1997) dan perubahan elemen dan
komponen persekitaran (Porter et. al., 2004; Turban, 2004; dan Zainral et al., 1998) menyebabkan keputusan
yang dihasilkan tidak memenuhi objektif dan aspirasi organisasi.

Bagi memahami gelagat pembuatan keputusan di kalangan pengcm, maka model rasional digunakan
sebagai asas perbincangan. Aspek perbincangan adalah meliputi k'onsep, andaian, pengukuran hasil, dan
fasa-fasa atau proses perlaksanaan. Selepas itu, faktor persekitaran (dalaman dan luaran) yang memberikan
kesan sekaligus permasalahan kepada proses pembuatan keputusan akan dibincangkan. Sudah tentu,
fenomena ini menimbulkan implikasi tertentu kepada organisasi dan pihak berkepentingan. Kajian kes iaitu
melibatkan kes 1 digunakan untuk menerangkan cabaran dalam perribuatan keputusan. Manakala kes 2 dan
kes 3 pula digunakan untuk melihat aplikasi model rasional. Akhir sekali, isu-isu etika turut dibincangkan
memdangkan proses pembuatan keputusan bukan sahaja realistik tiari segi perlaksanaannya malahan juga
beretika dari segi pembuatan keputusan.

2.0 Konsep Asas


2.1 Definisi
Shull Jr, Delbecq, dan Cummings (1997) mendefinisikan pembuatan keputusan sebagai satu proses
pembuatan pilihan yang disedari (conscious) terhadap satu atau lebih alternatif untuk mencapai sesuatu
keadaan yang diingini. Manakala McShane dan Von Glinow (2005) juga mendefinisikan pembuatan
keputusan sebagai proses membuat pilihan yang disedari terhadap ssttu atau lebih alternatif. Dalam pada itu,

Anda mungkin juga menyukai