Anda di halaman 1dari 4

Teori Perkembangan Sosial Erik Erikson

Posted by Frau Farhana at 10:17

PENGENALAN
Eric Homburger Ericson merupakan nama sebenar beliau. Beliau
dilahirkan pada 15 Jun 1902 di Frankfurt, Germany dan meninggal
dunia pada 12 Mei 1994. Erik Erikson merupakan seorang tokoh
psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang
perkembangan manusia berdasarkan jangka masa kehidupan mereka.
Beliau
membentuk
teori
berdasarkan
kepada
pengalaman
kehidupannya sendiri. Teori beliau digelar psikososial kerana beliau
menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan
individu faktor kendiri, emosi dan faktor sosial.
Berdasarkan Teori Perkembangan Erik Erikson, manusia berpotensi
mengalami perkembangan psikologi yang sihat dan mampu mengatasi
kesulitan mengikut masa dan pringkat perkembangan tertentu.
Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang dikaji
oleh Erik Erikson. Setiap peringkat akan timbul tingkah laku positif dan
negatif yang membawa masalah penyelesaian psikologikal kerana
konflik emosinya.

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON


1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama.
2. Perkembangan individu bergantung
terhadap keperluan-keperluan asas.

kepada

tindak

balas

3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu.


4. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi
sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
yang berikutnya.
5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap
menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

PERINGKAT
TEORI

PERKEMBANGAN

akan

EMOSI
ERIKSON

Tahap 1 : Kepercayaan lawan ketidakpercayaan (0 -18 bulan)

Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman.

Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain.

Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan


orang lain.

Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta


mengatasi masalah dalam hidup.

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak percaya.


Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud
sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari
penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika bayi
tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan
timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan
bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri
bayi tersebut.

Tahap 2 : Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bulan-3 tahun)

Konsep diri mula bertambah nyata.

Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan tindakannya


bukan orang lain.

Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat.

Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang


lain.

Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan.

Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri.

Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih yakin.

Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu.

Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang
diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis tingkah laku yang
digalakkan dan yang hendak dielakkan.

Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima


atau didorong.

Pada tahap ini kanak-kanak sudah mula berkeinginan melakukan


sesuatu perbuatan sendiri. Mereka mula berdikari dan tidak suka
dibantu atau dikongkong orang dewasa. Situasi ini merupakan
permulaan kepada pembentukan perasaan keyakinan diri pada
kanak-kanak tersebut. Dorongan dan galakkan ibu bapa akan
membantu
kanak-kanak
membina
perkembangan
dan
menyelesaikan sesuatu tugasan.

Tahap 3 : Inisiatif lawan bersalah (3-6 tahun)

Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan mencabar


inisiatif.

Dapat belajar dan bergerak dengan cepat.

Lebih peka kepada perkara betul dan salah.

Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap


positif.

Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri.

Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif.

Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan


persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri
ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja
yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak
boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak
hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah
apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun)


Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau
sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan
tidak cekap.
Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun)
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan
jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.
Tahap 6 : Kerapatan lawan pengasingan (18-35 tahun)
Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa
terasing jika tidak mahir membina hubungan.
Tahap 7: Generativiti lawan pemusatan kendiri "stagnasi" (3560 tahun)
Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong
generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada
perkembangan /aktiviti diri.
Tahap 8 : Kesepaduan lawan putus asa (60 tahunakhir hayat)
Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan
kepuasan atau merasa tidak diterima dan putus asa dengan
kehidupannya.